Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Monday, July 4, 2011

mood bercuti awal :)

hari ni pergi sekolah mcm biasalah, membawa badan yg berat berkilo2 ni..tapi yg lainnya ialah suami cuti..jadi rutin menghantar anak ke pengasuh tiada buat hari ni kerna suami menjaganya :)

tapi balik dr sekolah, rasa nak angkat jari pun tak larat..ye lah lupa plak hari ni ada kelas tambahan..ramai kawan nasihatkan suh balik je ganti dgn org lain..tapi sapa sanggup jadi bidan terjun kan? lagipun sayanglah, sebab ni minggu last kelas tambahan yg ku ajar..pasni akan jumpa balik depa pas 3 bulan T____T. rasa sayang nak tinggalkan, tapi apa boleh buat..keadaan diri lebih diutamakan..lagipun baby ni mcm selesa plak duk dlm perut mama dia.

ada sorang cikgu tu tanya, dah setel ke semua keje nak cuti panjang..haiyooo..mengalahkn GB la u punya soalan..tgk kalender pun dah tau, takkan aku nak tutup semua keje sedangkan ini baru bulan 7!!!!nape, nak tgk aku hantar/key in markah tuk peksa p4 ke?atau nak tgk aku tutup register sampai bulan doblas ke?ofkoslah takkkkk mokcik oiiii..pandai2lah GPK2 tu nanti nak agihkan tugas.

namun soalan dr beliau sedikit pun tidak menjejaskan mood aku tuk bercuti awal..hahahaha
moodbercuti awal ni terpancar jelas di wajahku..ceria dan glowing memanjang..kui kui kui..
hamboi, tidak sabar rasanya!

Sunday, November 14, 2010

dinner at mines resort city

semuanya adalah plan mengejut2..di saat2 semua guru2 seluruh negeri pahang bertungkus lumus menanda kertas periksa sebab periksa sampai hari jumaat.markah nak cepat.minggu depannya pulak sekolah sampai hari selasa aje, pada hari khamis baru2 ni kami semua dimaklumkan annual grand dinner akan diadakan pada hari jumaat malam sabtu..dah pulak tu siap bertema2 bagai..wajib pakai baju merah..mana nak cekau baju2 glam dalam masa sehari je kan? so ramailah antara kami main sarung apa yg ada dalam gobok..sebab tu lah baju mcm tak grannnndddddd aje dgn annual grand dinner kami ^ 0 ^

naik cruise bersiar2 kat mines..ni 1st time aku pergi..aku mmg JAKUN dan terpegun..walaupun menerusi cerita tekong yg bawak kami (tekong aku panggil dia, hahaha) tempat ni dah mcm terbiar sikit..tapi aku tatap terpegun terutama sekali bila masuk "water lift"..serius mmg "wah macam cerita waterworld pulak..kalau sebelum ni hanya org aje yg naik lift..ni dgn bot2 sekali naik lift

terlalu banyak gambar yg nak diambil..maka aku pilih2 aje..cantik sungguh permandangan di waktu senja..tapi aku ni seriau jugak..dahlah waktu senja maghrib, bawak pulak meronda kat tasik..haihhhh, sib baik tak demam..aku part senja wajib ada dalam rumah tau..bapak aku dulu kalau pukul 6 petang tak mandi2 lagi/masih kat luar rumah..hah duduklah ko kat situ sampai tgh malam!

ni terowong penghubung antara shopping complex dgn tasik kat luar yg kita nampak kat jalan tu

dah puas meronda, barulah tekong tu hantar kami ke hotel tuk dinner..menu dia aku bagi 5/10..

sebahagian dari warga SKS..tapi dinner ni walaupun makanan ala ala aje, ianya menyeronokkan..banyak games dan hadiah2 lumayan yg cikgu/kakitangan dapat..tahniah buat AJK kelab guru dan kakitangan..maka bolehlah dikekalkan utk tahun hadapan!

Tuesday, October 19, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah, selesai semuanya..hampir 2 minggu terikat, mulut terkunci atas sebab2 tugasan rasmi lagi SULIT, maka selesai sudah semuanya semalam..hampir jam 6 petang barulah kaki ini terpacak di depan rumah..memandangkan kondisi badan tak menentu selama tempoh menjalankan urusan rasmi ini, maka keadaan rumah tidak dihiraukan..

tapi hari ini, barulah mata ini terbukak luas..RUMAH KE KAPAL KARAM NI????

Saturday, October 16, 2010

90 hari = 60 hari

sama aje..kalau nak cuti 90 hari..3 kali je leh beranak dlm tempoh berkhidmat
kalau nak cuti 60 hari, 5 kali boleh beranak dlm temph berkhidmat
hmmm...

