Wednesday, September 29, 2010

melawat kawasan

ahad baru ni kami melawat kawasan yg bakal kami jajah dan takluki sedikit masa lagi

mula2 tunjuk tangga dulu..sebenarnya nak tunjuk kawasan atas..tak dpt masuk..pemaju kunci umah..takpe2..sabar2, insyaallah satu hari nanti bukan setakat masuk malah guling2 lagi dlm ni..ni pandangan dalam umah sendiri ye,,bukan umah org lain..kami redah gak palang yg dia letak pada jalan menghala ke rumah kami..

ok kalau sapa2 tak tau ni tangga..palang tangga tu mcm biasa2 je kan..tapi duit banyak habis dah kalau nak tukar yg cantik2 sikit pun..jadi duduk diam2 selama 3,4 tahun ke ye..

semua gambar2 ini diambil menerusi tingkap sahaja ye..sedih..ok sambung..ni pulak ruang tamu..amirr tak puas hati dgn kemasan lantainya katanya..

nun di belakang tu adalah dapur..eiiiii geramnya tak dapat masuk..rasa tak puas la..pemaju just letak sinki bodo je...hmmm duit lagikkk..fengsannnn

ni pandangan dari arah hadapan bakal rumah kami..alhamdulillah..walaupun tak sebesar mana, tapi cukuplah..untuk kami berteduh dari panas dan hujan

ni lorong menghala ke luar..bawah sana nun adalah sungai..dan di sebelah sungai adalah kampung cina perting maaaaa...

sekian

Monday, September 27, 2010

kursus

last week dpt surat g kursus bermula 29/9 -1/10
ni bukan kali pertama pas dapat anak tapi kali pertama berhari2
utk makluman, bagi ibu2 yg anak masih kecil adalah sukar sedikit kalau kena pergi kursus jauh2 apatah lagi kalau melibatkan 2,3 hari dan tidur di sana sini
kursus yg dipanggil adalah terlalu menarik dan sukar ditolak
mula berbelah bahagi
decide utk pergi
bagi taklimat pada amirr cara2 menangani masalah2 yg bakal dihadapi tatkala menjaga anak sorang2
buat pra persiapan brg2(gosok baju tuk seminggu amirr, brg2 amsyar, etc
tadi pergi sekolah mcm biasa
try2 tanya kot2 ada org sudi gantikan ke
ADA WEHHH
gembira
suami pun gembira
amsyar pun gembira
pulang ke rumah
celebrate
buat sambal tempoyak

amsyar : mama tak boleh pergi kursus jauh2 tau...nanti ayah penggggsannnnn!

Saturday, September 25, 2010

pakcikpakcik dan makcikmakcik sekaliannnn

mempersembahkan..... the daud's and co

refer to the name above, this is daud's sons, daughters, and their partners..so ini sahaja sudah..

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ok makcikmakcik sekalian..

selamat hari raya maaf zahir dan batin

siapa sangsi siapa ni!

amsyar sudah 8 bulan 1/2, so, ini bermakna sudah 5 bulan amsyar dijaga oleh pengasuh time aku kerja..so far, aku boleh kategorikan dalam tahap, puas hati..insyaallah

sebenarnya pengasuh amsyar ni well known la sebab expert dalam jaga budak2 sejak aku kecik lagi kat umah mak pak aku..aku kenal baik dgn dia..dia pun boleh kira best friend mak aku la..

mak aku ni pulak mmg sejak aku pregnant lagi dah cop makcik ni tuk jagakan anak aku bila aku dah abis pantang, setakat ni ok..tapi mak aku ni ha, mudah sangat merasa sangsi, tapi bukan kat makcik tu, dia rasa sangsi kat aku..kekadang rasa geram, tapi kadang2 nak gelak jugak..

dia rasa sangsi kot2 aku ada aje menda nak komplen pasal makcik tu...adoiiii la mak..kalau aku cakap sikit, mesti dia mudah ingat aku nak komplen2 tak puas hati like ada kesan gigit nyamuk..amsyar ni kulit sensitif..tahlah, mungkin masa pregnant aku kuat minum air soya kot..aku ni, usahkan pregnant, hari lain2 pun mmg suka air soya..so bila aku cakap, "amsyar ni nyamuk hinggap aje pun ada kesan!"...so dia ingat aku nak komplen psl makcik tu biarkan nyamuk gigit amsyar...haihhhhh...mak mak...tapi i know well my mother...bila kita explain, dia akan ooooo..ooooo...tanda dah faham..tapi sok lusa, dtg balik angin tu..

macam tadi, hari ni kan sekolah ganti..so, hantar amsyar kat pengasuh, bila agak2 aku dah abis sekolah tu mak aku ambik..plannya nak g open house tapi cancel sebab amsyar meragam..so perbualan aku ngn mak aku hampir menjurus ke arah cakura angin kus kus

aku : mak tak jadilah g open house..amsyar baru tido

mak :takpelah mak pegi dgn yong..tadi pun masa mak ambik, amsyar tu dah nangis2 tak nak dgn org

aku : la, ye ke..tadi sampai umah, dgn ayahnya pun nangis2 merajuk..suap botol, mcm kebulur minum..pastu tido..so malas nak kejut, takut mengamuk balik kang!


mak : eh, awak ni...takkan lah makndak tak bagi dia susu...

