Friday, October 31, 2008

baru balik dan g dinner...

yeaaaaa..suamiku sudah pulang..ptg jumaat, mean semalam amirr smp.amik aku kat umah mak.menantu yg baik harus bagi buah tangan kannnnn.dia bagi teh strawberi, sayur-mayur dan buah strawberi.pastu we all balik umah.aku harus bersiap-siap sebab nak naik bas kul 6 kat skolah.
ni la teh yg amirr beli.rasa mcm teh biasa gak.tapi yg bestnya aromanya berbau strawberi.ekceli dia beli mcm2 perisa.ada lemon, peach, anggur, mangga, cherry dan oren.


as my wish, amirr belikan aku strawberi.sebelum aku bersiap2 nak g dinner, aku melantak jap buah ni. aku bukan la main telan gitu jek.kan masam buah ni.dr kecik mmg aku mkn cicah susu pekat.perghhhhh.sedappppp.mmg mak ngn abah aku ajar mkn mcm tu.ramai gak kengkawan yg aku dah ajar cara mkn camni.kalau datuk siti cicah coklat, aku cicah susu. :)


memula, amik buah tu, kita cicah kasi tebal2 susu kat buah tu..(tgn yg gumuk itu bukan tgn guweeee)

pastu dh agak2 tebal, trus ngap.mmg best gilakkk.
pas mkn2 tu, amirr g hantar brg2 kat umah parents dia plak, aku trus siap2 untuk g dinner.naik bas(bas sewa) kul 6. si alakari tu ckp lambat tinggal.takmo aku nanti kena naik bas central(bas byr tambang) plak g vistana hotel tu.
smp aja kat hotel, kami naik bilik yg dah di book tuk solat.tapi memandangkan kitaorg ramai, so ada beberapa org guru pempuan termasuk aku g kat surau tuk solat. kalau nak tau aku glam ke tak ke.TAKKK, aku tak glam.biasa2 jek.ingat nak pakai baju raya kaler itam aku tu.tapi segan plak.tapi, baju tu sopan ye.tutup aurat lagi.aku pakai kebaya yg kainnya father in law aku beli kat jakarta.berlabuci ngn manik.sori no pic baju kebaya aku tu.so terus kpd story mlm tu ye..

ekceli gambar ni aku nak snap cik scarlet nyanyi.tetiba masuk plak penari latar.havoc.anyway tahniah buat cik scarlet yg berjaya mempertahankan kejuarannya 5 tahun berturut-turut juara karaoke.mmg best suara dia.aku rasa lagi best dr suara alia yg penah kuar dlm MHI tu.

table for us.tak snap pun apa yg aku amik.sumenya aku amik skit2.mungkin aku kenyang lagi disebabkan aku dh mkn kat umah mak sblm amirr amik aku siang tadi.tapi makanan sedap2.lagi satu aku malas dah nak bangun amik makanan.gila malas.nak makan pun malas.haha

kak engku yg telah dipaksa oleh cikgu2 lain tuk menyanyi.."bahizah, kak engku tak nak nyanyi..." namun setelah dipujuk beberapa kali akhirnya kak engku mencemar duli tuk menyanyi gak.dia berduet ngn si alakari.suara kak engku mmg sedap.1st year aku masuk skolah tu, kak engku penah nyanyi depan bapak sedara dia a.k.a sultan pahang..mmg malatop abis time tu.suara si alakari pun best.sore ko sesuai tuk lagu rock kapak la kari.kak linda kagum abis.kak linda ni peminat lagu2 rock kapak.


me and my partner.sis kiah.gila rushing minah ni.blk dr kuantan trus join naik bas g vistana.ni kak kiah.mak andam masa aku kawen.sehati sedondon kan kami.org ckp muka kitaorg sama...?tahlah.setakat ni takde plak keturunan bapak mahupun mak aku mamak.pandai jek dorang ni.mentang2 la aku gelap.tapi kak kiah punya adik beradik mmg mcm pakistan tau.tantekkkk..


kak kiah yg berjaya snap muka ku.alamak ternampak sudah gigi taring ku.aha cikgu panji kan penah request nak tgk gigi taring ku.kos penyelenggaraan yg tinggi tau.kena jumpa dentist selalu.ekceli sume adik beradik aku ada.