Friday, October 1, 2010

kerja, tolong jgn dtg bertimpa2 boleh?

terlalu banyak kerja pulak datang bertimpa2 minggu ni..buku budak selambak lagi tak bertanda..sori ye anak2 muridku..bukan niat cikgu melengah2kan tanda buku kalian, tetapi haihhh cikgu nak cakap pun korang takkan faham..yg penting sekarang rasa tak cukup tangan

dalam kelas, hanya sempat tanda 2,3 buku aje..itu pun kalau p&p berbaki masa..kalau tak langsungla..penyudahnya minta kumpul buku, hantar ke meja aku..tak bertanda jugak..

masa yg free, menghadap komputer..buat profil tahun 5..kerja sepatutnya diagih, tapi aku tetap tak agih2 lagi..bukan nak bolot semua kerja..tapi aku pun masih teraba nak membuatnya..aku kena faham dulu, baru bagi kerja kat org..kalau tak nanti org tanya aku tercengang2 apa kes..

GB pun dah bunyi siren tu psl profil..haihhhh..nape la pulak aku memikul tugas penyelaras ni..*pengsan*

nak ditambahkan lagi sengsara, aku mendapat msg daripada pentaksir kawasan mintak hantar report PLBS..masakkkkk..berlambak lagi org tak key in markah dalam pc..nak tak nak aku yg suci lagi murni ni pun memerah keringat peluh petani mengkey in kan utk kelas2 mereka..bayangkan 24 kelas dan setiap satu kelas muridnya dianggarkan berjumlah 30 org..tapi ada jugak cikgu2 yg bertanggungjawab menyerahkan markahnya kepada aku dan ada yg lagi super duper baik mengkey in kan sendiri markah kelas mereka..

dan minggu depan, kerja2 menanda buku, profil tahun 5(maaplah GB) dan lain2 kerja bakal tertangguh lagi..aku away sekejap selama 3 hari utk marking upsr..

kepada gb:saya redha la andai kata kena marah..sepatutnya cikgu suruh org yg lebih berkaki lebar (berkaliber) dari saya tuk melaksanakan tugas2 buat profil tu..

p/s:aku belakang aje berani..bila depan..angguk2, lidah keras kejung nak berkata2..hmmm adakah gb aku ada cakura utk lidah keras kejung?

Monday, September 27, 2010

kursus

last week dpt surat g kursus bermula 29/9 -1/10
ni bukan kali pertama pas dapat anak tapi kali pertama berhari2
utk makluman, bagi ibu2 yg anak masih kecil adalah sukar sedikit kalau kena pergi kursus jauh2 apatah lagi kalau melibatkan 2,3 hari dan tidur di sana sini
kursus yg dipanggil adalah terlalu menarik dan sukar ditolak
mula berbelah bahagi
decide utk pergi
bagi taklimat pada amirr cara2 menangani masalah2 yg bakal dihadapi tatkala menjaga anak sorang2
buat pra persiapan brg2(gosok baju tuk seminggu amirr, brg2 amsyar, etc
tadi pergi sekolah mcm biasa
try2 tanya kot2 ada org sudi gantikan ke
ADA WEHHH
gembira
suami pun gembira
amsyar pun gembira
pulang ke rumah
celebrate
buat sambal tempoyak

amsyar : mama tak boleh pergi kursus jauh2 tau...nanti ayah penggggsannnnn!

Saturday, May 15, 2010

hari ini adalah harinya...HARI GURU 2010

hari ini adalah harinya di mana sambutan Hari Guru setiap tahun di rai..memandangkan tarikhnya jatuh pada hari minggu, maka sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada hari esok di sekolah aku..

di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guruku bermula sejak aku bersekolah di tadika perpaduan ketari(1986), sk sg marong(1987-1992), smk ketari(1993-1997), matrikulasi sintok uum(1998-1999), pensyarah2 di uum(1999-2003), pensayarah2 di IP tg ampuan afzan, K. Lipis dan rakan2 seperjuangan di sk sulaiman..

terima kasih atas jasa2 kalian membimbing anak2 bangsa termasuk diri aku..

juga selamat hari guru buat keluargaku..abah dan emak..guru pertama buat diri ku..

selamat hari guru juga buat suamiku, bapa mertuaku serta adik2 iparku..(sebenarnya mcm dah cukup korum nak buat sambuatan hari guru peringkat umah..wakaka)

-cikgu bahizah 16052010-

GURU OH GURU....

