Showing posts with label raya2010. Show all posts
Showing posts with label raya2010. Show all posts

Friday, November 19, 2010

raya haji ku

apa?takde gambar!!!!..ya, nampaknya begitulah..malas+lupa!

ok seperti yg semua maklum, kami yg cikgu2 ni terus berjuang sehingga sehari sebelum raya..jalan kat bentong usah cakaplah..siput babi lagi laju!so loceng sekolah bunyikkkk aje trus kitaorg dah berdesup utk pulang..ada cikgu2 sekolah aku yg zassss terus balik kampung..aku yg kampung sekangkang kera ni pun tidak terkecuali, balik umah aku..kemas2 barang apa yg patut, berdesup balik ke gemeti dulu..

sampai2 aje umah gemeti, amik amsyar dr umah pengasuh. adalah budus adik ku si bahirah kerna mengikut mak aku ngn si zila mencari barang2 nak masak, dibawaknya sekali kunci umah. maka 4 beranak termasuk bapak aku melangut sejam lebih duk kat luar umah..amsyar mengamuk bagai nak rak sebab panas dan mengantuk, baru nampak kelibat kembara..hampasss mu adik!

masuk2 aje dalam umah, tidokan amsyar, dgn aku2 sekali tido, sampai kakak aku ngn laki dia balik siap dah abis potong daging, kupas bawang, baru aku bangun..kui kui kui

tugas aku adalahhhhh bersihkan ikan, rebus dan asingkan ikan dari tulangnya utk dibuat kuah laksa..menu WAJIBBBB!

menu pertama kami di malam raya ialah sup tulang terangkatttt, malam tu jugak siap rendang daging, nasi impit segala.

around kul 9 bergegas pulak ke rumah mentua, perjalanan sepatutnya mengambil masa 15 mint, bertukar menjadi 1 jam disebabkan jammed!

sampai umah mentua, menolong apa2 yg patut, potong2 sayur sebab MIL aku nak buat lontong..walllaaaa kegemaranku juga :)

dan itu budak tecit sudah nyanyi2 mau tido, maka berangkatlah kami pulang!

esok hari raya giliran rumah parents amirr dulu, maka dapat makan lontong semasa perut belum tercemar dek makanan lain..bertambah best, kami org pertama sampai dan merasmikannya. makan pulak ketupat dan rendang ayam, sengkak perut dibuatnya

pastu berdesup ke gemeti pulak, makan lagi laksa, rendang daging dgn pulut, rendang daging dgn nasi impit..mmg mendera perut pada hari itu!

bermalas2an di sana, kemudian balik, tido!

tamatlah kisah raya haji ku utk tahun 2010

Saturday, September 25, 2010

pakcikpakcik dan makcikmakcik sekaliannnn

mempersembahkan..... the daud's and co

refer to the name above, this is daud's sons, daughters, and their partners..so ini sahaja sudah..

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ok makcikmakcik sekalian..

selamat hari raya maaf zahir dan batin

Monday, September 20, 2010

kunjungan tetamu istimewa

hari raya ke-7, aku menerima kunjungan tetamu dr jauh iaitu che muni a.k.a wan muzni and co. muni ni merupakan roomate and classmate masa zaman matrik dulu. sudah tentu aku rasa berbesar hati menerima kunjungan daripada muni sebab dah lama kami tak berjumpa.

masing2 dah mempunyai anak. suami muni iaitu abg ganu(sebab beliau berasal dr terengganu) merupakan super senior kami masa di uum.

mula2 aku nak jamu muni sekeluarga dgn makaroni goreng. namun bila difikir2 balik, lebih baik aku masak nasi dan lauk pauk sebab dijangka mereka sampai pada waktu tengah hari.

kami bersama suami dan anak masing-masing..siapa sangka kan, kami boleh bergambar begini selepas 12 tahun.

terima kasih muni sebab sudi dtg ke rumah aku(err rumah mak pak aku sebenarnya). next time kalau dtg lagi, g umah aku pulak ye.

haih, aku ni pulak tah bila la berpeluang nak menjenguk rakan taulan aku..asyik aku aje yang dikunjungi..amirr pulak jenis tak mahir jalan2 ni, walaupun aku selalu menyakinkan dia yg boleh aje follow sign board..agaknya kurang yakin. bila dia dah kurang yakin, aku apatah lagi walaupun masa bujang2 dulu, aku ni dikira main redah aje.

Friday, September 17, 2010

aidilfitri 2010

aidilfitri tahun ni kami sambut secara sederhana sahaja meriahnya..tapi yg penting kali ni ada amsyar..persiapan utk anak diutamakan..last minit, baru sedar mak ayah punya brg2 raya tak beli lg mcm kasut, jeans, baju jalan2..

baju kurung ngn melayu tu wajiblah siap awal, nanti takde org plak nak jahitkan baju last minit..

us satu family..belah aku yer, tahun ni giliran aku pagi raya..tapi family akak ngn abg aku takde..masing2 kat umah mentua..nampaknya, abg aku tuh tetiap tahun jer umah mentua ;/


ni gambar kami satu family..tgklah amsyar tu, bapaklah susahnya nak bergambar..mcm2 aksi spastik dah org2 kat depan tu buat, tapi tetappppppp dot dot dot..geram mama..

nota tambahan:kami semua satu family adalah demam! so mood raya adalah limit!