di dlm bas sebelum berangkat pulang.sampai jek kat skolah area kul 12.aku bawak keta g skolah.amirr kan baru balik dr cameron.so aku g seniri la.masa dlm area skolah aku start enjin, trus bukak lampu kecik.sebab ramai org.takut depa silau.sampai jek kat umah, masuk je park, aku nampak kat cermin sliding door aku, rupanya sampai ke sudah ku tak pasang lampu.masyallah.nasib baik tk jadi paper.cuai tul.


selingan :
owh ye..mesti korang tertanya2 kan, nape amirr tak ikut sekali.hmmm..aku pun tak tau, aku just tanya dia b4 this, just ask,takde paksa.dia tak nak, so aku tak paksa.aku pun just ask.prefer dia takyah ikut la.tah, aku pun tak tau nape kitaorg mmg jarang enter frame memasing punya hal skolah.padahal dia penah ngajar skolah aku ni dulu dr aku.aku pun penah ajar skolah dia.tah masa aku bercinta mahupun bertunang dulu tak penah terpk pun nak ajak dia. ;) tapi aku mmg biasa je join aktiviti skolah dia.masa aku kawen pun depa banyak tlg luar dan dlm umah.so agak kenal la di situ.so jgn pk bebukan.amirr tak sombong.cuma dia suka main game kat umah ngn download naruto dia tu.errr bila naruto nak abis ek..

Wednesday, October 29, 2008

kekasihku nun di atas sana..

hari ni aku ditinggalkan lagi.wpun selama 3 hari, 2 mlm, aku tetap tak suka keadaan mcm ni.sunyi jek rumah.so nak tak nak, aku kembali ke rumah parents aku smp ari jumaat. amirr g kursus d Cameron Highlands. g buat data pun napelah smp jauh2 kat situ.tensi tau.
abg..kalo abg bukak blog kat sana..syg nak strawberi 1 lori.oraitttt....

ermm sebenarnya begini...

alamak bila baca komen kengkawan rasa serba salah plak pasal isu ubat tu, ramai pikir saya lambat period kan.sebenarnya begini..yang saya maksudkan dgn saya tak period lagi ialah..tarikh period saya yg sepatutnya tak sampai lagi..selalunya tarikhnya adalah awal bulan..la ni kan belum abis pun lagi bulan 10..so disaat2 saya tak kompom lagi ni, saya pi lak mkn ubat yg kuat tu kan.bukannya apa, nak elakkan kekeliruan, buatnya tak de pape kang, saya gak yg malu.tapi kalau ada, sayalah insan yg plg gembira sekali di dunia ni.saya doakan sekali kwn2 yg senasib ngn saya naja, zura, faizah dll moga2 apa yg kita hajati dimakbulkan tuhan.aminnn.terima kasih kepada kwn2 yg amik berat dan yg bagi sokongan.love u all.

Tuesday, October 28, 2008

memasak lagi dan makan obat

semalam aku g melaka sebab nak melawat 2 pupu mak aku yg dok kat sana. tp melaka panas la.drp kecit dulu sampailah sekarang mmg aku g melaka tk pernahnya sejuk.mungkin taburan hujan kurang kot kat sana. sebelum ni mmg la aku dah terasa sakit tekak.balik trus trus menjadi2. mlm tu sampai bentong, sume farmasi dah tutup.sampai je umah trus landing.zzz
sok paginya aku bangun awal.amirr ada mesorat kat PPD.gosokkan bajunya, seluarnya dan buatkan air kopinya. bila dia dah g, aku masih lagi di mood rajin ye, aku kuarkan ayam dr peti ais.kol mak aku ajak lunch kat umah aku. dan aku masak ini...

memula goreng ayam separuh masak dulu..jenuh aku nak ngabiskan goreng satu ekor.

ini dia menu yang sebenarnya, ayam masak taucu. resepi yg diberi oleh member. berbeza skit ngn aku nyer masak taucu sebelum ni.so aku nak tryla. tapi mak aku kata pelikla tapi sedap.sebab buh santan kan.kitaorg mana penah buh santan sebelum ni. di samping itu, aku turut masak sambal petai and buat air koktel buah. berselera adik aku yg dua tu makan.

dan baliknya amir dr mesorat, dia belikan aku ubat.ni ubat sakit tekak.yg ni aku dah biasa makan.so tak pelikla
ubat apakah ini? disuruh mkn pagi dan mlm shj. begitu efektif sekali. aku mkn sebijik, after a few minit, selsema aku semakin berkurangan. wah, kuat betul!

dan ini bahagian belakangnya.amirr beli kat PAHANG FARMASI. nama ubatnya ialah CLARINASE..
p/s :mintak2 lah takde menda jadik kat aku.dah la tak period lagi ni.dah mkn baru terpikir gitu! takut gak sebab ada cikgu skolah aku yg mcm ni. dia selsema, doc bagi ubat selsema, then dia pregnant.so ada efek kat baby dia. sian dia.