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

COPY PASTE BY
Cikgu Bahizah 15052010

Saturday, May 16, 2009

ucapan hari guru dr org yg tak sihat..

not feeling well..plus bz..namun aku nak ambik kesempatan nak ucapkan selamat hari guru..buat ibu bapa ku..merekalah guru pertama dan utama buat aku..kemudian buat guru-guru aku masa di tadika perpaduan ketari 1986, srk sg marong 1987-1992, smk ketari 1993-1997, matrikulasi sintok uum 1998-1999, lecturer2 serta tutor di uum 1999-2003, lecturer2 institut perguruan tg ampuan afzan, k.lipis..jasa kalian semua yg mendidik aku sehingga aku menjadi seperti apa yg aku jadi sekarang tidak mampu aku membalasnya melainkan ucapan terima kasih..

buat rakan-rakan sekerja ku di sks..terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan kalian semua dalam aku mengharungi profesion yg mulia ini..dengarkan pantun ini yaaa..
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

buat keluarga mentua aku..bapak mentua, adik2 ipar serta biras aku..selamat hari guru..err korang baca ke blog aku ni???

dan tentunya buat suamiku cikgu amirr@sir amirr..selamat hari guru bang..ingat, ari ni kita kena beli hadiah tuk isnin naty..haha..

dan selamat hari guru buat diriku juga..sekian, terima kasih...

Saturday, April 4, 2009

kursus and geng..

salam semua..hari ni aku bangun pagi2 seumpama pagi nak g sekolah..org lain still tido atau bermalasan2, aku plak kena pergi ke satu tempat. tapi aku rasa, kursus ni amat penting bagi aku lebih2 lagi aku bukanlah terhasil daripada bijak pandai bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu..tapi sekarang, bila dah jadi cikgu BM ni aku kenalah cedok mana2 ilmu yg berkaitan dgn subjek yg aku ajar..asalnya aku mendapat tawaran tuk menjadi cikgu sains..dan maktabnya kat batu rakit terengganu..

tapi setelah mengambil kira pelbagai faktor, aku ditukarkan oleh FIL aku ke BM dan secara tak langsungnya kena belajar kat maktab di kuala lipis..ini satu cabaran bagi aku..sepanjang aku mengajar, aku pun turut belajar sama..lama2 aku rasa, BM ni sebenarnya menarik dan penting..

berbalik kpd citer kursus tu..(sayangnya tak snap gambar sana sini...)..kiranya kehadiran aku ke kursus tu umpama reunite balik ngn geng2 maktab..dan duduk kat dlm dewan tu sekelompok..teringat semula zaman kami semua study dulu..meriah habis..asik lah gelak tawa aje..enjoy...atlis terubat jugak stress2 hal2 kerja sekolah tu..

kami ni dulu masa study mmg rapat..kemudian berterusan buat aktiviti sama2..tapi pabila kawin..mestilah komitmen rumah tangga harus didahulukan..tapi dlm geng kitaorg, aku dan amirr telah tersurat jodoh antara kami..antara geng2 bentong yg ada tadi aku, surayni(sk sri layang), suhaida(sk janda baik), idil(sk lurah bilut) dan fiza(sk lebu)..kalo ada yg lain mesti dewan tu kecoh ngn kitaorg jek..

weiii..rindu nak mcm dulu..jom jumpa2 nak?

Tuesday, March 31, 2009

indahnya...

indahnya kalau dpt bekerja dlm suasana riang gembira
indahnya kalau pergi bekerja tanpa memikir bencana yang bakal menimpa
indahnya kalau bekerja dengan relax walaupun kerjanya banyak menggila
indahnya bekerja tanpa tekanan daripada sesiapa
indahnya bekerja jika mlm sebelumnya tidur dgn lena
indahnya bekerja jika kerja tidak bertimbun2 di satu2 masa
indahnya bekerja jika tidak mendengar maki hamun, herdikan dan pekikan sentiasa
indahnya bekerja jika dapat bertoleransi dan bertolak ansur walaupun cuma hanya kadang kala
indahnya bekerja jika tugas dibahagi adil dan sama rata
indahnya bekerja jika pendapat kita turut diambilkira

tapi aku sedar..kita umpama mentimun...digolek kita luka...menggolek pun kita luka...
tapi juga aku sedar tidak selamaya kita menjadi mentimun..lambat laun kita akan menjadi acar timun pulakkkkk....walaupun pelbagai rasa masam, manis dan masin..kita akan tetap ditelan jua...ermm sedapnyaaaa....

Monday, March 30, 2009

tuisyen online....

wah tajuk memang betul2 mengambil kesempatan..tapi sebenarnya agenda utama ialah menyetelkan tag...aku dapat tag ini drpd cikgu zue nun jauh di UK sana..tajuk tag ni ialah tentang si dia..tak sure..ye ke..si dia yg dimaksudkan pasangan kah?jadi aku anggap tag ini mengenai pasangan kita..

ok..ini ialah pasangan saya..iaitu sahabat..kekasih dan suami...kekadang boleh dikira member gadoh2...dusyummm punyaaa...

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
naruto

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
dia tak suka salad

3. What's one food he doesn't like?
salad..hihi

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
nescafe tarik kaw kurang manis and sup ekorrrrr

5. Where did he go to high school?
memula dia sama ngn aku kat sm ketari..pastu dia g sm sulaiman

6. What size shoe does he wear?
7..tapi kalo dapat la dia memilih..nak pitam aku menunggunya..berjam lamanya..

7. If he was to collect anything, what would it be?
berkaitan ngn anime..apa shj..lagu ke..koleksi cerita ke..wallpaper..pic..

