Monday, February 23, 2015

assalamualaikum dunia..

alamak, lamanya tak update blog..hew hew..nasib baik tak glemer..2012 last update. lamanya lah hai. biasalah kebizian melampau. tambah2 tak ingat plak id n pswrd..haru betul. banyak kali try n error dalam setahun lebih, akhirnya dapat jugak.

apa cerita 3 tahun ni?huih banyak..bertambah lagi sorang geng bas sekolah pada tahun 2013. ni ha budaknya. bongsu lagi buat masa ini. harap2 dlm 2 tahun la bongsunya..kui kui kui. nama si bongsu ni ayesya batrisya. nama pilihan ayahnya. orangnya lemah lembut, so ayahnya pilih namanya lemah gemalai kalau disebut.


yang ini pun perlu diperkenalkan jugak. sebab dah 3 tahun kan. memang banyak perubahan fizikal dan tingkah laku. amsyar bisyari dan adelia balqis

so, itu ajelah perkenalan buat tahun 2015 after 3 years. tengoklah kalau rajin mungkin update lagi. kalau tak tunggulah lagi 3 tahun. kakakaka

Saturday, June 9, 2012

Hotel Antarabangsa KL(nama yang dimelayukan)

Nama gah tak semestinya tempatnya pun begitu. don't judge the book by it's cover babeh.
semalam telah mencatat sejarah kami check in hotel dan keluar after 2 hours..kuang kuang kuang..
alkisahnya suami ada meeting di hotel berkenaan. teman sebiliknya tak dapat dtg bermalam di hotel atas sebab tugasan di Melaka. maka beliau telah mencadangkan agar suami membawa anak2 dan isteri bermalam di hotel.

So berdesup la bersiap walau dalam hati rasa, kalau tak pegi pun tak kisah. Kalau duk kat rumah mcm2 kerja boleh buat sementelah suami bukannya bawak pergi bercuti. Nanti dia ber'meeting'2an, aku plak berperang jaga anak2 dalam bilik. stuck kat satu tempat je.

so pergilah ke sana. TQ en papago kerana memudahkan kelancaran perjalanan kami dgn menunjukkan jalan termudah utk ke sana. 

Masuk aje dalam bilik hotel, aku terkesima. bukan disebabkan betapa terpegunnya aku dgn keindahan biliknya..tapiiii..er er..

aku membayangkan TV plasma, tapi yg disediakan tv sony yang besar gabak, tempat cover segala button dah tercabut. dan menambahkan lagi "kekaguman" aku dan suami adalah, skrin nya menayangkan cerita hitam putih tanpa suara. (ada ke patut TV rosak yang layak dihumban dalam lombong dah).

dinding comot-momot siap ada kesan conteng lagi. tandas takde paip. maksudnya kena aim betul2 sebab air tu keluar dari dalam mangkuk tandas untuk anda bersuci (jadi adalah susah sgttttt kalau buatnya anak2 aku berak)

lampu kat kepala katil dah koyak rabak dia punya cover (amboi takkan cleaner tak nampak kot)

anak2 aku plak dah start meragam akibat lambat sgt dapat kunci bilik, maka aku dan suami decide utk balik, so suami skip taklimat mlm tu, maka esok pagi2 buta suami gerak dari rumah pukul 6.30 pagi.

Kesimpulannya, hotel ini tidak di rekemen, sekian..hehehe

Tuesday, June 5, 2012

bubur nasi

bubur nasi adelia, suka baca blog dr halina aka wife astronaut tu..blog dia banyak memberi inspirasi dalam penghasilan baby food. sebelum ni aku hanya masak nasi yang bertukar2 lauknya sahaja. kadang2 letak ayam, kadang2 letak ikan. sayur pulak kadang2 letak brokoli, kadang2 carot.kadang2 bayam. kadang tambah sikit kentang. tapi melalui blog beliau mcm2 jenis bahan lain yang boleh dijadikan baby food ni. sebenarnya sblm ni aku tahu tapi malas nak buat sebab rasa leceh. tapi sebenarnya kadar "leceh"nya tu adalah sama spt baby food yang aku buat utk adelia.

contohnya seperti di bawah :

ayam memang aku siap2 potong kiub dan letakkan dalam bekas dadih. buat stok utk seminggu. sehari satu bekas. bila nak masak just keluarkan sahaja.

carot pun potong dadu
tambah sikit bawah putih dan daun sup utk aroma

pastu kesemua bahan tu aku labuhkan bersama beras. dari usia 6 bulan sehingga 10 bulan aku memang tak menggunakan minyak. sekarang baru aku gunakan sedikit. bahan2 tu aku tumiskan dengan olive oil.

disebabkan aku tak mampu utk bangun pagi2 nak buat bubur adelia, jadi aku telah menggunakan khidmat slow cooker. letak malam, esok subuh, bubur dah masak dan ready utk di blend.

disebabkan baby food dalam blog dr halina telah memberikan inspirasi buat aku, jadi lepas ni aku semakin bersemangat nak buat mcm2 jenis puri utk adelia. eh, dah lebih 10 bulan puri lagi? ya, sebab adelia masih belum ada bayang nak tumbuh gigi!

