Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

org lain yg dah bersalin!aku?

ok, nampaknya baby belum mahu keluar lagi dr perut mama secara tanpa paksaan..

bertambah mama tensi apabila cikgu perempuan kat skolah ayahnya yg due date lagi lewat dr mama telah selamat melahirkan baby pada hari smlm bersamaan tarikh lahir ayah!

smlm check up di KKIA result menunjukkan kepala baby dah masuk ke rongga yg sepatutnya atau telah bersedia utk keluar..kontraksi?usah cakaplah setiap masa tapi semuanya false alarm..air ketuban pulak berada dlm keadaan yg baik dan amat mencukupi utk baby..

berat baby dianggarkan 2.9 kg, berat mama pulak kembali turun tapi tak banyak la..from 62.5kg ke 62.3 kg..

so, memandangkan baby ni tah bila nak keluarnya, maka kalau tidak mahu keluar dgn rela..akan berlaku paksaan..19/7, pagi2 lagi kena g hospital dan ready utk diinduce..

mama bukan setakat tak larat nak membawa badan, malah tak larat nak menjawab pertanyaan org ramai.."dah bersalin ke belum?"...rasa nak masuk dlm lemari tau!

so, pasrah ajelah!

Wednesday, July 13, 2011

pantang sendiri

plan aku kali ni ialah berpantang di rumah sendiri..aku rasa aku masih ingat lagi time berpantang yg pertama dulu sebab masih fresh di ingatanku..tapi sendiri tu masih lagi dibantu oleh family..opis mak mentua pun dekat ya amat ngn umah kitaorg..so dia boleh runner sat utk mandikan baby pagi2 sehingga aku berani nak buat sendiri :)

ok part tungku, mmg tak boleh buatlah spt dulu, bakar batu pagi2, then balut dgn daun2..pastu balut lagi dgn kain..itu memakan masa yg lama dan aku pikir aku tak larat nak buatnya seorg diri..(tapi sian kat bapak aku..sampai kat terengganu dia cari batu sungai tuh)
selesaiannya, aku telah membeli tungku elektrik melalui online..hanya caj 5 minit then ready to use..

kemudian part mandi daun tu..kalau dulu mak aku akan rebus segala jenis daun yg aku tak amik tau pun apa jenis daun tu..hehehe..tau mandi dan berbau segar jek..kali ni spt biasa, sapa nak rebus itu daun dlm periuk besar tuh..
selesaiannya, aku juga telah membeli uncang2 mandian herba yg hanya perlu rebus dan airnya ready tuk mandi..dan uncang tersebut boleh diguna sehingga 5 kali rebusan..wah, ok lah tu..

yang lain2 tu, aku rasa hubby perlu banyak membantu..kalau dulu mak aku..kali ni, dia la yg kena buat spt basuh baju, jemur, sapu umah dan layan amsyar..part masak lauk pantang..insyaallah aku boleh buat kot dlm minggu kedua la..minggu pertama tuh kena sesuaikan diri dulu dgn keadaan..

oklah, kita tgklah nanti mcm mana minggu depan..tarikh jangkaan bersalin 20/7..tapi kena masuk ward 19/7..

6 more days to go!

6 hari lagi andai kata masih tidak bersalin! itulah kata2/nasihat/arahan yg dikeluarkan oleh KKIA batu satu masa last check up..aku mesti masuk ward on 19th july(selasa) untuk diinduce..haihhh

lately ni penyakit aku yg ketara sekali ialah penat melampau..tapi bila dah baring atas katil...seksanya la mata ni nak tido..jap pusing kiri, jap kanan..resah, nafas rasa pendek2..pendek kata serba tak kena..kekadang ternanti2 tanda2 nak bersalin tu keluar,namun hampa..semuanya false alarm shj..

peel si amsyar pulak skg ni mmg menguji kesabaran..kekadang rasa mcm nak bertapa di gunung je..(apa kaitan tah)..mcm2 perangai yg tak terlayan telah berjaya dipamerkan..haihhh..sabor ajelah

oh ye..esok hari jadi ayahnya 14 july..baby nak sama tarikh birthday dgn ayah ke?

