Monday, June 27, 2011

bila ni?

bila nak ada sign bersalin ni..kontraksi?hanya yg palsu je. dah 37 minggu ni..tak larat dah nak seret kaki berjalan ni..

Sunday, June 26, 2011

37 weeks

usia kandungan mencecah 37 weeks..mak mentua cakap, kalau nak cepat bersalin,

banyakkan berjalan(done! keje aku turun naik bangunan dan umah tu dah kira lebeh dr berjalan),

buat keje umah spt menyapu dan mengemop lantai(separa done! sebab yg ni kalau aku buat over acting boleh mengundang mslh lain. spt sakit belakang, penat melampau sampai muntah2)

kalau ikut rasa aku sekarang, mmg tak sabar dah nak bersalin..cepat atau lambat, rasa sakitnya tetap sama, so baiklah cepat.

oh ye, aku pun dah isi borang permohonan cuti awal bersalain..cuti awal 2 minggu dari tarikh due..so pas di kira2 maybe khamis minggu hadapan hari terakhir sebelum cuti berpantang, insyaallah..mmg tidak sabar..maklumlah membawa badan yg berat ni :)

doakan semoga semaunya selamat dan dipermudahkan oleh Allah..aminnn

Friday, June 24, 2011

bluekkk!

maharaja lawak jatuh kpd kump sepah..aku mmg suka lawak2 dr sepah sebab ada unsur2 kemelayuan..tapi start last week, depa start buat lawak mengenai talk show ustazah bahiyah. cara penyampaian ustzah n kemesraannya bersama suami dipersendakan..

mula2 aku gelak gak..tapi bila tgk 2nd time, aku mula terpk..eh, apa perasaan org yg dipersendakan..seribu kali ustazah berkenaan tak kisah sekalipun, aku rasa sbg org melayu/timur/malaysia, kita masih lagi mempunyai batas2 bila bergurau..

nampaknya, minggu ni modal yg sama sehingga dijulang menjadi juara..hmm

bila aku komen kat status kawan aku, nampaknya ada yg pangkah aku..siap cakap "just lawak" tu..hmm bolehlah ko cakap mcm tu sebab tak kena batang idung ko!terpulanglah kalau ko nak gelak berguling2 sampai ke tanah sekalipun..aku just menyatakan pendapat aku cik kak oiii!

Sunday, June 12, 2011

demam di akhir kehamilan

sabtu iaitu hari semalam area kul 5 pagi, terasa badan panas..panas tapi gigil2..sah mmg demam..bangun dlm keadaan terhuyung hayang g kat tingkat bawah..baring kat ruang tamu..melepek..dan perasan yg baby kurang gerak..tunggu area kul 9 pagi, gerak ke klinik..

doc check..semuanya ok, degupan jantung baby ok..maybe baby tido..doc pesan suh monitor pergerakan baby..kalau tak gerak, g spital trus..bagi ubat demam

balik umah, makan dlm 3 sudu mi goreng mamak yg sempat tapau balik dr klinik, trus mkn ubat ubat..tido dalam mengerekot sebab rasa sejuk..tgh hari baru kuar peluh dr badan..tapi still tak larat nak masak..mak mentua yg baik hati telah masakkan sup ayam..amsyar pun di poskan ke sana supaya mamanya boleh rehat

balik dr umah mentua, makan ubat sambung tido..ptg tu berpeluh lagi wpun kepala masih lagi ketoyong..

alhamdulillah, hari ni kuat balik..kalau tak terpaksalah mc sok nya..marah plak org..dahlah baru cuti panjang..nak sambung cuti plak lagi.. ^O^..peace yooo

Thursday, June 9, 2011

fine!

kalau beginilah keadaanya mmg terbuktilah tiada keadilan..

dulu aku rasa mungkin perasaan aku sahaja yg terlebih2..namun stlh ku lihat sendiri bukti2 yg nyata..maka mmg sohihlah..

kami sekeluarga diibaratkan spt "kos lepas"..

lepas ni apa yg aku akan buat?

aku akan buat biasa2 aje..tiada lagi nak amik2 hati ni semua..usaha nak amik hati pun pasti akan terselit nama2 org lain..

fine!fine!fine!