Tuesday, April 29, 2008

bestday mak

malam semalam kami sekeluarga menyambut hari lahir mak aku yang ke 54 tahun di restoran kunang kunang.. wpun dah lebih separuh abad, mak aku steady lagi..cayalah mak!!!!hihi..ni antara pic yg sempat dirakam..

mak aku bersama adik gumuk aku yg eksiden ari tu..huhu..tgklah lagaknya..mcm tak gaya budak skolah menengah..


aku..kakak yg maintain ayu lagi..hihi..bergambar sebelum perut memasing membulat..


ni makanan yg aku oder..tah apa namanya aku tk ingat sangat..rasa2nya "salmon filet"..tahlah panjang sgt namanya..gambar ni diambil waktu dah licin ye..harap maklum..


ni adik aku si zila yg tdk ceria pada mulanya..tetapi setelah makanannya sampai..hilang terus mood tdk cerianya.. dan air yg gelas besar tu air aku..namanya passion fruit juice..masam yg amat...


amirr ngn aksinya menunggu makanan yg tidak kunjung tiba..padahal dua bakul depan dia licin ditibainya..huhu..diet skit bang...

Thursday, April 24, 2008

alas meja coklat..

hari : senin
masa : 12.50 tgh hari

dari tempat aku, kelihatan Cikgu R sedang menggunting alas meja yg telah dibelinya pada waktu rehat. alas meja tersebut berwarna coklat. pada mulanya aku tidak menghiraukan aktibiti yg sedang dilakukan oleh Cikgu R itu. namun lalu Cikgu Z di tepi meja aku..

Cikgu Z : bahizah tak pergi ke ambik alas meja kat Cikgu R itu?
aku : eh, semua dapat ke?
Cikgu Z : a'ah..g la amik..

aku pun apa lagi sederap bangun menuju ke Cikgu R. Cikgu R yg memahami tujuan aku itu terus menghulurkan apa yg aku hajati iaitu alas meja coklat. setelah alas meja berada di tanganku, tanpa melengahkan masa, aku terus mengenepikan kesemua fail, kotak buku, buku-buku dan bekas pensel di atas meja ku. selepas itu, aku terus menebar dan membentangkan alas meja tersebut. kemudian aku susun semula barang2 ku di atas meja ku yg terbentang alas meja yg baru. barulah bersemangat aku nak menanda buku. baru hendak menyambung tugasku yang terbengkalai sebelumnya, datang pula Cikgu R ke meja ku

Cikgu R : eh, ni sebenarnya utk guru kelas pasang kat meja guru dlm kelas. awak tak pegang kelas kan?
aku : la.. iye ke..saya tak tau..awak pun main bagi je tadi..malunya saya..
Cikgu R : takpelah..kalo org tanya ckp saya bagi sebab kelas saya dah ada alas meja yg cantik
aku : eh tak pe ke?
Cikgu R : tak pe..cakap saya bagi
aku : tima kasih ye..

walaupun begitu aku tetap rasa serba salah..naty mesti ada org tak puas hati..
keesokan harinya aku tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri kursus di Bukit Bendera Resort..namun sepanjang kursus itu, aku tetap memikirkan pasal alas meja..entah kenapa aku berasa tidak sedap hati..jadi aku sudah berkira2 mahu menanggalkan alas meja tersebut..tidak mahu kelak ianya menimbulkan sebarang kontroversi..

hari : rabu
masa : 7.00-7.30 pagi

pada pagi rabu tersebut, aku datang ke sekolah seperti biasa.tapi aku harus menyiapkan rancangan mengajar terlebih dahulu, barulah aku akan buat seperti yg aku rancang..sedang leka aku menyiapkan rancangan mengajar aku, datang Cikgu M hendak menggunakan mesin fotostat yg terletak berdekatan dgn mejaku..tiba-tiba Cikgu M menegur ku