8. What is his favorite type of sandwich?
dia tak suka sandwich

9. What would this person eat every day if he could?
ni bukan jenis yg eat tapi yg drink punya..stok yg wajib ialah tongkat ali..yg segera punyalah

10. What is his favorite cereal?
bixies

11. What would he never wear?
sama gak ngn kak zue ofkos la tudung plus baju kurung..hahaha

12. What is his favorite sports team?
dia ni jenis addicted ngn any kind of seni bela diri..so takde jawapan tuk soklan ni..

13. Who did he vote for?
errr..undi adalah rahsia...hihi

14. Who is his best friend?
dari zaman maktab rasanya yg terbest is me la..haha..member2 yg lain berjaya ku singkirkan..sori ijai ngn adi..

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
moody di pagi hari..keganasan rumah tangga ke atas dirinya..hahaha..

16. What is his heritage?
melayu but dia penah bagi hint kat aku dia ada bugis skit..terkejut aku..rerupanya laki aku pun mix jugak..bila aku tgk muka dia..ermmm no wonder la..hahaha

17. What is his favourite colour?
all black..

18. What is his habit?
pepagi sejam ko dlm bilik air..aku rasa dia sambung tido dlm bilik air..

19. What is he proud of?
memiliki diri ku..cewahhhh..

20. Lastly, do you think he will read this?
hari2 dia baca..haha..

ok kak zue..maka selesailah kerja rumah secara online...ye sekarang ni sume main online..

now nak tag sapa?

1. mektie

2. naja

3. kak lela

4. Rafflesia merah

5. suzi okq

owh berbicara mengenai online ni..ada tak sesapa nak try tuisyen secara online tuk anak2 mereka..kalau ada yg berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut..jgn malu2 tuk tinggalkan komen beserta email atau kita leh ym...

Thursday, March 19, 2009

ptk for the 1st time...WOW!!!!

wow teruja aku nak ngambik PTK wat kali pertama..ekceli aku ada sejarah ngn PTK ni..walaupun korang taknak baca bhn2 berunsur sejarah ni tapi aku nak citer gak

aku grad tahun 2003..masa tu konvo bulan 8..so bila dah abis pratikum tu..sempatlah aku "tanam anggur" selama 2 minngu kat umah..masa tu area bulan 3/4 la..until one day, ada sorang brader ni tanya aku, nak tak keje sementara kat PPD?jadi kerani sementara..well aku memikirkan nak konvo nanti banyak guna duit, aku pun agree la..aku pun g la interview keesokkan harinya..rupa2nya jawatan tu ialah kerani sementara tuk PTK..tak silap aku tu tahun pertama..depa nak guna aku selama 3 bulan sajer..oklah aku no hal..walaupun aku terpaksa menapak dr bus stand bentong ke PPD yg jaraknya agak berpeluh gaklah ketihak, aku terima..ini pengalaman pertama aku bekerja pas abis belajar..

aku bekerja under sorang pegawai ni..Cikgu nagib..memula aku cuak gaklah..maklumlah, 1st time keje..tapi dgn bangganya aku nak maklumkan bahawa akulah kerani pertama PTK yg sengal kat PPD tu..haha..mcm2 aku tak tau..dgn lambatnya, tak taunya, blurnya..hahaha..

keje2 aku time tu key in data cikgu2 seluruh btg ni ha sesapa yg nak amik exam PTK..mcm2 kejadian la yg berlaku termasuklah kejadian kontrobesi..tapi itu bukan slh gue ye dong..itu salah ada sorang pakcik ni yg tetiba nak g interview rakan sejawat dia time pegawai2 yg interview g rehat sat..apalagi berapi2 la org2 yg kena interview ngn pakcik ni..hahaha..tapi memandangkan khidmat aku yg superb, aku disambung lagi selama 3 bulan..pastu aku dpt KPLI-LPBS..

tapi..as time goes by..aku pun alhamdulillah, aku pun sukses mendapat pekerjaan di mana aku plak yg kena jwp peksa PTK..org kata kalo 1st time g amik ni, umpama g survey dulu soklan..haha..bila aku sendiri yg menghadapinya, barulah aku tau nape susah sgt org nak dpt 4-4..banyak trick maa itu soklan..contohnya soklan yg plg senang pung aku leh terpedaya akibat tak baca bebetul...

cth : bahizah hendak menyalin sepenuhnya file yg mengandungi bla..bla..bla..apakah tindakan yg perlu dilakukannya?

