Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, April 27, 2012

family time

 masa2 cuti mmg seronok n berbaloi2 berkumpul bersama family..lunch treat at my house. mama buat ayam masak lemak cili api, ikan bawal asam pedas, kangkung goreng belacan, ikan terubuk masin goreng. wan amsyar pulak buat sambal kelapa yg super duper sedap, budu, ulam jantung pisang, pucuk ubi, pegaga. memang hancus diet hari tu. tapi rasa mcm tak kisah lah :)

 meja sarat dgn makanan. aki amsyar mmg makan dulu. dah tak tunggu dah. tapi dia makan sikit je. mmg my sis cakap abah mmg catu makan lately lepas keluar hospital. dekat ofis pun makan sikit je

 bila mama letak gambar ni dalam fb, ada student mama cakap, banyaknya makanan, mesti tak habis.
u wrong dear. memang habis!hahaha.

 tgk si kecik tu, dia tak makan tapi nak jugak duk kat org tgh makan. depan dia harus clear. kalau tak habis ditepuk2nya nanti.

only boss sit here. dia nak makan menghadap tv. biarlah asalkan tak kacau org lain. tapi hadap ajelah kalau hemah makanan sepah sana sini. nasi kalau melekat kat lantai, bukan setakat kena sapu, malah kena mop jugak..berganda punya kerja.

majlis bersurai pada pukul 2 petang. kul 3 semua org tido. tapi mama bangun awal. area pukul 4.30, terasa macam kepala pening2, tapi tak rasa berdenyut pulak. eh, suspen jugaklah mama, kejut ayah yg tgh tido atas tilam kat lantai, dia cepat2 duduk atas sofa lepas mama cakap rumah mcm bergegar. then ayah tunjuk lampu rumah. memang lampu rumah bergoyang2. mama dah suspect mesti ada gempa di mana2. yes, betul. time tu gempa di acheh. 

sekarang ni takde yg mustahil. masa ambil paper geog masa SPM dulu, cikgu mama cakap, tsunami takkan berlaku di Malaysia disebabkan kita tiada gunung berapi dan gunung berapi tu sgt jauh. tapi tsunami dah pun berlaku di Malaysia. semoga kita dilindungi sentiasa olehNya. amin.

Thursday, September 15, 2011

sarapan di luar

salam 1 malaysia..sempena cuti ni kan, walaupun aku tak merasai kemeriahan bercuti sebab aku masih lagi dlm cuti, kami breakfast di luar..kali ni g jauh sikit kat mcd genting sempah nun..

amsyar tgh addict menembak guna pistol mainan..tiap kali lori lalu abis ditembaknya, siap kembang2 lagi lobang idung

family pic..adelia pun ok menunjukkan prestasi tingkah laku yg membanggakan mamanya..takde aksi soprano yg cuba dilakukan

amsyar yg tak pernah main gelongsor. so takut2 aje main..ayahnya punya psl la..takde cita2 nak membawa anak bermain2 di taman permainan..baik dia nganga2 tido kat umah

amsyar yg susah dikawal..gitulah kalau memiliki anak bujang..redha ajelah dgn aksi2 yg membikin hati panas senantiasa

ok, sudah mau pulang, mak lang tolong tangkapkan gambar adelia ngn mama

Saturday, September 25, 2010

pakcikpakcik dan makcikmakcik sekaliannnn

mempersembahkan..... the daud's and co

refer to the name above, this is daud's sons, daughters, and their partners..so ini sahaja sudah..

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ok makcikmakcik sekalian..

selamat hari raya maaf zahir dan batin

siapa sangsi siapa ni!

amsyar sudah 8 bulan 1/2, so, ini bermakna sudah 5 bulan amsyar dijaga oleh pengasuh time aku kerja..so far, aku boleh kategorikan dalam tahap, puas hati..insyaallah

sebenarnya pengasuh amsyar ni well known la sebab expert dalam jaga budak2 sejak aku kecik lagi kat umah mak pak aku..aku kenal baik dgn dia..dia pun boleh kira best friend mak aku la..

mak aku ni pulak mmg sejak aku pregnant lagi dah cop makcik ni tuk jagakan anak aku bila aku dah abis pantang, setakat ni ok..tapi mak aku ni ha, mudah sangat merasa sangsi, tapi bukan kat makcik tu, dia rasa sangsi kat aku..kekadang rasa geram, tapi kadang2 nak gelak jugak..