Cikgu M : Mcm mana awak boleh pakai alas meja ni?
aku : oh, yg ini salah faham, tapi Cikgu R bagi kat saya sebab kelas dia dh ada alas meja..
Cikgu M : mana boleh awak pakai ni..kitaorg beli untuk pasang kat meja guru di dalam kelas..
aku : ok kak, nanti saya tanggal..(sambil menunjukkan aku perlu menyiapkan rancangan mengajar terlebih dahulu)
Cikgu M : awak tak boleh pakai ni..kitaorg beli memang cukup2..kalau HEM nampak naty mesti dia bising sebab dia yg suruh beli ni..
aku : ok kak, jap lagi saya bukak balik

masa ni muka aku dah merah padam tahan malu, marah(sebab tak reti bahasa), rasa nak mengalirkan air mata sebab menahan perasaan geram..Cikgu M pula membelakangkan aku sambil meneruskan tujuan asalnya hendak memfotostat kertas..setelah urusannya selesai manakala aku masih lagi memikirkan strategi dan langkah pengajaran dan pembelajaran aku hari ni, dia menyambung kembali kata2nya..

Cikgu M : ini kalau HEM tengok ni, mesti dia marah..dia suh beli utk guru2 kelas
aku : ok kak, ok kak.. saya tanggal..

dia pun terus berlalu..tanpa membuang masa, aku mengenepikan semua barang2 aku, lalu aku menanggalkan ALAS MEJA COKLAT itu..aku lipat2kan dia mcm kiuh lepat pisang dan terus ku letakkan di atas meja Cikgu R..sepanjang perhimpunan pagi itu, aku tidak bercakap banyak dengan rakan2 ku yg lain disebabkan aku cuba menahan air mata dari terus keluar..bunyi saja loceng, aku terus masuk ke kelas dan menjalankan kewajipan aku sebagai seorang guru..sedang aku mengajar di kelas 6 Satria, aku mendapat satu mesej dari Cikgu R..mesejnya berbunyi begini..
~nape pulang balik alas meja tu..ngajuk ke?~
namun, aku tidak membalasnya..pabila selesai mengajar, terlihat kelibat Cikgu R di dalam bilik guru, aku tidak dapat lari

Cikgu R : kenapa bagi balik alas meja tu?
aku menjawab soalannya dengan senyuman dan berkata
terima kasih..saya dah pulangkannya..

dan untuk Cikgu M, aku hendak meminjam sedikit kata-kata cikgu benggali sekolah aku..

"INGAT AKU HADAP SANGAT KE ALAS MEJA COKLAT TU!!!!!"

MINGGU AMARAHHHHHH!!!!!

minggu ni tah apa yg tk kena ngn life aku..asik nak hangin ajer..mestilah kalo nk hangin ada org yg "tlg" watkan anginnya..so dlm minggu ni hangin aku terbahagi kepada dua tajuk..iaitu..

1. Alas Meja
2. Adik aku eksiden

so aku akan wat karangan mengenai alas meja terlebih dahulu ye barulah aku wat karangan bertajuk adik aku eksiden.. format karangan plak aku akan wat dlm format karangan keperihalan atau cereka plus dgn dialog..panjangnya mestilah melebihi 180 patah perkataan..

hehehe..saja nak mantapkan skill karangan merapu haku..

Wednesday, April 16, 2008

jiran aku beli kete baru oiiiii...

adakah aku jeles???? owh tidakkk..itu bukan mslh bagi aku..sebab kitaorg dh cukup satu sorang keta..kembara aku, letak kt umah parents aku..sbb aku ngn amir satu hala je g keje..balik keje pun gitu gak..masuk keje time yg sama..kuar keje pun time yg sama..so biarlah kat situ..leh bapak aku bwk utk jlnkan aktibiti kegemarannya berburu n camping..almaklumlah takkan nak bwk masuk utan crv ngn waja dia..calar sikit mau tak tido mlm bapak aku..lgpun kwsn umah aku ni tk begitu mengizinkan tuk paking 2 keta..plus kwsn kejiranan yg kekadang membuatkan aku bohsan..

