Monday, January 30, 2012

pembuka selera

jemput makan, hidangan tak seberapa..
tapi cukup utk memenuhi isi perut seisi keluarga..
yang menambat selera semestinya sambal tempoyaknya,
musim raja segala buah bakal melabuhkan tirainya,
musim tempoyak pula menghiasi menu masakannya
baunya pasti menguasai segenap isi dalam peti aisnya
apa boleh buat, pasrah sahaja dengan makanan kegemaran sejak dari zaman kecilnya

usah kau lihat pada rupa pucatnya
baik kau rasa, pasti kerongkong kau bergelora
ikan patin juga sesuai dijodohkan bersama
labuhkan sahaja kamu berdua pasti menjadi hidangan istimewa

Sunday, January 29, 2012

budak demok ni kan...

ini budak demok kan, sudah 6 bulan, kiranya 1/2 tahun.
budak demok ni kan dah pandai nangis2 mintak org dukung
budak demok ni kan dah mula makan..tapi bapak payohnya nak makan..siap nangis2
budak demok ni kan kuat minum susu..time malam ada 3 round minum susu
budak demok ni kan dah kenal muka mama, ayah dan abam
budak demok ni kan, suka gelak2 dan senyum2 bikin org geram, mulalah org nak cium2 dia
budak demok ni kan suka mengomel2 dalam bahasa german



hai, sayalah budak demok.

sekian,
mama demok

Saturday, January 28, 2012

restoran mualaf

dulu masa masih berkawan, kami pernah makan di sini bersama kawan2 yang lain..selepas itu, terus jatuh cinta pada restoran ini..kemudian kami bercinta dan seterusnya bertunang, pernah membawa keluarga masing2 makan di sini..kemuadian berkahwin, dan bila meraikan hari2 istimewa, tempat ini pasti termasuk dalam list kami dan bukan shj termasuk dalam list, malah kebiasaannya ia terpilih utk kami meraikan hari2 special kami :)

menu2 wajib kami ketika di sini jika tidak memilih steam boat, antaranya, siput (kupang) sos istimewa, tauhu besi panas, tomyam yg super duper umphhh, kerabu mangga..memang memuaskan..

amsyar yg sudah datang ke sini beberapa kali sejak berada dlm perut mama lagi..

kepekatan tomyam yg menyelerakan

mak yg pasti tidak menolak jika diajak ke sini

walaupun perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit, namun amat berbaloi..restoran ini dimiliki oleh mualaf cina..turut ada beberapa cawangan di daerah lain..

Restoran Mualaf, pilihan kami seisi keluarga

p/s:agak2 owner dia baca tak utk jadikan aku duta..boleh makan free?hehehe *dasarmukatakmalu*

Thursday, January 26, 2012

YEAY..AMSYAR DAH 2 TAHUN LA!

12/01/2012..genaplah amsyar bisyari berusia 2 tahun..yeye..2 tahun dah anak mama..kejap je berlalu masa..baru aje terasa pregnantkan dia..setelah 3 tahun menanti akhirnya amsyar lahir ke dunia..

amsyar sekarang semakin aktif..(kekadang terasa mcm hyper), banyak dah suku kata yg pandai disebut dan ikut apa yg kita cakap..kadang2 ada pelat sikit..kekadang buat kita rasa terhibur, kekadang buat kita rasa nak jadi mak lampir

dah ada adik ni, sikit2 terserlah sifat "ABAM"(abang) dalam dirinya..tahu nak pujuk adik bila nangis, "diam..diam" pujuk amsyar..tapi last2 dia jerit "DIAM"..tapi adik memang berhenti menangis..bila dgr suara abang..tak kira abang tgh mengomel2 ke..ada berdekatan ke..mmg adik akan tertoleh2 cari abam nya..

apa pun mama doakan agar apa yg terbaik dan terhebat menjadi milik amsyar..mama pasti ayah pun doakan yg terbaik buat abam :)