Saturday, June 9, 2012

Hotel Antarabangsa KL(nama yang dimelayukan)

Nama gah tak semestinya tempatnya pun begitu. don't judge the book by it's cover babeh.
semalam telah mencatat sejarah kami check in hotel dan keluar after 2 hours..kuang kuang kuang..
alkisahnya suami ada meeting di hotel berkenaan. teman sebiliknya tak dapat dtg bermalam di hotel atas sebab tugasan di Melaka. maka beliau telah mencadangkan agar suami membawa anak2 dan isteri bermalam di hotel.

So berdesup la bersiap walau dalam hati rasa, kalau tak pegi pun tak kisah. Kalau duk kat rumah mcm2 kerja boleh buat sementelah suami bukannya bawak pergi bercuti. Nanti dia ber'meeting'2an, aku plak berperang jaga anak2 dalam bilik. stuck kat satu tempat je.

so pergilah ke sana. TQ en papago kerana memudahkan kelancaran perjalanan kami dgn menunjukkan jalan termudah utk ke sana. 

Masuk aje dalam bilik hotel, aku terkesima. bukan disebabkan betapa terpegunnya aku dgn keindahan biliknya..tapiiii..er er..

aku membayangkan TV plasma, tapi yg disediakan tv sony yang besar gabak, tempat cover segala button dah tercabut. dan menambahkan lagi "kekaguman" aku dan suami adalah, skrin nya menayangkan cerita hitam putih tanpa suara. (ada ke patut TV rosak yang layak dihumban dalam lombong dah).

dinding comot-momot siap ada kesan conteng lagi. tandas takde paip. maksudnya kena aim betul2 sebab air tu keluar dari dalam mangkuk tandas untuk anda bersuci (jadi adalah susah sgttttt kalau buatnya anak2 aku berak)

lampu kat kepala katil dah koyak rabak dia punya cover (amboi takkan cleaner tak nampak kot)

anak2 aku plak dah start meragam akibat lambat sgt dapat kunci bilik, maka aku dan suami decide utk balik, so suami skip taklimat mlm tu, maka esok pagi2 buta suami gerak dari rumah pukul 6.30 pagi.

Kesimpulannya, hotel ini tidak di rekemen, sekian..hehehe

Tuesday, June 5, 2012

bubur nasi

bubur nasi adelia, suka baca blog dr halina aka wife astronaut tu..blog dia banyak memberi inspirasi dalam penghasilan baby food. sebelum ni aku hanya masak nasi yang bertukar2 lauknya sahaja. kadang2 letak ayam, kadang2 letak ikan. sayur pulak kadang2 letak brokoli, kadang2 carot.kadang2 bayam. kadang tambah sikit kentang. tapi melalui blog beliau mcm2 jenis bahan lain yang boleh dijadikan baby food ni. sebenarnya sblm ni aku tahu tapi malas nak buat sebab rasa leceh. tapi sebenarnya kadar "leceh"nya tu adalah sama spt baby food yang aku buat utk adelia.

contohnya seperti di bawah :

ayam memang aku siap2 potong kiub dan letakkan dalam bekas dadih. buat stok utk seminggu. sehari satu bekas. bila nak masak just keluarkan sahaja.

carot pun potong dadu
tambah sikit bawah putih dan daun sup utk aroma

pastu kesemua bahan tu aku labuhkan bersama beras. dari usia 6 bulan sehingga 10 bulan aku memang tak menggunakan minyak. sekarang baru aku gunakan sedikit. bahan2 tu aku tumiskan dengan olive oil.

disebabkan aku tak mampu utk bangun pagi2 nak buat bubur adelia, jadi aku telah menggunakan khidmat slow cooker. letak malam, esok subuh, bubur dah masak dan ready utk di blend.

disebabkan baby food dalam blog dr halina telah memberikan inspirasi buat aku, jadi lepas ni aku semakin bersemangat nak buat mcm2 jenis puri utk adelia. eh, dah lebih 10 bulan puri lagi? ya, sebab adelia masih belum ada bayang nak tumbuh gigi!