Wednesday, May 28, 2008

walimatul urus..

salam semua..disebabkan minggu ni aku terlalu bz..tk sempat nak wat entry jemputan tuk sesapa shj yg baca blog ni..so di sini aku nak amik kesempatan tuk menjemput sesapa shj dtg ke majlis perkahwinan abg aku..pada 1 Jun 08, bertempat di Kg Gemeti, Bentong, Pahang..tk perlulah no umah..sebab mmg nampak dr jln depan smk sulaiman tu umah kendurinya..dan satu2nya org wt kenduri kt kg aku..so tk perlu risau kot2 tersalah masuk umah kenduri..tgk kanopi putih byk2 tu..ha itulah umahnya..kalo tk sure YM aku yek bahizah80@yahoo.com utk penerangan yg lebih lanjut..

gambar sekadar hiasan..hik hik..

Monday, May 19, 2008

membuat hantaran..

apa yg korang buat semasa hari cuti wesak semalam?well aku menghabiskan masa aku membuat hantaran utk abang aku..abang aku bakal melangsungkan pernikahannya pada 24 hb 05 08..so kitaorg bergotong royong membuat beberapa persiapan..aku plak diberi tugas utk membuat hantaran..memandangkan abg aku ni kononnya METAL sejati..dia pilih kaler temanya hitam putih..pening gak kitaorg satu family nak buat persiapannya..ngn pelaminnya, bunga paharnya..bajunya..hantarannya..sebab tk ramai org yg buat kaler itam putih kan..

so puaslah aku merujuk buku..tgk kt internet..tak banyak la kaler itam putih..so aku pun main taram ajelah membuatnya..dan ini adalah hasilnya..jeng..jeng..jeng..


setakat ini enam sahaja yang berjaya disetelkan..tinggal lagi 3 dulang saja..


ini tempat letak cincin dan gelang tangan..yang tempat kosong kat depang tu tuk letak duit mas kawen..tak gubah lagi..tunggu bakal pengantin bagi duitnya..mana leh guna duit org lain..

ini tempat letak buah..memula nak letak buah dlm bakul..tah mana timbulnya idea jimat aku..amik bekas kuih raya..tampal2 ngn reben dan manik..jadilah..letak buah anggur je naty..

ni al quran..yg ni pun sama..idea jimat..kotak minyak wangi aku recycle balik..sbnrnya aku malas nak kuar cari bakul dan sebagainya..hehe..

seperti yg korang namapk..ni kasut..tinggi bebenor kasutnya..puas aku mengekjasnya

ni plak handbag..spt biasa ada reben and bunga..reben ngn karangan bunga tu aku wat senirik tau..

ni plak perfume..well sumenya simple mimple jek..aku bukannya kretip sangat..nak nampak meriah polistrin tu aku balut..letak reben keliling..letak rantaian manik..sudah..asal ada ye takkk..lagi pun ni boleh dikatakan sesi lepas gian aku sebab masa aku kawen dulu aku tak berpeluang nak buat hantaran sendiri..

Sunday, May 18, 2008

i've been tagged by cik fini..

ekceli dh lama dah dpt tagg ni dr fini..dan ekceli gak ni kali ketiga aku dpt tagg yg sama.. takpelah demi utk tidak menghampakan permintaan cik fini kita ni..aku buatkan jugak..

tajuk tagg dia ialah 7 facts about myself..oklah kali ni aku wt lain dr yg sebelum ni..aku buat 7 facts abot myself and amirr.. hihi..boleh tak fini? belasah ajelah yekkk..

1. Aku tak tau yg dulu aku ni satu skolah dgn amirr
hihi..tapi amirr ckp dia dh kenal aku sejak dr zaman skolah lagi..mungkin ini disebabkan sama ada aku glamer di kalangan senior(hahaha perasannya..) atau pun dia yg tak de dlm senarai insan2 yg glamer kat skolah dulu..wakaka..

