Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

queen control?

orang luar lebih nampak apa yg berlaku dalam rumah tangga seseorang berbanding orang dalam rumah tu sendiri..

bila suami jenis malas keluar rumah, baginya lebih baik baca komik kat internet atau main game yg baru download sampai sanggup tak tidur..orang kata
ha, tu bini tak bagi keluarlah tu

bila suami cakap nak keluar melepak, dia dah siap2..pastu berenti jap depan tv sebelum keluar..alih, daripada tercegat depan tv terus duduk kat kerusi malas sampai bini tanya.."aik tadi kata nak lepak dgn si abu, si ali, dia jawab, "tak jadilah" orang kata
ha, tu tak dapat green light la tu

bila suami cakap nak siapkan keje kat sekolah nak buat data smm..sambil2 tu tanya problem2 yg berkaitan data kat bini yg pernah pegang data smm kat sekolahnya selama 4 tahun ..alih2 bukak laptop terus buat kat umah sambil2 tanya kat bini problem solving berkaitan itu itu..orang kata
ha, tu kena jaga anak la tu

mulut terlalu lancar menuturkan kata2 yang boleh membikin hati orang menjadi panas..
tanggungjawab suami isteri zaman kini dan dahulu banyak berubah selaras dgn persekitaran..dahulu hanya suami sahaja yg memikul tanggungjawab mencari nafkah..kini rata2 isteri pun turut sama meringankan beban suami..beban tugas di tempat kerja adalah sama sahaja..

kerjasama maksudnya di sini adalah seperti kalau sorang memasak, sorang kena jaga anak..tapi bagi aku plak..memang amirr tak berapa pandai buat kerja rumah..boleh buat tu adalah..tapi lambat..dan selalunya akulah basuh pinggan, akulah memasak..dia mop lantai suka..sebab tu dia lagi suka jaga anak berbanding buat kerja2 rumah..itu KERJASAMA namanya..

dan adakah kerana itu aku layak digelar queen control?

Thursday, June 9, 2011

fine!

kalau beginilah keadaanya mmg terbuktilah tiada keadilan..

dulu aku rasa mungkin perasaan aku sahaja yg terlebih2..namun stlh ku lihat sendiri bukti2 yg nyata..maka mmg sohihlah..

kami sekeluarga diibaratkan spt "kos lepas"..

lepas ni apa yg aku akan buat?

aku akan buat biasa2 aje..tiada lagi nak amik2 hati ni semua..usaha nak amik hati pun pasti akan terselit nama2 org lain..

fine!fine!fine!

Friday, October 29, 2010

hutang!!

bagaimana cara utk collect hutang yg dah bertahun2 tanpa menguris perasaan org2 rapat si pemiutang tu..
takkan dah bertahun2 still tak dapat bayar
dengar2 cerita dapat banyak job
aku tak redha duit aku pada dia andai dia berkeras tak nak bayar

Saturday, October 9, 2010

sapa punya kerja?

  • jumaat 5.30ptg, terjaga dr tido setelah mendengar bunyi org menyapu di porch keta rumah. rajin laki aku nih
  • sabtu 8.00pg, pegi keluar rumah nak sidai baju..aik sapa punya plastik roti, btg lolipop, cebisan ketas surat khabar yg terbakar, palstik, daun2 kering serta pasir2 yg baik punya berkumpul ni?
  • tgh sidai2 baju terpijak sesuatu, aik sapa punya selipar jepun warna biru yg tinggal sebelah ni..haihhhhhhhh kurang asam korang tau tak?
amirr cakap biar, kita tgk nanti sapa punya selipar biru yg tinggal sebelah?
masalahnya..nak ke diaorg kutip balik?

Saturday, June 12, 2010

air oh air

haih, masuk hari ni dah 3 hari bentong dilanda gangguan bekalan air..
bila dah takde air ni mcm2 lah kerja/urusan tergendala..mmg susah dibuatnya

bila takde air ni, banyak urusan harian aku terganggu. contohnya

1. mandi tak puas dan kena jimat cermat

2. tak boleh masak, sebab air yg keluar terlalu halus dan putus2

3. aktiviti membasuh kain baju tak dapat dijalankan walaupun hari cantik utk sidai baju
membakullah lagi baju..baju amsyar aku kena basuh selalu sebab baby kan banyak tukar2 baju. kejap kebocoranlah, peluhlah, muaklah, tumpah susulah..mcm2lah lagi

4. pinggan pun menimbun..semak mata aku tgk..nanti mulalah ada sikit2 bau sebab pinggan yg ada sisa2 makanan tak dicuci