Thursday, July 7, 2011

induce lagi?

hari ni aku dah start cuti awal before bersalin..tq gov kerna menyediakan keisitimewaan ini..

hari ni jugak ada check up kat KKIA..nurse2 kat situ ada yg terkejut sebab aku tak bersalin lagi..haih, baby ni still nak duk dlm perut mama dia..padahal ramai yg tak sabar2 nak jumpa dgn dia nih..

oleh kerna aku tak bersalin lagi, maka nurse telah memaklumkan bahawa aku perlu check in hospital pada 19/7 andai aku takde lagi tanda2 sakit nak bersalin..maksudnya, aku akan dipaksa bersalin..ya, induce lagi...alamak..kalau boleh aku nak normal..normal..normal kesakitan itu dtg..tapi apa boleh buat, keselamatan baby penting!maka mama terima sajalah..

tapi doa dan harapan aku agar kelahiran kali ini dipermudahkan dan selamat semuanya..aminnn

Monday, July 4, 2011

mood bercuti awal :)

hari ni pergi sekolah mcm biasalah, membawa badan yg berat berkilo2 ni..tapi yg lainnya ialah suami cuti..jadi rutin menghantar anak ke pengasuh tiada buat hari ni kerna suami menjaganya :)

tapi balik dr sekolah, rasa nak angkat jari pun tak larat..ye lah lupa plak hari ni ada kelas tambahan..ramai kawan nasihatkan suh balik je ganti dgn org lain..tapi sapa sanggup jadi bidan terjun kan? lagipun sayanglah, sebab ni minggu last kelas tambahan yg ku ajar..pasni akan jumpa balik depa pas 3 bulan T____T. rasa sayang nak tinggalkan, tapi apa boleh buat..keadaan diri lebih diutamakan..lagipun baby ni mcm selesa plak duk dlm perut mama dia.

ada sorang cikgu tu tanya, dah setel ke semua keje nak cuti panjang..haiyooo..mengalahkn GB la u punya soalan..tgk kalender pun dah tau, takkan aku nak tutup semua keje sedangkan ini baru bulan 7!!!!nape, nak tgk aku hantar/key in markah tuk peksa p4 ke?atau nak tgk aku tutup register sampai bulan doblas ke?ofkoslah takkkkk mokcik oiiii..pandai2lah GPK2 tu nanti nak agihkan tugas.

namun soalan dr beliau sedikit pun tidak menjejaskan mood aku tuk bercuti awal..hahahaha
moodbercuti awal ni terpancar jelas di wajahku..ceria dan glowing memanjang..kui kui kui..
hamboi, tidak sabar rasanya!

Monday, June 27, 2011

bila ni?

bila nak ada sign bersalin ni..kontraksi?hanya yg palsu je. dah 37 minggu ni..tak larat dah nak seret kaki berjalan ni..

Sunday, June 26, 2011

37 weeks

usia kandungan mencecah 37 weeks..mak mentua cakap, kalau nak cepat bersalin,

banyakkan berjalan(done! keje aku turun naik bangunan dan umah tu dah kira lebeh dr berjalan),

buat keje umah spt menyapu dan mengemop lantai(separa done! sebab yg ni kalau aku buat over acting boleh mengundang mslh lain. spt sakit belakang, penat melampau sampai muntah2)

kalau ikut rasa aku sekarang, mmg tak sabar dah nak bersalin..cepat atau lambat, rasa sakitnya tetap sama, so baiklah cepat.

oh ye, aku pun dah isi borang permohonan cuti awal bersalain..cuti awal 2 minggu dari tarikh due..so pas di kira2 maybe khamis minggu hadapan hari terakhir sebelum cuti berpantang, insyaallah..mmg tidak sabar..maklumlah membawa badan yg berat ni :)

doakan semoga semaunya selamat dan dipermudahkan oleh Allah..aminnn

Saturday, May 21, 2011

semakin hampir

penangan ibu mengandung..malas bergelumang dengan blog..terasa terganggu dgn blog sendiri..tgk blog org lain meriah sedangkan yg diri sendiri punya hampeh!

usia kandungan sudah memasuki 8 bulan..semakin hampir..can't wait to see u my dear..tak terbayang keadaannya nanti handle dua org kanak2 yg pastinya mcm2 karenah..haiyooo mesti fenin..