Monday, October 27, 2008

batuk selsema

after balik dari melaka, aku mengalami batuk dan selsema..haih..sok dahla nak skolah..

Sunday, October 26, 2008

ray ban and bonia

masa amirr g Pekan baru2 ni kan, ray ban nya patah.huh mcm2 la.dgn kaki melecurnya, ray ban patahnya.so mlmnya dia mengajak aku ke Focus World tuk mencari sunny yg baru.dia banyak travel sana sini g kursus.jadi dia amat memerlukan spec time nak drive.lgpun matanya tak tahan silau.tp masa nak survey and beli tu ada satu kejadian kesian ngn lawak yg berlaku.naty aku citer lenkali.so bila dah jumpa yg berkenan tu(dia amik ray ban gak), dia offer aku."sayang tak nak amik ke?" aku senyap jek.dia sambung lagi "sayang amik la, abg belanja" WOW ok! sepantas halilintar aku bingkas bangun dan memilih..pilih punya pilih punya pilih..akhirnya aku pilih bonia..dan malam itu aku senyum smp ke tinga..

memula tunjuk bekas dia dulu..

dan ini dalamnya.ray ban amirr aku tak amik. time ni dia tgh berangan sambil pakai ray ban kat depan cermin. dan di saat aku taip entry ni, aku tgh pakai bonia ni..GILOS!
p/s:thanks abang..i love u so much!

open house di rumah kakak ku...

ni sedikit entry open house di rumah kakak aku kat tmn sri tanjung..open house yg bermula dr pukul 5.30 petang berakhir pada pukul hampir12.00 malam.jemputan terdiri drp saudara mara dan jiran tetangga termasuk cikgu2 sktf.



kelihatan mandor yg berjalan sana sini memastikan segala persiapan berjalan lancar. plg penting mandor ini merasa semua jenis makanan sebelum dihidangkan kepada tetamu.


sebelum itu, pagi2 lagi aku dh bangun menyiapkan puding trifles aku.mula2 susun swiss roll dlm bekas ye.


salah satu puding trifles yg dah siap.marbeles.


so sebelum dihidangkan kepada tetamu.kena la rasa dulu makaroni ni.ok nampaknya semua ada pass..

malam.tetamu masih lagi sibuk makan.owh lupa.antara juadahnya ialah..ofkos makaroni goreng ai, laksa, nasi lemak, bihun goreng, ketupat, rendang, kuah kacang, puding trifles, kuih muih, air sarsi, air botol.

siap ada live band lagi.kelihatan akak aku yg cover mukanya.sedang melayan tetamu.

dan itu tetamunya.kak kiah.merangkap member gosip, tukang andam and tukang facial bagi akak aku.
majlis selesai, trus vroom balik sebab soknya amirr kena g Pekan.

gila masak...

takde la gila sangat..tapi masuk plak jin rajin masak..aku masak makaroni goreng, puding trifles dan ayam masak lomak cili api..ni bukan la actual gambar kecuali ayam masak lomak..makaroni ngn puding tak sempat nak snap dah selamat masuk dlm perut memasing




jgn salah anggap ye.bukan aku berdua yg makan.puding ngn makaroni tu aku buat sebab akak aku request tuk rumah terbukanya hari jumaat pas. ayam masak lomak tu plak, lunch aku ngn amirr.
kalo ikutkan aku yg biasa.MALAS MASAK.tapi kalo dh akak aku request kan,tak sangguplah aku nak hampakan permintaannya itu.bahan2 sume dah ada.aku beli sebenarnya tuk jamuan sekolah raya kat sekolah aku.tah tetiba dtg plak angin malas aku.idaklah aku masak.kebetulan akak aku mintak aku watkan puding ngn makaroni tu.so aku guna ajelah bahan2 yg dah aku beli tu.
p/s : sori ye kak scarlet.masa akak tanya nape saya tak bawa pape masa jamuan tu.saya tak dapat nak berikan jawapan kerna saya pun konpius nape saya tak buat.la ni baru saya ingat rerupanya MALAS MASAK..hihi


