Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Monday, January 30, 2012

pembuka selera

jemput makan, hidangan tak seberapa..
tapi cukup utk memenuhi isi perut seisi keluarga..
yang menambat selera semestinya sambal tempoyaknya,
musim raja segala buah bakal melabuhkan tirainya,
musim tempoyak pula menghiasi menu masakannya
baunya pasti menguasai segenap isi dalam peti aisnya
apa boleh buat, pasrah sahaja dengan makanan kegemaran sejak dari zaman kecilnya

usah kau lihat pada rupa pucatnya
baik kau rasa, pasti kerongkong kau bergelora
ikan patin juga sesuai dijodohkan bersama
labuhkan sahaja kamu berdua pasti menjadi hidangan istimewa

Saturday, October 30, 2010

sardin masak lemak cili api

bahan2:
1 biji bwg besar (kisar)
10 biji cili api(kisar)
1 inci kunyit(kisar)
1 inci halia(kisar)
1 batang serai (ketuk)
1 tin sardin
1 biji santan
2 biji kentang dibelah 4 setiap satu
garam secukup rasa

cara2:
  1. masukkan bahan2 kisar, serai dan kentang dalam periuk dan pindangkan
  2. agak2 kentang dah empuk, masukkan ikan sardin berserta sos2nya ke dalam periuk
  3. kemudian masukkan santan dan garam.siap :)
mudahkan!!!!!!

aku suka makan sardin tak kira tumis ataupun dibuat gulai macam ni. memandangkan amirr tak berapa gemar tumis sardin dan lebih prefer yg ini, maka sardin rumah aku selalulah menjadi gulai..kredit to my mum. makanan kegemaran seisi keluarga sejak dari kecil ^_^

Friday, October 1, 2010

gulai tempoyak patin kesengsaraan

dah lama aku tak makan tempoyak patin..lamanya tu sampai membuatkan aku mengidam2 lagi..jadi subuh hening laki aku ke pasar utk membeli patin..patin kolam aku tak main ye..sebab patin kolam ni ada bau tanah..patin sungai pahang la yg best..

bagi aku kalau nak menggulai tempoyak, pedas adalah terbaik. lite2 pedas pun ok jugak..tapi laki aku ni lidah dia kebal..so kena pedas2..kalau org lain letak dlm 20 biji cili api, aku plak up lagi sampai 30 biji..hambikkkk

pada masa yg sama masak juga bubur nasi+tenggiri+bayam utk hero cenonet dalam rumah ni..amsyar ni ayam kurang sikitlah..ikan dia gemar, tambah2 lagi kalau aku letak ikan bilis

see, handle 2-2..pejam mata aje..hahahaha berlagaknya haku..

gulai tempoyak sensara sudah masak..sekali suap, sekali menangis kesengsaraan..buat lagi, mcm bibir negro dah mulut aku

semakin betah nampaknya menanak nasi di atas dapur ^_^
periuk letrik aku rosak dah nak dekat 4 bulan kot
tangguh punya tangguh nak beli alih2
eh, ok aje tanak nasi atas dapur
but 1 hari nanti kena beli jugaklah
sebab dijangka satu hari nanti takkan sempat bila amsyar dah semakin membesar

Tuesday, August 17, 2010

menu2 ramadhan

org lain tayang menu2 lazat sempena nak buka puasa..aku plak tayang menu harian masa bukan bulan puasa..aku masak benda yg sama je..tak buat lagi yg special2..ingat nanti nak buat la jugak..bukan apa..masa yg diperuntukkan di dapur agak lama, sedangkan amsyar tak boleh tgk bayang aku melintas ke apa ke..mesti jerit nangis2 nak kat mama dia walaupun ayahnya entertain dia mcm2 cara ^_^

hari ahad, spt yg telah dipersetujui, kami berbuka di rumah mak pak amirr..so aku buat la stew ayam..senang dan cepat dimasak...itu yg penting!

berasap2 dapur aku mereneh stew ni..baunya bisa menggugat jiran tetangga..apa taknya..teruja punya psl aku siap masak kul 4 ptg..hahaha

ni plak menu utama pd hari ini..ayam goreng kunyit..dah nama pun utama, semestinya ada menu sampingan iaitu sup telur campur sayur-mayur!