percaya atau tak soalan yg paling menyampah utk dijawab sekarang ni adalah..baby boy ke girl???haihhhhh..rasa mcm nak terbakarrrrr aje..sebabnya adalah diri sendiri yg membawa perut pun tak tahu dan tertanya2..mmglah jawapan klise yg biasa adalah.."tak pentinglah apapun..janji selamat dan sihat"...tapi hati ini juga meronta2 nak tahu sedangkan doc sendiri pun tak nampak!!!so jangan ditanya lagi..seperti aku, tunggu ajelah nanti!

persiapan..70% in progress..baju baby, baby cot(sebab bimbang amsyar wrestling adiknya nanti, maka baby cot adalah perlu), katil single utk mama berpantang di siang hari yg akan di letakkan di depan tv juga dah ada,dan yg lainnya adalah tinggalan amsyar like breast pump, lampin etc..

pantang di mana?insyaallah, kali ni di rumah sendiri..mak akan memantau dari semasa ke semasa..dan juga ofis mil adalah dekat aje ngn umah, sekolah amirr pun dekat aje ngn umah..bukannya apa..kawasan umah mak aku aka kampung aku skg ni dah mcm2 kes jenayah terjadi..jadi, kalau siang, aku sorang2 je nanti ngn baby..seram gak aku..amsyar pulak spt biasa..hantar aje ke pengasuh!

ok..aku rasa itu aje persiapan yg aku nak cerita..insyaallah..kalau ada mood, aku hapdet lagi :)

Friday, December 10, 2010

patutlah

  1. patutlah tetiba kaki rasa lenguh seperti yg pernah aku alami masa kali pertama dulu.
  2. patutlah penurunan berat badan aku kalau sebelum ni flow dia cantik tiba2 stuck ko kat situ, pastu tetiba dia naik sikit2..
  3. patutlah selera makan aku menjadi2..kalau tak control punya
  4. patutlah aku rasa peliks kenapa tetiba baju kurung aku ngam2 plak ni..kalau tak loose
  5. patutlah cik "P" yg ku nantikan curang dgn tidak hadir tanpa ku sangka
RUPA-RUPANYA......2 line dah timbul daaaa...

Wednesday, June 16, 2010

urut kembali...

aku bukan pegi urut muka ye..aku g urut perut..tapi inilah gambar tersopan yg aku dapat..yg lain..errr mcm tak sesuai..



So, memandangkan aku kena tunggu sehingga habis blood test selama 3 bulan, dari Jan hingga Mac, aku cuba juga ikhtiar sampingan. Pada bulan Feb, 2009, again aku mendapatkan khidmat urut melalui seorang tukang urut perempuan yg tinggal di Lanchang. Aku bersama rakan aku yg turut sama berusaha mendapatkan anak bersama suami masing2, dibawa oleh anak saudara wanita tersebut yg merupakan seorang guru Jqaf di sekolahku.



Namun persasaan sangsi akibat pernah ditipu, aku letakkan ke tepi. Tak tau kenapa kali ni aku menjadi lembut hati. Mungkin kerana Kak Na(guru Jqaf tersebut). Takkan la dia nak suggest aku kat tempat tukang urut yg bukan2 kan. Lagipun, dia cakap mak sedaranya hanya menggunakan doa2 dan urut2 sahaja.



Tapi, ketika melalui proses urutan tersebut, dia mengatakan bahawa saluran peranakan belah kanan mungkin(aku tak tau apa bahagian dalaman yg berkaitan dgn perempuan) bengkak. Kemudian rahim aku sedikit ke bawah. Dia meminta aku jgn bimbang. Hmm bagi aku itu nasihat yg tipikal. Hahaha..very the was was and boring kan aku. Ye lah aku dgr nasihat tu almost everyday since aku kawen.



Abis aje urut, kami suami isteri diberi makan sireh yg telah dibacakan doa..jgn tanya doa apa..aku tak tau.



Pastu, kami pun baliklah.



Tapi terus terang aku cakap, aku mmg tak menaruh harapan yg tinggi ketika itu.



tapi sebenarnya, result tak semestinya dapat dan dan tu je. kekadang urut ni hasilnya akan dapat 3, 4, 5 atau setahun selepas itu. cuma aku je mental tak positif



dan bulan feb tu, period aku datang seperti biasa. namun disebabkan awal2 lagi aku dah mind set tak positif hasilnya..maka aku tak rasa pape..maksudnya tak frust menonggeng sgtlah..



tapi ada gak 3,4 org kawan aku yg pregnant selepas berurut..org cakap, serasi ngn badan..wallahualam..