Saturday, October 25, 2008

kerana silat..

malam semalam aku tido kat umah parents aku.kalo aku tido di sana maksudnya amirr takdok.plan asalnya kitaorg kena g melaka ada kenduri.pastu di cancel saat2 akhir disebabkan amirr ada program silat kat Pekan. mmg asalnya aku bengang. depa suka sgt buat program saat2 akhir.pastu ganggu gugat rancangan org lain.mmg aku simpan menda ni.cuma aku warn kat amirr jgn smp aku MALATOP!bukannya sekali dua mcm ni.banyak kali dah.mlm tadi amirr sms aku.katanya kaki sebelah dia melecur.jalan atas bara.haih sib baik aku dh di ambang tido.kalau tak maunya aku membebel 2,3 jam.
sian kat rep.dia plan nak dtg umah aku arini.tp aku dh ada halkan.lain kali ek rep.
jap lagi aku nak g kenduri kawen ngn mak aku.haih lemah tul.tapi nak tak nak kena g gak.sib baik aku dah kawen.kalo tak bapak aku nyer ayat.."naty kalau awk kawen, takde sapa nak dtg sebab awk tak nak g kenduri org". tapi nasib baik kenduri aku dulu alhamdulillah.ramai gak la.bajet 3000.alih2 lebih drp tu plak yg dtg.nasib baik masak banyak.
oklah.aku nak g gosok baju.kang bising plak bapak aku lambat sgt!!!!grrrrr!!!

cantik tak?

haha..mcm nates templates yg baru ni..tp ok gak..tk serabut.amik je yg sedia ada.

p/s : malas dah aku nak godek2..macam SIALAN!!!

maafkan bahasa kureng sopan tuk kali ni ek

Monday, October 20, 2008

ada magik la..

eh..eh..ari ni terasa macam ada magik la.

1. tadi berjaya siapkan laporan PLBS ngn lancarnya.hantar terus.

2. SMM/BMM pun nampak mcm siap ngn jayanya gitu

3. patutnya Rabu kena ganti HEM g mesorat data kat temerloh sbb bertembung ngn mesorat RIMUP. tetiba dia ckp dia cancel RIMUP, dia yg akan g mesorat data tu.WAH SYUKURRRR.(malas nak drive sengsorang sebenarnya)

4.pastu kena submit draft soklan peksa untuk di reso dlm minggu ni.HALAMAK tak sempat nak watla.tetiba GB cakap, dia dah watkan.guna soklan dia.WAH GEMBIRANYA!!!

5.esok ada jamuan raya/akhir tahun PSS.alamak kena bwk juadah la.tetiba kak kiah ckp tak yah.WAH BEST BEST.sebab aku tgh banyak keje ni.maybe sok tak naik PSS tuk tlg apa2.naik tuk mkn jek.nak last touch up SMM/BMM tuk HEM bwk ke temerloh.

sebab tulah aku rasa ada magik sket ari ni.ALHAMDULILLAH..tuhan permudahkan..aminnn

Sunday, October 19, 2008

dah hari ahad

aku tak berapa suka hari ahad.hari ahad menandakan hari terakhir berehat2 sebab esoknya kene kerja. selalunya apa yg aku wat pada hari ahad?
1. aku duk lepak kat umah.tak nak bdn penat sebab takut efeknya di pagi senin
2. tgk tivi
3. ngadap pc
4. tepon mak aku..tanya dia masak apa..kalo best lunch kat sana
5. tido

aku akan berusaha sedaya upaya untuk meminimakan pergerakan aku di hari ahad..(MALAS GILAK OKEH!)
tapi ahad mlm selalunya membosankan sebab mlm ahad amirr g ngajar silat kat bilut..dan setiap kali dia nak pegilah aku selalu bising2(atas beberapa sebab)

sebab tu lah aku tak suka hari ahad!