A. klik edit copy
B. klik edit replace
C. klik file save
D. klik file save as

aku g jawab plak A sedangkan jwpnnya ialah D..hampagas sungguh..dia bukannya nak copy itu teks maa..dia nak copy itu file..hmmmm @#$*&%;(
kalau mcm ni gayanya, nampak sgt aku kena amik berkali PTK ni...

Wednesday, February 11, 2009

sukan berlalu..kelas tambahan pun dtg...

salam..alhamdulillah..setelah agak lama menyepikan diri akhirnya ari ni aku berusaha mencari kesempatan tuk menulis sesuatu di sini..

semalam sukan sekolah yg ke 52 telah berakhir..namun, bagi aku inilah sukan yg paling hambar..org lain tgk meriah gilak..tapi tak tau yg sebelum2 ni lagi havoc..dan semalam juga menandakan tamatlah tugas guru2 berkejaran di tengah2 padang..aku yg gelap ni makin malap plak jadiknya..muka berbelang2..panas dan peluh usah cakaplah..namun keseronokan tu tetap ada..

kesimpulannya bulan ni merupakan bulan panas dan berpeluh wat aku..abis aje sukan sekolah..dah start kelas tambahan tahun 6..phewwww..belum start lagi kelasnya aku dah rasa lemah..tapi bila pikir2 balik..tak baik aku mengeluh..ini kan kerja aku..insaf..insaf..

ok lah..aku nak godek2 peti ais..nak masak..lama dah tak pegang senduk...hiks..

Wednesday, January 14, 2009

ributtttt

ribut yang melanda di persekitaranku..buat apa pun serba tak kena..banyak kerja yang bertandang, namun tiada satu pun yang akan menunjukkan hint untuk mengundur diri..tapi aku tgk org lain mcm rilek aje..adakah aku ni spesis yg lambat mcm siput kalau wat keje?agaknya lah tu kot..

ok..lately mmg banyak keje..kat skolah pun stay up wat keje..balik umah pun masih lagi wat keje..tapi tak pernahnya habis..masak pun adalah sekali sekala aje..owh aku rindu kat mak..nak balik gemeti la mlm ni...

since skolah bukak ni, aku dan amirr g keje berasingan..dia kan dah ada skut baru..haruslah g keje aku bwk kete sendiri..katanya tak tahan nak tunggu aku abis meeting yang membuatkan dia masak tunggu dlm kete..huh..bukan salah aku..aku pun kalau boleh taknak miting2 ni sume..tapi aku kan mentimun..digolek aku luka, menggolek pun aku luka..so what to do..telan ajelah..tapi yg nyata semenjak ada motor ni, kitaorg nampaknya save la skit dr segi minyak ni sume sebabnya kalau nak balik kampung tu naik motor saja lah..sib baik kampung sekangkang beruang jek memasing...

dan semenjak bz memanjang ni jugak, rumah dah jadik mcm tongkang..tongkang pun lagi lawa..sib baik, aku kurang skit memasak semenjak bz..kalau tak, mesti dah lemas pinggan mangkuk aku dlm singki tu..

dan org yg paling kesian kat sini ialah amirr...

p.s:sok ada miting lagikkkkkk!!!!!!!!

Saturday, January 10, 2009

citer skolah lagi...

ari ni aku rest dgn sepenuhnya..baring2 aje sehari suntuk dgn tgk tv..kunyah2 kerepek..best..ptg2 skit baru ke dapur goreng mi..tetiba adik amirr kal amirr ajak ke umah dia ada mkn2 skit..amirr kalau tgk aku dh masak, dia mmg malas mkn2 kat tmpt lain dah..sebabnya takut membazir dan lagi satu sebab aku masak best!ya..mesti puji diri sendiri..lately ni blog aku tkde lagi dah gamba gambi..aku malas nak upload, nak cucuk sana sini..

mlm ni plan, nak pulun gosok baju..supaya ahad sok, aku dapat berehat dgn hati yg lapang..pastu takde apa lagi nak wat..nak wat bahan nak hias kelas, segala2nya tinggal kat skolah la pulakkk..lagi satu, kelas aku dah dipindahkan ke dewan..ala dewan yg boleh bukak2 tu..alasan GB, sebab kelas aku jauh dari pandangan matanya..so bila pindah ke dewan, kan ke buruk, bila kelas tu dibukak jadikkan dewan bila ada function..ye la, mesti hiasannya tak seragam antara kelas aku ngn kelas sebelah..nanti jadi mcm tah hape2 jek..kalau ikutkan pandangan cikgu2 laki, depa ckp kat aku, tak yah hias apa2..buat penat aku je naty, jap bukak, jap tutup..haih..berterabur la bebudak kelas aku naty..dahlah dalam kelas tu ada pelbagai aras level budaknya..alasan campur2kan budak pelbagai aras dlm kelas ialah budak yg cerdik, boleh tlg budak yg lemah...tahlah, kita tgklah naty apa hasilnya...

