Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Monday, July 4, 2011

mood bercuti awal :)

hari ni pergi sekolah mcm biasalah, membawa badan yg berat berkilo2 ni..tapi yg lainnya ialah suami cuti..jadi rutin menghantar anak ke pengasuh tiada buat hari ni kerna suami menjaganya :)

tapi balik dr sekolah, rasa nak angkat jari pun tak larat..ye lah lupa plak hari ni ada kelas tambahan..ramai kawan nasihatkan suh balik je ganti dgn org lain..tapi sapa sanggup jadi bidan terjun kan? lagipun sayanglah, sebab ni minggu last kelas tambahan yg ku ajar..pasni akan jumpa balik depa pas 3 bulan T____T. rasa sayang nak tinggalkan, tapi apa boleh buat..keadaan diri lebih diutamakan..lagipun baby ni mcm selesa plak duk dlm perut mama dia.

ada sorang cikgu tu tanya, dah setel ke semua keje nak cuti panjang..haiyooo..mengalahkn GB la u punya soalan..tgk kalender pun dah tau, takkan aku nak tutup semua keje sedangkan ini baru bulan 7!!!!nape, nak tgk aku hantar/key in markah tuk peksa p4 ke?atau nak tgk aku tutup register sampai bulan doblas ke?ofkoslah takkkkk mokcik oiiii..pandai2lah GPK2 tu nanti nak agihkan tugas.

namun soalan dr beliau sedikit pun tidak menjejaskan mood aku tuk bercuti awal..hahahaha
moodbercuti awal ni terpancar jelas di wajahku..ceria dan glowing memanjang..kui kui kui..
hamboi, tidak sabar rasanya!

Sunday, June 12, 2011

demam di akhir kehamilan

sabtu iaitu hari semalam area kul 5 pagi, terasa badan panas..panas tapi gigil2..sah mmg demam..bangun dlm keadaan terhuyung hayang g kat tingkat bawah..baring kat ruang tamu..melepek..dan perasan yg baby kurang gerak..tunggu area kul 9 pagi, gerak ke klinik..

doc check..semuanya ok, degupan jantung baby ok..maybe baby tido..doc pesan suh monitor pergerakan baby..kalau tak gerak, g spital trus..bagi ubat demam

balik umah, makan dlm 3 sudu mi goreng mamak yg sempat tapau balik dr klinik, trus mkn ubat ubat..tido dalam mengerekot sebab rasa sejuk..tgh hari baru kuar peluh dr badan..tapi still tak larat nak masak..mak mentua yg baik hati telah masakkan sup ayam..amsyar pun di poskan ke sana supaya mamanya boleh rehat

balik dr umah mentua, makan ubat sambung tido..ptg tu berpeluh lagi wpun kepala masih lagi ketoyong..

alhamdulillah, hari ni kuat balik..kalau tak terpaksalah mc sok nya..marah plak org..dahlah baru cuti panjang..nak sambung cuti plak lagi.. ^O^..peace yooo

Thursday, June 9, 2011

fine!

kalau beginilah keadaanya mmg terbuktilah tiada keadilan..

dulu aku rasa mungkin perasaan aku sahaja yg terlebih2..namun stlh ku lihat sendiri bukti2 yg nyata..maka mmg sohihlah..

kami sekeluarga diibaratkan spt "kos lepas"..

lepas ni apa yg aku akan buat?

aku akan buat biasa2 aje..tiada lagi nak amik2 hati ni semua..usaha nak amik hati pun pasti akan terselit nama2 org lain..

fine!fine!fine!

Saturday, May 21, 2011

semakin hampir

penangan ibu mengandung..malas bergelumang dengan blog..terasa terganggu dgn blog sendiri..tgk blog org lain meriah sedangkan yg diri sendiri punya hampeh!

usia kandungan sudah memasuki 8 bulan..semakin hampir..can't wait to see u my dear..tak terbayang keadaannya nanti handle dua org kanak2 yg pastinya mcm2 karenah..haiyooo mesti fenin..

percaya atau tak soalan yg paling menyampah utk dijawab sekarang ni adalah..baby boy ke girl???haihhhhh..rasa mcm nak terbakarrrrr aje..sebabnya adalah diri sendiri yg membawa perut pun tak tahu dan tertanya2..mmglah jawapan klise yg biasa adalah.."tak pentinglah apapun..janji selamat dan sihat"...tapi hati ini juga meronta2 nak tahu sedangkan doc sendiri pun tak nampak!!!so jangan ditanya lagi..seperti aku, tunggu ajelah nanti!

persiapan..70% in progress..baju baby, baby cot(sebab bimbang amsyar wrestling adiknya nanti, maka baby cot adalah perlu), katil single utk mama berpantang di siang hari yg akan di letakkan di depan tv juga dah ada,dan yg lainnya adalah tinggalan amsyar like breast pump, lampin etc..

