Wednesday, November 25, 2009

selamat hari raya aidiladha

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia..

raya haji ni aku nak melantak puas2..nanti takut masa pantang dok teringat2..bukan baby yg dok meleleh air liur..maknya pulak yg lebih2...

jalan dah start jammed dari semalam. org dah berduyun2 nak balik ke lipis, raub ngn kelantan.haih aku nak g umah mak pak aku pun punyalah seksa. tapi yelah bukan aku sorang nak beraya ngn family kannnnn..pada yg balik kampung tu..berhati2lah..jgn buat jalan tu mcm bapak korang yg punya, fikir2kan lah pengguna jalan raya yg lain sama. semoga selamat sampai ke destinasi masing2 ya..

Monday, November 23, 2009

family..

pic2 ni masa hari raya puasa ari tu..dah basi..alang2 dah ada upload ajelah..gambar2 ni diambil sekitar umah family aku ngn mentua..










Friday, November 20, 2009

8 bulan


alhamdulillah, kini usia kandungan ku sudah mencecah 8 bulan. baby semakin aktif terutamanya time mamanya duk dendiam ataupun time baring2. senget benget perut sampai membuatkan laki ku kagum. maklumlah menyaksikan sesuatu yg baru.

perasaan aku?teruja ofkos namun tak dapat lari dari perasaan gusar dan takut. namun aku selalu mengatakan pada diriku sendiri. setiap org yg menjadi ibu melaluinya. kalau mereka boleh, aku pun boleh!

penglaman pregnant?kalau boleh aku nak ceritakan drp awal saat aku dapat tahu aku berbadan dua. namun, aku bimbang andainya disalah erti, akan dianggap menunjuk2 bila dah ada. tapi niatku cumalah sekadar ingin berkongsi sesuatu yg boleh memberi semangat kepada insan2 yang masih menanti seperti diri ku dahulu. nanti2lah, kalau aku sudah bersedia, akan ku ceritakan..buat masa sekarang, aku perlu relaks dan membuat persiapan seperti yang disarankan oleh org sekeliling ku.insyaallah..doakan aku.

Thursday, November 19, 2009

keputusan UPSR!

segala2nya sudah terjadi, berlaku dan tidak boleh diulang kembali.

hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. secara jujurnya aku dan rakan2 seangkatan agak frust.tahun ini keputusan merosot setelah beberapa tahun menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit. bukan sahaja dari segi peratus lulus, malah bilangan 5A juga turut merosot.

terlalu banyak air mata yang aku lihat pada hari ini. air mata murid-murid, air mata pendidik dan air mata ibu bapa. ada air mata kegembiraan dan sebaliknya. bagi air mata sebaliknya atau dalam maksud yang lain air mata kekesalan, tiada apa yang boleh kita lakukan.keluar air mata darah sekalipun takkan merubah keputusan yang sudah tertulis. jadikan ianya satu pengajaran utk terus berusaha pada masa hadapan. tebus kembali kekecewaan anda!

ramai pelajar yang menangis kerana keputusan tidak seperti diharapkan. tapi dari pemerhatian aku tadi ada sekelompok murid yang menangis bagaikan histeria apabila mendapat keputusan mereka. aku turut jadi sebak. tapi...merekalah insan-insan yang ...entahlah malas nak cakap di sini. diharap, keputusan ini menjadi pengajaran..pengajaran dan pengajaran bagi mereka.

aku selalu berpesan dan mengingatkan mereka.."tak payah nak tunggu keputusan rasmi keluar. kita sendiri sepatutnya boleh agak dan jangka apa keputusan yang diperoleh berdasarkan usaha kita. kalau bersungguh-sungguh, maka cemerlanglah hasilnya..kalau main-main maka teruklah hasilnya."

dan selalunya nasihat itu bagaikan di angin lalu..sedih..sedih..tapi apa boleh buat..nasi sudah menjadi bubur. perjalanan anda semua masih lagi jauh. jgn berputus asa..

