Thursday, November 25, 2010

menyampah, tahu?

kat FB ada komen2 yg aku tak suka..menyampahnya nak jawab..sebab rasa terganggu(padahal takde menda pun. owh mungkin perubahan hormon!)

erm dan lagi satu, heran eh dgn status FB2 yg seolah2 menceritakan rentetan masalah keluarga dan dalaman diri masing2 sampai kita boleh agak ada masalah melanda dalam keluarganya..dia tak pikir ke org akan tahu mslh rumahtangga dia. mcm dah kira MEMBUKA PEKUNG DI DADA!!

bukannya apa, dia buat status gitu..kita tak tahu sama ada dia minta pendapat org utk selesaikan masalah ke atau menyokong sebarang luahan hati dia. aku ni pulak tak berani nak masuk campur. so aku takdelah komen apa2. tapi nanti dia mesti terpikirkan sama ada aku ni bukan teman yg baik. lagi satu buat apa dia nak post menda2 mcm tu sedangkan ahli keluarganya semuanya ada dlm list dia. so kalau aku komen, takke ahli keluarga dia akan ingat aku menyokong dia.

kalau aku komen, dia akan ingat aku ni tak prihatin! haihhh menyampahnyaaaa..

Sunday, November 21, 2010

ada sesuatu telah berlaku

aku pernah maklumkan sblm ini bahawa cuti2 sekolah ku akan banyak aku habiskan utk mengemas barang utk pindah rumah..akan tetapi urusan mengemas barang2 ku tidak selancar mana kernaaaaa....ada sesuatu telah berlaku..

nantilah, bila dah bersedia akan ku maklumkan..(macamlah ada org nak tau... T__T)

Friday, November 19, 2010

raya haji ku

apa?takde gambar!!!!..ya, nampaknya begitulah..malas+lupa!

ok seperti yg semua maklum, kami yg cikgu2 ni terus berjuang sehingga sehari sebelum raya..jalan kat bentong usah cakaplah..siput babi lagi laju!so loceng sekolah bunyikkkk aje trus kitaorg dah berdesup utk pulang..ada cikgu2 sekolah aku yg zassss terus balik kampung..aku yg kampung sekangkang kera ni pun tidak terkecuali, balik umah aku..kemas2 barang apa yg patut, berdesup balik ke gemeti dulu..

sampai2 aje umah gemeti, amik amsyar dr umah pengasuh. adalah budus adik ku si bahirah kerna mengikut mak aku ngn si zila mencari barang2 nak masak, dibawaknya sekali kunci umah. maka 4 beranak termasuk bapak aku melangut sejam lebih duk kat luar umah..amsyar mengamuk bagai nak rak sebab panas dan mengantuk, baru nampak kelibat kembara..hampasss mu adik!

masuk2 aje dalam umah, tidokan amsyar, dgn aku2 sekali tido, sampai kakak aku ngn laki dia balik siap dah abis potong daging, kupas bawang, baru aku bangun..kui kui kui

tugas aku adalahhhhh bersihkan ikan, rebus dan asingkan ikan dari tulangnya utk dibuat kuah laksa..menu WAJIBBBB!

menu pertama kami di malam raya ialah sup tulang terangkatttt, malam tu jugak siap rendang daging, nasi impit segala.

around kul 9 bergegas pulak ke rumah mentua, perjalanan sepatutnya mengambil masa 15 mint, bertukar menjadi 1 jam disebabkan jammed!

sampai umah mentua, menolong apa2 yg patut, potong2 sayur sebab MIL aku nak buat lontong..walllaaaa kegemaranku juga :)

dan itu budak tecit sudah nyanyi2 mau tido, maka berangkatlah kami pulang!

esok hari raya giliran rumah parents amirr dulu, maka dapat makan lontong semasa perut belum tercemar dek makanan lain..bertambah best, kami org pertama sampai dan merasmikannya. makan pulak ketupat dan rendang ayam, sengkak perut dibuatnya

pastu berdesup ke gemeti pulak, makan lagi laksa, rendang daging dgn pulut, rendang daging dgn nasi impit..mmg mendera perut pada hari itu!

bermalas2an di sana, kemudian balik, tido!

