Showing posts with label other people. Show all posts
Showing posts with label other people. Show all posts

Friday, June 24, 2011

bluekkk!

maharaja lawak jatuh kpd kump sepah..aku mmg suka lawak2 dr sepah sebab ada unsur2 kemelayuan..tapi start last week, depa start buat lawak mengenai talk show ustazah bahiyah. cara penyampaian ustzah n kemesraannya bersama suami dipersendakan..

mula2 aku gelak gak..tapi bila tgk 2nd time, aku mula terpk..eh, apa perasaan org yg dipersendakan..seribu kali ustazah berkenaan tak kisah sekalipun, aku rasa sbg org melayu/timur/malaysia, kita masih lagi mempunyai batas2 bila bergurau..

nampaknya, minggu ni modal yg sama sehingga dijulang menjadi juara..hmm

bila aku komen kat status kawan aku, nampaknya ada yg pangkah aku..siap cakap "just lawak" tu..hmm bolehlah ko cakap mcm tu sebab tak kena batang idung ko!terpulanglah kalau ko nak gelak berguling2 sampai ke tanah sekalipun..aku just menyatakan pendapat aku cik kak oiii!

Saturday, April 16, 2011

oit..jgn sombong la!

ada sepasang somi isteri yg tgh hunting for the house..lalu lalang boleh dikatakan almost everyday kat depan umah kitaorg ni ha..tapi yg aku tak berkenaan adalah sikap tah apa2 yg cuba ditonjolkan oleh wife dia...

come on la..memasing dah ada anak pinak termasuk la aku..depa lagi berpengalaman sebab lg tua dr aku ngn amirr..owh plis jgn sombong sgt..wife dia tu tak paham aku..ada ka patut, depa survey umah memalam..kebetulan family aku dtg, so kitaorg lepak luar tepi jalan depan umah aku..dah lalu depan kitaorg, hubbynya pun berenti keta..borak ngn amirr..

aku ni dukung amsyar bwk ke site isterinya yg tgh meriba anak depa..amsyar ni teruja tgk ada budak kecik, siap tepuk2 lagi cermin keta tu nak main ngn anak dia..

aku ni sah2 la tujuan nak sapa wife dia..tapi, apa boleh buat, sikit pun dia tak hingin nak menoleh kat aku..ada la dlm 5 minit aku tercegat kat sisi keta tu dgn mendukung amsyar..kapala dia langsung tak menoleh ke aku..balik tu aku rasa mesti salah urat sbb dia konon2 pay attention la dgn perbualan laki dia n amirr..

kalau tak suka berjiran kali kedua dgn kitaorg, sila cari umah yg jauh2 sikit dr umah kitaorg boleh tak? takdelah tiap kali terserempak nanti ko buat lakonan yg kitaorg ni halimunan..HAIHHH..MANUSIA..MANUSIA!

penyakit yg digeruni wanita

al fatihah buat arwah kak junie yg meninggal dunia jam 2.40 pagi tadi akibat breast cancer. penyakit cancer yg aku dengari ketika zaman sekolah dahulu yg akan dideritai oleh wanita yg berusia 40 tahun ke atas. tapi kini tidak lagi..remaja pun berisiko utk mendapat penyakit ini.
arwah meninggal pada usia 32 tahun.

selain kanser buah dada, penyakit lain yg harus digeruni oleh wanita ialah kanser rahim. tapi sebenarnya apa2 penyakit pun boleh membawa maut jika tidak dirawat seawal dan sebaik mungkin. kita hanya mampu berikhtiar, tapi allah ada perancangannya sendiri.

semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman, amin

Thursday, November 25, 2010

menyampah, tahu?

kat FB ada komen2 yg aku tak suka..menyampahnya nak jawab..sebab rasa terganggu(padahal takde menda pun. owh mungkin perubahan hormon!)