ye, kali ni kelas aku spesel skit, memandangkan thn 5 thn ni ada jqaf, jadik dikumpulnya sekali bebudak org asli dan india dlm kelas ni..bertambah spesel sebab kelas ni bebudak OA dan India yg lemah sikit...dan yang lagi speselnya, dlm ramai2 cikgu kat skolah besar ni, AKU yang terpilih tuk jadi cikgu kelas tuk kelas yg SPESEL ni..takpe2..aku anggap aku spesel sebab org lain tak terpilih tuk jadi ibu buat bebudak ni..dan hari pertama aje ada cubaan memutar belit oleh sorang anak murid aku yg berbangsa india..

aku suh kuarkan buku tulis, tuk buat keje skolah
beesh: cikgu saya takde lagi buku tulis, bapa belum beli lagi
aku: ok, bila mau beli?
beesh : rehat nanti bapa dtg beli
aku: takpe keluarkan kertas, tulis dalam kertas dulu
dia pun menggelengkan kepala tanda setuju...

keesokkan harinya di waktu pagi...
aku: baik, kumpul buku tulis semalam, cikgu nak tanda
aku tgk dia tak hantar, tapi atas meja ada buku tulis baru yang kosong
aku : kenapa awak tak hantar kerja semalam?
beesh : saya takde buku cikgu
aku : ni apa
beesh : ini buku saya
aku : mana awk dapat?
beesh : bapa beli semalam
aku : habis, kenapa tak buat kerja semalam
beesh: saya takde buku cikgu
aku : aik ni apa..
beesh : buku, bapa beli semalam...

haih..citer selanjutnya aku malas nak taip,,tapi bila bertaki dia seboleh2nya mempertahankan diri walaupun terang2an tu dia cuba nak memutar aku,,,baru hari pertama beb...10 bulan lagi ni...

Friday, October 31, 2008

baru balik dan g dinner...

yeaaaaa..suamiku sudah pulang..ptg jumaat, mean semalam amirr smp.amik aku kat umah mak.menantu yg baik harus bagi buah tangan kannnnn.dia bagi teh strawberi, sayur-mayur dan buah strawberi.pastu we all balik umah.aku harus bersiap-siap sebab nak naik bas kul 6 kat skolah.
ni la teh yg amirr beli.rasa mcm teh biasa gak.tapi yg bestnya aromanya berbau strawberi.ekceli dia beli mcm2 perisa.ada lemon, peach, anggur, mangga, cherry dan oren.


as my wish, amirr belikan aku strawberi.sebelum aku bersiap2 nak g dinner, aku melantak jap buah ni. aku bukan la main telan gitu jek.kan masam buah ni.dr kecik mmg aku mkn cicah susu pekat.perghhhhh.sedappppp.mmg mak ngn abah aku ajar mkn mcm tu.ramai gak kengkawan yg aku dah ajar cara mkn camni.kalau datuk siti cicah coklat, aku cicah susu. :)


memula, amik buah tu, kita cicah kasi tebal2 susu kat buah tu..(tgn yg gumuk itu bukan tgn guweeee)

pastu dh agak2 tebal, trus ngap.mmg best gilakkk.
pas mkn2 tu, amirr g hantar brg2 kat umah parents dia plak, aku trus siap2 untuk g dinner.naik bas(bas sewa) kul 6. si alakari tu ckp lambat tinggal.takmo aku nanti kena naik bas central(bas byr tambang) plak g vistana hotel tu.
smp aja kat hotel, kami naik bilik yg dah di book tuk solat.tapi memandangkan kitaorg ramai, so ada beberapa org guru pempuan termasuk aku g kat surau tuk solat. kalau nak tau aku glam ke tak ke.TAKKK, aku tak glam.biasa2 jek.ingat nak pakai baju raya kaler itam aku tu.tapi segan plak.tapi, baju tu sopan ye.tutup aurat lagi.aku pakai kebaya yg kainnya father in law aku beli kat jakarta.berlabuci ngn manik.sori no pic baju kebaya aku tu.so terus kpd story mlm tu ye..

ekceli gambar ni aku nak snap cik scarlet nyanyi.tetiba masuk plak penari latar.havoc.anyway tahniah buat cik scarlet yg berjaya mempertahankan kejuarannya 5 tahun berturut-turut juara karaoke.mmg best suara dia.aku rasa lagi best dr suara alia yg penah kuar dlm MHI tu.

table for us.tak snap pun apa yg aku amik.sumenya aku amik skit2.mungkin aku kenyang lagi disebabkan aku dh mkn kat umah mak sblm amirr amik aku siang tadi.tapi makanan sedap2.lagi satu aku malas dah nak bangun amik makanan.gila malas.nak makan pun malas.haha

kak engku yg telah dipaksa oleh cikgu2 lain tuk menyanyi.."bahizah, kak engku tak nak nyanyi..." namun setelah dipujuk beberapa kali akhirnya kak engku mencemar duli tuk menyanyi gak.dia berduet ngn si alakari.suara kak engku mmg sedap.1st year aku masuk skolah tu, kak engku penah nyanyi depan bapak sedara dia a.k.a sultan pahang..mmg malatop abis time tu.suara si alakari pun best.sore ko sesuai tuk lagu rock kapak la kari.kak linda kagum abis.kak linda ni peminat lagu2 rock kapak.