Sunday, November 15, 2009

jangan pandang orang sebelah mata!

baru2 ni aku ada add request seorang mamat yg aku kenalinya sebagai pen pall di zaman persekolahan. mamat ni dari utara semenanjung. kami dikenalkan oleh rakan aku yg bertukar sekolah ke sana.

itu pengenalannya..dia sering menulis surat kepada aku. biasalah zaman2 remaja dan org menulis, aku membalasnya. isi surat kami pula sering berkisarkan hal2 sekolah, pelajaran maklumlah time tu nak SPM dan ada jugakla terselit kisah2 peribadi masing2. namun satu aja sikapnya yang aku kurang senangi ialah cakap besar atau berlagak atau menunjuk2 atau menganggap dirinya terlalu hebat dan sama la perkataan yg sewaktu dengannya..contohnya, dia mengatakan bahawa subjek SPM yang diambilnya tersangatlah tough berbanding apa lah sangat subjek prinsip akaun yang aku ambil..tapi takpelah pilihan masing2..

utusan surat kami ni bersambung bila aku masuk matrik dan dia belajar kat kolej apa tah kat melaka..nak jadi pilot katanya..namun seperti biasa, isi kandungan suratnya yg bagi aku time tu semakin lama semakin up..up and away la..aku pun lama2 jadi boring nak melayannya..so, aku stop membalas surat2nya.

sehinggalah dua, tiga hari pas aku add request as friend dari dia..mula2 tak perasan, lama2 aku ingat balik..owh mamat ni.dan semalam, iaitu pagi sabtu dia msg aku tru FB..mula2 ok la isi kandungan yg diborakkan sampailah masuk isu aku pregnant

him: owh tak lama lagi nak dapat baby la ye..
me:hmm..insyaallah, alhamdulillah
him:dah berapa tahun kawen?
me:bulan 1 thn depan genaplah 3 tahun.
him:owh lama tu baru ada baby
me:awak pulak dah ada baby ke?
him:belum lagi
me:dah baper tahun kawen?
him:dah 4 tahun. tapi kami 2-2 doc cakap normal, so tunggu ajelah.
(abis tu ko tau sgt ke aku laki bini normal ke tak?)

pastu masuk isu kerja pulak..
him:keje apa skg ni?
me:cikgu kat sekolah rendah. awak keje kat mana?
him: mas
me: pilot ke
him:tak. saya engineer
me:owh
him:hsuband kerja apa?
me:cikgu jugak kat sekolah rendah di sini.
him:ajar subjek apa?
me:matematik
him:kalau saya ajar maths, tak payah study pun takpe.ajar sambil pejam mata je!

perlukah kau bercakap begitu sekali wahai insan..maknanya, keje2 mengajar ni bagi ko satu perkerjaan yg entenglah ye..mari kita bertukar kasut sekarang..aku nak tengok, mesti ko cepat2 isi borang resign mtk tukar keje lain..ceh jgn pandang org sebelah mata ye..kau tau tak betapa ramainya cikgu2 skolah rendah kini yg memiliki master, apatah lagi sekolah menengah!!!dan sila bukak silibus sekolah rendah sekarang mesti kau akan cakap.."eh, ini aku belajar masa nak amik PMR/SPM dulu.budak sekarang dah ambik dah!"

please..jangan pandang orang sebelah mata melainkan ko buta!dan aku telah mendeletekan namanya dr FB aku..terima kasih!

Wednesday, November 11, 2009

air gula dan perkembangan

air gula adalah tidak sedap..mula2 seteguk ok lagi..bila dah berteguk2, mcm tak lepas kat saluran esofagus aku!

aku kena minum air gula sebab dalam masa sebulan aku naik sampai 2.5 kg..so nurse pun cakap.."nanti minum air gula ya"

ok sekarang ni aku dah masuk 31 minggu..apa perubahan yg berlaku..
1. perut ofkos big2
2. mudah penat dan mengah
3. cepat lapar terasa macam kebulur afrika
4. baju semua dah ketat metat
5. pedih ulu hati
6. mudah terjaga dari tidur
7. tendangan2 semakin kuat
8. perut jadi senget benget bila baby bergerak2
9. malas(memasak, g kerja, dan serba serbi)

buat masa ini itu saja aku teringat..lain kali hapdet lagi ye...

p/s: malas nak update!