erm dan lagi satu, heran eh dgn status FB2 yg seolah2 menceritakan rentetan masalah keluarga dan dalaman diri masing2 sampai kita boleh agak ada masalah melanda dalam keluarganya..dia tak pikir ke org akan tahu mslh rumahtangga dia. mcm dah kira MEMBUKA PEKUNG DI DADA!!

bukannya apa, dia buat status gitu..kita tak tahu sama ada dia minta pendapat org utk selesaikan masalah ke atau menyokong sebarang luahan hati dia. aku ni pulak tak berani nak masuk campur. so aku takdelah komen apa2. tapi nanti dia mesti terpikirkan sama ada aku ni bukan teman yg baik. lagi satu buat apa dia nak post menda2 mcm tu sedangkan ahli keluarganya semuanya ada dlm list dia. so kalau aku komen, takke ahli keluarga dia akan ingat aku menyokong dia.

kalau aku komen, dia akan ingat aku ni tak prihatin! haihhh menyampahnyaaaa..

Friday, October 29, 2010

hutang!!

bagaimana cara utk collect hutang yg dah bertahun2 tanpa menguris perasaan org2 rapat si pemiutang tu..
takkan dah bertahun2 still tak dapat bayar
dengar2 cerita dapat banyak job
aku tak redha duit aku pada dia andai dia berkeras tak nak bayar

Friday, October 22, 2010

jangan banding-banding

jangan banding-banding
kalau silap banding
nanti ada yang makan hati
kalau ada yang makan hati
tali persaudaraan boleh menjadi renggang
asal perkara yang kecik boleh menjadi besar
pihak yang dipuji tinggi melangit
akan terus-terusan memandang rendah pihak yang satu lagi
pihak yang satu lagi pula
kalau lebih parah akan menimbulkan dendam
manakala pihak yang memuji dan mengeji pula
dapat apa?
kepuasan?atauuuuuu....................balasan

Saturday, October 16, 2010

90 hari = 60 hari

sama aje..kalau nak cuti 90 hari..3 kali je leh beranak dlm tempoh berkhidmat
kalau nak cuti 60 hari, 5 kali boleh beranak dlm temph berkhidmat
hmmm...

Monday, July 5, 2010

sanggul setinggi KLCC

sekarang ni heboh pasal sanggul tinggi. dan sejujurnya aku tak tau pulak yg sanggul tinggi ni walaupun kita bertudung hukumnya HARAM..

aku pernah berambut panjang mengurai..namun bila aku nak pakai tudung, aku akan ikatlah dan jadikan sanggul, namun takdelah sanggul tu letak kat puncak kepala (pusar kepala) tu..aku wat rendahlah..habis kalau tak bersanggul mcm mana nak kenakan tudung kan..

tapi aku pahamlah, sanggul yg bagaimana diperkatakan org zaman sekarang..malas lah aku nak tepek2 kat sini..sah2lah nampak muka tuan empunya diri..kecik ati lak dia kang kan..

dulu ada salah seorang parent sekolah kitaorg yg kalau dtg sekolah..mak aihhh sanggulnya bukan main tinggi..tak psl2 kalau org nak kenal dia, org akan mention sanggul KLCC..tapi dia bersanggul tinggi tu dah lama..sejak anak dia drjh 1 la..la ni anak2 dia semua dah sekolah menengah..dan aku kompom yg dia tidak tahu psl isu ini..

kiranya isu ni baru timbul disebabkan pemakaian tudung2 tertentu akan lebih membuatkan pemakainya kelihatan lebih anggun jika dia mengenakan sanggul tinggi..

so, skrg kalau dah tau, tak yah buat..itu aje :)

p/s;isu ni mengingatkan aku citer makhluk asing..conehead..hahahaha..

