Friday, January 1, 2010

suka duka 2009

kini kita telah pun berada di tahun 2010..2009 pula telah kita tinggalkan..banyak kenangan suka duka yg berlaku sepanjang 2009 ni..

disahkan mengandung
alhamdulillah..setelah 2 tahun lebih melayari bahtera rumahtangga, akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mei...kegembiraan yg tidak terkata..seakan tidak percaya. bersyukur sangat!

peralihan kuasa
ni perihal kerja..selama ni hanya dgr2 cerita org shj mengenainya..tapi tahun 2009..merasainya..alhamdulillah walaupun pada mulanya banyak ribut..tapi kini masing2 mula menyesuaikan diri!

ptk
tahun ni merupakan tahun pertama aku mengambil ptk!wow..ni pun kira bersejarahlah kan..walaupun 2 kali amik pada tahun ini..resultnya tetap sama...3-3..

bela ikan
ni pun kira penting gak ni..umah kecil kami dihiasi dgn 4 buah akuarium sekaligus..rasa tenang je bila dgr bunyi aliran air dlm rumah seolah2 berada di tepi sungai...

umrah
ahli keluarga ku selamat menunaikan ibadah umrah..namun bukan rezeki ku utk sertainya bersama kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan..(aku dah pregnant!)

itu adalah antara peristiwa2 penting yg berlaku dlm hidup ku pada tahun ini..

utk tahun 2010 pula insyaallah, peristiwa yg paling penting dan menggembirakan ialah kami bakal menimang cahaya mata..itu shj fokus aku buat masa ini..yg lain2 tunggu after aku bersalin nanti..insyaallah..

No comments:

Post a Comment