dia rasa sangsi kot2 aku ada aje menda nak komplen pasal makcik tu...adoiiii la mak..kalau aku cakap sikit, mesti dia mudah ingat aku nak komplen2 tak puas hati like ada kesan gigit nyamuk..amsyar ni kulit sensitif..tahlah, mungkin masa pregnant aku kuat minum air soya kot..aku ni, usahkan pregnant, hari lain2 pun mmg suka air soya..so bila aku cakap, "amsyar ni nyamuk hinggap aje pun ada kesan!"...so dia ingat aku nak komplen psl makcik tu biarkan nyamuk gigit amsyar...haihhhhh...mak mak...tapi i know well my mother...bila kita explain, dia akan ooooo..ooooo...tanda dah faham..tapi sok lusa, dtg balik angin tu..

macam tadi, hari ni kan sekolah ganti..so, hantar amsyar kat pengasuh, bila agak2 aku dah abis sekolah tu mak aku ambik..plannya nak g open house tapi cancel sebab amsyar meragam..so perbualan aku ngn mak aku hampir menjurus ke arah cakura angin kus kus

aku : mak tak jadilah g open house..amsyar baru tido

mak :takpelah mak pegi dgn yong..tadi pun masa mak ambik, amsyar tu dah nangis2 tak nak dgn org

aku : la, ye ke..tadi sampai umah, dgn ayahnya pun nangis2 merajuk..suap botol, mcm kebulur minum..pastu tido..so malas nak kejut, takut mengamuk balik kang!


mak : eh, awak ni...takkan lah makndak tak bagi dia susu...

aku : eh, mak ni..bila masa pulak kita cakap mak andak tak bagi dia susu...amsyar mmg mcm tu..kalau time ngantuk tu, suaplah baper botol, mmg tak cukup..mcm tak tau plak amsyar tu mcm mana..


mak : owh ye la..

ish..ish..ish...mak aku tu sbnrnya aku tau apa dalam hati dia..apa perancangan dia...walaupun ada yg terkejut kenapa jauh sgt aku hantar anak aku ke pengasuh..aku kuar 6.15 pagi setiap hari tau..

dia nak amsyar sentiasa dekat dgn dia, dia nak tgk amsyar hari2..bila aku hantar kat org kampung aku sendiri..so dia dapatlah tgk hari2 jugak..aku tak kisah..lagipun makndak tu ok jaga budak..harap masa akan dtg pun begitu juga..

mak aku ni takut aku komplen, then tukar hantar ke pengasuh lain..sebab itulah terjadinya insiden2 seperti di atas..apapun aku sayang mak aku..mak mmg rock!hahaha

amsyar with wan gemeti..memilih..nak dgn org2 tertentu aje..mcm mana nak buat ye?


Saturday, September 18, 2010

raya di aquaria

hari raya ke-5, kami anak beranak bersama keluarga mentua berjalan2 di aquaria..bagus juga, lari sekejap dari kehangatan hari raya..relax

kami pergi 3 buah kereta dr bentong.

dalam perjalanan ke aquaria dari klcc..ni merupakan kali ke-3 aku ke sini..1st, bersama rombongan sekolah, 2nd bersama suami masa baru lepas kawen, dan kali ke-3 ni bersama keluarga ramai2

bergambaran bersama buah hati tersayang..amsyar sampai tak tau nak tgk mana satu, tertoleh sana, jap lagi tertoleh kat sini..sib baik bapaknya gagah perkasa, sebab dia jap2 nak dukung. takmo sgt duk dlm stroller.

bersama family in law..mak mentua aku yg pakai baju kurung tu..depan dia tu adik ipar aku, yg tgh snap pic tu, suami dia merangkap biras aku

amsyar yg ketiduran bersama ayahnya..amirr mmg suka masuk tempat2 mcm ni, kalau g zoo tu, dia sibuk nak masuk tmpt yg ada banyak akuarium ikan tuh..jgn tak tau, umah aku ada 4 akuarium, satu dah bagi adik dia..dah boleh buat cawangan aquaria kat bentong dah aku rasa

amsyar pelik masuk kat dlm menda ni..lama2 dia jadi cuak

kesimpulannya, tak banyak yang berubah semenjak 4 tahun yg lalu ketika aku mula2 dtg kat sini..mungkin yang berubah hanyalah ikan2 dlm akuarium tu aje kot...yg lain adalah sama!

tapi enjoy jugaklah sebab pergi ramai2, baru meriah!