Thursday, June 17, 2010

amsyar check up 5 bulan

hari ni amsyar ada check up utk 5 bulan. sepatutnya tarikh temujanji adalah pada hari khamis minggu lepas..tah nape asyiklah dalam pala otak aku ni tarikhnya khamis minggu ni. kemudian tergerak hati aku nak tgk buku klinik dia..check punya check hari senin haritu, rupanya dah lepas khamis 10.06.2010 bukannya khamis 17.06.2010..jadi hari selasa hari tu call la KKIA batu 1, set semula appoimentnya pada hari khamis..hahaha..mmg dah nak jadi sebab dan cerita agaknya nak jugak tarikh hari ni..

so ini perkembangannya..amsyar nyer berat tak naik banyak la dr bulan lepas hanya 500 gram shj..frust gaklah, dia banyak gak menyusu tp skg ni agak lasak sikit..huhu

spt biasa, menangis time kena cucuk, tapi kejap je..bagus anak mama!

tapi takpe, next week amsyar dah boleh makan...hmmm, kena korek resepi bubur2 tuk baby ni..hahaha

dah abis check up tu, kami pun nak balik..tapi berlaku sedikit kemalangan kecik di mana seorang amoi errr..nyonya barangkali, park ketanya tp lupa tarik hand break..maka ketanya melongsor ke belakang, lalu tayar belakangnya stuck kat divider..

sib baik gak tak kena keta aku, kalau tak hangin la..sebab plan pas check amsyar, nak g opis bapak aku.

sib baik kan tak kena keta kitaorg..org2 laki yg ada kat situ dah cuba sedaya upaya tenaga mereka namun tak behasil..err ada 3 org lelaki je kat situ...hehehe..terpaksalah nyonya tu tepon talian hayat dia..

p/s: berat amsyar 6.5 kg..takpelah yg penting anak mama sihat dan ceria!

Thursday, June 10, 2010

hitler vs yahudi

"Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Namun, saya tinggalkan sedikit kepada kamu. Kenapa? Agar kamu kenal siapa yahudi dan mencari jawapan kenapa saya bunuh yahudi" ....... Marilah kita renungi dan hayati kata2 Hitler melalui bukunya 'Main Kamp'......


kredit to Cikgu Zul

Friday, July 10, 2009

natrah..maria..bertha hertogh meninggal dunia

bertha hertogh atau dahulu nama islamnya natrah dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 72 tahun..aku pernah ceritakan kisah perjalanan hidupnya sedikit dahulu..sian..dia dikatakan meninggal akibat penyakit luekimia..

aku sian sebenarnya, kalaulah mak bapak dia tak ambik dia bawak ke belanda, insyaallah tentu selamat duk kat sini..takdelah seumur hidup, akhir hayat merintih mengenang nasib diri..

namun, dengar citer, anak2nya tunaikan permintaannya yg terakhir, agar mayatnya tidak dikebumikan..sebaliknya didermakan untuk dibuat kajian..anak2nya turutilah permintaannya memandangkan maknya selama hidup asiklah memenuhi kehendak org lain sampai diri terseksa..

Sunday, January 11, 2009

tersentuh hati ku...doa mawi ekin...palestine..

majlis resepsi 1001 malam mawi dan ekin..aku bukanlah teruja sangat nak tgk..tapi tgklah jugak sebab yg sebelum2 ni aku tak tgk langsung sama ada masa akad nikah mahupun majlis persandingan mereka di johor..ramai jugak tetamu2 yg hadir dan mengenakan pakaian mengikut temanya..meriah dan mewah sampai aku tak tau nak tafsirkan mcm mana,,overkah?tak berani aku nak komen..

namun, apabila majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz asri dari kumpulan rabbani, hati aku tersentuh..sungguh syahdu dan meruntun hati ku ini..bila masa doa tersebut mendoakan kebahagian pasangan pengantin, semoga beroleh cahaya mata yg soleh dan solehah..alunan doanya..aduh..menitis air mata ku...aku rasa ramai tetamu malam tu pun tersentuh kerana dewan senyap sunyi..sepi..ye lah..manusia..bila dengar doa2 mcm tu trus jadi insaf...tapi pastu buat jahat balik..aku tak terkecuali lah tu...akhir sekali dia mendoakan tuk org2 palestine..

