Thursday, April 30, 2009

sup dan resepi laksa

lunch for today..sup ayam yg cepat dan mudah dimasak..


resepinya adalah sama aje bagi mana2 sup ayam yg ada..mungkin aku punya yg paling tak kedebomm la kandungan bahan2nya, tapi bagi aku inilah yg best..bagi akulah..aku ni ikut bagaimana mak aku masak..so sebab lidah aku dah biasa dgnnya sejak dr kecik, resepi mak akulah yg terbest..

begitu juga dgn laksa..ini menu ahad minggu lepas..dan inilah resepi laksa asam yg menjadi menu setiap tahun umah aku time beraya..

1 bungkus laksa basah
5 ekor ikan kembung(rebus,asingkan tulang,kisarkan isi)
3 biji bwg besar(kisar)
cili boh(ikut tahap kepedasan memasing)
itu velachannn(belacan skit)
daun kesum(aku suka banyak dlm 2 ikat)
bunga kantan(4 kuntum)
serai 4 btg
asam keping(5-6 keping)
garam(secukup rasa)


hiasan:
timun(hiris seperti yg sepatutnya)
salad(sama gak)
bawang besar(hiris)
cili merah(hiris)
telur rebus

cara-caranya:(adoi penat dah menaip)
blender isi ikan dgn air rebusannya
masukkan isi ikan yg dh blender, cili boh, bwg kisar, baki air rebusan dan 1 mangkuk air dlm periuk
masukkan serai, bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan dan garam
dah masak boleh hidangkan bersama bahan2 hiasan..

sekiannnn..

Monday, April 27, 2009

pergilah woi...

konpius guwe..errr..nak g ke tak nak..nak g ke tak nak...atau ke..arghh susahnya nak membuat keputusan utk ke satu tempat pada mlm ni..nak g ke tak..bila tanya itu amirr jawapannya lebih ke arah baik punya sifat iaitu pergilah...cis tak membantu langsung aku untuk menjadi kera sumbang!hmm still trying contact anyone who can go wit me..nampaknya takdop pom..

alah g ajelah..org nak bagi makan pom susah..lempang kang baru tau!

slps ini akan berjanji pada diri sendiri supaya maniskan mulut bertanya pada jiran2 terdekat yg mungkin hendak g skali tapi malu gak nak bertanya pada aku yg mmg sedia pemalu ini..(aku kalau bab makan mmg pemalu)

Sunday, April 26, 2009

ahad tiba lagi..

akhirnya ahad tiba lagi..tak puas bermalas-malasan di rumah..kalau dh start isnin tu hmm mmg menghadap kerja aja..tapi bagus gak kalau banyak kerja ni..masa terasa cepat berlalu..alih-alih dah jumaat balik..

setelah sekian lama aku tak memasak lunch, akhirnya arini aku bersungguh2 di dapur bagi memenuhi keinginan suami yang mahukan laksa..so alang2 nak masak laksa tu, aku masak sekali tuk tiga buah umah..dapat bayangkan betapa banyaknya aku masak..tapi takpe..sekali sekala kan..dan seperti biasa tugas deliverynya semestilah amirr...ada amik gambar tapi malas nak cucuk2 kabelnya..

ok sambung citer ahad..bla bla bla..seperti biasa..bangun pepagi..g pasar..masak2..malam keseorangan sebab suami menjalankan tugas menjadi "pendekar" di bilut..manakala aku plak akan menyetelkan mana2 tugas yg tak setel such as gosok baju(kalau rajin..kalau malas pagi baru aku gosok), tanda buku, basuh pinggan mangkuk..pastu tutup pintu dapur dan kunci..pastu tgk tv pastu sms suami suh balik cepat..hihi..

oklah geng..mau menghantar suami ke muka pintu..tata


Wednesday, April 15, 2009

jemput makannnn

rumah aku memang laku sup or tomyam saja..yg berasaskan kuah..tiap minggu mesti ada 1 or dua kali aku masak sup/tomyam..tapi isi dia tukar2lah..tak kisah pun..lagi ok ada..sonang amat masaknya..kalau menggulai/merendang tu..boleh membuatkan aku jadi hangin tak tentu pasal kat dapur..stress sebab lama sgt..


dan udang..agak lama gak aku meninggalkan udang/sotong..tapi aritu adik ipar aku bagi seplastik..aku pun apalagi....hasilnya amat mengenyangkan...

Tuesday, April 14, 2009

mari makan laksa....

erkkkkk..upsss....alhamdulillah...





marbeles seperti biasa..sapa lagi nak puji diri sendiri melainkan diri sendiri jugak....

Monday, April 13, 2009

terima kasihhhh

thanks abg..pasni lagi satu kasut plak ye..aishhh..apasal la takde saiz plak time tu...