Saturday, June 12, 2010

permintaan suami

alhamdulillah..bekalan air pulih kembali..tq to TNB Bentong..mesti bertungkus lumus memulihkan kembali bekalan air yg yg terputus dan melayani aduan dan rungutan penduduk2 bentong

memandangkan bekalan air sudah pulih kembali, maka aktiviti harian yg tergendala pun harus dilakukan..mula2 sekali, basuh membasuh la..kemudian memasak

hari ni request dari suami, nak makan stew ayam..aku ingatkan nak masak lemak cili api..lama dah tak makan lemak cili api..tapi ikutkan ajelah..mungkin dah berapa hari dipendamkan tu..hahaha(perasannya akuhhhhhh!)

so..memandangkan semangat rajin aku tak sampai lagi..maka stew ayam bersama nasi kosong ajelah ye..alhamdulillah..kenyang..

Tuesday, June 8, 2010

makan yg mengagalkan misi diet

aktiviti masak memasak yg semakin meluap2 sejak kebelakangan ini menyebabkan misi diet aku gagal..mmg hilang stress kalau dapat memasak apatah lagi kalau makan..

bihun sup + sayur..mmg pedas terangkat dengan hirisan cili api..

bubur nasi ayam..kali ni nampak kurang menarik sebab tiada sayuran hijau dalam stok..tapi rasanya masih lagi digemari oleh suamiku ;)

lasagne roti..memandangkan kat bentong ni di mana2 pasaraya tiada yg menjual kepingan lasagne, maka aku gantikan dgn roti, kebetulan jumpa resepi ni, terus cuba..alhamdulillah

stew ayam..memandangkan juga, telah bosan ayam tu asik disup dan ditomyamkan, maka aku watlah stew..kebetulan bahan2nya ada ^__^

jadi apabila berat after pantang nampak turun sedikit, kemudian dgn gembiranya meraikan kejayaan itu dgn masak best2..jadi lu pikirlah sendiri apabila berat naik mencanak2 rupa mcm baru pas bersalin jadinya.........................................tensiiiiiiii!!!!!!!

Saturday, May 2, 2009

mee rebus for lunch

hari ni tekak terasa teringin nak masak spesel skit..setelah dipersetujui oleh encik tukang makan, maka puan tukang masak pun berperang la di dapur..maka inilah hasilnya..walaupun presentation tak nampak menarik, tapi hasilnya adalah marbeles seperti biasa..




maka juga cuti2 kali ni dipenuhi dgn agenda memasak makanan yang membisakan kami makan berulang kali selagi stok masih ada sampai ke malam..hasilnya adalah GUMUK laki bini!!!!

Thursday, April 30, 2009

sup dan resepi laksa

lunch for today..sup ayam yg cepat dan mudah dimasak..


resepinya adalah sama aje bagi mana2 sup ayam yg ada..mungkin aku punya yg paling tak kedebomm la kandungan bahan2nya, tapi bagi aku inilah yg best..bagi akulah..aku ni ikut bagaimana mak aku masak..so sebab lidah aku dah biasa dgnnya sejak dr kecik, resepi mak akulah yg terbest..

begitu juga dgn laksa..ini menu ahad minggu lepas..dan inilah resepi laksa asam yg menjadi menu setiap tahun umah aku time beraya..

1 bungkus laksa basah
5 ekor ikan kembung(rebus,asingkan tulang,kisarkan isi)
3 biji bwg besar(kisar)
cili boh(ikut tahap kepedasan memasing)
itu velachannn(belacan skit)
daun kesum(aku suka banyak dlm 2 ikat)
bunga kantan(4 kuntum)
serai 4 btg
asam keping(5-6 keping)
garam(secukup rasa)


hiasan:
timun(hiris seperti yg sepatutnya)
salad(sama gak)
bawang besar(hiris)
cili merah(hiris)
telur rebus

cara-caranya:(adoi penat dah menaip)
blender isi ikan dgn air rebusannya
masukkan isi ikan yg dh blender, cili boh, bwg kisar, baki air rebusan dan 1 mangkuk air dlm periuk
masukkan serai, bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan dan garam
dah masak boleh hidangkan bersama bahan2 hiasan..

sekiannnn..