5.tandas pun..euwwwww..lama2 air tangki akan kurang so takut nanti tandas pun tak leh dipam setelah diguanakan

6.minum air pun catu2..sebab nanti air habis dan kalau minum banyak nak ke tandas pulak..air lagi..huhhhhhh

kenapalah ambik masa berhari kot2lah ada kerja penyelenggaraan pun..dan lori JBA dgr citer tak pergi ke semua tempat..

sungai/jeram/tempat rekreasi pun penuh sebab org bentong terpaksa mandi sungai tuk jimatkan air di rumah..

harap2 air akan adalah menjelang petang nanti..aku nak masak wehhhhh..laparrrrr

Sunday, November 15, 2009

jangan pandang orang sebelah mata!

baru2 ni aku ada add request seorang mamat yg aku kenalinya sebagai pen pall di zaman persekolahan. mamat ni dari utara semenanjung. kami dikenalkan oleh rakan aku yg bertukar sekolah ke sana.

itu pengenalannya..dia sering menulis surat kepada aku. biasalah zaman2 remaja dan org menulis, aku membalasnya. isi surat kami pula sering berkisarkan hal2 sekolah, pelajaran maklumlah time tu nak SPM dan ada jugakla terselit kisah2 peribadi masing2. namun satu aja sikapnya yang aku kurang senangi ialah cakap besar atau berlagak atau menunjuk2 atau menganggap dirinya terlalu hebat dan sama la perkataan yg sewaktu dengannya..contohnya, dia mengatakan bahawa subjek SPM yang diambilnya tersangatlah tough berbanding apa lah sangat subjek prinsip akaun yang aku ambil..tapi takpelah pilihan masing2..

utusan surat kami ni bersambung bila aku masuk matrik dan dia belajar kat kolej apa tah kat melaka..nak jadi pilot katanya..namun seperti biasa, isi kandungan suratnya yg bagi aku time tu semakin lama semakin up..up and away la..aku pun lama2 jadi boring nak melayannya..so, aku stop membalas surat2nya.

sehinggalah dua, tiga hari pas aku add request as friend dari dia..mula2 tak perasan, lama2 aku ingat balik..owh mamat ni.dan semalam, iaitu pagi sabtu dia msg aku tru FB..mula2 ok la isi kandungan yg diborakkan sampailah masuk isu aku pregnant

him: owh tak lama lagi nak dapat baby la ye..
me:hmm..insyaallah, alhamdulillah
him:dah berapa tahun kawen?
me:bulan 1 thn depan genaplah 3 tahun.
him:owh lama tu baru ada baby
me:awak pulak dah ada baby ke?
him:belum lagi
me:dah baper tahun kawen?
him:dah 4 tahun. tapi kami 2-2 doc cakap normal, so tunggu ajelah.
(abis tu ko tau sgt ke aku laki bini normal ke tak?)

pastu masuk isu kerja pulak..
him:keje apa skg ni?
me:cikgu kat sekolah rendah. awak keje kat mana?
him: mas
me: pilot ke
him:tak. saya engineer
me:owh
him:hsuband kerja apa?
me:cikgu jugak kat sekolah rendah di sini.
him:ajar subjek apa?
me:matematik
him:kalau saya ajar maths, tak payah study pun takpe.ajar sambil pejam mata je!

perlukah kau bercakap begitu sekali wahai insan..maknanya, keje2 mengajar ni bagi ko satu perkerjaan yg entenglah ye..mari kita bertukar kasut sekarang..aku nak tengok, mesti ko cepat2 isi borang resign mtk tukar keje lain..ceh jgn pandang org sebelah mata ye..kau tau tak betapa ramainya cikgu2 skolah rendah kini yg memiliki master, apatah lagi sekolah menengah!!!dan sila bukak silibus sekolah rendah sekarang mesti kau akan cakap.."eh, ini aku belajar masa nak amik PMR/SPM dulu.budak sekarang dah ambik dah!"

please..jangan pandang orang sebelah mata melainkan ko buta!dan aku telah mendeletekan namanya dr FB aku..terima kasih!

