Monday, December 1, 2008

hari bertolak dan tiba di kuala perlis

kami sekeluarga pergi seramai 7 org iaitu aku, amirr, yong(akak aku), abg man(abg ipar), mak, zila dan bahirah.ikut cadangan asal nak guna crv bapak aku..tapi abg man ckp tak muat dan naty balik lagi penuh ngn brg2.akhirnya kami pinjam bapa saudara aku nyer van..sgt luas dan selesa tuk 7 org..memandangkan kami pergi hari rabu, so abah ngn abg aku tak dpt join..habis takkan nak tutup opis plak kan..habis sume org g langkawi..abah aku telah ditugaskan oleh mak aku supaya menjaga umah saja.mak aku dah sediakan stok makanan tuk abah aku sepanjang kami semua bergumbira nanti..
kebetulan semasa kami hendak bertolak hujan turun sejak dari petang membawa ke malam..pas siap2 masukkan brg, bahirah ngn terujanya hendak menutup pintu bonet van(alah pintu belakang van tu)..haha apalagi, abis sume air terjun atas dia..dah la nak bertolak..huhu..padan muka..pas slm2 ngn bapak aku..kami pun babai bapak aku(muka sedih wooo bapak aku sebab kena tinggal)
perjalanan tidak selancar yg diharapkan..apabila tiba sahaja di rawang, tetiba lampu depan tak menyala..kami pun berenti di stesen minyak petronas kat highway area rawang..kami sume panik dah..amirr godek punya godek..akhirnya lampu van menyala semula..
kami tiba di jeti kuala perlis pukul 6 pagi..time ni aku rasa seperti nak terkucil..bila masuk aje tandas kat jeti tu..uwekkkk..geli geleman aku..tandasnya tersangatlah menjijikkan..hello..pihak2 yg berkenaan..tlglah prihatin sikit..tak malu kah pada pelancong luar tgk kebersihan tandas kita?aku kuar..aku ngn mak aku g kedai seberang jln jeti..nak guna tandas kedai tu..tapi kitaorg oderlah roti canai kan..segan plak nak main redah je tandas org..
dan kami menaiki feri pada pukul 7 pagi..sepanjang perjalanan aku tertido..letihnyaaa...

1 comment: