Thursday, May 15, 2008

selamat hari guru

selamat hari guru buat semua guru2 di seluruh Malaysia..termasuklah ibu dan bapa kerana andalah guru bagi anak2 ketika di rumah.. aku mewakili semua guru2 ingin menzahirkan isi hati kami melalui bait2 lagu ini..


biarku menjadi lilin

biarku menjadi lilin
memberikan cahaya, terangi sekeliling
dengan diri terbakar, tak siapa yang sedar
di saat kegelapan, rela aku berkorban
demi satu harapan

biar masa berlari
dan kau terus mendaki, aku tenang di sini
dengan sabar menanti, tanpa dendam dan benci
andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
ku rawat biar sembuh

aku takkan bertanya
apakah nanti balasannya
setiap pengorbanan, setiap pemberian
demi satu ikatan
keikhlasan di hati, walaupun sering kau ragui
pada suatu masa, dan suatu ketika
akan terjawab jua


lagu ini memang memberikan kesan yg mendalam ke atas diri aku..terima kasih buat guru-guru aku dari aku tadika, skolah rendah, skolah menengah, matrik, degree, maktab dan kat skolah ni..
korang ingat tak lagi nama guru korang dr tadika sampai la skolah rendah..
mcm menarik je kan..ermm aku nak recall balik ah cikgu yg aku ingat dan memberikan kesan yg mendalam ke atas diri aku smp sekarang


tadika : cikgu siti..ajar nyanyi, menari, kenal huruf..
#aku g kenduri kawen dia..rerupanya kawen ngn org kampung aku ler#
#sekarang dia pengusaha kantin#

darjah satu : cikgu Cheam..guru kelas aku ni..cikgu cina..ajar BM, BI, Muzik, Maths..banyak gila..
#sekarang dia dh lama pencen tp slalu jd guru kontrak kat skolah aku..still mcm dulu..cam tk caya leh ngajar skali ngn cikgu masa darjah satu dulu#

darjah dua : Puan Tui Soke lan..cikgu maths aku..alahai lemah lembut..aku suka..
#skrg dia GPK hem kat skolah laki aku..tp aku slalu gak g kursus ngn dia(kekadang aku ganti GPK hem aku g mesorat dan kursus)..dan kitaorg slalu jd partner..dia slalu gak citer kat org aku anak murid dia..suka aku#


darjah tiga : cikgu noraziah..cikgu BM dan guru kelas aku..
#erk..tak leh memain la..nenek sedara aku..tp aku baik dlm kelas..sekarang dah pencen..ada duk kat umah#

darjah empat : cikgu Rihana..cikgu BM dan Maths..
#tegas tp baik..adil..tak berat sebelah..mmg aku respect abis la..adik MB ni..#
#aku jumpa dia semula masa aku jd kerani sementara kt PPD bentong..skrg dia pegawai kat sana#
#last2 aku kawen ngn anak sedara dia..si amirr..hihi#

darjah lima : cikgu mariani..Cikgu BM
#tak tau la..last aku dgr dia dh lumpuh n tinggal ngn anak dia kt KL#
#suka puji aku..aku suka..hihi#

darjah enam : cikgu mat sarim..cikgu maths
#perghhh..ngeri siot kalo tk siap keje skolah..tp disebabkan kegarangannya tulah aku rasa kitaorg jd org skrg kot#

banyak siot..tulah tk terhitung guru2 yg mendidik aku menjadi seorang insan..tu lom letak skolah menengah lagi..tak larat ler nak taip..hihi..tapi jasa guru tidak ternilai sehingga aku berjaya seperti ini...

1 comment: