Thursday, November 19, 2009

keputusan UPSR!

segala2nya sudah terjadi, berlaku dan tidak boleh diulang kembali.

hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. secara jujurnya aku dan rakan2 seangkatan agak frust.tahun ini keputusan merosot setelah beberapa tahun menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit. bukan sahaja dari segi peratus lulus, malah bilangan 5A juga turut merosot.

terlalu banyak air mata yang aku lihat pada hari ini. air mata murid-murid, air mata pendidik dan air mata ibu bapa. ada air mata kegembiraan dan sebaliknya. bagi air mata sebaliknya atau dalam maksud yang lain air mata kekesalan, tiada apa yang boleh kita lakukan.keluar air mata darah sekalipun takkan merubah keputusan yang sudah tertulis. jadikan ianya satu pengajaran utk terus berusaha pada masa hadapan. tebus kembali kekecewaan anda!

ramai pelajar yang menangis kerana keputusan tidak seperti diharapkan. tapi dari pemerhatian aku tadi ada sekelompok murid yang menangis bagaikan histeria apabila mendapat keputusan mereka. aku turut jadi sebak. tapi...merekalah insan-insan yang ...entahlah malas nak cakap di sini. diharap, keputusan ini menjadi pengajaran..pengajaran dan pengajaran bagi mereka.

aku selalu berpesan dan mengingatkan mereka.."tak payah nak tunggu keputusan rasmi keluar. kita sendiri sepatutnya boleh agak dan jangka apa keputusan yang diperoleh berdasarkan usaha kita. kalau bersungguh-sungguh, maka cemerlanglah hasilnya..kalau main-main maka teruklah hasilnya."

dan selalunya nasihat itu bagaikan di angin lalu..sedih..sedih..tapi apa boleh buat..nasi sudah menjadi bubur. perjalanan anda semua masih lagi jauh. jgn berputus asa..

No comments:

Post a Comment