Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

restoran mualaf

dulu masa masih berkawan, kami pernah makan di sini bersama kawan2 yang lain..selepas itu, terus jatuh cinta pada restoran ini..kemudian kami bercinta dan seterusnya bertunang, pernah membawa keluarga masing2 makan di sini..kemuadian berkahwin, dan bila meraikan hari2 istimewa, tempat ini pasti termasuk dalam list kami dan bukan shj termasuk dalam list, malah kebiasaannya ia terpilih utk kami meraikan hari2 special kami :)

menu2 wajib kami ketika di sini jika tidak memilih steam boat, antaranya, siput (kupang) sos istimewa, tauhu besi panas, tomyam yg super duper umphhh, kerabu mangga..memang memuaskan..

amsyar yg sudah datang ke sini beberapa kali sejak berada dlm perut mama lagi..

kepekatan tomyam yg menyelerakan

mak yg pasti tidak menolak jika diajak ke sini

walaupun perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit, namun amat berbaloi..restoran ini dimiliki oleh mualaf cina..turut ada beberapa cawangan di daerah lain..

Restoran Mualaf, pilihan kami seisi keluarga

p/s:agak2 owner dia baca tak utk jadikan aku duta..boleh makan free?hehehe *dasarmukatakmalu*

Sunday, July 3, 2011

pesta makanan

hari semacam ada pesta makanan plak dlm family aku..pagi tadi amirr ke pasar utk melepas sesi keinginanku makan sup ketam..

ptg pulak, baru sat tadi mkn sup ekor..yg ini, amirr nyer ngidam..

pastu mak mentua call suh balik chamang, makan laksa sarawak yg baru dimasaknya..suh kami ke sana time2 tu gak, tapi mcm mana, sup ekor perlu kami makan dulu..nampaknya pas maghrib la baru ke sana..

abis aje makan sup ekor, mak aku plak call suh balik..dia masak laksa santan..amboiii...hari sengkak perut nampaknya hari ni..

apa pun alhamdulillah..rezeki murah hari ni :)

Sunday, November 14, 2010

dinner at mines resort city

semuanya adalah plan mengejut2..di saat2 semua guru2 seluruh negeri pahang bertungkus lumus menanda kertas periksa sebab periksa sampai hari jumaat.markah nak cepat.minggu depannya pulak sekolah sampai hari selasa aje, pada hari khamis baru2 ni kami semua dimaklumkan annual grand dinner akan diadakan pada hari jumaat malam sabtu..dah pulak tu siap bertema2 bagai..wajib pakai baju merah..mana nak cekau baju2 glam dalam masa sehari je kan? so ramailah antara kami main sarung apa yg ada dalam gobok..sebab tu lah baju mcm tak grannnndddddd aje dgn annual grand dinner kami ^ 0 ^

naik cruise bersiar2 kat mines..ni 1st time aku pergi..aku mmg JAKUN dan terpegun..walaupun menerusi cerita tekong yg bawak kami (tekong aku panggil dia, hahaha) tempat ni dah mcm terbiar sikit..tapi aku tatap terpegun terutama sekali bila masuk "water lift"..serius mmg "wah macam cerita waterworld pulak..kalau sebelum ni hanya org aje yg naik lift..ni dgn bot2 sekali naik lift

terlalu banyak gambar yg nak diambil..maka aku pilih2 aje..cantik sungguh permandangan di waktu senja..tapi aku ni seriau jugak..dahlah waktu senja maghrib, bawak pulak meronda kat tasik..haihhhh, sib baik tak demam..aku part senja wajib ada dalam rumah tau..bapak aku dulu kalau pukul 6 petang tak mandi2 lagi/masih kat luar rumah..hah duduklah ko kat situ sampai tgh malam!

ni terowong penghubung antara shopping complex dgn tasik kat luar yg kita nampak kat jalan tu

dah puas meronda, barulah tekong tu hantar kami ke hotel tuk dinner..menu dia aku bagi 5/10..

sebahagian dari warga SKS..tapi dinner ni walaupun makanan ala ala aje, ianya menyeronokkan..banyak games dan hadiah2 lumayan yg cikgu/kakitangan dapat..tahniah buat AJK kelab guru dan kakitangan..maka bolehlah dikekalkan utk tahun hadapan!