pantang di mana?insyaallah, kali ni di rumah sendiri..mak akan memantau dari semasa ke semasa..dan juga ofis mil adalah dekat aje ngn umah, sekolah amirr pun dekat aje ngn umah..bukannya apa..kawasan umah mak aku aka kampung aku skg ni dah mcm2 kes jenayah terjadi..jadi, kalau siang, aku sorang2 je nanti ngn baby..seram gak aku..amsyar pulak spt biasa..hantar aje ke pengasuh!

ok..aku rasa itu aje persiapan yg aku nak cerita..insyaallah..kalau ada mood, aku hapdet lagi :)

Sunday, April 17, 2011

super women di hari ahad

semenjak mengandung buat kali kedua ni, aku mmg jarang sangat mengemas rumah..al maklumlah mengandung..kondisi tidak menentu..jadi apabila rumah tiada sentuhan dr suri rumah, boleh lah agak bagaimana keadaannya..

tapi hari ini..mmg kerimasan melihat suasana rumah yg hampir menjadi tidak seperti rumah, tiba2 kekuatan itu datang..habis di sental sana sini..mana2 brg2 yg boleh KIV dulu, campak dulu mana2 bilik yg ada..so jgn pulak tanya bagaimana keadaan bilik..sudah tentulah boleh menyaingi tongkang pecah..

penglibatan suami?hmmm..aku rasa dia better jaga anak..kalau dia kemas pun, mesti tangan aku gatal nanti nak kemas kali kedua..

so, aku pasrah ajelah akibatnya malam nanti..mesti angkat tangan pun tak larat!

p/s: al-fatihah buat arwah dikma@rosmawati yg telah kembali ke rahmatullah malam semalam..sebak teringatkan kenangan semasa kecil bersama arwah serta kakak2nya..

Thursday, April 7, 2011

malu BESAR!!!!!

hari gilak besar aku punya malu..ceh!

mcm mana aku boleh tak sedar bau aku koyak. masa aku gosok mlm sebelum tu takde pun tanda2 nak koyak. aku masih lagi cuba mengingati kot2 aku tersangkut kat mana2 ke tadi..tapi failed..mmg aku tak dpt kenal pasti puncanya..

maka tadi terjojol lah masel2 di lengan aku..bikin malu aje..dah la org yg perasan tu si nazim..cis cis cis...rasa nak masuk muka dalam bakul sampah aje tadi!

maka juga tadi..gegak gempita la hilaian suara masing2 kat dlm bilik guru sampai GB pun menjenguk..spt biasa..sekadar menjenguklah..dan mcm2 la jugak cadangan yg sangat lah bernas dr otak masing2 memandangkan time tu aku tunggu masa je nak masuk kelas..

takkan nak masuk dgn masel yg terjojol tu..kak lin pulak, tah mana dia jumpa pin lampin, nak semat kat tang yg koyak tu..tapi tima kasih ajelah kak lin..itu tak dapat nak meng cover panorama yg koyak kat baju aku..nazim punya cadangan lagi bijak..guna STAPLER aje..

fendi pulak lagi super dupr bijak..dia tunjuk kat aku tukul besi..apa..ko ingat aku cik ponti ke?

Wednesday, April 6, 2011

akhirnya..kembali menggunakan khidmat mu

setelah berbulan2 berebut broadband akibat rumah baru takde line, akhirnya setelah mengharungi pelbagai prosedur, ini kami kembali menggunakan khidmat streamyx..

harap2 pas ni takde lagi drama2..rebut2..merajuk taknak masak disebabkan berebut nak online..hehe

Sunday, March 27, 2011

bulan mac

salam..bulan mac akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. aku pulak semakin lama, semakin malas update blog. mungkin masa agak terbatas. sibuk uruskan rumah tangga, kerja2 dan bertambah malas kerana masa yang terluang, lebih aku utamakan untuk berehat.

usia kandungan ku kini telah mencecah 6 bulan. harap, semuanya akan berjalan lancar. gender? masih belum tahu lagi. walau pun jauh di sudut hati mengharapkan yang kali ini perempuan pula, namun jika lelaki, aku terimanya juga dengan penuh kasih sayang. inilah yang aku dan suami idam2kan dahulu. selama tiga tahun hidup tanpa cahaya mata..tuhan itu maha pemurah..Dia hadiahkan kami dua cahaya mata dalam tempoh 2 tahun..syukur alhamdulillah

