Saturday, October 30, 2010

sardin masak lemak cili api

bahan2:
1 biji bwg besar (kisar)
10 biji cili api(kisar)
1 inci kunyit(kisar)
1 inci halia(kisar)
1 batang serai (ketuk)
1 tin sardin
1 biji santan
2 biji kentang dibelah 4 setiap satu
garam secukup rasa

cara2:
  1. masukkan bahan2 kisar, serai dan kentang dalam periuk dan pindangkan
  2. agak2 kentang dah empuk, masukkan ikan sardin berserta sos2nya ke dalam periuk
  3. kemudian masukkan santan dan garam.siap :)
mudahkan!!!!!!

aku suka makan sardin tak kira tumis ataupun dibuat gulai macam ni. memandangkan amirr tak berapa gemar tumis sardin dan lebih prefer yg ini, maka sardin rumah aku selalulah menjadi gulai..kredit to my mum. makanan kegemaran seisi keluarga sejak dari kecil ^_^

OBLONG

OBLONG ye bukan sundel bolong ataupun sewaktu dengannya..dgr2 cerita ini jenis sandwich yg agak popular sekarang..kat bentong ni aku baru jumpa dua gerai yg jual makanan ni..area umah aku la..disebabkan setiap kali lalu asyik tertanya2 apakah dia oblong ni, maka laki ku singgah membelinya..bapakla lamanya menunggu makanan ni siap masak

amirr cakap mana tak lama, kalau burger tu dia just letak je sayur mayur dan bwg mentah aje, tapi oblong ni siap masak lagi aksesorinya, dan menambahkan lagi kesabaran menanti aku, brader tu siap buat satu-satu lagi..huihhhhhh berasap hati ku seperti mana berasapnya kuali brader tu tadi..maklumlah perut dah lapar gigil ni


ni rupa dari luar, mcm hot dog, tapi bukan, mcm roti john, tapi bukan juga

tadaaaa..besar weh..kira berbaloilah dgn harga special $4.50 tu..tak sia2 aku berasap tadi..sekarang tersandar kekenyangan..

disebabkan saiznya super besar, maka aku kerat 3 bahagian supaya lebih sopan cara aku makan ^_^
rasanya amat sedap sekali..1st aku rasa terus teringatkan prosperity burger mcd..kiranya pasaran persaingan sempurna bagi prosperity la..hiiii, overkan aku punyer perbandingan..tapi serius, itulah yg aku rasa..

nota: ni cerita dari seorang cikgu sekolah aku..OBLONG ini dicipta oleh seorang lelaki dari negeri kedah, Farid kot tak silap namanya, katanya org kampung dia juga..malangnya pencipta oblong ni meninggal dlm accident on the way ke Johor time nak promosi oblong dia ni ke sana..

my bestfriend's wedding

hari ini merupakan hari yang ditunggu2 kerana hari ini merupakan hari bahagia buat salah seorang kawan baik aku sejak dari zaman sekolah lagi iaitu faznita..ayah faznita ni pula merupakan bekas cikgu aku masa zaman sekolah rendah dulu..

hari ini juga aku tunggu kerana hari ini merupakan ala ala mini reunion member2 zaman sekolah dulu..walaupun ada yg tak dpt hadir, namun rakan2 yg hadir ni pun cukup membuatkan aku mengimbau saat2 zaman sekolah dulu, ada yg tak dpt bergambar sebab tgh makan

ni kawan aku amilatun sharah, kisah permulaan perkenalan aku keakraban aku dgnnya masa awal2 masuk form 1, aku terjumpa name tag dia dalam longkang..yelah masa mula2 masuk sekolah menengah kan kita malu2 and tak kenal lagi..kiranya inilah cara perkenalan kami ^_^

ini pula special sikit sebab classmate dari standard 1 hingga form 5..masa form 5, kami aje melayu dalam kelas tu, so sebab tu kitaorg rapat dan memang sekepala..ko sakat aku, aku sakat ko..hahaha

ini pula mizan, kiranya master mind la kalau apa2 projek, tapi bila aku dah start tunang, aku bz pula buat persiapan kawin, maka tak dapat join banyak projek kawan2, apstu dah kawen lagilah pulak kan.. ^_^

the pengantin, beza sungguh nita jadi pengantin, mmg lebih cantik dari biasa..ups nita kawen dgn org bentong jugak ye..sama lah dgn aku, kawen dgn org bentong juga, dah jodoh :)

sebahagian my friends amy, aku, amilatun sharah, siti, mizan and anita..anita ni kan, masa zaman sekolah dulu rajin nyakat aku, la ni..pemalu2 sikit..hehehehe

us with the pengantin..yg duduk with his son tu kadariah..yg ni mmg kaki redah dgn selamber aje masa zaman sekolah...zaman sekolah biasalah, nakal kami tak melampau sangat..tapi aku sorang aje pengawas melayu masa zaman sekolah tu..depa ni pedajal aku sangkut beg aku kat pokok..babeng betul...