Friday, October 17, 2008

open house sana sini

memula sekali ingin aku maklumkan di sini bahawa aku takde pun amik gambar kalo g open house sana sini.so sesapa yg baca imagine kan aje lah ye.

memula sekali sewaktu abis jek cuti raya, aku ada wat mkn2 secara kecil2an.ni aku jemput sedara mara dan rakan taulan aje.tak sanggup aku nak wat mcm thn pas.hazab jek letihnya. pastu baru umah member sekolah iaitu kak kiah.tapi ada gak yg aku tak dpt g.sori ek.keadaan tak mengizinkan.pastu aku g umah member aku ngn amir, si fida di mana, di rumah beliau la berlakunya kejadian tragis hatiku luka berdarah!

pastu mlm ni, baru sat ni aku balik dr open house.yg ni dua2 umah org somebody kat bentong ni.1st g kat taman melati, ok lagik.sebab tak crowded sgt.lagipun isterinya sama skolah ngn aku.mkn kat dapur jek aku ngn kak kiah. so kitaorg pakat pas tu nak g umah yg satu lagi.umah kak tina.kak tina ngajar satu skolah ngn amirr.dia ada butik pengantin.aku tempah baju kawen warna biru ngn pelamin kat kak tina ni la.ekceli laki dia baru menang jadik ketua pemuda bahagian bentong.meriah beb mcm thn pas.thn ni apatah lagi sebab baru menang kan.tapi penyudahnya kitaorg hanya lalu saja.org mcm semut.gila banyak.sorilah kak tina.pasni kak tina wat paking lot bebanyak kat area umah tu yek.senang skit nak park keta.kak kiah pun tak jadi singgah atas alasan yg sama.lagipun aku bersyukur gak.sebab laki cikgu tuttt yang sama skolah ngn aku yg suka mengguris hatiku ini asik tepon amirr ajak g sama2..trus aku malas gila nak g.malas jumpa bini dia yg mulut mcm longkang!baik aku blah.balik umah main game lagi bagus.

tulisan buruk

semalam aku tak masak.mmg plan nak mkn kat luar.after maghrib tetiba si bahirah tepon kata nak dtg ngn akak aku.nak setelkan folio geografinya.ekceli selasa pas aku balik umah parents aku.sambil2 tu tgk2 bahirah wat homework dia.dia tgh wat folio dia tulah.tapi bukannya bertaip.tulis tangan.(aku dulu tulis tgn gak sebab masa aku skolah dulu zaman batu).tapi tulisan bahirah.masyaallah.bukan setakat cakar ayam!dah tahap cakar beruang aku tengok!buruk yang amttt (mmg sebijik mewarisi peel abg aku.dari muka sampailah semua part!so aku pun amik lah folio dia yg dah hampir siap.bwk balik umah aku.biar aku yg taip.dah setel tu.aku pas kat akak aku suh dia printkan kat opis.senang sume subsidi.hahaha.tapi biasalah.esok nak antar ada jek yg tak setel lagi.so dtglah dia bersama ngn akak aku wat last touch up.tapi bahirah kalo smp umah aku.dia duk relax je.aku ngn akak aku bertungkus lumus menyetelkan folio dia.dasar pemalas!korang jgn jadik mcm kitaorg.nanti naik lemak plak adik beradik korang tu.jadik mcm bahirah.dia relax je.kitaorg plak yg panik siapkan keje dia.hampehhhhh!

p/s:sampai kebulur aku siapkan assignment tu

Wednesday, October 15, 2008

ayat-ayat cinta..ermm

ayat-ayat cinta..huhu..masih lagi dalam terbayang2 si fahri yang hensem bangat dan si aisha yang mempunyai sepasang mata yang sgt cantik..ada citer di sebalik penantian aku nak tgk movie ni..
movie ni kan ada kat tv3 jumaat malam sabtu..kebetulan jumaat malam tu ada open house kat umah member aku ngn amirr..si shafida..kitaorg g malam..oleh sebab aku teruja nak tgk movie ni(sbb dah banyak kali aku suh si amirr download citer ni tapi tak dibuatnya, baik dia download naruto dia tu!!!), so aku ckp kena balik umah sblm kul 9 mlm..
sesampainya di umah shafida, ada sebuah kuarga yg dah dtg..ekceli ramai tetamu yg dh dtg siangnya..bila aku tgk jek family ni..HALAMAK!!!..rasa tak best, aku ni mmg ada gifted tau, bila aku rasa tak best mean ada sst la yg tak best berlaku..tapi aku wat mcm biasa..time aku slm aje ngn bininya yg merupakan cikgu skolah aku gak leh ayat ni terpacul dr mulut dia
"eh, awak ni makin gemuk plak kak tutttttt tgk! lagi gemuk dari akak plak!" aku senyum dan anggap dia gurau wpun berubah muka aku sbb aku tau point dia nak sebut pasal pregnant.huh!(aku dah buat banci kat ckg2 skolah aku ye..sumenya mengatakan ofkos la aku jauh lagi kurus berbanding dia!)