mengenai rumah baru yang baru juga kami duduki kini, alhamdulillah. walaupun banyak berhabis $$$$, tapi kami berpuas hati dan bersyukur kerana kini kami tinggal di rumah sendiri. kawasan kejiranan untuk lot2 baru ni masih belum ramai..insyaallah sikit demi sikit nampaknya rumah2 di sini telah mula diduduki..jiran sebelah rumah kami nampaknya telah pun ansur maju membuat persediaan untuk mendiami rumah mereka. gambar?hahahaha..belum bersedia..kerana aku malas nak upload

amsyar pula sudah boleh berjalan, malah berlari dan sentiasa minta untuk dikejar..mamanya mana larat, jadi tugas mengejar diserahkan kepada ayahnya. harap itu juga merupakan satu senaman utk menguruskan badan

oklah, nak permisi dahulu..banyak kerja yg menanti utk disetelkan

Saturday, January 29, 2011

hujan di garisan khatulistiwa

hambik..begitu berilmiahnya tajuk entry pd hari ni..mengikut kata GB aku,,sekarang ni matahari berada di garisan selatan..(hmmm aku anggap apa yg dicakapnya itu adalah garisan sartan..sebab garisan selatan tak wujud)..so bila takde matahari di garisan khatulistiwa, maka hujan adalah turun sepanjang hari..

aktiviti harian suri rumah pun jadi tergendala..seperti..basuh baju dan sidai, pegi pasar, sapu laman dan berjimba! maka anak beranak duduk rumah saja di musim nak kata tengkujuh pun bukan..

bila dah hujan ni, terasa jugak jimat letrik sebab tak pyh on kipas..tambahan pula rumah aku betul2 menghadap banjaran titiwangsa..kelihatanlah bukit yg berbalam-balam..sejuk..nak mandi punyalah bercintaaa..kabus usah cakaplah..tebal!terasa spt tinggal kat forks,washington la..hahaha..perasan!

ok..i nak sambung tdo!

Wednesday, January 26, 2011

tak bestnya guna lappy org lain

assalamualaikum..lamanya tak cuci blog ni..mcm umah tinggal..

sekarang ni dah sebulan lebih bertapa di kediaman baru.

perasaan?
biasa2 aje sebab nak online adalah sgt terbatas.

sebab?
ini beruk band adalah sgt lembab mcm siput babi! siput babi pun lagi laju!

lagi satu, lakiku yg super duper pinterrrr ini telah berjaya menjahanamkan laptop aku!

perasaan?
oh oh..sungguh indah, rasa nak pelempang anak jiran belakang umah!

dan sekarang ni aku bergantung ihsan mengharapkan laptopnya yg aku rasa akan mengalami nasib yg sama spt laptop aku sedikit masa lagi! sungguh tak best! takde gambar!!!!

sekian.

Friday, December 10, 2010

patutlah

  1. patutlah tetiba kaki rasa lenguh seperti yg pernah aku alami masa kali pertama dulu.
  2. patutlah penurunan berat badan aku kalau sebelum ni flow dia cantik tiba2 stuck ko kat situ, pastu tetiba dia naik sikit2..
  3. patutlah selera makan aku menjadi2..kalau tak control punya
  4. patutlah aku rasa peliks kenapa tetiba baju kurung aku ngam2 plak ni..kalau tak loose
  5. patutlah cik "P" yg ku nantikan curang dgn tidak hadir tanpa ku sangka
RUPA-RUPANYA......2 line dah timbul daaaa...

Sunday, November 21, 2010

ada sesuatu telah berlaku

aku pernah maklumkan sblm ini bahawa cuti2 sekolah ku akan banyak aku habiskan utk mengemas barang utk pindah rumah..akan tetapi urusan mengemas barang2 ku tidak selancar mana kernaaaaa....ada sesuatu telah berlaku..

nantilah, bila dah bersedia akan ku maklumkan..(macamlah ada org nak tau... T__T)

Tuesday, November 2, 2010

cuti depavali

cuti depavali sudah pun bermula..aku bercuti mulai selasa hingga ahad, lima hari lamanya..tapi kurang berseri cutiku sebab sekolah suamiku hanya mula bercuti pada hari jumaat nanti :(

so duduk rumah diam2 dan layan amsyar saja.

Friday, October 22, 2010

misi

misi petang ini adalah penting dan tidak boleh tidak
harap maklum :P

pastu plan nak pegi pasar tani benus
pastu makan
pastu balik
pastu tido

Wednesday, October 20, 2010

demam

sebenarnya dah hampir sebulan demam asyik on off, on off. demam diselang selikan dengan selsema, sakit kepala, sakit tekak. dan minggu lepas pulak bermulanya tambahan batuk dan sakit2 sendi..sampai la cik scarlet a.k.a kak oja sound "ntah..ntah ko ni denggi tak?"....mak, tak agak2 tau tekaan..mintak simpang empat belas la!