me and my partner.sis kiah.gila rushing minah ni.blk dr kuantan trus join naik bas g vistana.ni kak kiah.mak andam masa aku kawen.sehati sedondon kan kami.org ckp muka kitaorg sama...?tahlah.setakat ni takde plak keturunan bapak mahupun mak aku mamak.pandai jek dorang ni.mentang2 la aku gelap.tapi kak kiah punya adik beradik mmg mcm pakistan tau.tantekkkk..


kak kiah yg berjaya snap muka ku.alamak ternampak sudah gigi taring ku.aha cikgu panji kan penah request nak tgk gigi taring ku.kos penyelenggaraan yg tinggi tau.kena jumpa dentist selalu.ekceli sume adik beradik aku ada.


di dlm bas sebelum berangkat pulang.sampai jek kat skolah area kul 12.aku bawak keta g skolah.amirr kan baru balik dr cameron.so aku g seniri la.masa dlm area skolah aku start enjin, trus bukak lampu kecik.sebab ramai org.takut depa silau.sampai jek kat umah, masuk je park, aku nampak kat cermin sliding door aku, rupanya sampai ke sudah ku tak pasang lampu.masyallah.nasib baik tk jadi paper.cuai tul.


selingan :
owh ye..mesti korang tertanya2 kan, nape amirr tak ikut sekali.hmmm..aku pun tak tau, aku just tanya dia b4 this, just ask,takde paksa.dia tak nak, so aku tak paksa.aku pun just ask.prefer dia takyah ikut la.tah, aku pun tak tau nape kitaorg mmg jarang enter frame memasing punya hal skolah.padahal dia penah ngajar skolah aku ni dulu dr aku.aku pun penah ajar skolah dia.tah masa aku bercinta mahupun bertunang dulu tak penah terpk pun nak ajak dia. ;) tapi aku mmg biasa je join aktiviti skolah dia.masa aku kawen pun depa banyak tlg luar dan dlm umah.so agak kenal la di situ.so jgn pk bebukan.amirr tak sombong.cuma dia suka main game kat umah ngn download naruto dia tu.errr bila naruto nak abis ek..

Sunday, March 23, 2008

jalan2 di Pekan..

untuk mengubati hati yg tak best sepanjang pertandingan..(tmpt tk best ngn kalah..hihi)..kitaorg jln di bandar Pekan..ekceli Pekan ni bandar diraja untuk negeri Pahang..banyak lah tmpt2 menarik kitaorg g..antaranya tk sungai pahang yg besar yg aku penah tgk..lagi besar dr sg pahang kat temerloh n kt kuantan..agak2 bkn setakat buaya..naga pun ada dlm tu..pastu nak masuk muzim..tutup lak..g la istana..tgk padang polo..kuda..rumah2 lama kt area istana tudan last skali g mydin..harhar..kitaorg pun tak lepas peluang makan murtabak diraja kat sana..besat dan sedap..penuh gaklah org kat sana..

ni lah sg pahang kat bandar Pekan yng besar tu.. masa maktab time progam BIG aku penah gak g muara sg pahang kat Pekan..seram aje nampak time senja..sungai kaler itam..pokok2 bakau..mcm view dlm citer frankerfish tu lah..ikan makan org








ni masa kat padang polo..kiatorg tgk kuda yg dh standby nak main polo..dpt gaklah tgk kuda tengku mahkota..

ni sesi beramah mesra ngn koda..nampak tak budak pakai baju asrama tu..sian tak blk uamh..so kitaorg angkut sekali jalan2..leh jd tourist guide kitaorg...

ni kuda yg dah ready nk sedang bergerak ke padang polo..1 taem ada 4 player..sorang player memerlukan 6 ekor kuda espanjang game..peh..mmg permainan org2 kaya.. aku tunggang kerbau ajelah..tu pun kerbau aki aku pun dah abis kena jual..huhu

hensem2 kuda2 ni..ye la sekor regenya beribu2..6 ekor? lagilah ribu riban..tp aku tak stay nak tgk polo ni..penat dan panas..tp budak baju kaler pink tu leh plak dia merengek nk tengok..gamenya kul 4.30..kena blk kul 5 lebih..mana sempat..tunggulah suh bapak ko naty bawak ye..

