Saturday, May 29, 2010

al fatihah

malam semalam sedang leka menhadap FB tetiba aku mendapat khabar mendukacitakan, sahabat aku semasa di uum zamzarida telah menghembuskan nafasnya yg terakhir.

arwah meninggal akibat komplikasi semasa setelah beberapa hari melahirkan anaknya yg ketiga. arwah mendapat anak perempuan. sebelum ini, arwah mempunyai 2 org anak lelaki yg masih lagi kecil.

arwah zamzarida berdiri di sebelah kiri yg bertudung hitam sblh VP aka jemah..
aku memohon jasa baik kalian, sama2lah kita sedekahkan al fatihah buat allahyarham..

buat keluarga arwah, takziah kami ucapkan..

Saturday, May 15, 2010

hari ini adalah harinya...HARI GURU 2010

hari ini adalah harinya di mana sambutan Hari Guru setiap tahun di rai..memandangkan tarikhnya jatuh pada hari minggu, maka sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada hari esok di sekolah aku..

di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guruku bermula sejak aku bersekolah di tadika perpaduan ketari(1986), sk sg marong(1987-1992), smk ketari(1993-1997), matrikulasi sintok uum(1998-1999), pensyarah2 di uum(1999-2003), pensayarah2 di IP tg ampuan afzan, K. Lipis dan rakan2 seperjuangan di sk sulaiman..

terima kasih atas jasa2 kalian membimbing anak2 bangsa termasuk diri aku..

juga selamat hari guru buat keluargaku..abah dan emak..guru pertama buat diri ku..

selamat hari guru juga buat suamiku, bapa mertuaku serta adik2 iparku..(sebenarnya mcm dah cukup korum nak buat sambuatan hari guru peringkat umah..wakaka)

-cikgu bahizah 16052010-

GURU OH GURU....

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

COPY PASTE BY
Cikgu Bahizah 15052010

Thursday, May 13, 2010

amsyar @ 4 months

salam semua..semalam genaplah amsyar berusia 4 bulan..alhamdulillah..masa begitu pantas berlalu..terasa mcm baru semalam shj aku disahkan mengandung walhal peristiwa itu telah pun berlaku setahun yg lalu

walau apapun aku bersyukur atas anugerah yg tuhan berikan kepada kami..tidak terungkap dgn kata utk menggambarkan betapa kami gembira dan bersyukur atas kelahiran si kecil ini..

pada usia 4 bulan, amsyar sudah pun pandai meniarap dan berguling2 sambil menangis2 manja minta perhatian..mmg menghiburkan..

aku juga bersyukur kerana suami dan keluarga banyak membantu dalam menguruskan anak..maklumlah, aku kan baru shj memegang title mama..banyak benda yg aku kena belajar dan semestinya aku dalam proses belajar..hari2 merupakan hari yg baru buat aku

lama-kelamaan aku dan suami boleh catch up sedikit demi sedikit utk menjadi bapa dan ibu yg terbaik utk anak atau mungkin anak-anak kami nanti.. ^0^

p/s:terlalu sibuk dgn kerja dan apabila balik pula terlalu "sibuk" mengulit anak..

Monday, May 10, 2010

disember 2007

baiklah kini aku akan ceritakan langkah pertama yg diambil sebagai usaha untuk mendapatkan baby..

setelah hampir setahun berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata..aku pun mulalah mencari produk kesuburan..sblm tu aku ada berjumpa ngn doc, spt biasa doc ckp ok mungkin belum rezeki lagi..tapi bagi aku sampai bila?usia makin meningkat..takkan nak tunggu sampai 5, 6 thn baru bertindak!

akhirnya aku berjumpa ngn satu produk ni yg menceritakan pelbagai kelebihan dan dapat membantu menyubur dan seterusnya memperoleh zuriat..(DIINGATKAN KEPADA SEMUA..SESUATU PRODUK ITU TIDAK SEMESTINYA SESUAI UTK SEMUA ORG..KALAU PRODUK ITU TAK SESUAI DGN AKU..TAK SEMESTINYA IANYA JUGA TAK SESUAI UTK KORANG)

produk yg aku jumpa ni ialah b*da**ri..aku terus beli sebanyak 2 botol..melalui online..bulan pertama aku makan iaitu pada bulan dis 2007, aku tgk period aku jadi sikit..dan bilangan harinya juga tak mcm biasa..sedikit shj iaitu 4 hari..kebiasaannya sebanyak 5/6 hari..maksudnya di sini..tak normallah..tapi aku ignore kan aje..bagi aku..mungkin kebetulan..tapi tak samalah seperti yg diuar-uarkan bahawa ianya melancarkan perjalanan period kita..