bila dia balik, shafida ni bisik la kat aku.."ja aku tau pasal apa ko tak suka kat kak tuttttt tu" teruknya mulut dia ja" "ada ke patut dia akap ko bla bla bla..
ok la aku ringkaskan citer..kak tuttt tu yg slalu sound aku pasal anak2 ni sume..dia tak tau agaknya si shafida yg merupakan cikgu satu skolah ngn laki dia tu merupakan roomate aku masa kat maktab..beb,takde rahsia antara kami la! ada ke patut dia ckp akau ngn amirr ni tak nak anak..merancangla..apa la..ish...geram jek aku nak sumpah seranah dia..aku ni kalau marah yg teramat sgt tapi tak terluah..penggantinya ialah air mata neng yatimah la jawabnya..tapi aku stop jap nangis semata2 nak tgk citer "AYAT-AYAT CINTA" bila abis jek citer tu, aku sambung sedih2 mengenang nasib aku..soknya g melaka ngn mata aku bengkak!

tapi bila aku dah ok, aku ngn amirr pun apa lagi layan la lagu ni pada ari ahad yg lalu..aku letak kat side bar di bahagian bwh sekali.

ok jam menunjukkkan sudah pukul 11 mlm.aku nak tido dulu.sok ngantuk kat skolah plak..




Monday, October 13, 2008

trip ke melaka

sabtu yang lepas, aku mengikut rombongan sekolah amirr g wat lawatan ke Melaka.walaupun aku baru je pas pegi sebelum pose itu hari, tetapi aku g gak la sebab amirr ajak n dah bayar tuk aku..banyak tempat kosong tuk cikgu so amirr bwk aku sama.aku gak merangkap pemandu pelancong peribadi bg amirr sebab dah selalu sgt g sana tuk wat lawatan sekolah..tapi ini 1st lawatan aku ngn amirr ke tempat pelancongan di melaka.sebelum ni kalo g melaka pas kawen pun sebab abg ipar aku org melaka..so pic speak better than words.layanzzzz..




















ok la, trip kali ni..memandangkan jumaat malam sabtu tu aku mengalami peristiwa yang tak best, trip ni membantu aku menceriakan balik mood aku.tapi mata aku bengkak beb.dah aku jadik huduh.dah la tak lawa!sib baik amirr layanz aku tip top kat sana.tapi atlis aku tlg gak la amirr mengawasi anak2 muridnya.gambar2 cikgu yg lain aku tak amik la..ermm hujung bulan ni g melaka lagik..ada kenduri la.

Friday, October 10, 2008

air mata..jangan lah kau mengalir lagi..

Ya Allah, jadikan hambamu ini insan yang tabah, sabar dan ikhlas..
sesungguhnya, bukan aku mahupun amirr tidak menginginkan zuriat..tapi itu adalah di luar kemampuan kami..kami telah berusaha namun rezeki itu belum hadir..

kepada insan-insan disekeliling ku..fahamilah situasi aku..aku bukannya insan keras hati..hati aku mudah tersentuh bila bicara tentang cerita yang satu ini..aku tau amirr pun dah abis kata-kata dan cara utk memujuk aku supaya jangan ambil pusing sangat apa yang dikatakan orang..tapi itulah dinamakan budaya org kita..bukan suami yang sering ditanya..si isteri yang menjadi mangsa..isteri yang dipersalahkan..isteri yg dijadikan sebab..sampaikan aku pun terpengaruh yang aku ni puncanya..

peristiwa malam ini membuatkan aku betul2 benci akan insan yang satu ini..sudah banyak tutur katanya melukakan hati aku..namun aku percaya dengan janji tuhan..setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..aku menantikan "HIKMAH" itu..aminnn

air mata..janganlah kau mengalir lagi kerana mataku sudah bengkak! :P

Thursday, October 9, 2008

adakah tindakan aku betul???