Saturday, October 30, 2010

OBLONG

OBLONG ye bukan sundel bolong ataupun sewaktu dengannya..dgr2 cerita ini jenis sandwich yg agak popular sekarang..kat bentong ni aku baru jumpa dua gerai yg jual makanan ni..area umah aku la..disebabkan setiap kali lalu asyik tertanya2 apakah dia oblong ni, maka laki ku singgah membelinya..bapakla lamanya menunggu makanan ni siap masak

amirr cakap mana tak lama, kalau burger tu dia just letak je sayur mayur dan bwg mentah aje, tapi oblong ni siap masak lagi aksesorinya, dan menambahkan lagi kesabaran menanti aku, brader tu siap buat satu-satu lagi..huihhhhhh berasap hati ku seperti mana berasapnya kuali brader tu tadi..maklumlah perut dah lapar gigil ni


ni rupa dari luar, mcm hot dog, tapi bukan, mcm roti john, tapi bukan juga

tadaaaa..besar weh..kira berbaloilah dgn harga special $4.50 tu..tak sia2 aku berasap tadi..sekarang tersandar kekenyangan..

disebabkan saiznya super besar, maka aku kerat 3 bahagian supaya lebih sopan cara aku makan ^_^
rasanya amat sedap sekali..1st aku rasa terus teringatkan prosperity burger mcd..kiranya pasaran persaingan sempurna bagi prosperity la..hiiii, overkan aku punyer perbandingan..tapi serius, itulah yg aku rasa..

nota: ni cerita dari seorang cikgu sekolah aku..OBLONG ini dicipta oleh seorang lelaki dari negeri kedah, Farid kot tak silap namanya, katanya org kampung dia juga..malangnya pencipta oblong ni meninggal dlm accident on the way ke Johor time nak promosi oblong dia ni ke sana..

Saturday, August 21, 2010

bersama keluarga mentua

baru-baru ni, aku bersama keluarga mentua berbuka puasa bersama-sama di luar..kalau ikutkan, puasa pertama hari tu dah berbuka di sini, tetapi cancel sebab kami dah berjanji dgn keluarga aku nak berbuka di rumah mak pak aku..

but this time, takde excuse..all family members kena ada sama ^-^..last time berbuka di sini adalah 2 tahun lepas, penuh sesak..dan telah membuatkan aku membuat keputusan bahawa takkan datang ke sini dah..last year punya berbuka, ayah sponsor berbuka di restoran nelayan..itu pun crowded gak tambah ngn aku pregnant, emosi tak stabil disebabkan kerimasan..

tapi thn ni, ok la..nice aje walaupun ada amsyar, biasalah baby mesti ada meragam sikit kan, tapi berjaya ditangani dgn cara keibu bapaan yang semakin mantap..^_^

geram aku tgk baju yg aku pakai tu..sebenarnya itu bukan baju mengandung, tapi aku pakai masa aku mengandung dulu sebab muat dgn keaadaan badan aku ketika itu..so bila dah bersalin ni aku pakai..cissss, memanglah kelihatan seperti perempuan mengandung! lain kali takkan pakai dah melainkan aku betul2 mengandung!

ni sebahagian drp adik2 ipar aku..yg duk snap pic sana sini ni pun adik ipar aku..adik beradik suami aku 3 lelaki dan 3 perempuan..suami aku anak yg sulung

meja hampir kosong sebab kebanyakan pinggan mangkuk semua org kedai dah hantar belakang atau dalam erti kata lain, kutip


and lastly, pic amsyar bersama atuknya..