Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

6 dec 2012

salam, dah hampir 1 tahun 5 bulan sejak kami pindah ke sini. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami dapat kunci tepat 6 dec 2010. ketika itu mama baru sahaja pregnant kan si adel. cepatnya masa berlalu.

 baru pasang kipas masa ni. banyak benda perlu buat dan banyak jugak kos nak pindah rumah ni..melayang2 duit terbang

 sblm bwk masuk brg2 mmg terasa luas..tapi bila dah pindah masuk brg2, mmg cukup2 je ruang utk satu set sofa n meja makan.walauapa pun syukur, sebab rumah sendiri.

 lampu kegemaran, semua lampu n kipas beli di KEDAI LAMPU FANCY di selayang. di suggest oleh aki amsyar n adel.

 mula2 pindah tv diletakkan di sini. sekarang sudah di alih lepas buat kabinet bawah tangga, maka tv pun di letakkan di situ. rumah mmg bersepah sgt masa ni. mama mmg tak larat sebab tgh pening2 lagi masa ni. so kemas barang pun makan masa.

 tgklah amsyar pun masa ni baby lagi..tak pandai jalan pun lagi. sekarang, buka setakat berjalan, melompat dari tempat tinggi la, siap samasop berpusing la.

 ini KC masa mula2 siap di pasang..totally duit KWSP mama..hehehe

 langsir tu sampai sekarang pun masih digunakan lagi..tapi sekarang sudah kasi potong sikit la..time ni labuh sikit.


rumah kami memang menghadap banjaran titiwangsa..berbalam2 gunung-ganang dan bukit bukau depan rumah ni..dapat tgk genting dgn jelas terutama hotel one world tu.

dan masa kami pindah tu bentong memanglah hujan 24/7. wet wet wet. dan dalam kami sibuk nak pindah randah tu, dengan mama mabuk2, aki amsyar pulak dimasukkan ke HOSHAS..memang dugaan betul, tiap kali on the way balik dari temerloh, asyik nangis aje. ayah pulak bimbang akan jejaskan kandungan kalau mama tak boleh kontrol emosi. haih..tapi sekarang alhamdulillah, abah pun dah sihat dan bekerja seperti biasa, adel pun dah lahir dan sekarang dah 9 bulan. syukur

mama's corner

mama corner..items yg tak boleh disimpan sebab hari2 guna. jadi mmg tak pernah la kabinet ni kosong dan terang mata memandang. segala sos, kicap, garam, kunyit, lada hitam, minyak masak, asam keping semuanya bersebelahan dgn tempat masak..pastu blender, slow cooker, cerek, fluks, susu2, air masak, milo, oat ada kat atas ni sebab hari2 guna
 
masa mula2 pindah, hanya ada sinki biasa aje yg disediakan.kepala paip pulak betul2 di sudut kat tempat rak pinggan tu. so mama rasa mmg payah la kalau masak hanya ada satu mangkuk singki dengan kepala paip kat susut tu. mama memang selesa kalau dapur masak sehampir mungkin dengan singki..pas guna mangkuk ke sudu ke senduk ke waima kuali pas masak pun mama terus basuh. habit agaknya. lagi satu rimas.

kenapalah mama tunjuk gambar dapur ni?hehehe, sebab kat sini org tak nampak, mama nak tulis anything berkaitan dgn rumah n life kat sini. sebagai kenangan. lagi 5 tahun nanti dah tak rupa ini dah rasanya. jadi sementara tgh tegap ni, mama simpanlah kat sini.

Friday, October 1, 2010

amsyar dan izzmi

amsyar bersama 3 pupunya..izzmi

gambar ni diambil masa hari raya kedua hari tu..izzmi ni anak kepada best friend aku yg duduk kat sarawak iaitu nora..aku pernah buat entry pasal farewell nora ni dulu sblm dia berpindah mengikut suami ke sana

cute kan..nora ni member aku sejak dari tadika lagi..dan dia juga merupakan 2 pupu kepada amirr

amsyar yg tidak stabil lagi time duduk..asyik nak tumbang aje..

dan rumah nora adalah di sebelah rumah kami sahaja :)
di sebelah kiri rumah kami ye..yg kelihatan pintu rumah tu..
peninglah suami masing2 ^_^

Wednesday, September 29, 2010

melawat kawasan

ahad baru ni kami melawat kawasan yg bakal kami jajah dan takluki sedikit masa lagi

mula2 tunjuk tangga dulu..sebenarnya nak tunjuk kawasan atas..tak dpt masuk..pemaju kunci umah..takpe2..sabar2, insyaallah satu hari nanti bukan setakat masuk malah guling2 lagi dlm ni..ni pandangan dalam umah sendiri ye,,bukan umah org lain..kami redah gak palang yg dia letak pada jalan menghala ke rumah kami..

ok kalau sapa2 tak tau ni tangga..palang tangga tu mcm biasa2 je kan..tapi duit banyak habis dah kalau nak tukar yg cantik2 sikit pun..jadi duduk diam2 selama 3,4 tahun ke ye..

semua gambar2 ini diambil menerusi tingkap sahaja ye..sedih..ok sambung..ni pulak ruang tamu..amirr tak puas hati dgn kemasan lantainya katanya..

nun di belakang tu adalah dapur..eiiiii geramnya tak dapat masuk..rasa tak puas la..pemaju just letak sinki bodo je...hmmm duit lagikkk..fengsannnn

ni pandangan dari arah hadapan bakal rumah kami..alhamdulillah..walaupun tak sebesar mana, tapi cukuplah..untuk kami berteduh dari panas dan hujan

ni lorong menghala ke luar..bawah sana nun adalah sungai..dan di sebelah sungai adalah kampung cina perting maaaaa...

sekian

Monday, July 5, 2010

:)


alhamdulillah..nampaknya hampir siap sepenuhnya..jalan pun dah buat..siap berline lagik..uih tak sabar rasanya..tapi pening2 tu ready ajelah..ngn cost pindah umah/masuk umah baru boleh tahan jugaklah duitnya..