aku : eh, mak ni..bila masa pulak kita cakap mak andak tak bagi dia susu...amsyar mmg mcm tu..kalau time ngantuk tu, suaplah baper botol, mmg tak cukup..mcm tak tau plak amsyar tu mcm mana..


mak : owh ye la..

ish..ish..ish...mak aku tu sbnrnya aku tau apa dalam hati dia..apa perancangan dia...walaupun ada yg terkejut kenapa jauh sgt aku hantar anak aku ke pengasuh..aku kuar 6.15 pagi setiap hari tau..

dia nak amsyar sentiasa dekat dgn dia, dia nak tgk amsyar hari2..bila aku hantar kat org kampung aku sendiri..so dia dapatlah tgk hari2 jugak..aku tak kisah..lagipun makndak tu ok jaga budak..harap masa akan dtg pun begitu juga..

mak aku ni takut aku komplen, then tukar hantar ke pengasuh lain..sebab itulah terjadinya insiden2 seperti di atas..apapun aku sayang mak aku..mak mmg rock!hahaha

amsyar with wan gemeti..memilih..nak dgn org2 tertentu aje..mcm mana nak buat ye?


Monday, September 20, 2010

kunjungan tetamu istimewa

hari raya ke-7, aku menerima kunjungan tetamu dr jauh iaitu che muni a.k.a wan muzni and co. muni ni merupakan roomate and classmate masa zaman matrik dulu. sudah tentu aku rasa berbesar hati menerima kunjungan daripada muni sebab dah lama kami tak berjumpa.

masing2 dah mempunyai anak. suami muni iaitu abg ganu(sebab beliau berasal dr terengganu) merupakan super senior kami masa di uum.

mula2 aku nak jamu muni sekeluarga dgn makaroni goreng. namun bila difikir2 balik, lebih baik aku masak nasi dan lauk pauk sebab dijangka mereka sampai pada waktu tengah hari.

kami bersama suami dan anak masing-masing..siapa sangka kan, kami boleh bergambar begini selepas 12 tahun.

terima kasih muni sebab sudi dtg ke rumah aku(err rumah mak pak aku sebenarnya). next time kalau dtg lagi, g umah aku pulak ye.

haih, aku ni pulak tah bila la berpeluang nak menjenguk rakan taulan aku..asyik aku aje yang dikunjungi..amirr pulak jenis tak mahir jalan2 ni, walaupun aku selalu menyakinkan dia yg boleh aje follow sign board..agaknya kurang yakin. bila dia dah kurang yakin, aku apatah lagi walaupun masa bujang2 dulu, aku ni dikira main redah aje.

Saturday, September 18, 2010

raya di aquaria

hari raya ke-5, kami anak beranak bersama keluarga mentua berjalan2 di aquaria..bagus juga, lari sekejap dari kehangatan hari raya..relax

kami pergi 3 buah kereta dr bentong.

dalam perjalanan ke aquaria dari klcc..ni merupakan kali ke-3 aku ke sini..1st, bersama rombongan sekolah, 2nd bersama suami masa baru lepas kawen, dan kali ke-3 ni bersama keluarga ramai2

bergambaran bersama buah hati tersayang..amsyar sampai tak tau nak tgk mana satu, tertoleh sana, jap lagi tertoleh kat sini..sib baik bapaknya gagah perkasa, sebab dia jap2 nak dukung. takmo sgt duk dlm stroller.

bersama family in law..mak mentua aku yg pakai baju kurung tu..depan dia tu adik ipar aku, yg tgh snap pic tu, suami dia merangkap biras aku

amsyar yg ketiduran bersama ayahnya..amirr mmg suka masuk tempat2 mcm ni, kalau g zoo tu, dia sibuk nak masuk tmpt yg ada banyak akuarium ikan tuh..jgn tak tau, umah aku ada 4 akuarium, satu dah bagi adik dia..dah boleh buat cawangan aquaria kat bentong dah aku rasa

amsyar pelik masuk kat dlm menda ni..lama2 dia jadi cuak

kesimpulannya, tak banyak yang berubah semenjak 4 tahun yg lalu ketika aku mula2 dtg kat sini..mungkin yang berubah hanyalah ikan2 dlm akuarium tu aje kot...yg lain adalah sama!

tapi enjoy jugaklah sebab pergi ramai2, baru meriah!

Friday, September 17, 2010

aidilfitri 2010

aidilfitri tahun ni kami sambut secara sederhana sahaja meriahnya..tapi yg penting kali ni ada amsyar..persiapan utk anak diutamakan..last minit, baru sedar mak ayah punya brg2 raya tak beli lg mcm kasut, jeans, baju jalan2..

baju kurung ngn melayu tu wajiblah siap awal, nanti takde org plak nak jahitkan baju last minit..

us satu family..belah aku yer, tahun ni giliran aku pagi raya..tapi family akak ngn abg aku takde..masing2 kat umah mentua..nampaknya, abg aku tuh tetiap tahun jer umah mentua ;/


ni gambar kami satu family..tgklah amsyar tu, bapaklah susahnya nak bergambar..mcm2 aksi spastik dah org2 kat depan tu buat, tapi tetappppppp dot dot dot..geram mama..

nota tambahan:kami semua satu family adalah demam! so mood raya adalah limit!