Saturday, January 3, 2009

hari untuk lepaking di umah

hari ni hari ahad.esok hari isnin.esok juga merupakan hari pertama persekolahan.hari pertama bekerja dengan mengadap anak murid.maka hari ini aku kena bekukan diri di rumah.hadkan pergerakan.

jap je masa berlalu.dah abes pun cuti.teringat hari pertama cuti..minggu pertama g sekolah.relax buat kerja itu ini sebabnya tak payah terkejar2 masuk ke kelas. pastu minggu kedua plak g holiday kat langkawi..wah mmg HOLIDAY betullah.minggu ketiga plak menyambut hari raya haji.minggu keempat dah mula mood holiday terasa semakin menipis dan ha sekarang ni dah pun abes..isk..isk..
tapi takpe, feeling takde mood ni akan segera pulih.bila dah come back to school tu, kita akan hilang dah manis2 cuti tu..time to work!

namun yang pasti, cuti kali ni amat2 menyeronokkan dan enjoy sepanjang aku bergelar guru ni.apa taknya..

masa memula aku menjadi guru pada tahun 2004, cuti sekolah je aku kena masuk maktab..dahlah masa tu hari raya puasa jatuh time cuti hujung tahun.time org tgh beraya sakan, time tu la aku kena duk kat maktab..suasana ini berterusan sampailah hujung tahun 2005..dua tahun aku tak merasa nikmat cuti..pastu hujung tahun 2006 plak, aku dah tak leh berjalan jauh sebabnya cuti hujung tahun tu bizi buat persiapan majlis kawen aku ngn amirr pada bulan januari 2007.gila pack cuti tu terkejar sana sini..hujung tahun 2007 plak, kitaorg hanya menghabeskan masa kat umah aje.duit banyak dileburkan tuk kelengkapan dlm umah.plg jauh kitaorg berjalan pun ke bukit fraser aje..tapi sonok la jugak..so sebab itulah aku rasa cuti kali ni kita enjoyyyyyy...

so atas sebab itu aku rasa takde alasan tu aku bermalas2an nak balik kerja..huhu

1 comment: