Saturday, November 1, 2008

makaroni goreng

ok.atas permintaan cik nano, maka di sini aku sertakan resepi makaroni goreng aku yg tak seberapa ni.masa sebelum aku kawen, makaroni aku adalah mengikut resepi asal iaitu banyak menggunakan buah tomato dan tomato puree. so rasa dia lebih kepada masam2 pedas gitu.tapi disebabkan aku kawen ngn org yg tak tahan mkn masam2 ni, maka, aku telah mengubah suai mengikut citarasa tekak melayu, no longer italian style..dan disebabkan mengikut citarasa tekaknya, maka makaroni ni telah menjadi makanan faberet dia.

ni aku masak masa family in law dan member amirr dtg beraya umah aku thn lepas.smp 3 round aku kena masak
yg ini aku masak thn pas gak.tapi aku tak ingat atas sebab function apa buat..

yg ini masa open haouse umah akak aku. snap dulu sebelum habis.yg ini aku wat satu periuk besar.gigih sorang diri

yg ni plak masa birthday amirr thn ni.bwk ke rumah in law aku

so, bahan2nya ialah :
1 bungkus makaroni (spiral ke, fretucini ke, tiub ke..aku suka tiub, tapi laki aku suka spiral)
1 bungkus daging/ayam cincang(jenama ramly)
10 batang sosej(dihiris nipis)
1 tin cendawan butang(hiris nipis)
1 tin prego(ikut citarasa.ada byk pilihan.ada cendawan herba, ada keju herba ada original dll)
1 biji lada benggala(cincang)
1 biji carot(cincang)
1 biji bawang jepun(cincang)
2 biji bwg besar(kisar)
5 biji bwg putih(kisar)
cili api ikut tahap kekebalan lidah masing2(kisar)
3 sudu besar cili boh
cara2nya:
1. tumis bhn2 kisar + cili boh sehingga naik bau
2. masukkan prego
3. selepas mendidih, masukkan daging/ayam cincang
4. selepas daging/ayam masak, masukkan sosej yg tlh dihiris nipis2 dan gaulkan sebati
5. masukkan pula cendawan, lada benggala, carot dan bwg jepun, gaul sebati
6. masukkan garam ikut citarasa.(peringatan.prego tu mmg dah sedia masin)
7.tutup api
diperiuk yg lain, rebus makaroni ngn air ditambah sedikit minyak sehingga lembut.
setelah masak, hidupkan semula api bhn2 kuah makaroni tu dgn api yg kecil
masukkan makaroni yg dh siap direbus ke dalam kuali.siap....
selamat mencuba..

2 comments:

  1. hye tgh jln2 jenguk blog :D
    cam sedap jek tgk makaroni ni..
    terus teringin..hehehe

    nnt bebila nk try wat ah :D

    ReplyDelete
  2. waah ija...nanti akak nak try la resipi ija ni..

    ReplyDelete