Friday, April 27, 2012

family time

 masa2 cuti mmg seronok n berbaloi2 berkumpul bersama family..lunch treat at my house. mama buat ayam masak lemak cili api, ikan bawal asam pedas, kangkung goreng belacan, ikan terubuk masin goreng. wan amsyar pulak buat sambal kelapa yg super duper sedap, budu, ulam jantung pisang, pucuk ubi, pegaga. memang hancus diet hari tu. tapi rasa mcm tak kisah lah :)

 meja sarat dgn makanan. aki amsyar mmg makan dulu. dah tak tunggu dah. tapi dia makan sikit je. mmg my sis cakap abah mmg catu makan lately lepas keluar hospital. dekat ofis pun makan sikit je

 bila mama letak gambar ni dalam fb, ada student mama cakap, banyaknya makanan, mesti tak habis.
u wrong dear. memang habis!hahaha.

 tgk si kecik tu, dia tak makan tapi nak jugak duk kat org tgh makan. depan dia harus clear. kalau tak habis ditepuk2nya nanti.

only boss sit here. dia nak makan menghadap tv. biarlah asalkan tak kacau org lain. tapi hadap ajelah kalau hemah makanan sepah sana sini. nasi kalau melekat kat lantai, bukan setakat kena sapu, malah kena mop jugak..berganda punya kerja.

majlis bersurai pada pukul 2 petang. kul 3 semua org tido. tapi mama bangun awal. area pukul 4.30, terasa macam kepala pening2, tapi tak rasa berdenyut pulak. eh, suspen jugaklah mama, kejut ayah yg tgh tido atas tilam kat lantai, dia cepat2 duduk atas sofa lepas mama cakap rumah mcm bergegar. then ayah tunjuk lampu rumah. memang lampu rumah bergoyang2. mama dah suspect mesti ada gempa di mana2. yes, betul. time tu gempa di acheh. 

sekarang ni takde yg mustahil. masa ambil paper geog masa SPM dulu, cikgu mama cakap, tsunami takkan berlaku di Malaysia disebabkan kita tiada gunung berapi dan gunung berapi tu sgt jauh. tapi tsunami dah pun berlaku di Malaysia. semoga kita dilindungi sentiasa olehNya. amin.

Thursday, April 26, 2012

6 dec 2012

salam, dah hampir 1 tahun 5 bulan sejak kami pindah ke sini. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami dapat kunci tepat 6 dec 2010. ketika itu mama baru sahaja pregnant kan si adel. cepatnya masa berlalu.

 baru pasang kipas masa ni. banyak benda perlu buat dan banyak jugak kos nak pindah rumah ni..melayang2 duit terbang

 sblm bwk masuk brg2 mmg terasa luas..tapi bila dah pindah masuk brg2, mmg cukup2 je ruang utk satu set sofa n meja makan.walauapa pun syukur, sebab rumah sendiri.

 lampu kegemaran, semua lampu n kipas beli di KEDAI LAMPU FANCY di selayang. di suggest oleh aki amsyar n adel.

 mula2 pindah tv diletakkan di sini. sekarang sudah di alih lepas buat kabinet bawah tangga, maka tv pun di letakkan di situ. rumah mmg bersepah sgt masa ni. mama mmg tak larat sebab tgh pening2 lagi masa ni. so kemas barang pun makan masa.

 tgklah amsyar pun masa ni baby lagi..tak pandai jalan pun lagi. sekarang, buka setakat berjalan, melompat dari tempat tinggi la, siap samasop berpusing la.

 ini KC masa mula2 siap di pasang..totally duit KWSP mama..hehehe

 langsir tu sampai sekarang pun masih digunakan lagi..tapi sekarang sudah kasi potong sikit la..time ni labuh sikit.


rumah kami memang menghadap banjaran titiwangsa..berbalam2 gunung-ganang dan bukit bukau depan rumah ni..dapat tgk genting dgn jelas terutama hotel one world tu.

dan masa kami pindah tu bentong memanglah hujan 24/7. wet wet wet. dan dalam kami sibuk nak pindah randah tu, dengan mama mabuk2, aki amsyar pulak dimasukkan ke HOSHAS..memang dugaan betul, tiap kali on the way balik dari temerloh, asyik nangis aje. ayah pulak bimbang akan jejaskan kandungan kalau mama tak boleh kontrol emosi. haih..tapi sekarang alhamdulillah, abah pun dah sihat dan bekerja seperti biasa, adel pun dah lahir dan sekarang dah 9 bulan. syukur

mama's corner

mama corner..items yg tak boleh disimpan sebab hari2 guna. jadi mmg tak pernah la kabinet ni kosong dan terang mata memandang. segala sos, kicap, garam, kunyit, lada hitam, minyak masak, asam keping semuanya bersebelahan dgn tempat masak..pastu blender, slow cooker, cerek, fluks, susu2, air masak, milo, oat ada kat atas ni sebab hari2 guna
 
masa mula2 pindah, hanya ada sinki biasa aje yg disediakan.kepala paip pulak betul2 di sudut kat tempat rak pinggan tu. so mama rasa mmg payah la kalau masak hanya ada satu mangkuk singki dengan kepala paip kat susut tu. mama memang selesa kalau dapur masak sehampir mungkin dengan singki..pas guna mangkuk ke sudu ke senduk ke waima kuali pas masak pun mama terus basuh. habit agaknya. lagi satu rimas.

kenapalah mama tunjuk gambar dapur ni?hehehe, sebab kat sini org tak nampak, mama nak tulis anything berkaitan dgn rumah n life kat sini. sebagai kenangan. lagi 5 tahun nanti dah tak rupa ini dah rasanya. jadi sementara tgh tegap ni, mama simpanlah kat sini.

Monday, April 23, 2012

littletinymama

salam
mencuba sesuatu yg baru
peralihan ke fasa ibu2 insan yg amat berharga buat diri mama..
Amsyar Bisyari yg makin menghiburkan
Adelia Balqis yg makin bucukkkkkk....