2. Aku penah tlg satu awek ni yg tergilak2 kat amirr
ini berlaku semasa kitaorg ngajar di satu skolah dulu..ada sorang minah ni..dia jd guru ganti kat skolah kitaorg..punyalah tergilak2 kat amirr smp aku ngn fida(member kitaorg) try menyetelkan dan jd cupid antara mereka berdua..tp amirr ckp nehi..nehi..rerupanya..dia dh ada target..isk..isk..malu i tauuuu..

3. Aku pernah kerja di bawah satu bumbung dgn bapak si amirr
masa tu aku baru grad..nk cari duit poket utk konvo..aku kerja as kerani sementara kt PPD..ayah amirr pegawai kat situ..haha..time mkn, wat keje..kitaorg satu opis slalu sembang2..sakat menyakat..mana aku tahu akhirnya dia jadi bapa mertuaku..(ada malu sket la)

4. Aku pernah dimengorat oleh classmate amirr dulu
haha..masa mula2 kitaorg punya percintaan adalah secara sembunyi..geng2 sume tak tau..smp aku ditakel la oleh classmate amirr..pastu masa kt maktab dia lepak dlm bilik amir..depan ramai2 org dia ckp aku awek dia..pas dia tau percintaan kitaorg..smp abis maktab dia tk lepak dh bilik amirr..haha..

5. Selalu jalan2 cari makan
sblm kapel..kami adalah member yg best dan serasi..kitaorg slalu kuar2 jln sana sini berdua2..best la kuar ngn dia sbb kitaorg sekepala..mcm mana aku nak ckp yek..mcm kita ada bestpren sama jantina yg slalu enjoy berdua..tp kitaorg tkde lebih2 ye..sekadar melepak..sembang..soping..etc..smp member kitaorg yg lain slalu gosip2 la..kitaorg buat dekkk aje..kalo aku tau amirr ada perasaan kt aku time tu..tobat aku tk kuar ngn dia..haha..aku tk suka cintan cintun antara member sendiri..

6. Pukul 4 pagi di hari jadinya
amirr meluahkan isi hatinya kt aku pd pukul 4 pagi masa hari jadinya..aku dlm mamai2 trus jd buntang dan hampir koma ketika itu..aku tanya.."ko ni ngigau ker?" pastu selama beberapa hari berturut2 dia lobi diri dia..akhirnya aku ckp..yelah..bagi aku 3 bulan nk pikirkan..tp tak smp seminggu pun aku dh bg keputusannya..tau2 la apa keputusannya..aku tk tido seminggu mengkaji baik buruknya..

7. silat
aku penah citer kan dulu..aku tak berapa gemar ngn org yg involve dlm silat ni..bagi aku org yg terlibat dlm silat2 ni sume ala2 degawan sket la..last2 aku berkawen ngn guru silat..padan muka aku..hahaha..

akhirnya selesai gaklah kerja rumah yang diberi oleh cikgu fini..err..brape markah cikgu fini nak bagi???hihi..

Saturday, May 17, 2008

bahasa melayu vs bahasa malaysia

ups..ini bukan politik site yekk..aku cuma nak cerita sket mengenai seseorang yang boleh kita gunakan simpulan bahasa "sombong bodoh"..mcm kasar aje bunyinya..tp itulah..puas aku memerah otak nak cari persamaan dgn org yg aku nk cerita ni..

baru2 ni aku kena wat in house training mengenai PLBS kat skolah aku..wat dlm bilik mesorat skolah aku..masa aku mengahdiri kursus dan taklimat PLBS peringkat daerah ni..sudah timbul isu Bahasa melayu or bahasa malaysia ini..ini kerana pihak yg memberi taklimat kpd kami asyik menyebut bahasa melayu sehingga beliau ditegur oleh salah seorang guru yg mengikuti taklimat tersebut..dari segi penampilan dan gayanya terserlah orgnya bukan calang2 guru..berpengalaman dan superb...so pegawai tu pun minta maaf dan menggunakan istilah bahasa malaysia..oklah aku rewind balik

area Jun 2007, kabinet yg dipengerusikan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersepakat mengubah penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia..so terterala di mana-mana akhbar arus perdana mengenai keputusan ini yg telah berkuatkuasa ketika itu juga..walaupun ia menimbulkan pelbagai spekulasi kerana Bahasa Melayu itu sendiri ditukarkan daripada Bahasa Malaysia oleh Anwar Ibrahim masa zamannya dgn kerajaan dulu..oklah itu put at the other side..

