orang luar lebih nampak apa yg berlaku dalam rumah tangga seseorang berbanding orang dalam rumah tu sendiri..
ha, tu bini tak bagi keluarlah tu
bila suami cakap nak keluar melepak, dia dah siap2..pastu berenti jap depan tv sebelum keluar..alih, daripada tercegat depan tv terus duduk kat kerusi malas sampai bini tanya.."aik tadi kata nak lepak dgn si abu, si ali, dia jawab, "tak jadilah" orang kata
ha, tu tak dapat green light la tu
bila suami cakap nak siapkan keje kat sekolah nak buat data smm..sambil2 tu tanya problem2 yg berkaitan data kat bini yg pernah pegang data smm kat sekolahnya selama 4 tahun ..alih2 bukak laptop terus buat kat umah sambil2 tanya kat bini problem solving berkaitan itu itu..orang kata
ha, tu kena jaga anak la tu

mulut terlalu lancar menuturkan kata2 yang boleh membikin hati orang menjadi panas..
tanggungjawab suami isteri zaman kini dan dahulu banyak berubah selaras dgn persekitaran..dahulu hanya suami sahaja yg memikul tanggungjawab mencari nafkah..kini rata2 isteri pun turut sama meringankan beban suami..beban tugas di tempat kerja adalah sama sahaja..
kerjasama maksudnya di sini adalah seperti kalau sorang memasak, sorang kena jaga anak..tapi bagi aku plak..memang amirr tak berapa pandai buat kerja rumah..boleh buat tu adalah..tapi lambat..dan selalunya akulah basuh pinggan, akulah memasak..dia mop lantai suka..sebab tu dia lagi suka jaga anak berbanding buat kerja2 rumah..itu KERJASAMA namanya..
dan adakah kerana itu aku layak digelar queen control?