Saturday, June 19, 2010

selamat hari bapa

selamat hari bapa buat semua bapa2 di Malaysia.

terutama kepada suami ku yg tahun ini merupakan tahun pertama menjadi bapa..kih kih kih

buat bapaku sendiri..abah, selamat hari bapa

buat bapa mentuaku...ayah, selamat hari bapa

Thursday, June 17, 2010

amsyar check up 5 bulan

hari ni amsyar ada check up utk 5 bulan. sepatutnya tarikh temujanji adalah pada hari khamis minggu lepas..tah nape asyiklah dalam pala otak aku ni tarikhnya khamis minggu ni. kemudian tergerak hati aku nak tgk buku klinik dia..check punya check hari senin haritu, rupanya dah lepas khamis 10.06.2010 bukannya khamis 17.06.2010..jadi hari selasa hari tu call la KKIA batu 1, set semula appoimentnya pada hari khamis..hahaha..mmg dah nak jadi sebab dan cerita agaknya nak jugak tarikh hari ni..

so ini perkembangannya..amsyar nyer berat tak naik banyak la dr bulan lepas hanya 500 gram shj..frust gaklah, dia banyak gak menyusu tp skg ni agak lasak sikit..huhu

spt biasa, menangis time kena cucuk, tapi kejap je..bagus anak mama!

tapi takpe, next week amsyar dah boleh makan...hmmm, kena korek resepi bubur2 tuk baby ni..hahaha

dah abis check up tu, kami pun nak balik..tapi berlaku sedikit kemalangan kecik di mana seorang amoi errr..nyonya barangkali, park ketanya tp lupa tarik hand break..maka ketanya melongsor ke belakang, lalu tayar belakangnya stuck kat divider..

sib baik gak tak kena keta aku, kalau tak hangin la..sebab plan pas check amsyar, nak g opis bapak aku.

sib baik kan tak kena keta kitaorg..org2 laki yg ada kat situ dah cuba sedaya upaya tenaga mereka namun tak behasil..err ada 3 org lelaki je kat situ...hehehe..terpaksalah nyonya tu tepon talian hayat dia..

p/s: berat amsyar 6.5 kg..takpelah yg penting anak mama sihat dan ceria!

Wednesday, June 16, 2010

urut kembali...

aku bukan pegi urut muka ye..aku g urut perut..tapi inilah gambar tersopan yg aku dapat..yg lain..errr mcm tak sesuai..



So, memandangkan aku kena tunggu sehingga habis blood test selama 3 bulan, dari Jan hingga Mac, aku cuba juga ikhtiar sampingan. Pada bulan Feb, 2009, again aku mendapatkan khidmat urut melalui seorang tukang urut perempuan yg tinggal di Lanchang. Aku bersama rakan aku yg turut sama berusaha mendapatkan anak bersama suami masing2, dibawa oleh anak saudara wanita tersebut yg merupakan seorang guru Jqaf di sekolahku.



Namun persasaan sangsi akibat pernah ditipu, aku letakkan ke tepi. Tak tau kenapa kali ni aku menjadi lembut hati. Mungkin kerana Kak Na(guru Jqaf tersebut). Takkan la dia nak suggest aku kat tempat tukang urut yg bukan2 kan. Lagipun, dia cakap mak sedaranya hanya menggunakan doa2 dan urut2 sahaja.



Tapi, ketika melalui proses urutan tersebut, dia mengatakan bahawa saluran peranakan belah kanan mungkin(aku tak tau apa bahagian dalaman yg berkaitan dgn perempuan) bengkak. Kemudian rahim aku sedikit ke bawah. Dia meminta aku jgn bimbang. Hmm bagi aku itu nasihat yg tipikal. Hahaha..very the was was and boring kan aku. Ye lah aku dgr nasihat tu almost everyday since aku kawen.



Abis aje urut, kami suami isteri diberi makan sireh yg telah dibacakan doa..jgn tanya doa apa..aku tak tau.



Pastu, kami pun baliklah.



Tapi terus terang aku cakap, aku mmg tak menaruh harapan yg tinggi ketika itu.



tapi sebenarnya, result tak semestinya dapat dan dan tu je. kekadang urut ni hasilnya akan dapat 3, 4, 5 atau setahun selepas itu. cuma aku je mental tak positif



dan bulan feb tu, period aku datang seperti biasa. namun disebabkan awal2 lagi aku dah mind set tak positif hasilnya..maka aku tak rasa pape..maksudnya tak frust menonggeng sgtlah..



tapi ada gak 3,4 org kawan aku yg pregnant selepas berurut..org cakap, serasi ngn badan..wallahualam..