Wednesday, April 15, 2009

jemput makannnn

rumah aku memang laku sup or tomyam saja..yg berasaskan kuah..tiap minggu mesti ada 1 or dua kali aku masak sup/tomyam..tapi isi dia tukar2lah..tak kisah pun..lagi ok ada..sonang amat masaknya..kalau menggulai/merendang tu..boleh membuatkan aku jadi hangin tak tentu pasal kat dapur..stress sebab lama sgt..


dan udang..agak lama gak aku meninggalkan udang/sotong..tapi aritu adik ipar aku bagi seplastik..aku pun apalagi....hasilnya amat mengenyangkan...

Friday, December 19, 2008

daging masak lemak cili api

daging korban ada lagi dalam peti ais.cadangnya nak wat kari daging. tapi amirr tak nak. dia bknnya pemakan sgt makanan berunsur2 kari ni. dia mintak aku watkan gulai lemak cili api. sudah ku duga. daging tu dia suka wat gulai lemak cili api takpun daging masak kicap.
pagi tu bgn tido, amirr ngn aku bermotosikal g bank selesai semua urusan. kan dah gaji, g bayar duit ketanya, g byr itu dan ini. balik tu baru aku bertungkus lumus di dapur. tapi sayur mayur elek. so menu hari ni hanya gulai daging ini shj.
proses memasak gulai daging masak lemak cili api. aku wat pedas2 baru terangkat skit.

tgh2 snap gambar hidangan, amirr pun balik dr semayang jumaat. bwk sekali air kegemran aku iaitu soya..

kan sekarang ni musim ujan kan. suasana redup aje. nyamuk pun banyak walaupun di siang2 hari. naik bintat2 bdn aku kena gigit. so skrg asik la memasang ubat nyamuk aje kat umah. tapi takdelah pasang sehari suntuk.lemas gak ngan bau asap ubat nyamuk tu. rasa2 perlu aje pasang. time tido tak pasang. leh sesak napas dibuatnya..

Tuesday, December 16, 2008

sup malas di musim tengkujuh

menu simple.mls benar nak masak cuti2 ni.hujan je manjang.sejuk sgt.nak ke dapur pun rasa gigil2.kang kalau dah masak kena basuh pinggan.dah la sejuk.alasan yg amat kukuh utk tidak memasak.asik nak baring2 ngn berselimut je sambil tgk tv.tapi takkan la tk masak langsung.menu yg sesuai tuk musim hujan ni aku rasa hanya sup aje.sebab mudah dan cepat dan tak perlu lama2 berada di dapur.

siap..sup ayam plus bebola ayam.layan sambil tgk tv.
gambar bwh ni ambil beberapa hari yg lepas. masa tu amirr ajak aku g mkn kat depan kem askar. kedai ni dah lama wujud tapi kewujudannya hanyalah ala..ala di angin lalu aje sebab tk berapa nak glamer kan.tapi kedatangan kami pada mlm ni membuatkan kami membuka kembali sejarah lama di sini..
ketika itu di tahun 2005 bulan 7, iaitu selepas beberapa hari kami declare..kami telah plan nak kuar bersama.pada ketika itu juga berlangsungnya acara kemuncak bentong dinaik taraf sebagai perbandaran. maka berduyun2 la org di bandar bentong ketika itu.mcm semut.jam tahap siput bergerak. disebabkan ramai org, maka susahnyalah nak cari tmpt mkn. so ronda punya ronda, akhirnya kami tiba di sebuah kedai makan(ketika itu aku rasa taraf gerai aje) kat depan kem askar. takde pelanggan..maybe depa pun sama2 menyemakkan diri kat bandar. kami mkn bertemakan cahaya bunga api yg meletus2 di angkasa raya gitu. tapi dah nama pun baru declare kan..amirr plak yg malu2.nak suap makanan pun kontrol.jadi bahan la time tu..haha
la ni gerai itu telah di up gradekan menjadi kedai makan yg selayaknya.siap ada karaoke, lampu yg meriah dan dah ramai pelanggan..bagus2..jgn hangat2 tahi unta plak naty..kat situ kitaorg oder kuewteow goreng..(sedap lagi yg aku masak senirik)