Friday, September 17, 2010

aidilfitri 2010

aidilfitri tahun ni kami sambut secara sederhana sahaja meriahnya..tapi yg penting kali ni ada amsyar..persiapan utk anak diutamakan..last minit, baru sedar mak ayah punya brg2 raya tak beli lg mcm kasut, jeans, baju jalan2..

baju kurung ngn melayu tu wajiblah siap awal, nanti takde org plak nak jahitkan baju last minit..

us satu family..belah aku yer, tahun ni giliran aku pagi raya..tapi family akak ngn abg aku takde..masing2 kat umah mentua..nampaknya, abg aku tuh tetiap tahun jer umah mentua ;/


ni gambar kami satu family..tgklah amsyar tu, bapaklah susahnya nak bergambar..mcm2 aksi spastik dah org2 kat depan tu buat, tapi tetappppppp dot dot dot..geram mama..

nota tambahan:kami semua satu family adalah demam! so mood raya adalah limit!

Saturday, August 21, 2010

bersama keluarga mentua

baru-baru ni, aku bersama keluarga mentua berbuka puasa bersama-sama di luar..kalau ikutkan, puasa pertama hari tu dah berbuka di sini, tetapi cancel sebab kami dah berjanji dgn keluarga aku nak berbuka di rumah mak pak aku..

but this time, takde excuse..all family members kena ada sama ^-^..last time berbuka di sini adalah 2 tahun lepas, penuh sesak..dan telah membuatkan aku membuat keputusan bahawa takkan datang ke sini dah..last year punya berbuka, ayah sponsor berbuka di restoran nelayan..itu pun crowded gak tambah ngn aku pregnant, emosi tak stabil disebabkan kerimasan..

tapi thn ni, ok la..nice aje walaupun ada amsyar, biasalah baby mesti ada meragam sikit kan, tapi berjaya ditangani dgn cara keibu bapaan yang semakin mantap..^_^

geram aku tgk baju yg aku pakai tu..sebenarnya itu bukan baju mengandung, tapi aku pakai masa aku mengandung dulu sebab muat dgn keaadaan badan aku ketika itu..so bila dah bersalin ni aku pakai..cissss, memanglah kelihatan seperti perempuan mengandung! lain kali takkan pakai dah melainkan aku betul2 mengandung!

ni sebahagian drp adik2 ipar aku..yg duk snap pic sana sini ni pun adik ipar aku..adik beradik suami aku 3 lelaki dan 3 perempuan..suami aku anak yg sulung

meja hampir kosong sebab kebanyakan pinggan mangkuk semua org kedai dah hantar belakang atau dalam erti kata lain, kutip


and lastly, pic amsyar bersama atuknya..

Friday, August 13, 2010

puasa...konflik

jangan ingat org kampung jauh2 je yg ada konflik part balik kg ni..kami ni pun ada..hahaha

1st day puasa hari tu dan spt thn2 sebelumnya, mesti berbuka kat umah makpak aku..lagi 5 jam nak berbuka gitu, bapak amirr plak kol, ajak berbuka kat KL..terpaksalah tolak atas sebab yg di atas ditambah dengan keadaan dah ada amsyar ni, penyudahnya berbuka telan air jelah kitaorg..amsyar kan dah melasak..makan plak bukan yg jenis buffet tu, tapi yg jenis hidang siap2 atas meja..kang nak suh bergilir, ada yg giliran seterusnya makan ati sebab lauk dah abis...hahaha..biasalah 1st day, imaginasi terlampau akibat perut lapar, semua yg terbayang di mata adalah lazat!

2nd day berbuka di rumah sendiri..aku masak ikan bawal goreng cili api dan sup sayur+telur...amsyar kitaorg letakkan dia dlm walker, letak depan TV..tgk kartun

3rd day pun berbuka di rumah sendiri...aku masak ketam masak lemak cili api san sayur campur+udang..amsyar situasinya adalah sama spt semalam..

so, hari ni ari sabtu..rumah org tua masing2 adalah meriah disebabkan semua balik..so konflik..nak balik umah sapa..bukannya aku taknak balik umah amirr..aku mintak esok ajelah balik ke umah dia..sebab adik aku si zila monster tu ada balik, pastu dia akan mula tiada di rumah until raya nanti..bila lagi nak buka pose sama2..

tapi nanti apa plak cakap makpak amirr..sudah seminggu kami tidak memunculkan diri di sana..kami tak penting kot..hahaha..tap cucu mereka itu adalah penting!

jadi, kes ini tiada selesaian walaupun lebih kurang 4 jam lagi waktu berbuka..sekian!