Saturday, October 25, 2008

kerana silat..

malam semalam aku tido kat umah parents aku.kalo aku tido di sana maksudnya amirr takdok.plan asalnya kitaorg kena g melaka ada kenduri.pastu di cancel saat2 akhir disebabkan amirr ada program silat kat Pekan. mmg asalnya aku bengang. depa suka sgt buat program saat2 akhir.pastu ganggu gugat rancangan org lain.mmg aku simpan menda ni.cuma aku warn kat amirr jgn smp aku MALATOP!bukannya sekali dua mcm ni.banyak kali dah.mlm tadi amirr sms aku.katanya kaki sebelah dia melecur.jalan atas bara.haih sib baik aku dh di ambang tido.kalau tak maunya aku membebel 2,3 jam.
sian kat rep.dia plan nak dtg umah aku arini.tp aku dh ada halkan.lain kali ek rep.
jap lagi aku nak g kenduri kawen ngn mak aku.haih lemah tul.tapi nak tak nak kena g gak.sib baik aku dah kawen.kalo tak bapak aku nyer ayat.."naty kalau awk kawen, takde sapa nak dtg sebab awk tak nak g kenduri org". tapi nasib baik kenduri aku dulu alhamdulillah.ramai gak la.bajet 3000.alih2 lebih drp tu plak yg dtg.nasib baik masak banyak.
oklah.aku nak g gosok baju.kang bising plak bapak aku lambat sgt!!!!grrrrr!!!

Thursday, October 4, 2007

minggu yang....hmmmm

assalamualaikum sume...minggu ni penuh dengan kejutan dan debaran...so aku terlalu bz sss..minggu lepas aku dapat surat utk panggilan temuduga bg mengesahkan jawatn aku..so aku kenalah prepare utk menghadapi hari yg mendebarkan itu..isnin ngn selasa aku duk sibuk study and siapkan dokumen2 yg perlu aku bwk ke kuantan naty..
hari isnin aku banyakkan study and cari maklumat2 yg mungkin diaorg akan tanya naty..dan skrg aku akan ceritakan hari selasa yang mengejutkan and begitu lawak bagi aku...

hari selasa
pagi2 lagi spt biasa laki aku dah antar ke skolah time keadaan gelap gulita..selalunya..bila aku sampai..hanya opis saja yg dah buka pintunya..bilik guru plak sapa yg sampai dulu dialah yg bukak..lampu pun mcm tu gak..sapa yg sampai dulu dialah yg bukak..takkan ko nak duk dalam gelap plak..tak berani aku..lagipun skolah aku tu angkerrr skit...
tapi bila aku sampai pagi tu..aku tgk bilik guru dah terbukak lampunya..tapi pintu opis tertutup plak..time tu aku tak rasa pape yg pelik plak...maybe ada cikgu yg dah dtg... tutup pintu opis tu semula sbb tak nak murid masuk...aku pun bukak pintu opis n bukak buku kedatangan guru...aikkk...nape takde org lagi yg datang ni...hmmm..lantaklah..aku pun trus tulih nama aku ngn time aku dtg kul 6.55 pagi...pastu aku nak bukak pintu bilik guru..aikkk..tak tutup..ish..tak senonoh betullah diaorg ni smlm..ni mesti nak blk cepat ni..aku pun trus masuk..eh nape pintu loker ni bukak2 ni sume2 ni..tah2 ribut kot semalam..aku pun trus g kat meja aku..duduk..pastu kuarkan buku rekod..tulis skit2 lesson plan..pastu bukak paper baca..pastu dgr dua tiga org cikgu dah dtg..riuh rendah sore diaorg kat opis..apa ra..jumpa2 aje trus senaman mulut..hihi..aku tak hiraukan mereka..khusyuk bace paper nih..tapi cikgu2 ni semakin lama semakin ramai n semakin riuh plak..masuk dalam bilik guru tak jugak..pastu baru dorang masuk ramai2 n guru besar pun buat pengumuman..."cikgu-cikgu jangan sentuh apa-apa ye..saya dah tepon polis..jap lagi diaorg dtg.."aku jadik heran..nape plak..rupa-rupanya skolah aku kena RAMPOKKKKK...ya tuhan..mcm mana aku boleh tak sedar???..aku g balik opis..mak aih..mcm dilanggar garuda..punyalah aku tak angkat muka time tulih nama tadi...kecoh2 ari tu..wpun aku org pertama yg tiba selepas kejadian..tak guna nak tanya aku hape2..aku mmg tak sedar skolah aku kena rompak..cikgu2 yang lain pakat kutuk aku reramai2..gelakkan aku usah cakaplah..kiranya kalolah perompak tu ada lagi time aku dtg..akulah yg plg senang utk dijadikan tebusan...hari tu skolah aku mcm dah jadik lokasi csi..hmm..ada gak cikgu yg perasan nak jadik HORATIO plak tuh..tahlah..

rabu plak..
aku g kuantan..abis interview kul 3pm..singgah giant kuantan..beli brg2 nak wat kuih..tah bila nak start tah..

khamis plak..
pagi2 lagi nora jumpa aku..n dia ckp dia dah pregnant 9 minggu..hmmm..aku plak?tah la..blum ada rezeki lagi nampaknya...