Showing posts with label ops pindah. Show all posts
Showing posts with label ops pindah. Show all posts

Friday, November 5, 2010

survey2 di ikea

misi survey2 brg telah bermula..kita mulakan dengan ikea dalam masa yg sgt limited..bertolak dari rumah dlm area kul 3.30, so sampai sana pukul 5 baru lepas masuk dlm ikea..org adalah super duper banyak, mcm semut hurung gula termasuklah kami..maklumlah pergi time cuti umum, so hadap ajelah

suka kombinasi warna dan KC ni..tapi aku idamkan bentuk yg lain dan kaler serta style ala2 country sikit..tak sedar diri kan aku dengan duit ala2 ciput sejemput aje ^_^

yg ini salah satu modern style, nice, ringkas dan mudah, sesuai utk keluarga kecil ataupun org2 bujang

sebenarnya banyak KC yg cantik2 lagi ada tapi tak dapat nak ambil gambarnya sebab, jalan guna kaki pun boleh jem dalam ikea..punyalah ramai umat..so rasa bersalah kalau berhenti amik gambar, org belakang kita pun terpaksa berhenti, hinggakan kita nak masuk celah2 display pun ada org ikut
tapi aku tak beli pun lagi..dah nama pun survey kan..aku just amik menda yg kecik2 aje..adik aku si zila tu yg soping lebih nak make up rumah sewa kat ganu tu la..tau la tgh lebat sekarangggg..

pastu singgah makan..


amsyar excited terlebih..last time pergi sini, amsyar masih lagi dalam perut mama..sekarang tadaaa..takpe, bila dah pindah betul2 nanti ayah cakap nak dtg lagi nak cari apa2 yg patut

masing2 tamak taknak share, meatball aje abis..friesnya dah tolak ke tepi

selepas itu misi seterusnya ke carefour wangsa maju utk mencari box2 plastic mama pulak..yesss

Thursday, November 4, 2010

ops pindah part 2

apa yg perlu dilakukan apabila kita berpindah rumah?

perlukah aku....
  1. beli cat dan cat rumah tu. ini kerana ramai yang mengatakan rumah baru yg telah dicat oleh kontraktor adalah cat yg tidak elok/berkualiti atau yg sama watu dengannya...(rasanya yg ini mcm nak postpone dulu, sebab tak sediakan budget utk cat rumah, kalau nak cat pun hanyalah di ruang tamu shj dulu)

  2. cari lori dan org2 yg menjadi tukang angkut dan angkat nanti. dekat bentong ni aku rasa limited sgt psl servis lori pindah ni. kalau ada lorinya, org2 pulak kita kena cari..kalau boleh aku nak yg berpakej, lori sekali dgn servis..kosnya pula aku tak tau..baper ye rate sekarang? (yg ini WAJIB la kan kita kena ada..semua peralatan dlm umah aku yg besar gedabak tu takde kaki utk jalan sendiri..haihhh tapi tu la, sama ada aku mahupun amirr tak tau nak cari kat mana?mana2 kawan yg pernah pindah rumah area sini, semuanya bernasib baik. sama ada ditolong oleh member/saudara-mara. bagi kami pulak, bukannya takde member@saudara mara. tapi mcm leceh la pulak nanti. mesti finishing kita yg kena buat. aku mana larat. depa main letak aje kat mana2. nanti kita jugaklah yg kena tolak2 brg2 tu semua. lagipun bab upah2 ni aku takde pengalaman kan. kalau kita tanya kang mesti depa malu2 nak sebut. kang aku main bagi, takut tak setimpal spt yg mereka rasa..pendek kata perasaan..serba salah, buntu, tau tau mesti melanda diri ini nanti. jadi aku berkeputusan UPAH ORG!)

  3. wiring pun penting juga. abih takkan beli aje lampu dan kipas tapi tak berpasang.yg ini sapa2 org bentong yg pakar dalam wiring ni jgn malu2 ye menawarkan diri anda :) (kipas dan lampu takdelah dlm grand2 pun..yg basic dan sesuai dgn poket kecik kami ni je..)

  4. kitchen cabinet yg ada island2 tu idaklah aku mampu lagi..(dan sekali lagi kat bentong ni kat mana aku boleh usha KC yg cantik2?org bentong, sila tolong sekali lagi ^ O ^)

  5. curatin..perlukah?aku rasa mcm perlu..kalau ada curtain mestilah perlu ada railnya(rail yg mcm mana sesuai atau curtain yg mcm mana..belum abis usha lagi)
buat masa ni, perkara2 di atas merupakan perkara2 utama yg aku kena bagi perhatian lebih sikit. buat masa ini juga, ini sahaja yg aku mampu pikir..aku tau ada banyakkkkkkkk lagi aku kena pikir. tapi tak mampu nak pikir banyak2, nanti aku pengsan!suzi@okq..sila buat entry maklum balas ye!

Wednesday, November 3, 2010

ops pindah part 1


mungkin dalam masa 2 bulan ni kami sekeluarga akan sibuk dgn urusan perpindahan..kami belum pernah mengalami pengalaman berpindah ni, tapi melalui pengalaman org lain, nampaknya urusan perpindahan ini adalah sukar sekali..banyak perkara yg perlu diuruskan. dari membungkus barang2, angkut, kemas, mop, lori pindah dan sebagainyalah

so, kita perlu plan supaya segala urusan nampak lebih teratur walaupun tak 100%, sekurang2nya takdelah terlalu kelam kelibut..

jadi ops pindah part 1 ini akan dimulakan dengan sopim..wah, org lagi nak jimat duit, aku lagi nak perabihkan duit..sopim yg aku maksudkan ini adalah berkait rapat sangat dengan urusan perpindahan nanti..aku akan beli box plastic, tak kisahlah apa jenama sekali pun, toyogo ke, totogo ke, asalkan box tu adalah plastic!

reason utama aku nak jugak guna box plastic adalah kerana......BOLEH PAKAI LAMA DAN BERULANGKALI..selalunya org nak pindah akan guna kotak kertas kan..aku taknak lah, nanti kita dah sumbat elok2, kotak kertas tu akan kemek sana sini,..lagipun aku nak guna utk kelaskan brg2 yg tidak akan diguna selalu atau baju2 yg jarang pakai, akan sumbat dlm box2 tu..so bila bawa pindah, duduklah item2 yg jarang digunakan dalam box tu..bila dah susun nanti box tu atau tindih2, akan kelihatan kemas. taklah mcm kotak kertas tu, kalau kita tindih2, akan kelepet sana sini

bila misi membeli box itu akan dilaksanakan?
insyaallah, dalam masa terdekat..kalau aku mengada2 nak tayang nanti, aku akan buat post!^_^