tamatlah kisah raya haji ku utk tahun 2010

Sunday, November 14, 2010

dinner at mines resort city

semuanya adalah plan mengejut2..di saat2 semua guru2 seluruh negeri pahang bertungkus lumus menanda kertas periksa sebab periksa sampai hari jumaat.markah nak cepat.minggu depannya pulak sekolah sampai hari selasa aje, pada hari khamis baru2 ni kami semua dimaklumkan annual grand dinner akan diadakan pada hari jumaat malam sabtu..dah pulak tu siap bertema2 bagai..wajib pakai baju merah..mana nak cekau baju2 glam dalam masa sehari je kan? so ramailah antara kami main sarung apa yg ada dalam gobok..sebab tu lah baju mcm tak grannnndddddd aje dgn annual grand dinner kami ^ 0 ^

naik cruise bersiar2 kat mines..ni 1st time aku pergi..aku mmg JAKUN dan terpegun..walaupun menerusi cerita tekong yg bawak kami (tekong aku panggil dia, hahaha) tempat ni dah mcm terbiar sikit..tapi aku tatap terpegun terutama sekali bila masuk "water lift"..serius mmg "wah macam cerita waterworld pulak..kalau sebelum ni hanya org aje yg naik lift..ni dgn bot2 sekali naik lift

terlalu banyak gambar yg nak diambil..maka aku pilih2 aje..cantik sungguh permandangan di waktu senja..tapi aku ni seriau jugak..dahlah waktu senja maghrib, bawak pulak meronda kat tasik..haihhhh, sib baik tak demam..aku part senja wajib ada dalam rumah tau..bapak aku dulu kalau pukul 6 petang tak mandi2 lagi/masih kat luar rumah..hah duduklah ko kat situ sampai tgh malam!

ni terowong penghubung antara shopping complex dgn tasik kat luar yg kita nampak kat jalan tu

dah puas meronda, barulah tekong tu hantar kami ke hotel tuk dinner..menu dia aku bagi 5/10..

sebahagian dari warga SKS..tapi dinner ni walaupun makanan ala ala aje, ianya menyeronokkan..banyak games dan hadiah2 lumayan yg cikgu/kakitangan dapat..tahniah buat AJK kelab guru dan kakitangan..maka bolehlah dikekalkan utk tahun hadapan!

Friday, November 5, 2010

survey2 di ikea

misi survey2 brg telah bermula..kita mulakan dengan ikea dalam masa yg sgt limited..bertolak dari rumah dlm area kul 3.30, so sampai sana pukul 5 baru lepas masuk dlm ikea..org adalah super duper banyak, mcm semut hurung gula termasuklah kami..maklumlah pergi time cuti umum, so hadap ajelah

suka kombinasi warna dan KC ni..tapi aku idamkan bentuk yg lain dan kaler serta style ala2 country sikit..tak sedar diri kan aku dengan duit ala2 ciput sejemput aje ^_^

yg ini salah satu modern style, nice, ringkas dan mudah, sesuai utk keluarga kecil ataupun org2 bujang

sebenarnya banyak KC yg cantik2 lagi ada tapi tak dapat nak ambil gambarnya sebab, jalan guna kaki pun boleh jem dalam ikea..punyalah ramai umat..so rasa bersalah kalau berhenti amik gambar, org belakang kita pun terpaksa berhenti, hinggakan kita nak masuk celah2 display pun ada org ikut
tapi aku tak beli pun lagi..dah nama pun survey kan..aku just amik menda yg kecik2 aje..adik aku si zila tu yg soping lebih nak make up rumah sewa kat ganu tu la..tau la tgh lebat sekarangggg..

pastu singgah makan..


amsyar excited terlebih..last time pergi sini, amsyar masih lagi dalam perut mama..sekarang tadaaa..takpe, bila dah pindah betul2 nanti ayah cakap nak dtg lagi nak cari apa2 yg patut

masing2 tamak taknak share, meatball aje abis..friesnya dah tolak ke tepi

selepas itu misi seterusnya ke carefour wangsa maju utk mencari box2 plastic mama pulak..yesss

Thursday, November 4, 2010

ops pindah part 2

apa yg perlu dilakukan apabila kita berpindah rumah?

perlukah aku....
  1. beli cat dan cat rumah tu. ini kerana ramai yang mengatakan rumah baru yg telah dicat oleh kontraktor adalah cat yg tidak elok/berkualiti atau yg sama watu dengannya...(rasanya yg ini mcm nak postpone dulu, sebab tak sediakan budget utk cat rumah, kalau nak cat pun hanyalah di ruang tamu shj dulu)