Friday, August 6, 2010

berkelah di kebun buah-buahan

tajuk pun dah macam tajuk karangan UPSR..amik mood nak UPSR dlm masa sebulan ni :)
last week, aku sekeluarga termasuk umi n hubby piknik di kebun..saja je nak bagi umi merasa kutip buah durian, rambutan dan langsat.

dan piknik kali ini juga adalah merupakan pertama kali amsyar mencemar duli ke kebun aki..kelengkapannya aje dah penuh satu bonet

tgklah, siap berbuai lagi kat kebun..tapi adik2 aku dulu masa kecik2 pun mak aku siap bawak buai gak..merasa lah aku hayun buai siap sekor2 terhantuk kat tiang pondok..hahaha..kijam2!
abah ngn zila..tak paham aku kenapa mereka beraksi begini..adakah disebabkan perut sendat ngn durian..nasik tak mkn lagi..tapi bapak aku dah kureng skit mkn durian ni..fia just layan je kitaorg mkn
amirr mengambil kesempatan memancing keli kat paya kebun..tapi disebabkan masa singkat, tak dapat pape pun..last dia mancing kat sini, masa aku dlm pantang..hmmm ada peristiwa di sebaliknya..buat aku hanginnnnn aje, tapi ada unsur2 lawak ngn saspen..hahaha

ini buah epal..hahaha..mmg biol la sapa tak tau buah ni!

umi ngn hubby nya, gigih memasang telinga, kutip durian, sambut buah langsat yg dipetik oleh abg ipar aku

abg man ditugaskan memanjat pokok langsat..sbnrnya, hanya dia seorang aje yg layak..yg lain bimbang akan mencederakan pokok langsat itu..hihi

lihat..betapa gembiranya makcik ini mengutip buah langsat..

zila membalun durian..

bersembang di bawah pokok.

umi prepare ikan bakar..mmg marbeles..

so, pasni leh la wat lagi piknik2 di kebun.. :)

Saturday, July 3, 2010

taiping with muahhhh..love!

cerita minggu lepas, aku n family pergi kenduri kawen kat taiping. member lama mak ngn ayah aku zaman mereka muda2 dulu buat kenduri sambut menantu..kat mana yer lokasinya..aku lupo..hik hik


panas usah cakap la..berlengas2 segala..amsyar pas puas gelak ketawa, meragam la, apalagi

pastu, bapak aku bawak g kat taman tasik taiping..masa kitaorg kecik2 dulu pernah bergambar2 kat sini, bwh pokok2 ni semua..
walaupun ketika tu usia aku masih mentah, tapi aku tetap ingat kenangan bersama keluarga ku di sini..masa tu, kami baru 3 beradik aje..aku anak yg bongsu ketika itu..

sekarang, setelah berpuluh2 tahun, aku kembali semula ke sini dengan suami dan anak kecilku pula..

ingat lagi, aku, kakak ngn abang pernah bergambar di dalam mulut naga ni..masa aku kecik, terbentuk gaklah naganya..ni macam dah cedera aje rupanya..hihi..sekarang giliran si amsyar pula..
pas bersiar2 tu, kami makan pulak kat kuewteow dolly yg fames ames tu la kat tepeng tu ha..bapak aku kalau out station kat utara, akan singgah di sini belikan tuk kitaorg..

balik tu memasing terlantar kepenatan

Saturday, June 19, 2010

selamat hari bapa

selamat hari bapa buat semua bapa2 di Malaysia.

terutama kepada suami ku yg tahun ini merupakan tahun pertama menjadi bapa..kih kih kih

buat bapaku sendiri..abah, selamat hari bapa

buat bapa mentuaku...ayah, selamat hari bapa

Sunday, May 9, 2010

tak kira hari apa sekalipun..aku tetap menyayangi ibu ku

us with my parents..
us with amirr parents..my parents in law

tidak kira apa jua panggilan mahupun gelaran buat mereka..MAK, IBU, UMI, BONDA, MAMA, MUMMY, MA or even AMMA sekalipun..mereka adalah insan terunggul dalam hidup kita..

buat ibu ku puan norainy dan ibu mentua ku puan norjahlelawati

mak,
sesungguhnya aku sayang kepada mu

mak,
kaulah ratu di dalam hati ini
kasih mu,
umpama hujan yang menyirami bumi
memberikan hidup kepada segenap alam ini

sayang mu,
bagaikan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit
tidak terperi banyaknya
tidak terhitung jumlahnya

mak,
ku ingin kau tahu
ku menyayangi mu
dalam setiap nafasku
hanya untuk diri mu...

