salam..bulan mac akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. aku pulak semakin lama, semakin malas update blog. mungkin masa agak terbatas. sibuk uruskan rumah tangga, kerja2 dan bertambah malas kerana masa yang terluang, lebih aku utamakan untuk berehat.
usia kandungan ku kini telah mencecah 6 bulan. harap, semuanya akan berjalan lancar. gender? masih belum tahu lagi. walau pun jauh di sudut hati mengharapkan yang kali ini perempuan pula, namun jika lelaki, aku terimanya juga dengan penuh kasih sayang. inilah yang aku dan suami idam2kan dahulu. selama tiga tahun hidup tanpa cahaya mata..tuhan itu maha pemurah..Dia hadiahkan kami dua cahaya mata dalam tempoh 2 tahun..syukur alhamdulillah
mengenai rumah baru yang baru juga kami duduki kini, alhamdulillah. walaupun banyak berhabis $$$$, tapi kami berpuas hati dan bersyukur kerana kini kami tinggal di rumah sendiri. kawasan kejiranan untuk lot2 baru ni masih belum ramai..insyaallah sikit demi sikit nampaknya rumah2 di sini telah mula diduduki..jiran sebelah rumah kami nampaknya telah pun ansur maju membuat persediaan untuk mendiami rumah mereka. gambar?hahahaha..belum bersedia..kerana aku malas nak upload
amsyar pula sudah boleh berjalan, malah berlari dan sentiasa minta untuk dikejar..mamanya mana larat, jadi tugas mengejar diserahkan kepada ayahnya. harap itu juga merupakan satu senaman utk menguruskan badan
oklah, nak permisi dahulu..banyak kerja yg menanti utk disetelkan