so buku teks di sekolah rendah tahun 1 hingga 5 yg telah dibuat 2 atau 3 tahun sebelum ini masih lagi tertera perkataan bahasa melayu..tetapi buku teks tahun 6 yg baru dicetak tahun 2007 telah menggunakan istilah bahasa malaysia yg menunjukkan penggunaannya telah berkuatkuasa di sekolah rendah..

so apa main pointnya aku nak cerita kat sini?..hehe..tgh2 aku bercakap adalah sorang guru yg duduk di hadapan aku ni angkat tangan..dia pun bertanya.."er..bahasa melayu ke bahasa malaysia?" aku pun cakap kat dia "bahasa malaysia".. dia pun angguk..tetiba mencelah plak org disebelahnya..

dia : eh..bahasa melayu la
aku : er kak..masa saya g taklimat ari tu, dia cakap bahasa malaysia
dia : itu utk kursus..utk belajar di dalam kelas guna bahasa melayu..awk tak caya awk tgk buku teks darjah satu..dia tulis bahasa melayu..
aku : saya tau..tp skrg kita guna bahasa malaysia..dah berkuatkuasa..
dia : tak..tak..tak..(sambil jari telunjuk bergerak2 mcm wiper keta) awk tak caya awk g tgk buku teks darjah satu tu
owh susahnya bercakap dgn org yg nak menang je ni..last2 aku ckp
aku : oklah kak naty saya semak semula..
tetiba menyampuk plak org di belakangnya dan bercakap kepada dia..
org blkg : eh kak..skrg guna bahasa malaysia la..kan ada kuar dlm paper..
aku tgk muka dia mcm tk puas hati je..haihhh lantak ekau ler..aku pun sambung semula taklimat aku yg telah dipotong nipis2 oleh guru berkenaan tadi

tak kisahlah apa pun istilahnya..bahasa melayu ke..bahasa malaysia ke kerana pengisiannya adalah sama sahaja.. aku sebenarnya bukannya apa..aku nampak ke arah mana dia nak pergi tadi..hehe..aku hanya tersenyum dan tersengih sahaja la..aku yg muda, belia, setahun jagung ini memberi taklimat dan memberi tugas itu dan ini kpd cikgu2 yg jauh lebih berpengalaman dr aku..so paham2 je la..yg lain ok..cuma dr riak wajahnya, tutur katanya..terzahir dgn begitu jelas sekali..kalau sekadar utk menegur..tak perlulah suara mu itu dikuatkan UMPAMA TEKAKMU ITU TERTELAN SPEAKER!!!!!

Friday, May 16, 2008

kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putera puteri negara kita

pada seri paduka
kami tumpahkan setia
rukun negara kita
panduan hidup kami semua

di bidang pembangunan
kami tetap bersama
membantu membina
negara yang tercinta

amanah yang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
tunai tetap kami tunaikan
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN

1st time aku nyanyi lagu ni masa aku jadi guru ganti kt sekolah kebangsaan tuanku fatimah..time tu cuti semester..makcik aku kerani kt skolah tu..so aku pun terpaksa rela la jd guru ganti selama 10 minggu kat situ..kebetulan dlm 10 minggu tu merasa gakla aku menyambut hari guru kat situ..syok gakla..banyak hadiah yg aku dapat..smp cikgu tetap kat situ jeling2 gaklah meja aku..hihi..bila time cikgu kena nyanyi atas pentas..aku pun samalah nyanyi lagu ni..ada sorang cikgu kat situ namanya Juniza..dia ckp kt aku..lagu ni mcm ada satu sumpahan tau..sapa2 yg nyanyi lagu ni tp dia bukan cikgu..one day dia akan jadi cikgu yg sebenar..erkkk..aku time tu tk nampak sebarang cahaya pun yg aku ni akan jd cikgu..aku bercita2 nak kerja kat company yg besar2..kiranya sesuai ngn aku nyer bidang la business management..wah sangat berangan aku time tu..tp bukan kak juniza sorang je yg ckp mcm tu..even kwn2 aku yg lain pun ckp aku ni mcm cikgu..time tu kalo kwn2 aku ckp mcm tu rasa nak hangin je..kalo aku ni nk jd cikgu..,baik aku amik cos EDU je time blaja dulu..sampaila time aku praktikum..pas abis je aku present kt bos n staff yg lain..leh ayat dia kuar..AWAK NI SESUAI JD CIKGULA..huh..

