Monday, September 21, 2009

citer sebelum raya dan raya pertama

hari ni dah masuk raya yang ketiga..cepat betul masa berlalu..terasa baru semalam menyambut bulan ramadhan..

persiapan sebelum raya..actually amirr dah berdikit-dikit dah mengemas rumah dan sebagainya seminggu sblm raya..malas nak tunggu last minit.nanti tak terbuat.sian gak kat dia, tapi memikirkan kandungan lebih diutamakan, maka aku hanya mengikut arahannya supaya duduk diam aje..(besttt..hihi)

tapi a day before raya, sementara amirr mop sana sini, aku plak merendang ayam, rebus ketupat, masak air banyak2 buat stok air masak, buat ais..pendek kata aku hanya bahagian masak memasak la..setel bab tu, area nak berbuka, gerak umah mak pak aku tuk berbuka..sampai aje sib baik adik2 aku dah setel kerja2 kat umah mak pak..kalau tak, mengemas lagi la nampaknya..rumah amirr pun begitu juga, adik2nya dah setelkan..

bukannya kitaorg tak concern psl umah parents memasing, mslhnya, raya pertama pun umah aku diserbu oleh kaum keluarga, sahabat handai dan jugak bebudak kecik..sebab tu kitaorg always get ready..

raya kali ni giliran umah amirr..jgn ingat duk dekat takde istilah giliran raya..ada!!!giliran pagi raya sebenarnya..pas balik dr sembahyang raya, kami berdua adakan sesi bergambaran berdua..amirr nak sgt amik gambar aku bersama perut yg membulat..tapi tetap tak berapa nampaklah..aku plak, tatap nak pakai baju kurung, last2 jumpa gak baju kurung yg masih lagi muat walaupun agak seksa gaklah..so terpaksalah menggunakan tema thn lepas, iaitu "black"..pas bergambaran, sesi bermaaf-maafan, part ni mmg kalah, cecepat je aku salam2, mintak maaf ngn kiss, takleh dipanjangkan adengan syahdu ini, nanti habis make up aku..huhu

pastu baru bertolak ke rumah parents amirr yg hanya sekangkang beruang je..hihi..makan2, borak2, pastu baru bermaaf-maafan dan sesi memberi duit raya pada yg masih lagi ditanggung..haha..then bertolaklah kami sekeluarga beraya sana sini ke rumah sedara mara amirr di area benus, kemudian ke rumah nenek amirr, barulah bertolak ke rumah aku..sapa sangka, di hari raya, jalan masih lagi jammed..so bila family amirr dah balik, aku ngn amirr pun lepak plak umah parents aku..bersalam2an, bergambaran, bertukar2 duit raya..

pastu bapak aku ajak beraya kat umah parents amirr(kira macam berbalas kunjungan la gitu)..sampai sana bergambaran lagi..kemudian lepak2 kat umah aku plak..

malam tu berkonvoi beraya umah kakak aku sambil nengok citer hancock..

gitulah citer raya pertama kami bagi tahun 2009..(gambar masih lagi belum di transfer)

No comments:

Post a Comment