sedang kita bergumbira..hidup selesa..berpakaian indah..menikmati hidangan yg lazat...saudara kita nun jauh di sana...dihujani hujan api oleh zionis...aku tak sanggup tgk gambar ratapan mereka setiap hari di tv ataupun di akhbar..tiada apa yg mampu aku lakukan melainkan berdoa agar mereka sabar, tabah dan kuat menghadapi ujian ini..

teringat aku masa kursus biro tatanegara..aku minta maaf, tak ingat lah pulak nama fasi grup aku dr BTN masa tu..dia bertanyakan kami semua...andai kata suatu hari nanti negara kita menerima nasib seperti bosnia, iraq mahupun afghanistan...ke manakah kami semua akan pergi...spontan aku jawab, aku akan berada di kampung sendiri..means bentong la..where else..adalah jugak dua tiga org yg memberikan jawapan yg sama..kampung halaman sendiri..namun ada juga dua, tiga org yg memberikan jawapan..mereka akan pergi berlindung di mekah...kemudian fasi tu bertanya kepada org2 yg nak g mekah ni...habis tu siapa yg akan mempertahankan bangsa dan tanah air sendiri?...hurmm...

Sunday, March 9, 2008

natrah..cinta yang tak kesampaian...

masa coti2 macam ni punyalah banyak masa aku dok ngadap lptp..tetiba aku terjumpalah citer psl natrah ni..korang ingat lg tak citer psl dia ni..citer ni dh mnjadi sejarah dlm negara kita awal 50-an dulu..aku sbnrnya berminat gak nk tau psl dia ni sejak aku mengenali kisahnya masa zmn skolah dulu..sedih aku bila baca di pengakhiran ceritanya..banyak pengajaran..bg sesapa yg lopa..meh aku ingatkan balik citernya..

natrah ni anak pasangan belanda yg menetap di indonesia..masa tu zmn penjajahan jepun kt asia tenggara ni..zmn tu jepun ni tersangatla bencinya ngn mat2 saleh ni..so disebabkan risau ngn keselamatan anak2nya ditambah plak ayah natrah kena penjara dek jepun kt indon ni, mak natrah serahkan lah natrah ni kat sorang peniaga brg kemas yg berasal dr t'ganu bernama mak minah..so nak dipendekkan citer, mak minah ni plak bwkla natrah ni balik ke ganu..

natrah ni dipelihara oleh mak minah ni smp la usia dia 13 thn..sementara tu bilajepun dh kena bom kat horishima ngn nagasaki, jepun pun berundurla dr asia tenggara..maka bebaslah ayah si natrah ni tadi..ayah dia ni marahlah kat mak dia apasal plak bg anak kt org lain..so melilau la family dia mencari si natrah ni tp tk jumpa..so diaorg fedup balik semula ke belanda..

kat ganu ni plak, masa natrah ni umur 13, ada la satu pesta muda mudi kt kg dia..ada la gak org2 british yg dtg..so diaorg pun nmpk la natrah ni..repotla kt atasan dia..bila ayah si natrah ni dpt tau..dia apalagi sederap la g ke tanah melayu..cubaan pertama gagal..sebab natrah ni tak nak lgpun salah mak dia sapa yg suh bg kan dulu..skg buruk siku nak amik balik..