masuk bulan yg kedua iaitu pada bulan jan 2008..aku tidak didatangi period..hati dah berbunga riang..tapi bila test -ve..kecewa..tapi jugak..period masih belum kunjung tiba..aku stop makan produk tu

tanya jugak sana sini..ramai yg cakap tunggu dan lihat dulu..

bila masuk bulan ketiga which is bulan feb, masih juga tiada..badan plak tentunya rasa tak selesa apabila buat test, keputusan adalah -ve tapi period masih juga belum keluar..

akhirnya pada bulan mac, aku mengambil keputusan utk rujuk masalah ini kepada doc..so doc pun bagi ubat utk stabilkan semula hormon aku..alhamdulillah aku didatangi period..

so aku bergantung pada ubat tu selama sebulan, after that pada bulan 5 aku tak mkn dah pil yg doc tu bagi bila aku dapati period aku regular semula..

p/s:next entry..mengurut..

Sunday, May 9, 2010

tak kira hari apa sekalipun..aku tetap menyayangi ibu ku

us with my parents..
us with amirr parents..my parents in law

tidak kira apa jua panggilan mahupun gelaran buat mereka..MAK, IBU, UMI, BONDA, MAMA, MUMMY, MA or even AMMA sekalipun..mereka adalah insan terunggul dalam hidup kita..

buat ibu ku puan norainy dan ibu mentua ku puan norjahlelawati

mak,
sesungguhnya aku sayang kepada mu

mak,
kaulah ratu di dalam hati ini
kasih mu,
umpama hujan yang menyirami bumi
memberikan hidup kepada segenap alam ini

sayang mu,
bagaikan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit
tidak terperi banyaknya
tidak terhitung jumlahnya

mak,
ku ingin kau tahu
ku menyayangi mu
dalam setiap nafasku
hanya untuk diri mu...

-mama amsyar bisyari 090510-

Wednesday, May 5, 2010

bulan mei tiba kembali-bulan di mana aku disahkan mengandung

bulan mei kini tiba kembali..mengingatkan aku kisah yang berlaku kira2 setahun yang lalu..kini alhamdulillah segala2nya telah pun selamat..

apa yang berlaku pada bulan mei?...sukar utk aku lupakan kerana pada bulan inilah aku telah disahkan pregnant..syukur tidak terkata..

bukan seorang, dua yang bertanya bagaimanakah aku berjaya mengandung setelah hampir 2 tahun 4 bulan(ketika itu) berkahwin?malah ramai..ramai sangat..aku terharu..malah ada yang sukar percaya..aku tak salahkan mereka kerana pada ketika itu aku seolah2 berada di awang2an antara percaya ataupun tidak..hmmm

aku masih ingat lagi seminggu sebelum itu, aku terasa lenguh2 di paha..aku pun hairan..nak katakan aku baru lepas berjoging, tak pulak sebab aku dah lama tak berjoging..
bayangkanlah lenguhnya sehingga membuatkan aku sukar untuk memanjat tangga pergi ke kelas2..

aku fikir ada dua sahaja kemungkinan..

yang pertama, mungkin akan tiba masanya keluar bendera merah

yang kedua, walaupun sukar, tapi aku nak letak juga sebagai salah satu kemungkinan yg berlaku iaitu...mungkin aku mengandung!

walaupun tarikh sepatutnya aku period pada hari rabu, namun, rasanya aku sudah tidak sabar lagi utk memastikan bahawa adakah aku benar2 mengandung?

naluri aku kuat mengatakan sedemikian! tanpa berlengah masa, pada pagi isnin, aku terus ke toilet utk melakukan apa yg sepatutnya...................................+ve.....alhamdulillah

akhirnya aku disahkan mengandung oleh doktor..syukur tak terhingga..

p/s:nanti aku postkan pula apa yg aku dan suami usahakan..insyaallah semoga ianya boleh dijadikan panduan dan penguat semangat buat kawan semua..

Sunday, May 2, 2010

botak head

saya dah ready untuk bersilat ni.... ZAAAASSSSSSSS...