Thursday, August 27, 2009

5 bulan..

alhamdulillah, 5 bulan sudah..
4 months to go..insyaallah..

ptk..

sebelum jawab tadi, ada ke aku terbaca doa selepas azan..cittt

Monday, August 24, 2009

baju raya?

salam ramadhan ya rakan2..hari ini masuklah hari yg keempat kita berpuasa. setakat ini, aku ngn amirr tak penah lagi berbuka kat umah sendiri. dah tiga hari berbuka di umah parents aku. lagipun mak ngn ayah aku dah pesan, pose ni tak payah masak2, berbuka kat umah aje. sebagai anak yg patuh ngn arahan org tua (cehhhh..) aku pun mengikutla..

owh hari kedua tu adalah jugak parents in law call ajak berbuka kat hokkaido sebelah vistana, tapi memandangkan kesihatan aku yg tidak mengizinkan and amirr pun tak nak amik risiko, so berbuka aje di umah parents aku.

erm ari ni pulak mak aku cakap nak buat sup tulang..wuwuwuwu..aku adalah tidak sabar...esok pulak hari jadi adik bongsu aku, tgklah kalo sempat g la jap beli kek..

mengenai baju raya pulak..aku betul2 buntu..aku takde baju raya..sob sob sob..kain awal2 tahun lagi dah beli, tapi bulan keempat ku dapati diri ini sudah berbadan dua..kira punya kira punya kira, hari raya nanti dah 6 bulan..how come nak antar tempah baju sedangkan tak boleh pakai..aku pun tak reti nak suh tailor agak2 kan badan aku yg dah 6 bulan nanti..

pastu ada gak ingat nak cari jubah or baju maternity yg cantik2, tapi dah wabak H1n1 pula menular..agak scary gaklah mengenangkan org pregnant agak berisiko tinggi..so tangguh punya tangguh, skg dah pun bulan pose, nak antar tempah ke apa ke, mmg tkde sapo nak amik dah kan..so gimana???

Tuesday, August 18, 2009

selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan al mubarak

dalam beberapa hari je lagi seluruh umat islam di dunia ini akan menyambut bulan ramadhan iaitu bulan puasa..kali ini ramadhan bagi aku merupakan satu pengalaman yang baru kerana kali ini aku akan menyambutnya bersama baby di dalam perut..haha..mcm mana lah agaknya ye..semenjak mengandung ni, setiap dua jam sekali perut perlu diisi, kalau tak, ngn nak pitamnya, ngn muntahnya..harap2 dipermudahkanlah segalanya..

ramadhan juga begitu bererti buat aku kerana aku dilahirkan pada bulan ramadhan 29 tahun yg lalu..

ramadhan pada kali ini juga disambut permulaannya dalam cuti persekolahan selama satu minggu..ini bermakna sudah dapat dijangka, org ramai akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman pada hari jumaat ni untuk menyambut ketibaan ramadhan bersama keluarga di kampung. dan dapat dijangka juga jam teruk akan berlaku disekitar bandar kecil terutamanya bentong di mana lokasinya merupakan pintu masuk ke negeri2 pantai timur..haihhhh mengeluh lagi org2 bentong..

walau apa pun, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan bulan yang mulia..

Saturday, August 8, 2009

tiada persiapan pun lagi

lagi dua minggu kita bakal menyambut bulan pose..kalau diikutkan thn2 pas, dah ada dah persiapan sikit2 sama ada kain dah beli dan siap menjadi baju raya..tapi thn ni, takde satu pun yg terbeli lagi..yg pasti thn ni aku takkan menguli tepung dan segala mak nenek pastry ke, sebabnya tak kose aku nak ngadap, mau nak putus urat pinggang aku naty..

baju pulak, berkira2 nak beli..tapi nak beli baju raya yg mcm mana..pastinya time raya naty aku dah pun nak masuk 6 bulan insyaallah..nak soping2 pun aku takde mood..sama ada naty aku tak larat(itu yg pastinya) dan takut sebab wabak H1N1 begitu berkembang dgn jayanya di malaysia ni..

maka disebabkan itu, aku wonder la jugak, mcm mana lah raya kitaorg thn ni memandangkan memasing tak pk pun psl persiapan2 ni sume..

Saturday, August 1, 2009

birthday yg ke tuttttttt....29 dah

31 julai setiap tahun menandakan usia aku pun telah bertambah setahun..namun celebratenya tetap ada walaupun dah tua..so ari jumaat lepas, family aku ada wat mkn2 skit..dan yg hadirnya adalah adik badik sendiri jugak..meriahnya bagaikan satu kampung..


antara juadah yg disediakan oleh ibu tercinta..mi kari dan serawa durian..

adik bongsu aku yg sibuk nak jadik model pegang plastik tulisan tu






yg ni plak org kuat di sebalik majlis iaitu suamiku aka amirr..rajin dan bekerja keras dia nolong mak aku masak..tima kasih bang...


adik badik yg lain plus mak ngn abah aku jadik tukang sorak duk kat depan..baper kali snap dah disebabkan adik2 aku yg sengal dan senget duk ngacau..aku tak tiup lagi, muncung depa yg dah ready..

apapun..aku bersyukur kerna berpeluang lagi menyambut hari lahir..tima kasih kepada family tersayang yang melahir, membesar dan mendidik aku...dan terima kasih buat suami ku juga atas kasih sayang yang diberikan..i love u all so much..muahhhh

p/s:malu tgk badan sendiri yg dah gumukkkkkkk..tttidaakkkkk