sebahagian my friends

to nita..tahniah diucapkan..moga ko ngn hubby berbahagia hingga ke akhir hayat :)

Friday, October 29, 2010

hutang!!

bagaimana cara utk collect hutang yg dah bertahun2 tanpa menguris perasaan org2 rapat si pemiutang tu..
takkan dah bertahun2 still tak dapat bayar
dengar2 cerita dapat banyak job
aku tak redha duit aku pada dia andai dia berkeras tak nak bayar

Tuesday, October 26, 2010

anak mama demam

  • 5 pagi sabtu, bangun seperti biasa utk bagi amsyar susu
  • badan amsyar panas yg teramat, panik kejut amirr, masukkan ubat kat bontot
  • 10 pagi, demam tak berkurangan. apa yg amsyar makan/minum, semua keluar balik
  • 11 pagi pergi Poliklinik Damai, masuk ubat lagi
  • amsyar nangis dan tak boleh tido sampai malam
  • pagi ahad, mama dan ayah memerlukan bantuan, kemas kain baju balik umah wan ngn aki
  • kondisi amsyar masih sama..mama, ayah, wan dan aki bergilir jaga amsyar..badan makin lesu..amsyar tak boleh tido, asyik menangis
  • isnin 8 pagi, bergegas ke hospital bentong, masuk ubat lagi, doc bagi ubat demam dgn antibiotik yg baru
  • balik gemeti, amsyar tido..alhamdulillah, jaga sekali sekala utk makan ubat dan bagi dia minum walaupun sedikit..amsyar tido sesekali bangun utk diberi ubat sampai malam
  • balik umah sendiri
  • selasa, ayah amik CRK utk pantau keadaan amsyar, walaupun sudah beransur pulih, badan still lemah..susu sudah mula minum sikit2 walaupun kuantiti tidak banyak
setakat ini, inilah dugaan yg memang menduga sekali semenjak amsyar lahir. demam yang ini yg paling teruk. kalau boleh tak mahu alami dah, nak amsyar sihat dan cergas sentiasa. tapi mana mungkin kan..sepanjang proses membesar mana2 ibu bapa pasti akan melalui saat2 anak tak sihat mcm ni..demam juga dapat membentuk daya tahan badan dia kelak..semoga amsyar sihat dan lebih tahan lasak ok!mama akan ada di sisi amsyar :)

Friday, October 22, 2010

T___T

again..seperti biasa, mama nak rasa ok sikit, amsyar pulak take over
pagi tadi area pukul 5, memang time dia menyusu, aku rasa badan, tangan amsyar panas lain macam
kejut amirr sebab rasa panas sangat
amirr pun suruh aku ambik ubat demam
dah masukkan ubat dalam punggung, asyik merengek aje
ye la, kita yg dah tua ni rasa tak selesa
apatah lagi budak kecik kan
dugaannnn
sayang anak mama!

jangan banding-banding

jangan banding-banding
kalau silap banding
nanti ada yang makan hati
kalau ada yang makan hati
tali persaudaraan boleh menjadi renggang
asal perkara yang kecik boleh menjadi besar
pihak yang dipuji tinggi melangit
akan terus-terusan memandang rendah pihak yang satu lagi
pihak yang satu lagi pula
kalau lebih parah akan menimbulkan dendam
manakala pihak yang memuji dan mengeji pula
dapat apa?
kepuasan?atauuuuuu....................balasan

misi

misi petang ini adalah penting dan tidak boleh tidak
harap maklum :P

pastu plan nak pegi pasar tani benus
pastu makan
pastu balik
pastu tido

Wednesday, October 20, 2010

demam

sebenarnya dah hampir sebulan demam asyik on off, on off. demam diselang selikan dengan selsema, sakit kepala, sakit tekak. dan minggu lepas pulak bermulanya tambahan batuk dan sakit2 sendi..sampai la cik scarlet a.k.a kak oja sound "ntah..ntah ko ni denggi tak?"....mak, tak agak2 tau tekaan..mintak simpang empat belas la!

petang tu citer kat amirr apa yg telah "doc oja" cakap..tapi spt biasalah dia cakap "tak panas sgtlah badan"..tapi mmg pun kalau demah pala aku, mmg tak panas sgt..tapi peliknya aku rasa gigil2..tapi..err maaf banyak "tapi"..hidung, mata rasa panas..so area pukul 6 ptg, disebabkan aku rasa tak stabil, siap lantai rasa lembut aje bila jejakkan kaki, amirr ajak g klinik..

sampai kat klinik aku cakap aku tak tau aku demam ke apa sebab aku rasa badan aku mcm suam2 kuku aje..tapi aku rasa tak selesa..*haihhhh susahnya aku nak describe hmmm*so doc pun amik suhu badan aku, lalu doc tu pun berkata "eh, ni demam ni..suhu puan 39 degrees, tinggi ni".."dokter, saya ni denggi ke?kawan saya cakap saya ni denggi" hahaha..mcm mengadu pun ada kan..