agaknya kata2 mereka itu jugak merupakan satu doa kot..sampaila aku dapat tawaran LPBS KPLI..masa tu bapak aku tak bg..dia nak aku keje gomen..tp bukan jd cikgu..tapi last2 dia terima gaklah anak dia ni jadi cikgu..

so sekarang ni dah 5 kali aku menyambut hari guru..dan aku merupakan seorang guru..aku semakin menyukai dan mencintai kerjaya aku yg maha berharga ini...muahhhhh...

Thursday, May 15, 2008

selamat hari guru

selamat hari guru buat semua guru2 di seluruh Malaysia..termasuklah ibu dan bapa kerana andalah guru bagi anak2 ketika di rumah.. aku mewakili semua guru2 ingin menzahirkan isi hati kami melalui bait2 lagu ini..


biarku menjadi lilin

biarku menjadi lilin
memberikan cahaya, terangi sekeliling
dengan diri terbakar, tak siapa yang sedar
di saat kegelapan, rela aku berkorban
demi satu harapan

biar masa berlari
dan kau terus mendaki, aku tenang di sini
dengan sabar menanti, tanpa dendam dan benci
andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
ku rawat biar sembuh

aku takkan bertanya
apakah nanti balasannya
setiap pengorbanan, setiap pemberian
demi satu ikatan
keikhlasan di hati, walaupun sering kau ragui
pada suatu masa, dan suatu ketika
akan terjawab jua


lagu ini memang memberikan kesan yg mendalam ke atas diri aku..terima kasih buat guru-guru aku dari aku tadika, skolah rendah, skolah menengah, matrik, degree, maktab dan kat skolah ni..
korang ingat tak lagi nama guru korang dr tadika sampai la skolah rendah..
mcm menarik je kan..ermm aku nak recall balik ah cikgu yg aku ingat dan memberikan kesan yg mendalam ke atas diri aku smp sekarang


tadika : cikgu siti..ajar nyanyi, menari, kenal huruf..
#aku g kenduri kawen dia..rerupanya kawen ngn org kampung aku ler#
#sekarang dia pengusaha kantin#

darjah satu : cikgu Cheam..guru kelas aku ni..cikgu cina..ajar BM, BI, Muzik, Maths..banyak gila..
#sekarang dia dh lama pencen tp slalu jd guru kontrak kat skolah aku..still mcm dulu..cam tk caya leh ngajar skali ngn cikgu masa darjah satu dulu#

darjah dua : Puan Tui Soke lan..cikgu maths aku..alahai lemah lembut..aku suka..
#skrg dia GPK hem kat skolah laki aku..tp aku slalu gak g kursus ngn dia(kekadang aku ganti GPK hem aku g mesorat dan kursus)..dan kitaorg slalu jd partner..dia slalu gak citer kat org aku anak murid dia..suka aku#


darjah tiga : cikgu noraziah..cikgu BM dan guru kelas aku..
#erk..tak leh memain la..nenek sedara aku..tp aku baik dlm kelas..sekarang dah pencen..ada duk kat umah#

darjah empat : cikgu Rihana..cikgu BM dan Maths..
#tegas tp baik..adil..tak berat sebelah..mmg aku respect abis la..adik MB ni..#
#aku jumpa dia semula masa aku jd kerani sementara kt PPD bentong..skrg dia pegawai kat sana#
#last2 aku kawen ngn anak sedara dia..si amirr..hihi#

darjah lima : cikgu mariani..Cikgu BM
#tak tau la..last aku dgr dia dh lumpuh n tinggal ngn anak dia kt KL#
#suka puji aku..aku suka..hihi#

darjah enam : cikgu mat sarim..cikgu maths
#perghhh..ngeri siot kalo tk siap keje skolah..tp disebabkan kegarangannya tulah aku rasa kitaorg jd org skrg kot#

banyak siot..tulah tk terhitung guru2 yg mendidik aku menjadi seorang insan..tu lom letak skolah menengah lagi..tak larat ler nak taip..hihi..tapi jasa guru tidak ternilai sehingga aku berjaya seperti ini...