korang..ari ni kan kat skolah aku dilanda topan sikit..tu pun terjadi waktu nak balik dah..ish mcm mana aku nak kabarkan ek..ok la mcm ni..aku ni kejenya wat data murid kat skolah aku..agak bz la skit..tgh thn ni, mean dlm bln 6/7 gitu telah berlaku satu pertukaran anatara org atasan kat skolah aku..so aku bekerja di bawah org yg baru
ermm.sgtlah tak serasinya aku ngn dia,mcm2 hal la.aku wat gini..dia suh wat gitu..balik2 ayat dia "kalau kat skolah saya dulu, kitaorg wat begini begitu!" tapi bila aku mintak dia tlg ajar aku, idaklah dia pandai..big mouth aje lebehhh..

so tadi, berlaku la satu insiden yg membuatkan aku tekad berjumpa ngn GPK pentadbiran sekolah aku..aku letak jawatan sebagai guru data smm/bmm utk thn hadapan..tapi aku mulia..aku tak nyatakan sebab musabab yg sebenarnya..aku ckp kat dia, sepanjang aku jadi guru, aku tak pernah lagi pegang kelas(jadi guru kelas)..so bagilah org lain merasa pegang pulak jawatan aku..bagi dia rasa apa yg aku rasa!!!MUAHAHAHA..dia ckp, dia akan usahakan..

tapi adakah aku berdosa buat kat "orang tu" mcm ni..aku respek kat dia, aku kesian gak ngn life dia..tapi serius aku tak leh ngam ngn dia buat masa ni..masa akan dtg tak tau la plak kan..
errr sekarang aku merasakan adakah tindakan aku ni betul???

Saturday, October 4, 2008

cerita raya

selamat hari raya kawan2..masih lagi dalam mood raya..aku pun nak hapdet gak entry raya aku tahun ni..biasalah sebelum bermulanya raya, skolah dh start cuti hari sabtu so aku amik kesempatan wat kuih muih..setel tu aku ngn amirr kemas umah..CARGASSS!!!!
every koner umah kitaorg sental, ubah kedudukan perabot sana sini skit biar nampak feel baru walaupun perabot umah dh lama..iya tak?

ruang study umah yg siap dikemas dan segala brg2 kecik aku capak kat dlm laci nih!


ruang makan..ekceli meja makan marble ni kitaorg beli sebelum puasa.senang tak payah pakai alas meja bagai.tapi meja ni takde yg kerusi empat, ada yg enam saja.takpelah pk nak pakai lama so amik je la.kitaorg letak kat pintu.alasan?saja jeeee...

gelap skit gambar ni. my faberet koner.biskut raya.ok.siap!!!tak banyak.ada 11 jenis kesemuanya.jadilah.amik pengajaaran thn pas.biskut raya bertahan sampai nak tiba bulan puasa thn depannya..dan aku merendang ayam thn ni..1st time bapak mentua aku mkn rendang aku.dia puji abis.kembang jap ai...hihi

dan kalau nak tahu baju tema kitaorg thn ni ialah kaler HITAM!ni gara2 amirr nak sgt beli baju melayu baru kaler hitam.sesuai utk acara2 tertentu terutamanya silat dia tu la..so terpaksalah aku cari baju kaler itam jugekkk

pagi raya di rumah kami, bergambaran sebelum berangkat ke rumah parents aku..thn ni giliran pagi raya kat umah parents aku tau..pas tengah hari baru balik umah parents amirr


pose yg sama seperti thn lepas tapi di kedudukan sofa yg berbeza..selepas bergambaran skit sana sini, sesi bermaaf maafan yg begitu syahdu..sob sob..


di rumah mak pak aku, si bahirah menanti kami pulang dengan kedua biji matanya kelihatan tanda ringgit yg begitu ketara sekali..tapi kitaorg mendera dia dulu sebelum nak duit dia kena berlutut sambil menuturkan perkataan2 yg kitaorg suruh..HAHAHA sangat lawak giler situasi ketika itu..
lepas lepas layan2 tetamu, bertukar2 duit raya..hehe..bapak aku bagi duit raya kat kitaorg lagi..kul 12 lebih bertolak ke umah parents amirr sebab nak jumpa adik dia yg nak bertolak balik ke kg suaminya di penang.malam tu balik semula ke umah parents aku dan melayan tetamu sampailah kul 12 mlm gitu baru kitaorg balik umah utk zzzzz