Tuesday, January 26, 2010

detik kelahiran amsyar part 1

kenangan di masa hadapan...dan juga sebelum aku terlupa, aku nak buat juga entry kelahiran amsyar..bolehlah aku baca dan imbas semula saat2 kelahiran insan yg kami nanti2kan selama ini..

ikutkan due date aku 14 januari 2010 iaitu hari khamis..bermakna aku sempat jugalah bekerja selama seminggu setelah sekolah dibuka..tapi bila start aje kerja, aku mula mengalah..tak larat sungguh ditambah lagi aku perlu mendaki bangunan 3 tingkat 3 kali dalam masa sehari..kaki bengkak usah cakaplah. takut aku tengok!

10 januari 2010(ahad)
aku dah mention kat amirr yg aku rasa macam nak mc esok harinya..aku betul2 tak larat..rasa nak nangis mengenangkan kene kerja gak..amirr tak bagi mc..mcm2 alasan munasabah yg diberi yg akhirnya aku pun akui ada betulnya like, aku bawak balik register, nanti kalo org carik kan susah..pastu aku bawak balik borang smm/bmm dan mcm2 lagilah

malam kami beli sate dan bawak balik makan kat gemeti

11 januari 20110(isnin)
hari ni g sekolah mcm biasa..jalan umpama siput tahap kelajuannya..kat kantin pulak mama masak kurma ayam..aku makan dgn bersungguh2..aku pun tak tau pesal apa..pastu g jumpa GB mintak excuse miting coz ada app kat kkia batu satu

kul 2ptg g kkia..rutin mcm biasa..cek air kencing, tekanan darah then baru jumpa doc..doc pun scan..tapi kali ni agak lama dr biasa..muka dia siap berkerut2..amirr seperti biasalah tgk aje skrin scan tu dgn tekun..pas abis scan tu pun doc cek lagi tekanan darah

pastu dia ckp..
so far semua ok, berat baby dlm 3 kg..cuma u punya berat badan agak naik dlm masa sebulan..naik 4 kg..

aku spt biasa muka cuak pun tidak, relaks pun tidak..pastu dia ckp lg..
tapi ada mslh skitlah..u pun air ketuban kurang sedikit..err nanti i tanya pakar dekat temerloh..

dia pun kol hospital temerloh..cakap.cakap, then dia letak..dia pun cakap

pakar advice u masuk wad hari ni juga for induce..di hospital temerloh

aku ngn amirr terkesima for many reason
1. sebab tak ready sebab dalam pala otak dok pk 14 januari walaupun tau ada kemungkinan akan terawal

2. sebab kat temerloh..

3. sebab induce(banyak citer aku dgr induce ni sakit..so dalam mind set aku ni dok ingat sakitlah walaupun blm pernah merasainya)

disebabkan kami terkesima tak psl2 dapat kaunseling dari doc tu..hahaha..

ok citer selanjutnya adalah di nest entry sebab amsyar dah bangun..

amsyar

salam semua..saya amsyar bisyari..hobi saya suka tidor sebab masa saya dalam perut, mama saya pun suka tidor...aci tak?

Sunday, January 17, 2010

alhamdulillah

salam semua..terima kasih kepada semua yang mendoakan..alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan baby boy

amsyar bisyari bin amirr ariff azhan
12.01.2010
2.46 pagi
2.72 kg
hospital temerloh
normal but induce(hampir operate...sib baik)

buat masa sekarang, aku sedang menjalani tempoh berpantang di rumah mak aku..bila kesihatan aku semakin baik, insyaallah aku akan update cerita selanjutnya..

love u all..muahhhh..

Saturday, January 9, 2010

menghitung hari....

kini, aku hanya menghitung hari shj lagi..insyaallah, aku akan bersalin bila2 masa shj dr sekarang...tak taulah bila sebenarnya baby nak keluar..yg pasti aku sudah tidak larat tuk berjalan dan membawa kaki ni bergerak, naik tangga, turun tangga..(maklumlah sekolah aku luas dan bangunannya tinggi2)

ramai org cakap "takpe nanti senang nak beranak.." harap2 begitulah. tapi kalo ikutkan hati aku ni, dah lama aku amik mc..sesungguhnya tak larat nak bergerak dan berdiri lama2..

dan sesungguhnya aku harap kalian dapat doakan semoga dipermudahkan aku bersalin dan selamat kedua2nya..kehadirannya kami nanti2kan selepas 3 tahun kami diikat sebagai suami isteri..aminnn..

Tuesday, January 5, 2010

3 tahun sudah...

alhamdulillah..hari ini, 05.01.2010, genap 3 tahun kami melayari bahtera rumahtangga..terima kasih ya allah..

pic2 di bawah sekadar mengimbas peristiwa bersejarah kami 3 tahun yang lepas. sederhana namun membahagiakan..




p/s; menanti saat bersejarah yang seterusnya dalam hidup kami...aminnn..moga selamat dan dipermudahkan segalanya

Friday, January 1, 2010

suka duka 2009

kini kita telah pun berada di tahun 2010..2009 pula telah kita tinggalkan..banyak kenangan suka duka yg berlaku sepanjang 2009 ni..

disahkan mengandung
alhamdulillah..setelah 2 tahun lebih melayari bahtera rumahtangga, akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mei...kegembiraan yg tidak terkata..seakan tidak percaya. bersyukur sangat!

peralihan kuasa
ni perihal kerja..selama ni hanya dgr2 cerita org shj mengenainya..tapi tahun 2009..merasainya..alhamdulillah walaupun pada mulanya banyak ribut..tapi kini masing2 mula menyesuaikan diri!

ptk
tahun ni merupakan tahun pertama aku mengambil ptk!wow..ni pun kira bersejarahlah kan..walaupun 2 kali amik pada tahun ini..resultnya tetap sama...3-3..

bela ikan
ni pun kira penting gak ni..umah kecil kami dihiasi dgn 4 buah akuarium sekaligus..rasa tenang je bila dgr bunyi aliran air dlm rumah seolah2 berada di tepi sungai...

umrah
ahli keluarga ku selamat menunaikan ibadah umrah..namun bukan rezeki ku utk sertainya bersama kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan..(aku dah pregnant!)

itu adalah antara peristiwa2 penting yg berlaku dlm hidup ku pada tahun ini..

utk tahun 2010 pula insyaallah, peristiwa yg paling penting dan menggembirakan ialah kami bakal menimang cahaya mata..itu shj fokus aku buat masa ini..yg lain2 tunggu after aku bersalin nanti..insyaallah..