Wednesday, March 17, 2010

2 bulan sudah


last check up for 2 months
berat dah 5kg
dah dapat suntikan..meraung tak hingat..tapi bapaknya yg pegang..aku takut plus kesian..
alhamdulillah sib baik tak demam..

majlis cukur jambul dan naik buai

alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga majlis cukur jambul dan naik buai putera kami Amsyar Bisyari. majlis berlangsung pada 13 Mac 2010 di rumah ibu bapa aku di kampung gemeti. tetamu jemputan sekitar 200 namun yg hadir melebihi daripada yang dijangka. walaupun begitu juadah adalah mencukupi. tetamu yg dijemput terdiri drp org kampung, saudara mara serta sahabat2 terdekat.

seperti biasa, kami satu kampung bergotong royong menyediakan hidangan. malangnya jurugambar tak bertauliah yg dilantik gagal men'snap'kan gambar juadah dan wajah para tetamu..hampeh mu adik..malas belanja ko dah!

antara juadah yang disediakan ialah rendang ayam, ayam goreng, ikan baung masak tempoyak, ikan tenggiri masak tempoyak, kerabu perut, kerabu salom, ikan jaket dan kembung bakar+air asam,sambal ikan talang masin, sambal kelapa dan ulam2an..

so tatapilah gambar2 yg berjaya di'snap'...

hiasan utk buaian yang akan digunakan nanti

sedikit buah tangan utk orang selawat

juga ini..utk orang selawat dan yang akan potong jambul nanti

malam sblm kenduri, hujan turun dgn lebatnya..

mak dgn abah yang sibuk mengacau rendang ayam dan membuat sambal ikan masin

keesokkan harinya orang kampung dan saudara mara sibuk memasak dari awal pagi

ikan bakar utk para tetamu..berpeluh2 adik aku dan amirr membakarnya

ikan jaket dan kembung sahaja

aku dan kakak aku sibuk menguruskan dalam dan luar rumah

nun di belakang sana tempat orang memasak..

pengantin yg sudah bersedia dgn jubahnya..

orang2 berselawat yang diketuai oleh makcik aku

with mother in law...amsyar behave sepanjang kenduri...gooooooddddd boy

amsyar bersama wannya..mata dah layu..

cantik tak buaian tu..penat aku buat tu...hahaha..(biasa2 aje sbnarnya)

akibat sibuk kejar sana sini, kakak aku tak sempat salin baju kurung


amsyar akan pijak piring2 ni sblm naik buai

tangga tebu yg akan dipijak dan dipatahkan oleh amsyar

naik buai..elok aje naik buai time tu dia lena amatttt..

habis dah :)

Tuesday, March 9, 2010

detik kelahiran amsyar-finale

akum..pd sesapa yg singgah di blog ni, jgnlah marah ye..apalah tuan punya blog ni..citer tak abis..ok kali ni aku nak abiskan ye..sakit gak mata aku tgk blog/cerita yg tak sempurna ni..tapi aku ringkaskannya..

11 januari 2010
6.30 ptgcheck in at hospital sultan haji ahmad shah temerloh
doc check..pasang alat segala bagai mak nenek kat perut/tangan
scan oleh doc lelaki yg muda yg membuatkan aku malu(aku kan pemalu...hak hak hak)
pastu dia cakap yg lain dia nampak tp dada baby dia tak nampak..so dia decide induce sok paginya kul 9 pg..dan dia akan refer to pakar mengenai keputusan scan tadi

8.00 mlm
dah naik katil, makan ditemani amirr..mak aku tah ke mana merayap jadi pemantau interview org kat setiap katil..well mak aku peramah..hahaha(dia bosan sebenarnya tuh)
pastu amir cakap nak balik bentong..sok pagi2 dia dtg sebab induce soknya kan
aku pun bagilah balik..

8.30 mlm
nurse dtg kat katil..time tu aku tgh baca novel natrah yg baru dibeli(sedih wooo bila dapat tau true story)..depa cakap pakar nak jumpa
pakar pun scan balik semula..then dia cakap..."ni bukannya air ketuban kurang sedikit..ni namanya air ketuban mmg takde""mama tak minum air ke?"dia tanya aku..aku cakaplah..."minum..minum"
"ok awak ikut nurse pergi bilik sebelah..saya nak check bawah"..huh berdebar2 jantung aku..nurse suh aku salin kain sarung yg disediakan oleh hospital..doc tu pun check..."eh mama, awak punya jalan dah bukak 3 cm la"pastu dia suh aku tepon suami utk dtg ngn suh nurse prepare kan aku...jantung aku ni usah cakaplah..mcm nak tercabut/luruh semua ada..
aku tepon amirr..rupanya diaorg dah sampai lanchang..kena patah balik..dlm tepon, amir punya terkejut pun usah cakaplah

9.00 malam
aku diusung ke dewan bersalin tuk diinduce..aku diinduce

9.30 malam
kontraksi sudah mula terasa tapi lite2 aje..aku masih lagi mampu relax2
5 org doc pelatih bergilir melakukan eksperimen seluk menyeluk(woi sakit tau tak..sikit lagi lutut aku nak kena pala depa)
cubaan tuk memecah air ketuban..doc terkejut sebab air ketuban keluar dua, tiga titik je

10.00 malam
amirr sudah berada disisi ku..kami borak2...ilang sikit bosan aku..kontraksi makin kuat..tapi aku masih lagi mampu bertahan

1 pagi
kontraksi makin lama makin kuat..katil sudah mula bergegar akibat aku yg makin menggelupur akibat kesakitan yg tak pernah aku rasa, segala macam surah, doa aku baca utk menenangkan perasaan aku..tapi aku tetap rasa panik akibat rasa sakit..hahaha

12 januari 2010
2 pagi
aku dah tak tahannnnnn sangat..time ni aku dah nangis2 dah(jgn ikut perangai aku..tapi serius woooo mmg sakittttt dan aku jenis tak tahan sakit)
nurse datang ..ada ke dia kata aku dijangka bersalin kul 6 pagi nanti...whattttt????aku dah sakit menggelupur dah ni weiiiii

2.30 pagi
weiiiii aku dah tak tahan ni wei...rasa nak terkeluar dah baby ni..doc dtg check kata dah bukak 7-8 cm..pastu nurse rasa..pala baby dah kat pintu wei..bukaknya baru 8 cm..memandangkan aku dah mcm hapa tah..dia suh je la aku teran
maka dgn 4 kali teran keluarlah amsyar bisyari pada pukul 2.46 pagi waktu tempatan..
dan akibat aku wat tak tau masa nurse tu tanya nak gunting ke tak, aku tetap gak teran..maka aku mendapat hadiah jahitan sebanyak 20 lebih kat tutttttt..bapak sakit wei masa dia jahit

amsyar..beberapa jam lepas dilahirkan..kecik cinonit je budak ni..tapi mama nak keluarkan awak masyaallah..speechless..

tapi mama happy sebab amsyar akhirnya hadir dalam hidup mama ngn ayah
jadi anak yg baik ye sayang..