Sunday, June 13, 2010

surat rujukan utk pakar


so bila tak berjaya dgn produk tersebut, aku dan amirr memikirkan jalan yg lain..

kami mengambil keputusan utk mendapatkan rawatan pakar..ketika itu duit dalam simpanan kami rasakan cukup utk mebuat rawatan tersebut.

jadi kami mulalah survey mana2 pakar utk mendapatkan rawatan..tapi atas nasihat seorang rakan, kami bersetuju utk membuat rawatan di hospital kerajaan terlebih dahulu. tapi hospital di daerah kami tiada pakar, kalau ada pun di hospital temerloh. so utk ke sana, kami perlu surat sokongan dari doktor di bentong.

jadi, kami pun pilih utk berjumpa dgn dr Poongkodi, seorang doktor india perempuan yg begitu baik dan lemah lembut. family aku mmg biasa mendapatkan rawatan dr beliau. beliau mempunyai klinik sendiri iaitu Poliklinik Damai. tujuan kami ke sana adalah utk mendapatkan surat sokongan dr beliau.

owh, sblm itu, suamiku disahkan sihat. kami mendapatkan rawatan di BP Lab. jadi, tinggal aku sajalah..sama ada aku ni ok atau sebaliknya.

aku mmg biasa mendapatkan rawatan dgn doktor ni dari zaman aku remaja lagi. dan ofkos dia mempunyai rekod aku. setiap kali aku datang, she always remind me mengenai berat badan yg naik mendadak..from 40kg and last timbang dgn dia goes to 56kg.

masa tahun pertama perkahwinan, aku mmg ada rujuk masalah ini dgn beliau. namun beliau selalu mengatakan ...its too early..enjoy dulu..
aku pun pernah mintak ubat subur dari beliau, tapi beliau menolak utk memberikannya kepada aku..mcm2 lah reason yg dia bagi..semuanya akan beri effect pada aku..dia mahu aku conceive naturally..

so, bila aku dtg semula jan, 2009 dan menerangkan tujuan kedatangan aku, dia pula bertanya sama ada aku pernah tak mendapatkan ubur subur daripadanya..ofkoslah tak kan, sbb dulu aku mtk, dia tak bagi.

and she said like this..utk pergi ke pakar, u tak boleh main redah aje..u kena ada blood test result, so that doctor tau apa problem u!..dan dia pun minta aku dtg hari ketiga period selama 3 bulan berturut2

mean dr januari hingga mac la kan..

so, selama 3 bulan tu la aku dok ulang alik ke kliniknya utk test darah!

tapi dalam tempoh 3 bulan tu, aku tetap juga menjalankan usaha2 lain..itu lain entry ye, sebab aku rasa dah terlalu panjang ni..hehehe

Saturday, June 12, 2010

biodez...x


ingatan sekali lagi..sesetengah produk itu kalau tak sesuai utk aku, tapi tak semestinya ianya juga tak sesuai utk korang :)

sblm ni aku ada citer yg aku pernah makan bi**dar* kan?
pas aku mkn tu period aku jd tak regular
so aku stop

dalam area bulan 12, 2008..awal bulan tak silap aku..aku beli set biodez..x ni..habis hampir 1k la juga..tapi nak anak punya psl, pejam mata la

kali ni aku gugel segala mcm produk dia..dan aku beli melalui seorang akak ni..
bimbang gak kalau makan ni period aku jadi tunggang langgang balik, tetapi setelah diyakinkan, aku pun tawakal ajelah membelinya..aku kira ini merupakan salah satu usaha aku.

namun, apabila tiba aje time period, haaaa...dia buat dah..TAK REGULAR...
sgt2lah kecewa...ingatkan produk ni akan cuci dan melancarkan perjalanan period aku dan setrusnya mengeluarkan apa2 yg tak patut berada dalam badan aku..maka kecewalah aku

tapi produk dia yg hanya serasi ngn aku adalah contour gel..mmg selesa kalau sapu kat perut lebih2 lagi kalau rasa2 period pain..

namun, perjalanan aku tak terhenti di situ..ini kerana azam aku..tahun 2009, aku perlu berusaha tuk pregnant dan dapatkan anak..aku tak amik masa yg lama..bulan januari 2009 jugak aku bertindak!

