Wednesday, March 17, 2010

majlis cukur jambul dan naik buai

alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga majlis cukur jambul dan naik buai putera kami Amsyar Bisyari. majlis berlangsung pada 13 Mac 2010 di rumah ibu bapa aku di kampung gemeti. tetamu jemputan sekitar 200 namun yg hadir melebihi daripada yang dijangka. walaupun begitu juadah adalah mencukupi. tetamu yg dijemput terdiri drp org kampung, saudara mara serta sahabat2 terdekat.

seperti biasa, kami satu kampung bergotong royong menyediakan hidangan. malangnya jurugambar tak bertauliah yg dilantik gagal men'snap'kan gambar juadah dan wajah para tetamu..hampeh mu adik..malas belanja ko dah!

antara juadah yang disediakan ialah rendang ayam, ayam goreng, ikan baung masak tempoyak, ikan tenggiri masak tempoyak, kerabu perut, kerabu salom, ikan jaket dan kembung bakar+air asam,sambal ikan talang masin, sambal kelapa dan ulam2an..

so tatapilah gambar2 yg berjaya di'snap'...

hiasan utk buaian yang akan digunakan nanti

sedikit buah tangan utk orang selawat

juga ini..utk orang selawat dan yang akan potong jambul nanti

malam sblm kenduri, hujan turun dgn lebatnya..

mak dgn abah yang sibuk mengacau rendang ayam dan membuat sambal ikan masin

keesokkan harinya orang kampung dan saudara mara sibuk memasak dari awal pagi

ikan bakar utk para tetamu..berpeluh2 adik aku dan amirr membakarnya

ikan jaket dan kembung sahaja

aku dan kakak aku sibuk menguruskan dalam dan luar rumah

nun di belakang sana tempat orang memasak..

pengantin yg sudah bersedia dgn jubahnya..

orang2 berselawat yang diketuai oleh makcik aku

with mother in law...amsyar behave sepanjang kenduri...gooooooddddd boy

amsyar bersama wannya..mata dah layu..

cantik tak buaian tu..penat aku buat tu...hahaha..(biasa2 aje sbnarnya)

akibat sibuk kejar sana sini, kakak aku tak sempat salin baju kurung


amsyar akan pijak piring2 ni sblm naik buai

tangga tebu yg akan dipijak dan dipatahkan oleh amsyar

naik buai..elok aje naik buai time tu dia lena amatttt..

habis dah :)

No comments:

Post a Comment