Monday, June 14, 2010

penat


hari ni terlalu penat aku rasa..padahal bukan ada kerja yg berat pun yg memerlukan tenaga yg banyak..

akibat terlalu penat, petang kami tiga beranak tidur terbungkang tak sedarkan diri..aku sedar gaklah sikit2 time amsyar nak beralih kedudukannya, budak tecit ni mmg lasak sekarang!

tapi agak bestlah juga, rasanya amat jarang2 sekali aku tidur petang sekarang ni since bersalin, ni semua kerana amsyar perlu diberi keutamaan..merengeklah, ek ek la, susulah, nak main2 lah..
dan sekarang betapa segarnya lah badan walaupun sekejapan shj tidurnya, tapi ia amat berkualiti ^______^

Sunday, June 13, 2010

surat rujukan utk pakar


so bila tak berjaya dgn produk tersebut, aku dan amirr memikirkan jalan yg lain..

kami mengambil keputusan utk mendapatkan rawatan pakar..ketika itu duit dalam simpanan kami rasakan cukup utk mebuat rawatan tersebut.

jadi kami mulalah survey mana2 pakar utk mendapatkan rawatan..tapi atas nasihat seorang rakan, kami bersetuju utk membuat rawatan di hospital kerajaan terlebih dahulu. tapi hospital di daerah kami tiada pakar, kalau ada pun di hospital temerloh. so utk ke sana, kami perlu surat sokongan dari doktor di bentong.

jadi, kami pun pilih utk berjumpa dgn dr Poongkodi, seorang doktor india perempuan yg begitu baik dan lemah lembut. family aku mmg biasa mendapatkan rawatan dr beliau. beliau mempunyai klinik sendiri iaitu Poliklinik Damai. tujuan kami ke sana adalah utk mendapatkan surat sokongan dr beliau.

owh, sblm itu, suamiku disahkan sihat. kami mendapatkan rawatan di BP Lab. jadi, tinggal aku sajalah..sama ada aku ni ok atau sebaliknya.

aku mmg biasa mendapatkan rawatan dgn doktor ni dari zaman aku remaja lagi. dan ofkos dia mempunyai rekod aku. setiap kali aku datang, she always remind me mengenai berat badan yg naik mendadak..from 40kg and last timbang dgn dia goes to 56kg.

masa tahun pertama perkahwinan, aku mmg ada rujuk masalah ini dgn beliau. namun beliau selalu mengatakan ...its too early..enjoy dulu..
aku pun pernah mintak ubat subur dari beliau, tapi beliau menolak utk memberikannya kepada aku..mcm2 lah reason yg dia bagi..semuanya akan beri effect pada aku..dia mahu aku conceive naturally..

so, bila aku dtg semula jan, 2009 dan menerangkan tujuan kedatangan aku, dia pula bertanya sama ada aku pernah tak mendapatkan ubur subur daripadanya..ofkoslah tak kan, sbb dulu aku mtk, dia tak bagi.

and she said like this..utk pergi ke pakar, u tak boleh main redah aje..u kena ada blood test result, so that doctor tau apa problem u!..dan dia pun minta aku dtg hari ketiga period selama 3 bulan berturut2

mean dr januari hingga mac la kan..

so, selama 3 bulan tu la aku dok ulang alik ke kliniknya utk test darah!

tapi dalam tempoh 3 bulan tu, aku tetap juga menjalankan usaha2 lain..itu lain entry ye, sebab aku rasa dah terlalu panjang ni..hehehe

Saturday, June 12, 2010

permintaan suami

alhamdulillah..bekalan air pulih kembali..tq to TNB Bentong..mesti bertungkus lumus memulihkan kembali bekalan air yg yg terputus dan melayani aduan dan rungutan penduduk2 bentong

memandangkan bekalan air sudah pulih kembali, maka aktiviti harian yg tergendala pun harus dilakukan..mula2 sekali, basuh membasuh la..kemudian memasak

hari ni request dari suami, nak makan stew ayam..aku ingatkan nak masak lemak cili api..lama dah tak makan lemak cili api..tapi ikutkan ajelah..mungkin dah berapa hari dipendamkan tu..hahaha(perasannya akuhhhhhh!)

so..memandangkan semangat rajin aku tak sampai lagi..maka stew ayam bersama nasi kosong ajelah ye..alhamdulillah..kenyang..

biodez...x


ingatan sekali lagi..sesetengah produk itu kalau tak sesuai utk aku, tapi tak semestinya ianya juga tak sesuai utk korang :)

sblm ni aku ada citer yg aku pernah makan bi**dar* kan?
pas aku mkn tu period aku jd tak regular
so aku stop

dalam area bulan 12, 2008..awal bulan tak silap aku..aku beli set biodez..x ni..habis hampir 1k la juga..tapi nak anak punya psl, pejam mata la

kali ni aku gugel segala mcm produk dia..dan aku beli melalui seorang akak ni..
bimbang gak kalau makan ni period aku jadi tunggang langgang balik, tetapi setelah diyakinkan, aku pun tawakal ajelah membelinya..aku kira ini merupakan salah satu usaha aku.