Friday, June 4, 2010

urut..urut...urut

salam..setelah sekian lama, akhirnya berkeizinan juga aku menyambung kisah bagaimana dan apa usaha2 yg aku lakukan untuk mendapatkan cahaya mata..

after period aku dah regular balik dalam bulan mei 2008, aku telah mengikut seorang teman yg juga masih menantikan cahaya mata pergi mengurut..kami pergi mengurut nun di greenwood gombak nun..sanggup..biasalah, sblm pergi banyaklah cerita2 hebat kedengaran spt, selepas berurut dgn org berkenaan, pasti akan 'melekat'lah..maka pergilah aku ke sinun..

aku ni plak, jenis yg takut berurut sebab tak tahan sakit..tapi aku disedapkan dgn cerita yg dia urut tak sakit..hanya rasa2 je..tapi, mmg betullah punya rasa, bagi aku itu bukannya mengurut, tapi mengusap, usap2 hambik RM250 ko..org yg bwk kitaorg tu pun terkejut beruk dgn harga yg dikenakan berdasarkan sesi mengusap perut aje tadik..tapi perasaan aku lebih mengatakan yg makcik tersebut hanya 'propa' aje lebih..katanya, dalam bulan julai, 2, 2 akan preggy..tapi makcik, apakan dayamu..ramalan mu hanya dusta semata..

maka keciwa lah lagi kami apabila dah melepasi bulan julai, idaklah jugak preggy pun..

dan semenjak itu, aku tidak lagi percaya dgn kabar urut untuk mendapatkan cahaya mata..
(tapi.....time tu aje..hihi)

Monday, May 10, 2010

disember 2007

baiklah kini aku akan ceritakan langkah pertama yg diambil sebagai usaha untuk mendapatkan baby..

setelah hampir setahun berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata..aku pun mulalah mencari produk kesuburan..sblm tu aku ada berjumpa ngn doc, spt biasa doc ckp ok mungkin belum rezeki lagi..tapi bagi aku sampai bila?usia makin meningkat..takkan nak tunggu sampai 5, 6 thn baru bertindak!

akhirnya aku berjumpa ngn satu produk ni yg menceritakan pelbagai kelebihan dan dapat membantu menyubur dan seterusnya memperoleh zuriat..(DIINGATKAN KEPADA SEMUA..SESUATU PRODUK ITU TIDAK SEMESTINYA SESUAI UTK SEMUA ORG..KALAU PRODUK ITU TAK SESUAI DGN AKU..TAK SEMESTINYA IANYA JUGA TAK SESUAI UTK KORANG)

produk yg aku jumpa ni ialah b*da**ri..aku terus beli sebanyak 2 botol..melalui online..bulan pertama aku makan iaitu pada bulan dis 2007, aku tgk period aku jadi sikit..dan bilangan harinya juga tak mcm biasa..sedikit shj iaitu 4 hari..kebiasaannya sebanyak 5/6 hari..maksudnya di sini..tak normallah..tapi aku ignore kan aje..bagi aku..mungkin kebetulan..tapi tak samalah seperti yg diuar-uarkan bahawa ianya melancarkan perjalanan period kita..

masuk bulan yg kedua iaitu pada bulan jan 2008..aku tidak didatangi period..hati dah berbunga riang..tapi bila test -ve..kecewa..tapi jugak..period masih belum kunjung tiba..aku stop makan produk tu

tanya jugak sana sini..ramai yg cakap tunggu dan lihat dulu..

bila masuk bulan ketiga which is bulan feb, masih juga tiada..badan plak tentunya rasa tak selesa apabila buat test, keputusan adalah -ve tapi period masih juga belum keluar..

akhirnya pada bulan mac, aku mengambil keputusan utk rujuk masalah ini kepada doc..so doc pun bagi ubat utk stabilkan semula hormon aku..alhamdulillah aku didatangi period..

so aku bergantung pada ubat tu selama sebulan, after that pada bulan 5 aku tak mkn dah pil yg doc tu bagi bila aku dapati period aku regular semula..

p/s:next entry..mengurut..