Friday, May 9, 2008

jalan-jalan di petang jumaat

minggu ni mmg agak dasat banyak sket la keje aku..mana nk sedia soklan peksa..nak tanda buku yg dtg silih berganti..meja aku tak penah tkde buku..tetiap masa ada aje buku..plg hazab bila nak tanda buku karangan la..kena cek ejaan la, tatabahasa la..struktur ayatla..plak tu bertambah lg satu tugas..aku plak tak pasal2 jadi ketua PLBS sekolah..wpun dh wujud dh AJK PLBS..alih2 nama aku gak yg naik kt PPD..hazab gak la naty kena kumpul markah PLBS tuk 1003 org murid skolah aku..rasanya bilangan murid2 skolah aku dh bertambah lagi..hadoiiii la..


tgkla meja aku yg tk penah surut buku2..agak sepah la..malas sungguh nak kemas,,hihi..bukan apa..balik2 akan jd gini gak naty..dr jauh kelihatan cik scarlet yg dikatakan agak busy sket..(katanya la)upsss..hihi..

time ptg aku ngn amirr plan nak beli brg2 mkn sket kat pasar tani benus..tapi ari ni terasa kurenggg sket brg2nya..rasa mcm kurang aje gerainya..last2 kitaorg beli air saja..sayur pun tak beli..ikan pun tak beli..tapi kat sana aku terserempak ngn fini..sempat berhai-hai aje..hmmm..last2 amirr ajak makan kat haslindah catering..ekceli kedai ni baru bukak..lokasinya terletak kat tmn bentong makmur..1st dulu g..aku mkn tom yam dia..biasa2 aje rasanya..tp kat sini terkenal ngn udang galahnya..so kali ni aku pesanla mi udang spesel nak tgk spesel manakah masakannya smp geng2 skolah laki aku tergilak2 mkn kat sini..


aku oder teh o ais limau..amirr plak oder air timun..suasana kedai dia ok la gak..tp aku tak amik gambar dlm kedai sbb kitaorg duk table kat luar..


akhirnya mi udang spesel kitaorg sampai..aku mmg penggemar udang..sampai kenduri kawen ngn tunang aku dulu pun bapak aku borong udang galah tuk jamu jemputan..jadi sebutan gaklah org kampung time tu..hihi


mangkuk dia sket punya besar..ada tiga ekor udang galah..aku mkn smp kepala2 dia aku korek..mi aku tolak tepi dah..laki aku sampai derma udang galah dia kt aku bila tgk bini dia mkn mcm badang..hahaha..pedulikkkk..last2 aku kekenyangan meratah udang galah aje..mkn mi sket jek..tak abis pun mi aku..tp mmg best gilak


amirr yg cuba mencari mi di sebalik udang galah..penuh beb dgn udang..lain kali aku nak dtg lagi mkn udang galah tom yam plak..

Thursday, May 1, 2008

againnnnn..

org lain sume bergumbira time coti semalam..tp hati ku berdoka lara..mmg dr pg hati aku rasa semacam aje..mcm ada smthing je..rupa2nya telahan ku tepat..petang semalam aku ngn amirr balik umah parents dia..mcm biasa main2 ngn anak sedara kitaorg tu..(bilalah dpt main ngn anak senirik ni..)..dah lepak bih kurang sejam gitu tetiba sampai plak mak n bapak sedara amirr..alamak..mcm tak best je aku rasa..buat selamba je la..pastu dia dukung bb bwk duk kt tmpt aku n MIL duduk..dan skrip yg aku jangka tp aku tak sanggup dengar akhirnya berkumandang jua..
dia memandang aku sekilas seraya berkata..."hah ngko ni plak, bila nak BERANAKnya???
arghhhh tensi..tensi...