Saturday, April 11, 2009

akuarium untukmu dan akuarium untukku..

baru-baru ni, aku telah menghadiahkan amirr sebuah akuarium comel..walaupun hanya kecit sahaja tapi nak menyumbatkan segala2 menda kat dlm tu pun makan ratus gaklah..takpelah demi yg tersayang..

so mcm2lah kami beli..tapi mcm lebih aku plak..nak letak itulah inilah..dia hanya nak bela ikan kecik2 je mcm neon tetra ngn zebra fish..tapi aku lebih suka ikan warna warni..nampak meriah skit...

ni lah ikan yg kami beli..pastu aku suka kat dlm tu banyak rumput rumpai..tapi dia plak tak suka..semak katanya..bagi aku biarlah nampak betul2 mcm dlm laut walaupun sebenarnya ikan2 tu bkn ikan laut..

last2 akibat asik nak berebut je padahal akuarium tu milik dia..hambik!!!!dia belikan akuarium yg lain tuk aku..lagi besar drp yg aku hadiahkan kat dia...

so mcm nilah rupa akuarium aku yg telah aku touch up kan..kalau boleh aku nak beli arca yg ala2 istana lama tu..boleh ikan2 aku main2 kat situ..hihi..over melampaukan..tapi aku suka je nampak meriah walaupun laki aku kata semak..

so..inilah ikan2 pilihan aku..ikan emas 6 ekor, ikan bandaraya sekor dan ikan laga sekor..suka namapak biru skit..

owh selain tu kitaorg ada bela ikan laga 3 ekor..tapi letak dlm botol2 kecik la..dan sekor ikan puyu juga letak dalam lain akuarium..dah mcm kedai ikan plak umah kitaorg ni ha..

Saturday, April 4, 2009

kursus and geng..

salam semua..hari ni aku bangun pagi2 seumpama pagi nak g sekolah..org lain still tido atau bermalasan2, aku plak kena pergi ke satu tempat. tapi aku rasa, kursus ni amat penting bagi aku lebih2 lagi aku bukanlah terhasil daripada bijak pandai bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu..tapi sekarang, bila dah jadi cikgu BM ni aku kenalah cedok mana2 ilmu yg berkaitan dgn subjek yg aku ajar..asalnya aku mendapat tawaran tuk menjadi cikgu sains..dan maktabnya kat batu rakit terengganu..

tapi setelah mengambil kira pelbagai faktor, aku ditukarkan oleh FIL aku ke BM dan secara tak langsungnya kena belajar kat maktab di kuala lipis..ini satu cabaran bagi aku..sepanjang aku mengajar, aku pun turut belajar sama..lama2 aku rasa, BM ni sebenarnya menarik dan penting..

berbalik kpd citer kursus tu..(sayangnya tak snap gambar sana sini...)..kiranya kehadiran aku ke kursus tu umpama reunite balik ngn geng2 maktab..dan duduk kat dlm dewan tu sekelompok..teringat semula zaman kami semua study dulu..meriah habis..asik lah gelak tawa aje..enjoy...atlis terubat jugak stress2 hal2 kerja sekolah tu..

kami ni dulu masa study mmg rapat..kemudian berterusan buat aktiviti sama2..tapi pabila kawin..mestilah komitmen rumah tangga harus didahulukan..tapi dlm geng kitaorg, aku dan amirr telah tersurat jodoh antara kami..antara geng2 bentong yg ada tadi aku, surayni(sk sri layang), suhaida(sk janda baik), idil(sk lurah bilut) dan fiza(sk lebu)..kalo ada yg lain mesti dewan tu kecoh ngn kitaorg jek..

weiii..rindu nak mcm dulu..jom jumpa2 nak?

Thursday, April 2, 2009

tahniah kak kiah..usaha mu tidak sia-sia..

salam..di sini aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan tahniah atas kejayaan bergandanya dalam tahun ini..namun berita mengenai kejayaannya diperoleh dalam minggu yg sama..kalau nak tahu, kak kiah ni merupakan mak andam aku masa aku kawen dulu..dan dia antara cikgu yg aku anggap sebagai kakak aku di sekolah...

kejayaan yg pertama kak kiah ni ialah dia berjaya mendapat anugerah khidmat cemerlang...tahniah..selain drp dia, mektie dan suaminya..tahniah..korang mmg patut mendapatnya..mereka ni guru2 yg berpengalaman kat sekolah aku..banyak jasa mereka kat sekolah ni tau..tak tersenarai kat sini..

kejayaan yg kedua kak kiah ialah...akhirnya setelah 8 tahun menanti dengan penuh kesabaran dan linangan air mata akhirnya kak kiah disahkan mengandung 6 minggu..aku rasa aku org pertama yg dia bagitau pagi2 buta kat sekolah semalam..mmg aku bersyukur sangat2..kejayaannya memberi inspirasi buat aku supaya tidak mudah putus asa..melihatkan usaha tungkus lumusnya utk mendapatkan anak..memang aku kagum....TAHNIAH KAK KIAH!!!!..