bila dh gagal tu..mak minah pun lega lah..tp bimbang perkara yg sama berulang, lalu dia kawinkan natrah ni ngn mansor adabi..mak minah ingat leh selamatlah ngn kawinkan dia ngn org melayu..tp bapak si natrah ni guna plak alasan natrah bwh umur ngn isu agama..apa lg naik court balik la..tambah silap lagi, mak minah ni kawinkan plak natrah ni kt singapore..kalo kawin kt johor dah selamat dah..omputeh tk leh kacau..fight fight fight..akhirnya natrah ni bapak dia menang..biasalah yg pegang court time tu mat2 saleh..nangis2 la natrah ni kena angkut ke belanda dan dipaksa pisah ngn hubby tercinta..mansor adabi pun hampir setengah giler dibuatnya..terjelepok la kawan tu..

sampai di sana, natrah ni dikawal oleh polis 24 jam selama 2 thn..isk..isk..agak2nya nak berak pun susah..smp2 kat sana dia rasa sedihla..kena paksa wat mcm2 keje yg tak penah dia buat..kt ganu, dia dimanjakan oleh mak minah..mesti time ni dia sedih ingatkan laki dia aje..nak dijadikan citer, ada sorang lelaki belanda ni kesian kat natrah ni idup terseksa kat belanda, dia pun bg surat kat mansor adabi di tanah melayu mengatakan dia leh tlg mansor adabi ni dapatkan semula bininya..
apa lagi suka la kawan tu..tulis surat kat bininya dlm tulisan jawi..time itulah tulisan yg diaorg belajar kan..diapun poskan la kt pemuda belanda ni..tunggu punya tunggu akhirnya "natrah" bls dlm tulisan rumi dgn telo indon..suh lupakan dia, jgn cr dia lagi..skg dia dah kristian..apalagi terkejutla mansor adabi ni..dia pun ckplah kt pemuda belanda tu..terkejut beruklah gak pemuda belanda tu ngn bahasa kasar yg natrah bg kat laki dia..(ni aku nk remind balik..kalo dh mansor ni tulis jawi..sah2 la natrah bls balik jawi gak kan, pastu natrah ni membesar kat ganu..mestilah dia ckp ganu..ni mesti family dia..sbb family dia sblm ni duk kt indon)
so keciwa la mansor adabi ni..setelah bertahun2 cuba lupakan natrah..akhirnya mansor berkahwin ngn anak muridnya sendiri..dia pun kirimlah kad kawen kt natrah ni..apalagi remuk la hati natrah..laki dia nak kawin ngn org lain..tp natrah ni nak cover kesedihan dia..dia kawen plak ngn sorang askar kt sana..

ps kawen laki natrah ni benti keje..dia jd plak tukang kayu..natrah ni plak keje dia kt sana tkde lain..beranak aje smpai 10 org..mansor ni plak dah jd seorg peguam yg terkenal dan kaya raya..

so one day dlm area 1970 an, stesen tv kt belanda ni rewind blk citer natrah ni..g la jejak natrah ngn mansor adabi utk wawancara..masa disiarkan rancangan tu, natrah lihatla plak mansor adabi ni ngn family ngn kehidupan yg serba mewah..terkedu la natrah ni tadi..pas rancangan tv tu menurut anak2 natrah..mak dia berubah sikap..lari dr umah..bergaduh ngn bapak dia..dia tertekan sebab dia masih cintakan lagi mansor ni..kalo dia tk diangkut blk dulu..dia dah senang lenang dah..pastu gempar plak kt belanda cubaaan natrah nak bunuh laki dia..pas dh sampai thp mental dah dia..pastu dilepaskan sbb diaorg kesian..last2 bercerai natrah ngn laki dia yg baik tu..natrah kawin lain..cerai gak..pastu last info, dia ikut sorang laki berhijrah ke US dan buat mcm2 keje as cleaner, tukang masak dll..

sian kt dia kan..ni semua sbb mak ngn bapak dia..tp dah takdir tuhan..dia kembali ke sana..so aku nak sgt tau apa citer dia skg..kalo dia msih lg idup..maybe umur dia area 80 thn..kalo dia dh mati..mcm mana kehidupan di akhir hayatnya?di mana kuburnya?..sian kat dia..korang rasa mcm mana?