namun, apabila tiba aje time period, haaaa...dia buat dah..TAK REGULAR...
sgt2lah kecewa...ingatkan produk ni akan cuci dan melancarkan perjalanan period aku dan setrusnya mengeluarkan apa2 yg tak patut berada dalam badan aku..maka kecewalah aku

tapi produk dia yg hanya serasi ngn aku adalah contour gel..mmg selesa kalau sapu kat perut lebih2 lagi kalau rasa2 period pain..

namun, perjalanan aku tak terhenti di situ..ini kerana azam aku..tahun 2009, aku perlu berusaha tuk pregnant dan dapatkan anak..aku tak amik masa yg lama..bulan januari 2009 jugak aku bertindak!

air oh air

haih, masuk hari ni dah 3 hari bentong dilanda gangguan bekalan air..
bila dah takde air ni mcm2 lah kerja/urusan tergendala..mmg susah dibuatnya

bila takde air ni, banyak urusan harian aku terganggu. contohnya

1. mandi tak puas dan kena jimat cermat

2. tak boleh masak, sebab air yg keluar terlalu halus dan putus2

3. aktiviti membasuh kain baju tak dapat dijalankan walaupun hari cantik utk sidai baju
membakullah lagi baju..baju amsyar aku kena basuh selalu sebab baby kan banyak tukar2 baju. kejap kebocoranlah, peluhlah, muaklah, tumpah susulah..mcm2lah lagi

4. pinggan pun menimbun..semak mata aku tgk..nanti mulalah ada sikit2 bau sebab pinggan yg ada sisa2 makanan tak dicuci

5.tandas pun..euwwwww..lama2 air tangki akan kurang so takut nanti tandas pun tak leh dipam setelah diguanakan

6.minum air pun catu2..sebab nanti air habis dan kalau minum banyak nak ke tandas pulak..air lagi..huhhhhhh

kenapalah ambik masa berhari kot2lah ada kerja penyelenggaraan pun..dan lori JBA dgr citer tak pergi ke semua tempat..

sungai/jeram/tempat rekreasi pun penuh sebab org bentong terpaksa mandi sungai tuk jimatkan air di rumah..

harap2 air akan adalah menjelang petang nanti..aku nak masak wehhhhh..laparrrrr

Friday, June 11, 2010

5 months old!!!!!!!!

today amsyar is turn to 5 months old everybody!!!

milestone of amsyar @5months old:

1. suara yg pitchingnya makin kuat..

2. berguling2 dgn jayanya, pantas dan sukar dikawal terutama time nak pakaikan baju or salinkan dypers

3. minum susu 5oz kekadang boleh mencecah 6oz..good boy

4. pandaidah nak hulur2kan tgn suh org dukung..kekadang mamanya suka nyakat..dah dukung letak balik...menjeritnya mak aih...marah

5. dah menarik sikit2..mean mengesot ke depan..tapi kena umpanlah letak sesuatu kat depan

6.layan diri sendiri plg lama pun 15 minit..pastu menjerit bila org mcm ignore aje dia..hehehe

7. kenal dah org sikit2

8. banyak baju2nya dah tak muat..gosh..kena beli lagi ni..

hmmm rasanya itu ajelah yg aku ingat buat masa skg ni..next week app. kat klinik utk amsyar yg usianya dah mencecah 5 bulan ni...so buat masa sekarang, beratnya tak dapat dipastikan lagi,
maybe dlm 6++kg kot sebab mcm tak banyak aje berubah dr segi kedebabannya..

walauapa pun kehadiranmu membahagiakan seluruh hidup ini amsyarku..muahhhhh

12062010
-mama amsyar-

Thursday, June 10, 2010

basuh tudung awning

gambar sekadar hiasan..ampun ye model kiah!

hari ni bukak tingkap, selak langsir tengok cuaca sangat cantik untuk aktiviti basuh membasuh..

tah mcm mana terajin, aku capai berbelas2 tudung awning yg tersangkut kat dalam bilik, lalu aku basuh...guna pencuci softlan aje..tapi bila tgk air bilasannya..mak aih..keruh gilak..mcm rupa air teh o dah..

aku beli dan pakai tudung awning ni since ada baby..senang pepagi trus capai aje..takyah nak adjust2 mcm tudung bawal yg akhirnya mengundang kemarahan dan menjejaskan mood pada hari tersebut..hahaha

tapi bila aku tanya org sekeliling mcm mana nak basuh? ramai yg memberi jawapan contohnya begini..."akak tak pernah basuh pun!".........."ala tak payah basuhnya..nanti awning dia kelepet2".........."tah, setakat ni tak pernah basuh pun lagi"

so, itulah sebabnya aku tak pernah basuh....tapi mak aku basuh... pakai tangan aje..gonyoh2 tapi jgn gonyoh kat awning dia tu, nanti rosak...dan pencuci yg mak aku gunakan adalah shampoo..