-mama amsyar bisyari 090510-

Monday, December 28, 2009

soping, makan, ngidam!

semalam misi mencari tie clip, kasut sukan dan kasut jalan my hubby. kali ni misi jelajahan kami adalah di sogo. mengangkut sekali bahirah yg melepak di opis bapak aku.

selepas itu, kami menjamu selera di manhattan fish market. demi memenuhi sesi mengidamnya aku. antaranya nak makan mendalah ni la..memula memang teruja...akan tetapi..takpe, kita layan gambar dulu..

amirr ngn bahirah perut yg dah ketat akibat makan banyak...

memula dia hantar ni dulu..oyster goreng..nama komersialnya menu ini idaklah aku ingat..tapi, oklah rasanya..cair di mulut ko!
then, selepas beberapa makanan2 sampingan dihidangkan, perut plak dah separuh full, dihidangkan plak main menu..mak aihhhh..ni bukan tuk dua org makan, tapi 10 org makan pun boleh!

ni aksi semata2..padahal pala dok pk..mcm mana nak abiskan ni...

ok sambung semula...aku ngidam nak mkn menda, mula la cari kat tenet...wahhhh..tgk gambar...menitis2 air liur aku...memandangkan lokasi yg terdekat adalah sogo, maka laki aku decide nak soping di sana sambil nak bawak aku mkn kat situ lah...

teruja gila aku..yelah aku tak pernah makan menda ni kan..agak kampung la...tetttt...dah dua, tiga suap masuk dlm tekak aku..boleh aje aku telan..tapi tak kena ngn tekak aku yg suka mkn pedas2 ni...tapi dah mahal kan...(mahal la bagi aku kalau setakat makan 3 org kena charge sampai RM 153++, ngn tax n charge service lagi...padahal nak bayar kena beratur!)..so kitaorg bedal aje..

dan insyaallah ini mungkin yg pertama kalinya dan terakhir kami mkn kat sini...

dan ini pula hadiah tuk diri ku...bukan henbeg ye..ada plak yg slh faham...sling bag kot jenisnye..alah pakai gantung je kat badan kalau nak pakai..tak pyh susah2 nak kepit2 henbeg kat bahu..pakai menda ni tgn kita free aje...aku memikirkan sling bag aku yg dah ada tu dah lama dan lusuh walaupun masih dlm keadaan elok lagi...

lagi satu aku nak menda ni, sebab nanti dah ada baby, mana nak pegang baby, nak pegang hand bag lag...senang nak berjalan2 pun ye gak...yg lama tu, aku simpan..boleh tukar2 pakai je nanti..mahal wooo aku beli yg lama tu...sayang..

Sunday, December 27, 2009

jeram besu white water rafting

18 disember 2009, my sis and my brother in law telah menganjurkan satu lagi event..kali ni depa buat white water rafting plak..lokasi kejadian kali ni adalah di jeram besu.

ini adalah event pertama depa yang kami sertai..sebelum ni just g lokasi nak tgk2 aje walaupun dah banyak kali diajak..kali ni terbukak hati amirr nak join, aku plak keadaan tak mengizinkan..just jadi pemerhati shj..

ni adalah antara peserta2 yang join aktiviti kali ni. penyertaan kali ni, adalah terhad shj di kalangan geng2 kakak n abg ipar aku..acara pemanas badanlah kebih kurang.mak aku pun ada memberi sokongan.

dingi biru ni satu group..akak ngn abg ipar aku naik yg ini..kakak aku yang angkat sebelah tangan dia tu, abg ipar aku yg pegang padle.

amirr ngn adik aku si zila naik yg ini..yg lain2 adalah geng2 akak ngn abg ipar aku,,

masa ni tgh wat water confident..owh aku sgt rindu zaman2 belajar..selalu join aktiviti2 cenggini..sib baik tgh pregnant, kalo tak aku pun gedik nak ber water rafting bagai..

ala ala beach boy...hahaha...mcm nak nyanyi lagu negara ku plak laki aku!