Wednesday, December 10, 2008

persiapan dan raya haji

raya haji baru2 ni disambut secara sederhana shj..semenjak dah kawen ni, aku utamakan persiapan di rumah aku dahulu barulah kat umah parents. sib baik adik2 aku sume dah besar.dulu diaorg kecik lagi, so aku ngn akak aku la yg bertungkus lumus menolong mak di dapur..
seperti biasa hari sabtu, kami pergi ke pasar subuh2 lagi..malas nak g hari ahad..ramai org plus jln jam tahap gila gaban punya org duk balik kampung ke raub, kuala lipis dan ke kelantan..
so aku start memasak pada hari hari ahad..pagi aku bangun, kuarkan ayam dr peti ais..amirr plak tugasnya adalah mengemas umah..rajin suami aku menolong..pastu aku mulakan dengan merebus ketupat
ketupat kena rebus awal sebab nak bagi dia sejuk tu lama skit..
pastu operasi merendang ayam..aku wat sekor je..cukuplah tuk umah aku je..mak mentua aku pun wat rendang ayam, mak aku plak wat rendang daging kerbau mcm biasa..oh ye..kat umah mak aku akak ngn abg ipar aku duk pulun bakar lemang..aku tau oder je..haha..time aku balik kat umah mak aku, depa dah siap dah..

ruang tamu yg sedang dikemas oleh amirr..time aku nak snap..dia nyorok plak..ngada..

seksi..keletihan mengemas dan menyapu..haha sekali sekala bang..area tgh hari aku dah siap masak bagai termasuk puding..elok aje langkah kanan adik2 aku..apa lagi depa membaham la ketupat dan rendang termasuklah amirr..takdan nak raya sok, rendang dah tinggal separuh..
pastu aku balik umah mak aku, bapak aku ada beli sekali tulang seperti yg aku minta.aku nak mkn sup tulang..marbeles sedap...
soknya raya, haji tahun ni giliran umah amirr dulu..so gerak lah kami ke sana.mil aku wat tomyam..sedap..nak tambah lagi tp perut aku rasa tak best plak..tak apa pasal tah..area tgh hari kalau ikut plan baru gerak umah mak aku..tgh lepak2, borak2..family aku kal nak dtg umah aku..aik terbalik plak..aku pun bising la..aku tak wat lagi mihun sup..tapi depa nak dtg gak sebab akak aku pastu nak gerak balik melaka dah..
aku ngn amirr pun kelam kabut balik umah..tanggal sume baju raya, pakai baju biasa..ha berperang aku kat dapur..sib baik aku mmg dah ready bahan2nya semalam, tunggu nak campak2 je dlm periuk..aku mls masak awl sebab selalunya umah kitaorg family dtg mlm..dan akhirnya bihun sup aku siap dlm masa 1 jam shj..

alhamdulillah..bersungguh2 depa mkn, tapi abah aku hanya ratah sup ngn mkn rendang je..diet katanya..wekk..pastu depa sume balik tinggal bahirah ngn zila je..depa duk layan movie kat umah aku..mlm tu baru aku dapat balik gemeti..huhu..tiket malam alasan kitaorg..hihi