citernya begini..belah kanan umah aku ni pasangan suami isteri beserta 3 org anak..laki dia salesman keta, bininya jual insurans..ada dua keta,..dulu masa mula pindah kat sini, kitaorg pun bwk dua keta,..masa tu dia pandai paking dua2 keta kt porch dia..bila kitaorg dh guna 1 keta, ok dia start paking keta 1 kat luar, 1 lg kt dlm..yg tk bestnya kt kwsn bunga n rumput umah kitaorg..so bila dtg org nk mesin umput, tk dptlah mereka melakukan tugas tuk mencantas umput kt situ disebabkan ada keta dia ni td..lama2 jd belukar kt depan umah aku..tu satu hal..kitaorg nk ckp time bila?kitaorg kuar umah awal pg, diaorg tk kuar lg, diaorg blk umah time mgrb..so wat to do???bini dia kalo nmpk kitaorg, menggelupur masuk umah..padahal anak dia aku ajar tu..tak paham aku...

belah kiri umah aku ni plak..baru pindah awl thn ni..2 anak..1 keta..anak yg bongsu baby lg..lakinya keje agensi..wife dia cikgu..FYI, pintu gate kitaorg bertemu..yg menjadi mslhnya ialah time siang hari, dia tk pandai paking keta kt porch..mesti nak paking keta depan gate..agaknya senang kuar kot..eloooo..abihtu kitaorg ni tkde nak kuar, tkyah g skolah petang..tkyah g sana sini..appara..tambah aku berapi ada ke patut paking keta menutupi separuh pintu gate umah aku..dan mkn separuh jln lagi..laki aku bising2 tp undur gak keta guna skill yg ada..aku ni yg tkde sipi2 pemandu formula one ini gimana..tknak menanggung risiko eksiden2 ni..banyak terbang duit wooo..aku syg gak keta kitaorg ni..

dan tadi aku tgk bininya tgh test2 undur2 keta..dan persoalan panas yg bermain di benak pikiranku ini..kalo 1 keta pun depa dah menyesakkan kitaorg, apatah lagi 2 keta..mana korang nak paking?dalam peti ais????mampos kalo diaorg baca..tak diaorg pindah..kitaorg yg pindah..hahaha..tapi ini umah mak sedara amirr..hmmm...

so selesaiannya..adakah aku kena beli keta baru gak???hahaha..ini namanya menambah masalah!!!!

Monday, April 14, 2008

Sunday, April 13, 2008

sengal...

hehe..sengal time... ni amirr masa study kat utm dulu..mcm budak skolah plak laki aku ni..

ni plak gambar terkini yg mcm bapak 10 org anak.. apala nak jadi ngn kitaorg ni..tah bila nak insap..
ni mak sedara amirr merangkap bestprend aku..cikgu gak..single lagi..(promote ni) sengal tgh2 panas di umah kenduri kawen..

ni la hari yg tersengal dlm idup aku.. aku g keje ngn kasut sebelah lain..aku terperasan otw nak masuk kelas..dan hari tu aku menjadi badut di sekolah..terpaksa la kal amirr suh anta kasut aku..

soo sengalll..
sbnrnya tkde keje..best gak lyn citer romantik kt tibi ni..tah apa tah tajuknya..

Thursday, April 3, 2008

bilalah akan tiba hari itu...

baca aje tajuk..mesti dh dpt agak kan.. bilalah aku nak merasa pregnant.. nak rasa mabuk2.. nak rasa ada baby gerak2 dlm perut.. nak rasa sakit nak bersalin..nak rasa bgn buat susu.. nak rasa segala2nyalah..
tapi aku yakin.. tuhan akan kurniakannya juga pada aku satu hari nanty.. mungkin lebih daripada apa yg aku minta.. aku menantikan saat itu..