"eh tak..kalau denggi, ada keluar bintik2"..alhamdulillahhhhhh

so bagi ubat, bagi mc, bayar duit, pegi makan

pagi tadi plak, berteleku kat katil mcm mana nak bagitau sekolah ni aku mc..aku pun taiplah msg yg berbunyi begini kepada GB

assalamualaikum cikgu.saya bahizah.hari ni saya tak dapat datang ke sekolah sebab demam

s
opan kannnn..hihihi

20 minit selepas itu..dia reply

ok, tq

?????

makan kat luar

no gambar sebab malu nak ambik..dah 2 hari berturut makan di luar..tapi apa yg boleh dibanggakan, tahun ni hanya 3 kali sahaja kami makan di luar..hahahaha..ini disebabkan cinonit ni dah ada..so mcm2 kemungkinan boleh berlaku..

tapi dah dua hari makan di luar sebab aku kurang sihat..so amirr plak nak main badminton mlm smlm..makan la kat luar pas balik dr klinik..amsyar usah cakaplah..haihhhh...rasa nak gigit2

pasni tunggu dia besar sikitlah..tunggu dia faham sikit baru boleh mamam2 kat luar ye..takdelah mama dgn ayah rasa nak tercekik!

Tuesday, October 19, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah, selesai semuanya..hampir 2 minggu terikat, mulut terkunci atas sebab2 tugasan rasmi lagi SULIT, maka selesai sudah semuanya semalam..hampir jam 6 petang barulah kaki ini terpacak di depan rumah..memandangkan kondisi badan tak menentu selama tempoh menjalankan urusan rasmi ini, maka keadaan rumah tidak dihiraukan..

tapi hari ini, barulah mata ini terbukak luas..RUMAH KE KAPAL KARAM NI????

Saturday, October 16, 2010

90 hari = 60 hari

sama aje..kalau nak cuti 90 hari..3 kali je leh beranak dlm tempoh berkhidmat
kalau nak cuti 60 hari, 5 kali boleh beranak dlm temph berkhidmat
hmmm...

Saturday, October 9, 2010

sapa punya kerja?

  • jumaat 5.30ptg, terjaga dr tido setelah mendengar bunyi org menyapu di porch keta rumah. rajin laki aku nih
  • sabtu 8.00pg, pegi keluar rumah nak sidai baju..aik sapa punya plastik roti, btg lolipop, cebisan ketas surat khabar yg terbakar, palstik, daun2 kering serta pasir2 yg baik punya berkumpul ni?
  • tgh sidai2 baju terpijak sesuatu, aik sapa punya selipar jepun warna biru yg tinggal sebelah ni..haihhhhhhhh kurang asam korang tau tak?
amirr cakap biar, kita tgk nanti sapa punya selipar biru yg tinggal sebelah?
masalahnya..nak ke diaorg kutip balik?

Sunday, October 3, 2010

melawat baby rizqin

alhamdulillah..kenyang menghadiri rumah terbuka kak remy ptg tadi..mcm2 makanan ada..lontong kegemaranku, nasi lemak, roti jala, kuah kacang, nasi impit dan kuih muih..ala tadi kek batik tak sempat nak ambik la..kan dah teringat2 sekarang..rugi2

slps itu, spt yg kami plan, kami hendak ke rumah kak kiah yg baru mendapat baby boynya after 8 tahun kahwin..lagi 20 hari nak abis pantang, baru kesempatan nak melawat..sblm ni amsyar kan tak sihat..demam dan batuk..jadi elakkan melawat baby..nanti berjangkit kat baby, kesian pulak..kita yg ada anak kecil ni tau la mcm mana susahnya jaga anak yg tak sihat..kesian tgk dia tak selesa dan asyik meragam aje..

inilah dia baby comel itu..AISY RIZQIN..baby asyik tido aje..sian mak dia mata dah macam burung hantu lebamnya..dari cerita kak kiah mengingatkan aku peel amsyar masa dalam pantang..sebijik sebejon la..siang tido, malam berjaga..huihhh memang kena kuat mental..

tapi semua tu berbaloi..percayalah..

tu budak kecik baju belang tu perlu diawasi sentiasa..nanti dicekaunya pulak baby tu haru..sebenarnya amsyar masa 30 hari pernah juga dicekau oleh abg sepupunya yang berusia 3 tahun..perasaan aku ketika itu?hahaha usah cakaplah..muka cool aje, tapi hati....still berparut sampai sekarang..tapi dah semakin kurang jelaslah..

anyway, to kak kiah and abg amy, tahniah kami ucapkan!