Saturday, November 22, 2008

simple tapi marbelessss

lunch apa ari ni..ari ni aku memasak awl..senang kalau pepahal..tak payah pening2 pala nak cari mkn kat kedai..mcm semalam..stok banyak dh takde..bz memanjang..mlm je baru lekat kat umah..mlm plak kedai banyak dh tutup..aku godek2 jumpa suhun dan pucuk..tapi kentang dh abis la..ah tibai je la..aku pun wat suhun dan pucuk masak lemak..


so siap..segalanya kurang bahan..takde cili api..takde kentangnya..aku potong cili kering..humbankan sekali, letak ikin bilis..ok la..rasa mcm biasa..mcm yg biasa aku masak..kira ikhtiar idup aku boleh membuatkan aku hidup la jugak..hihi..haihhh..teringat kat bapak aku lak..dia suka ratah gulai ni...

pastu tgk dlm peti ais..ada telur..tanya amirr nak telur dadar ke nak telur mata.."dadar pun sodap"katanya..so amik 3 biji..watla telur dadar..hanya letak garam ngn lada sulah..amirr suka yg kosong aje..kalau ikut aku..aku buh bwg, ikan bilis, cili..tapi ye lah..ikut selera suami kan..kang kita buat style kita dia tak makan..maka aku akan marah!!!

godek2..wah ada belen lagi la tempoyak mak aku bagi..maka aku pun watlah sambal tempoyak..aku sgt suka sambal tempoyak ye..

so..ini la menu kita tgh hari ni bang..simple, cepat dan marbeles..ptg ni aku nak paksa dia g beli brg dapur gak..hangin guwe nihhhh!!!!

Saturday, November 1, 2008

makaroni goreng

ok.atas permintaan cik nano, maka di sini aku sertakan resepi makaroni goreng aku yg tak seberapa ni.masa sebelum aku kawen, makaroni aku adalah mengikut resepi asal iaitu banyak menggunakan buah tomato dan tomato puree. so rasa dia lebih kepada masam2 pedas gitu.tapi disebabkan aku kawen ngn org yg tak tahan mkn masam2 ni, maka, aku telah mengubah suai mengikut citarasa tekak melayu, no longer italian style..dan disebabkan mengikut citarasa tekaknya, maka makaroni ni telah menjadi makanan faberet dia.

ni aku masak masa family in law dan member amirr dtg beraya umah aku thn lepas.smp 3 round aku kena masak
yg ini aku masak thn pas gak.tapi aku tak ingat atas sebab function apa buat..

yg ini masa open haouse umah akak aku. snap dulu sebelum habis.yg ini aku wat satu periuk besar.gigih sorang diri

yg ni plak masa birthday amirr thn ni.bwk ke rumah in law aku

so, bahan2nya ialah :
1 bungkus makaroni (spiral ke, fretucini ke, tiub ke..aku suka tiub, tapi laki aku suka spiral)
1 bungkus daging/ayam cincang(jenama ramly)
10 batang sosej(dihiris nipis)
1 tin cendawan butang(hiris nipis)
1 tin prego(ikut citarasa.ada byk pilihan.ada cendawan herba, ada keju herba ada original dll)
1 biji lada benggala(cincang)
1 biji carot(cincang)
1 biji bawang jepun(cincang)
2 biji bwg besar(kisar)
5 biji bwg putih(kisar)
cili api ikut tahap kekebalan lidah masing2(kisar)
3 sudu besar cili boh
cara2nya:
1. tumis bhn2 kisar + cili boh sehingga naik bau
2. masukkan prego
3. selepas mendidih, masukkan daging/ayam cincang
4. selepas daging/ayam masak, masukkan sosej yg tlh dihiris nipis2 dan gaulkan sebati
5. masukkan pula cendawan, lada benggala, carot dan bwg jepun, gaul sebati
6. masukkan garam ikut citarasa.(peringatan.prego tu mmg dah sedia masin)
7.tutup api
diperiuk yg lain, rebus makaroni ngn air ditambah sedikit minyak sehingga lembut.
setelah masak, hidupkan semula api bhn2 kuah makaroni tu dgn api yg kecil
masukkan makaroni yg dh siap direbus ke dalam kuali.siap....
selamat mencuba..