hari : senin
masa : 12.50 tgh hari
dari tempat aku, kelihatan Cikgu R sedang menggunting alas meja yg telah dibelinya pada waktu rehat. alas meja tersebut berwarna coklat. pada mulanya aku tidak menghiraukan aktibiti yg sedang dilakukan oleh Cikgu R itu. namun lalu Cikgu Z di tepi meja aku..
Cikgu Z : bahizah tak pergi ke ambik alas meja kat Cikgu R itu?
aku : eh, semua dapat ke?
Cikgu Z : a'ah..g la amik..
aku pun apa lagi sederap bangun menuju ke Cikgu R. Cikgu R yg memahami tujuan aku itu terus menghulurkan apa yg aku hajati iaitu alas meja coklat. setelah alas meja berada di tanganku, tanpa melengahkan masa, aku terus mengenepikan kesemua fail, kotak buku, buku-buku dan bekas pensel di atas meja ku. selepas itu, aku terus menebar dan membentangkan alas meja tersebut. kemudian aku susun semula barang2 ku di atas meja ku yg terbentang alas meja yg baru. barulah bersemangat aku nak menanda buku. baru hendak menyambung tugasku yang terbengkalai sebelumnya, datang pula Cikgu R ke meja ku
Cikgu R : eh, ni sebenarnya utk guru kelas pasang kat meja guru dlm kelas. awak tak pegang kelas kan?
aku : la.. iye ke..saya tak tau..awak pun main bagi je tadi..malunya saya..
Cikgu R : takpelah..kalo org tanya ckp saya bagi sebab kelas saya dah ada alas meja yg cantik
aku : eh tak pe ke?
Cikgu R : tak pe..cakap saya bagi
aku : tima kasih ye..
walaupun begitu aku tetap rasa serba salah..naty mesti ada org tak puas hati..
keesokan harinya aku tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri kursus di Bukit Bendera Resort..namun sepanjang kursus itu, aku tetap memikirkan pasal alas meja..entah kenapa aku berasa tidak sedap hati..jadi aku sudah berkira2 mahu menanggalkan alas meja tersebut..tidak mahu kelak ianya menimbulkan sebarang kontroversi..
hari : rabu
masa : 7.00-7.30 pagi
pada pagi rabu tersebut, aku datang ke sekolah seperti biasa.tapi aku harus menyiapkan rancangan mengajar terlebih dahulu, barulah aku akan buat seperti yg aku rancang..sedang leka aku menyiapkan rancangan mengajar aku, datang Cikgu M hendak menggunakan mesin fotostat yg terletak berdekatan dgn mejaku..tiba-tiba Cikgu M menegur ku
Cikgu M : Mcm mana awak boleh pakai alas meja ni?
aku : oh, yg ini salah faham, tapi Cikgu R bagi kat saya sebab kelas dia dh ada alas meja..
Cikgu M : mana boleh awak pakai ni..kitaorg beli untuk pasang kat meja guru di dalam kelas..
aku : ok kak, nanti saya tanggal..(sambil menunjukkan aku perlu menyiapkan rancangan mengajar terlebih dahulu)
Cikgu M : awak tak boleh pakai ni..kitaorg beli memang cukup2..kalau HEM nampak naty mesti dia bising sebab dia yg suruh beli ni..
aku : ok kak, jap lagi saya bukak balik
masa ni muka aku dah merah padam tahan malu, marah(sebab tak reti bahasa), rasa nak mengalirkan air mata sebab menahan perasaan geram..Cikgu M pula membelakangkan aku sambil meneruskan tujuan asalnya hendak memfotostat kertas..setelah urusannya selesai manakala aku masih lagi memikirkan strategi dan langkah pengajaran dan pembelajaran aku hari ni, dia menyambung kembali kata2nya..
Cikgu M : ini kalau HEM tengok ni, mesti dia marah..dia suh beli utk guru2 kelas
aku : ok kak, ok kak.. saya tanggal..
dia pun terus berlalu..tanpa membuang masa, aku mengenepikan semua barang2 aku, lalu aku menanggalkan ALAS MEJA COKLAT itu..aku lipat2kan dia mcm kiuh lepat pisang dan terus ku letakkan di atas meja Cikgu R..sepanjang perhimpunan pagi itu, aku tidak bercakap banyak dengan rakan2 ku yg lain disebabkan aku cuba menahan air mata dari terus keluar..bunyi saja loceng, aku terus masuk ke kelas dan menjalankan kewajipan aku sebagai seorang guru..sedang aku mengajar di kelas 6 Satria, aku mendapat satu mesej dari Cikgu R..mesejnya berbunyi begini..
~nape pulang balik alas meja tu..ngajuk ke?~
namun, aku tidak membalasnya..pabila selesai mengajar, terlihat kelibat Cikgu R di dalam bilik guru, aku tidak dapat lari
Cikgu R : kenapa bagi balik alas meja tu?
aku menjawab soalannya dengan senyuman dan berkata
terima kasih..saya dah pulangkannya..
dan untuk Cikgu M, aku hendak meminjam sedikit kata-kata cikgu benggali sekolah aku..
"INGAT AKU HADAP SANGAT KE ALAS MEJA COKLAT TU!!!!!"
paper la kn..?
ReplyDeletealas meje pon nk kecoh..
ckp sekali dh lar..
kite leh phm..
sbor wak..
saye phm.,.
gitulah cik star..kekadang kita tak kenal benar2 hati budi org..rupanya sgt complicated.. kekadang kat tmpt keje..hal yg remeh leh jd isu sebulan..
ReplyDeleteNasib la sek Fini kecik ja..x la bnyk ragam..tp adat la, bunyi2 tu ada juga, tp x teruk sgt. Dgr tp x amik tau sgt. Lagipun kat sek tu, ada org ckp Fini ni lambat...haha..lagi baik, lambat tau..kdg tatau. Huhu
ReplyDeletecikgu R? cikgu M?...
ReplyDeleteFUH...mujur nama penuh ai Erra Fazira...akakakaa