  2. cari lori dan org2 yg menjadi tukang angkut dan angkat nanti. dekat bentong ni aku rasa limited sgt psl servis lori pindah ni. kalau ada lorinya, org2 pulak kita kena cari..kalau boleh aku nak yg berpakej, lori sekali dgn servis..kosnya pula aku tak tau..baper ye rate sekarang? (yg ini WAJIB la kan kita kena ada..semua peralatan dlm umah aku yg besar gedabak tu takde kaki utk jalan sendiri..haihhh tapi tu la, sama ada aku mahupun amirr tak tau nak cari kat mana?mana2 kawan yg pernah pindah rumah area sini, semuanya bernasib baik. sama ada ditolong oleh member/saudara-mara. bagi kami pulak, bukannya takde member@saudara mara. tapi mcm leceh la pulak nanti. mesti finishing kita yg kena buat. aku mana larat. depa main letak aje kat mana2. nanti kita jugaklah yg kena tolak2 brg2 tu semua. lagipun bab upah2 ni aku takde pengalaman kan. kalau kita tanya kang mesti depa malu2 nak sebut. kang aku main bagi, takut tak setimpal spt yg mereka rasa..pendek kata perasaan..serba salah, buntu, tau tau mesti melanda diri ini nanti. jadi aku berkeputusan UPAH ORG!)

  3. wiring pun penting juga. abih takkan beli aje lampu dan kipas tapi tak berpasang.yg ini sapa2 org bentong yg pakar dalam wiring ni jgn malu2 ye menawarkan diri anda :) (kipas dan lampu takdelah dlm grand2 pun..yg basic dan sesuai dgn poket kecik kami ni je..)

  4. kitchen cabinet yg ada island2 tu idaklah aku mampu lagi..(dan sekali lagi kat bentong ni kat mana aku boleh usha KC yg cantik2?org bentong, sila tolong sekali lagi ^ O ^)

  5. curatin..perlukah?aku rasa mcm perlu..kalau ada curtain mestilah perlu ada railnya(rail yg mcm mana sesuai atau curtain yg mcm mana..belum abis usha lagi)
buat masa ni, perkara2 di atas merupakan perkara2 utama yg aku kena bagi perhatian lebih sikit. buat masa ini juga, ini sahaja yg aku mampu pikir..aku tau ada banyakkkkkkkk lagi aku kena pikir. tapi tak mampu nak pikir banyak2, nanti aku pengsan!suzi@okq..sila buat entry maklum balas ye!

Wednesday, November 3, 2010

ops pindah part 1


mungkin dalam masa 2 bulan ni kami sekeluarga akan sibuk dgn urusan perpindahan..kami belum pernah mengalami pengalaman berpindah ni, tapi melalui pengalaman org lain, nampaknya urusan perpindahan ini adalah sukar sekali..banyak perkara yg perlu diuruskan. dari membungkus barang2, angkut, kemas, mop, lori pindah dan sebagainyalah

so, kita perlu plan supaya segala urusan nampak lebih teratur walaupun tak 100%, sekurang2nya takdelah terlalu kelam kelibut..

jadi ops pindah part 1 ini akan dimulakan dengan sopim..wah, org lagi nak jimat duit, aku lagi nak perabihkan duit..sopim yg aku maksudkan ini adalah berkait rapat sangat dengan urusan perpindahan nanti..aku akan beli box plastic, tak kisahlah apa jenama sekali pun, toyogo ke, totogo ke, asalkan box tu adalah plastic!

reason utama aku nak jugak guna box plastic adalah kerana......BOLEH PAKAI LAMA DAN BERULANGKALI..selalunya org nak pindah akan guna kotak kertas kan..aku taknak lah, nanti kita dah sumbat elok2, kotak kertas tu akan kemek sana sini,..lagipun aku nak guna utk kelaskan brg2 yg tidak akan diguna selalu atau baju2 yg jarang pakai, akan sumbat dlm box2 tu..so bila bawa pindah, duduklah item2 yg jarang digunakan dalam box tu..bila dah susun nanti box tu atau tindih2, akan kelihatan kemas. taklah mcm kotak kertas tu, kalau kita tindih2, akan kelepet sana sini

bila misi membeli box itu akan dilaksanakan?
insyaallah, dalam masa terdekat..kalau aku mengada2 nak tayang nanti, aku akan buat post!^_^

Tuesday, November 2, 2010

cuti depavali

cuti depavali sudah pun bermula..aku bercuti mulai selasa hingga ahad, lima hari lamanya..tapi kurang berseri cutiku sebab sekolah suamiku hanya mula bercuti pada hari jumaat nanti :(

so duduk rumah diam2 dan layan amsyar saja.

Monday, November 1, 2010

mainan

habis tudung saji rumah wan dijadikan mainannya..mama dgn ayah dah beli mcm2 mainan yg sesuai tapi apa yg lebih menarik perhatiannya ialah tudung saji, bekas2 plastik, raga, senduk..

lepas mak chu letak dalam bakul, diam jap dia..tapi kejap ajelah ^_^