bila dah tau cara nak basuh...aku plak kebizian..(malas sebenarnya)..
bila angin rajin dah datang ni...hambik..tertonggeng2 aku dalam bilik air membasuhnya tadii....

lepas ni aku pakai tudung yg bersih dan berbau harum, juga lembutlah nampaknya...hahaha

hitler vs yahudi

"Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Namun, saya tinggalkan sedikit kepada kamu. Kenapa? Agar kamu kenal siapa yahudi dan mencari jawapan kenapa saya bunuh yahudi" ....... Marilah kita renungi dan hayati kata2 Hitler melalui bukunya 'Main Kamp'......


kredit to Cikgu Zul

selamat pengantin baru rep

selamat pengantin baru buat sahabatku razlie aka rep..

rep ni kawan baik aku masa kat UUM dan dalam kelab kenu, rakan balik dr sintok ke KL, KL ke Sintok, rakan makan2, rakan gaduh2 and the most impotant things, he always stand beside me when i got a problem..sebab tu aku ngn VP kalau ke mana2, org yg seterusnya adalah rep!

waktu hari kejadian, aku sekeluarga lewat tiba..dalam area 2.30 la mcm tu..pengantin sedang sibuk melayan tetamu yg nak balik dah..

keterlewatan kami disebabkan pd tarikh tu juga 06.06.2010, ramai rakan2ku kawen..kat bentong aje kena attend 2 kenduri kawen..so lewatlah tiba di rumah rep..tak dapatlah nak jumpa kawan2 yg lain..hanya dapat jumpa Linda aje..

sorilah rep, tak dpt dtg awal and spend byk masa like you did masa kawen aku dulu..

anyway, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat ko dan Farah..moga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga...aminnn

Tuesday, June 8, 2010

makan yg mengagalkan misi diet

aktiviti masak memasak yg semakin meluap2 sejak kebelakangan ini menyebabkan misi diet aku gagal..mmg hilang stress kalau dapat memasak apatah lagi kalau makan..

bihun sup + sayur..mmg pedas terangkat dengan hirisan cili api..

bubur nasi ayam..kali ni nampak kurang menarik sebab tiada sayuran hijau dalam stok..tapi rasanya masih lagi digemari oleh suamiku ;)

lasagne roti..memandangkan kat bentong ni di mana2 pasaraya tiada yg menjual kepingan lasagne, maka aku gantikan dgn roti, kebetulan jumpa resepi ni, terus cuba..alhamdulillah

stew ayam..memandangkan juga, telah bosan ayam tu asik disup dan ditomyamkan, maka aku watlah stew..kebetulan bahan2nya ada ^__^

jadi apabila berat after pantang nampak turun sedikit, kemudian dgn gembiranya meraikan kejayaan itu dgn masak best2..jadi lu pikirlah sendiri apabila berat naik mencanak2 rupa mcm baru pas bersalin jadinya.........................................tensiiiiiiii!!!!!!!

Friday, June 4, 2010

urut..urut...urut

salam..setelah sekian lama, akhirnya berkeizinan juga aku menyambung kisah bagaimana dan apa usaha2 yg aku lakukan untuk mendapatkan cahaya mata..

after period aku dah regular balik dalam bulan mei 2008, aku telah mengikut seorang teman yg juga masih menantikan cahaya mata pergi mengurut..kami pergi mengurut nun di greenwood gombak nun..sanggup..biasalah, sblm pergi banyaklah cerita2 hebat kedengaran spt, selepas berurut dgn org berkenaan, pasti akan 'melekat'lah..maka pergilah aku ke sinun..

aku ni plak, jenis yg takut berurut sebab tak tahan sakit..tapi aku disedapkan dgn cerita yg dia urut tak sakit..hanya rasa2 je..tapi, mmg betullah punya rasa, bagi aku itu bukannya mengurut, tapi mengusap, usap2 hambik RM250 ko..org yg bwk kitaorg tu pun terkejut beruk dgn harga yg dikenakan berdasarkan sesi mengusap perut aje tadik..tapi perasaan aku lebih mengatakan yg makcik tersebut hanya 'propa' aje lebih..katanya, dalam bulan julai, 2, 2 akan preggy..tapi makcik, apakan dayamu..ramalan mu hanya dusta semata..

maka keciwa lah lagi kami apabila dah melepasi bulan julai, idaklah jugak preggy pun..

dan semenjak itu, aku tidak lagi percaya dgn kabar urut untuk mendapatkan cahaya mata..
(tapi.....time tu aje..hihi)