Thursday, March 20, 2008

ke Pekan...

ari ni aku akan bertolak ke Pekan area kul 10.30pg..mula2 ingat nk g awal pg sb pendaftaran kul 2.30 ptg..tp pk2 blk..naty dah smp nk wat pe plak..ekceli aku ke Pekan sbb antar budak pidato ngn bercerita peringkat negeri..jap je 3 hari 2 mlm gtu..so tinggal la amirr..touching sket la time pg td dia nk g keje tanpa aku..cayang abg..hmm agak2 brp jam la sampai naty ek..nama aje dlm pahang gak..dr bentong ni ada la dlm 8 jam gitu..sama jauhnya bentong ke kedah..biasalah highwaynya smp kat kuantan jek..dr kuantan jln kampung je ke pekan tu..harap2 selamat la pergi dan balik semula..teringat pakcik bas maktab drive..dh la aku duk depan..mmg tk tenteram aku dibuatnya..bas dah la ala ala bas HBR (bas mcm nak roboh dinding) leh dia potong lori balak 2, 3 biji kt jln kampung tu..ampunnnn..harap2 pakcik armayah tu dah insap sekarang ni dgn menjadi seorang pemandu bas yang berhemah..

Thursday, October 4, 2007

minggu yang....hmmmm

assalamualaikum sume...minggu ni penuh dengan kejutan dan debaran...so aku terlalu bz sss..minggu lepas aku dapat surat utk panggilan temuduga bg mengesahkan jawatn aku..so aku kenalah prepare utk menghadapi hari yg mendebarkan itu..isnin ngn selasa aku duk sibuk study and siapkan dokumen2 yg perlu aku bwk ke kuantan naty..
hari isnin aku banyakkan study and cari maklumat2 yg mungkin diaorg akan tanya naty..dan skrg aku akan ceritakan hari selasa yang mengejutkan and begitu lawak bagi aku...

hari selasa
pagi2 lagi spt biasa laki aku dah antar ke skolah time keadaan gelap gulita..selalunya..bila aku sampai..hanya opis saja yg dah buka pintunya..bilik guru plak sapa yg sampai dulu dialah yg bukak..lampu pun mcm tu gak..sapa yg sampai dulu dialah yg bukak..takkan ko nak duk dalam gelap plak..tak berani aku..lagipun skolah aku tu angkerrr skit...
tapi bila aku sampai pagi tu..aku tgk bilik guru dah terbukak lampunya..tapi pintu opis tertutup plak..time tu aku tak rasa pape yg pelik plak...maybe ada cikgu yg dah dtg... tutup pintu opis tu semula sbb tak nak murid masuk...aku pun bukak pintu opis n bukak buku kedatangan guru...aikkk...nape takde org lagi yg datang ni...hmmm..lantaklah..aku pun trus tulih nama aku ngn time aku dtg kul 6.55 pagi...pastu aku nak bukak pintu bilik guru..aikkk..tak tutup..ish..tak senonoh betullah diaorg ni smlm..ni mesti nak blk cepat ni..aku pun trus masuk..eh nape pintu loker ni bukak2 ni sume2 ni..tah2 ribut kot semalam..aku pun trus g kat meja aku..duduk..pastu kuarkan buku rekod..tulis skit2 lesson plan..pastu bukak paper baca..pastu dgr dua tiga org cikgu dah dtg..riuh rendah sore diaorg kat opis..apa ra..jumpa2 aje trus senaman mulut..hihi..aku tak hiraukan mereka..khusyuk bace paper nih..tapi cikgu2 ni semakin lama semakin ramai n semakin riuh plak..masuk dalam bilik guru tak jugak..pastu baru dorang masuk ramai2 n guru besar pun buat pengumuman..."cikgu-cikgu jangan sentuh apa-apa ye..saya dah tepon polis..jap lagi diaorg dtg.."aku jadik heran..nape plak..rupa-rupanya skolah aku kena RAMPOKKKKK...ya tuhan..mcm mana aku boleh tak sedar???..aku g balik opis..mak aih..mcm dilanggar garuda..punyalah aku tak angkat muka time tulih nama tadi...kecoh2 ari tu..wpun aku org pertama yg tiba selepas kejadian..tak guna nak tanya aku hape2..aku mmg tak sedar skolah aku kena rompak..cikgu2 yang lain pakat kutuk aku reramai2..gelakkan aku usah cakaplah..kiranya kalolah perompak tu ada lagi time aku dtg..akulah yg plg senang utk dijadikan tebusan...hari tu skolah aku mcm dah jadik lokasi csi..hmm..ada gak cikgu yg perasan nak jadik HORATIO plak tuh..tahlah..

rabu plak..
aku g kuantan..abis interview kul 3pm..singgah giant kuantan..beli brg2 nak wat kuih..tah bila nak start tah..

khamis plak..
pagi2 lagi nora jumpa aku..n dia ckp dia dah pregnant 9 minggu..hmmm..aku plak?tah la..blum ada rezeki lagi nampaknya...