petang tu citer kat amirr apa yg telah "doc oja" cakap..tapi spt biasalah dia cakap "tak panas sgtlah badan"..tapi mmg pun kalau demah pala aku, mmg tak panas sgt..tapi peliknya aku rasa gigil2..tapi..err maaf banyak "tapi"..hidung, mata rasa panas..so area pukul 6 ptg, disebabkan aku rasa tak stabil, siap lantai rasa lembut aje bila jejakkan kaki, amirr ajak g klinik..

sampai kat klinik aku cakap aku tak tau aku demam ke apa sebab aku rasa badan aku mcm suam2 kuku aje..tapi aku rasa tak selesa..*haihhhh susahnya aku nak describe hmmm*so doc pun amik suhu badan aku, lalu doc tu pun berkata "eh, ni demam ni..suhu puan 39 degrees, tinggi ni".."dokter, saya ni denggi ke?kawan saya cakap saya ni denggi" hahaha..mcm mengadu pun ada kan..

"eh tak..kalau denggi, ada keluar bintik2"..alhamdulillahhhhhh

so bagi ubat, bagi mc, bayar duit, pegi makan

pagi tadi plak, berteleku kat katil mcm mana nak bagitau sekolah ni aku mc..aku pun taiplah msg yg berbunyi begini kepada GB

assalamualaikum cikgu.saya bahizah.hari ni saya tak dapat datang ke sekolah sebab demam

s
opan kannnn..hihihi

20 minit selepas itu..dia reply

ok, tq

?????

Tuesday, October 19, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah, selesai semuanya..hampir 2 minggu terikat, mulut terkunci atas sebab2 tugasan rasmi lagi SULIT, maka selesai sudah semuanya semalam..hampir jam 6 petang barulah kaki ini terpacak di depan rumah..memandangkan kondisi badan tak menentu selama tempoh menjalankan urusan rasmi ini, maka keadaan rumah tidak dihiraukan..

tapi hari ini, barulah mata ini terbukak luas..RUMAH KE KAPAL KARAM NI????

Saturday, October 16, 2010

90 hari = 60 hari

sama aje..kalau nak cuti 90 hari..3 kali je leh beranak dlm tempoh berkhidmat
kalau nak cuti 60 hari, 5 kali boleh beranak dlm temph berkhidmat
hmmm...

Friday, August 13, 2010

puasa...konflik

jangan ingat org kampung jauh2 je yg ada konflik part balik kg ni..kami ni pun ada..hahaha

1st day puasa hari tu dan spt thn2 sebelumnya, mesti berbuka kat umah makpak aku..lagi 5 jam nak berbuka gitu, bapak amirr plak kol, ajak berbuka kat KL..terpaksalah tolak atas sebab yg di atas ditambah dengan keadaan dah ada amsyar ni, penyudahnya berbuka telan air jelah kitaorg..amsyar kan dah melasak..makan plak bukan yg jenis buffet tu, tapi yg jenis hidang siap2 atas meja..kang nak suh bergilir, ada yg giliran seterusnya makan ati sebab lauk dah abis...hahaha..biasalah 1st day, imaginasi terlampau akibat perut lapar, semua yg terbayang di mata adalah lazat!

2nd day berbuka di rumah sendiri..aku masak ikan bawal goreng cili api dan sup sayur+telur...amsyar kitaorg letakkan dia dlm walker, letak depan TV..tgk kartun

3rd day pun berbuka di rumah sendiri...aku masak ketam masak lemak cili api san sayur campur+udang..amsyar situasinya adalah sama spt semalam..

so, hari ni ari sabtu..rumah org tua masing2 adalah meriah disebabkan semua balik..so konflik..nak balik umah sapa..bukannya aku taknak balik umah amirr..aku mintak esok ajelah balik ke umah dia..sebab adik aku si zila monster tu ada balik, pastu dia akan mula tiada di rumah until raya nanti..bila lagi nak buka pose sama2..

tapi nanti apa plak cakap makpak amirr..sudah seminggu kami tidak memunculkan diri di sana..kami tak penting kot..hahaha..tap cucu mereka itu adalah penting!

jadi, kes ini tiada selesaian walaupun lebih kurang 4 jam lagi waktu berbuka..sekian!

Sunday, July 25, 2010

:P

alhamdulillah..setelah selama hampir 2 minggu ternanti2 dan tertanya2, akhirnya cik "P" memunculkan dirinya..sakit gak perut ngn pinggang aku..tapi lega..hahahaha..tapi nest year kena usaha keras tuk memberikan amsyar adik..hihihi

Monday, July 5, 2010

:)


alhamdulillah..nampaknya hampir siap sepenuhnya..jalan pun dah buat..siap berline lagik..uih tak sabar rasanya..tapi pening2 tu ready ajelah..ngn cost pindah umah/masuk umah baru boleh tahan jugaklah duitnya..