Friday, October 1, 2010

gulai tempoyak patin kesengsaraan

dah lama aku tak makan tempoyak patin..lamanya tu sampai membuatkan aku mengidam2 lagi..jadi subuh hening laki aku ke pasar utk membeli patin..patin kolam aku tak main ye..sebab patin kolam ni ada bau tanah..patin sungai pahang la yg best..

bagi aku kalau nak menggulai tempoyak, pedas adalah terbaik. lite2 pedas pun ok jugak..tapi laki aku ni lidah dia kebal..so kena pedas2..kalau org lain letak dlm 20 biji cili api, aku plak up lagi sampai 30 biji..hambikkkk

pada masa yg sama masak juga bubur nasi+tenggiri+bayam utk hero cenonet dalam rumah ni..amsyar ni ayam kurang sikitlah..ikan dia gemar, tambah2 lagi kalau aku letak ikan bilis

see, handle 2-2..pejam mata aje..hahahaha berlagaknya haku..

gulai tempoyak sensara sudah masak..sekali suap, sekali menangis kesengsaraan..buat lagi, mcm bibir negro dah mulut aku

semakin betah nampaknya menanak nasi di atas dapur ^_^
periuk letrik aku rosak dah nak dekat 4 bulan kot
tangguh punya tangguh nak beli alih2
eh, ok aje tanak nasi atas dapur
but 1 hari nanti kena beli jugaklah
sebab dijangka satu hari nanti takkan sempat bila amsyar dah semakin membesar

kerja, tolong jgn dtg bertimpa2 boleh?

terlalu banyak kerja pulak datang bertimpa2 minggu ni..buku budak selambak lagi tak bertanda..sori ye anak2 muridku..bukan niat cikgu melengah2kan tanda buku kalian, tetapi haihhh cikgu nak cakap pun korang takkan faham..yg penting sekarang rasa tak cukup tangan

dalam kelas, hanya sempat tanda 2,3 buku aje..itu pun kalau p&p berbaki masa..kalau tak langsungla..penyudahnya minta kumpul buku, hantar ke meja aku..tak bertanda jugak..

masa yg free, menghadap komputer..buat profil tahun 5..kerja sepatutnya diagih, tapi aku tetap tak agih2 lagi..bukan nak bolot semua kerja..tapi aku pun masih teraba nak membuatnya..aku kena faham dulu, baru bagi kerja kat org..kalau tak nanti org tanya aku tercengang2 apa kes..

GB pun dah bunyi siren tu psl profil..haihhhh..nape la pulak aku memikul tugas penyelaras ni..*pengsan*

nak ditambahkan lagi sengsara, aku mendapat msg daripada pentaksir kawasan mintak hantar report PLBS..masakkkkk..berlambak lagi org tak key in markah dalam pc..nak tak nak aku yg suci lagi murni ni pun memerah keringat peluh petani mengkey in kan utk kelas2 mereka..bayangkan 24 kelas dan setiap satu kelas muridnya dianggarkan berjumlah 30 org..tapi ada jugak cikgu2 yg bertanggungjawab menyerahkan markahnya kepada aku dan ada yg lagi super duper baik mengkey in kan sendiri markah kelas mereka..

dan minggu depan, kerja2 menanda buku, profil tahun 5(maaplah GB) dan lain2 kerja bakal tertangguh lagi..aku away sekejap selama 3 hari utk marking upsr..

kepada gb:saya redha la andai kata kena marah..sepatutnya cikgu suruh org yg lebih berkaki lebar (berkaliber) dari saya tuk melaksanakan tugas2 buat profil tu..

p/s:aku belakang aje berani..bila depan..angguk2, lidah keras kejung nak berkata2..hmmm adakah gb aku ada cakura utk lidah keras kejung?

amsyar dan izzmi

amsyar bersama 3 pupunya..izzmi

gambar ni diambil masa hari raya kedua hari tu..izzmi ni anak kepada best friend aku yg duduk kat sarawak iaitu nora..aku pernah buat entry pasal farewell nora ni dulu sblm dia berpindah mengikut suami ke sana

cute kan..nora ni member aku sejak dari tadika lagi..dan dia juga merupakan 2 pupu kepada amirr

amsyar yg tidak stabil lagi time duduk..asyik nak tumbang aje..

dan rumah nora adalah di sebelah rumah kami sahaja :)
di sebelah kiri rumah kami ye..yg kelihatan pintu rumah tu..
peninglah suami masing2 ^_^