Wednesday, May 5, 2010

bulan mei tiba kembali-bulan di mana aku disahkan mengandung

bulan mei kini tiba kembali..mengingatkan aku kisah yang berlaku kira2 setahun yang lalu..kini alhamdulillah segala2nya telah pun selamat..

apa yang berlaku pada bulan mei?...sukar utk aku lupakan kerana pada bulan inilah aku telah disahkan pregnant..syukur tidak terkata..

bukan seorang, dua yang bertanya bagaimanakah aku berjaya mengandung setelah hampir 2 tahun 4 bulan(ketika itu) berkahwin?malah ramai..ramai sangat..aku terharu..malah ada yang sukar percaya..aku tak salahkan mereka kerana pada ketika itu aku seolah2 berada di awang2an antara percaya ataupun tidak..hmmm

aku masih ingat lagi seminggu sebelum itu, aku terasa lenguh2 di paha..aku pun hairan..nak katakan aku baru lepas berjoging, tak pulak sebab aku dah lama tak berjoging..
bayangkanlah lenguhnya sehingga membuatkan aku sukar untuk memanjat tangga pergi ke kelas2..

aku fikir ada dua sahaja kemungkinan..

yang pertama, mungkin akan tiba masanya keluar bendera merah

yang kedua, walaupun sukar, tapi aku nak letak juga sebagai salah satu kemungkinan yg berlaku iaitu...mungkin aku mengandung!

walaupun tarikh sepatutnya aku period pada hari rabu, namun, rasanya aku sudah tidak sabar lagi utk memastikan bahawa adakah aku benar2 mengandung?

naluri aku kuat mengatakan sedemikian! tanpa berlengah masa, pada pagi isnin, aku terus ke toilet utk melakukan apa yg sepatutnya...................................+ve.....alhamdulillah

akhirnya aku disahkan mengandung oleh doktor..syukur tak terhingga..

p/s:nanti aku postkan pula apa yg aku dan suami usahakan..insyaallah semoga ianya boleh dijadikan panduan dan penguat semangat buat kawan semua..

Saturday, January 9, 2010

menghitung hari....

kini, aku hanya menghitung hari shj lagi..insyaallah, aku akan bersalin bila2 masa shj dr sekarang...tak taulah bila sebenarnya baby nak keluar..yg pasti aku sudah tidak larat tuk berjalan dan membawa kaki ni bergerak, naik tangga, turun tangga..(maklumlah sekolah aku luas dan bangunannya tinggi2)

ramai org cakap "takpe nanti senang nak beranak.." harap2 begitulah. tapi kalo ikutkan hati aku ni, dah lama aku amik mc..sesungguhnya tak larat nak bergerak dan berdiri lama2..

dan sesungguhnya aku harap kalian dapat doakan semoga dipermudahkan aku bersalin dan selamat kedua2nya..kehadirannya kami nanti2kan selepas 3 tahun kami diikat sebagai suami isteri..aminnn..

Monday, December 28, 2009

soping, makan, ngidam!

semalam misi mencari tie clip, kasut sukan dan kasut jalan my hubby. kali ni misi jelajahan kami adalah di sogo. mengangkut sekali bahirah yg melepak di opis bapak aku.

selepas itu, kami menjamu selera di manhattan fish market. demi memenuhi sesi mengidamnya aku. antaranya nak makan mendalah ni la..memula memang teruja...akan tetapi..takpe, kita layan gambar dulu..

amirr ngn bahirah perut yg dah ketat akibat makan banyak...

memula dia hantar ni dulu..oyster goreng..nama komersialnya menu ini idaklah aku ingat..tapi, oklah rasanya..cair di mulut ko!
then, selepas beberapa makanan2 sampingan dihidangkan, perut plak dah separuh full, dihidangkan plak main menu..mak aihhhh..ni bukan tuk dua org makan, tapi 10 org makan pun boleh!

ni aksi semata2..padahal pala dok pk..mcm mana nak abiskan ni...

ok sambung semula...aku ngidam nak mkn menda, mula la cari kat tenet...wahhhh..tgk gambar...menitis2 air liur aku...memandangkan lokasi yg terdekat adalah sogo, maka laki aku decide nak soping di sana sambil nak bawak aku mkn kat situ lah...

teruja gila aku..yelah aku tak pernah makan menda ni kan..agak kampung la...tetttt...dah dua, tiga suap masuk dlm tekak aku..boleh aje aku telan..tapi tak kena ngn tekak aku yg suka mkn pedas2 ni...tapi dah mahal kan...(mahal la bagi aku kalau setakat makan 3 org kena charge sampai RM 153++, ngn tax n charge service lagi...padahal nak bayar kena beratur!)..so kitaorg bedal aje..

dan insyaallah ini mungkin yg pertama kalinya dan terakhir kami mkn kat sini...

dan ini pula hadiah tuk diri ku...bukan henbeg ye..ada plak yg slh faham...sling bag kot jenisnye..alah pakai gantung je kat badan kalau nak pakai..tak pyh susah2 nak kepit2 henbeg kat bahu..pakai menda ni tgn kita free aje...aku memikirkan sling bag aku yg dah ada tu dah lama dan lusuh walaupun masih dlm keadaan elok lagi...

lagi satu aku nak menda ni, sebab nanti dah ada baby, mana nak pegang baby, nak pegang hand bag lag...senang nak berjalan2 pun ye gak...yg lama tu, aku simpan..boleh tukar2 pakai je nanti..mahal wooo aku beli yg lama tu...sayang..

Friday, December 25, 2009

CB

CB di akhir kehamilan amat memenatkan. sudah berapa kali aku naik ke toilet di tingkat atas untuk melegakannya. kenapa tak pergi toilet tingkat bawah.ini kerna bawah adalah tandas cangkung. amat menyukarkan. upsss.

masih tercari2 apa puncanya..makanan apakah yg menyebabkan aku mengalami CB. laki ku ok aje. sedangkan apa yg dia makan, itu yg aku makan. maka peliks di situ! sehingga sekarang aku kehairanan sambil berkerut2 dahi ku menahan gelodak perut yg memulas2..

Wednesday, December 23, 2009

check up for 37 weeks

pagi tadi ada check up kat kkia batu satu kul 11 pg..so bangun pagi g sarapan dulu, then baru g klinik..

perkembangan terkini, semua okeh!alhamdulillah..dia ckp kalau sakit mcm senggugut2 then hilang tu, false alarm..sesaja nak main2..tapi kalau luar biasa atau tak tertahan, trus jgn tunggu2 lagi, pandai2lah cari wad bersalin di hospital berdekatan..

bila dah di saat2 akhir ni, mula la terasa nak bersalin kat swasta ke gov..mula2 dulu amik gov la, sebab dekat ngn umah, umah mak aku ngn umah mentua...senang amir nak runner sana sini..lagipun kebanyakan private yg plg hampir pun area kl, kami plak berkeingingan nak ic anak nanti 06..

tapi di saat2 akhir, tiba2 nak try private plak..buntu nih!last2 bapak aku cakap mana2 pun sama..bersalin je kat bentong tu ha!!!..hambikkk..maka stlh berbincang itu ini, maka gov jelah..bajet yg ada tu simpan je la...

p/s:muka aku adalah sememeh masa mengandung ni...hidung kembang2..pesal tah, pelik aku!

Tuesday, December 15, 2009

berdebar-debar...

minggu ni usia kandungan ku telah pun menjejak 36 minggu..makin hampir, makin berdebar2..namun rasanya seperti sudah tidak sabar. lebih2 lagi setiap hari tendangan demi tendangan yg dilakukan seolah2 isyarat, mama..i'm ready..

apabila masuk 36 minggu ni, pelbagai ketidak selesaan timbul..bimbang juga, org kata bila2 masa shj lagi ni..kadang2 rasa seperti senggugut, namun tidaklah kuat seperti senggugut yg biasa aku alami setiap kali bila masa "tu"..kadang2 juga terasa pinggang ni sakittt..mungkin inilah yg org katakan false alarm agaknya..

aku berharap, biarlah aku bersalin setelah kerja2 yg dlm list aku ni selesai..sok pulak mengikut perancangannya, akan ke opis bapak ku dan seterusnya akan ke bank..tuk selesaikan hal berkaitan dgn buku asb aku..aku dulu ada asb remaja, so skg aku nak tukarkan statusnya kepada akaun dewasa..mana plak tau dah tua bangka ni nak jugak tanda tangan penjaga..kalau tak de tanda tangan bapak aku, maka tak dapatlah nanti kot2 aku nak kuarkan duit yg ada baper sen je dlm buku tu..haihhh..manyak lecehhhhh..

lagi satu aku harap gak agar aku sempatlah menghadiri mesyuarat guru lepas krismas nanti, nak tau gak tugas2 yg bakal menanti tuk sesi persekolahan akan dtg..