Wednesday, May 5, 2010

bulan mei tiba kembali-bulan di mana aku disahkan mengandung

bulan mei kini tiba kembali..mengingatkan aku kisah yang berlaku kira2 setahun yang lalu..kini alhamdulillah segala2nya telah pun selamat..

apa yang berlaku pada bulan mei?...sukar utk aku lupakan kerana pada bulan inilah aku telah disahkan pregnant..syukur tidak terkata..

bukan seorang, dua yang bertanya bagaimanakah aku berjaya mengandung setelah hampir 2 tahun 4 bulan(ketika itu) berkahwin?malah ramai..ramai sangat..aku terharu..malah ada yang sukar percaya..aku tak salahkan mereka kerana pada ketika itu aku seolah2 berada di awang2an antara percaya ataupun tidak..hmmm

aku masih ingat lagi seminggu sebelum itu, aku terasa lenguh2 di paha..aku pun hairan..nak katakan aku baru lepas berjoging, tak pulak sebab aku dah lama tak berjoging..
bayangkanlah lenguhnya sehingga membuatkan aku sukar untuk memanjat tangga pergi ke kelas2..

aku fikir ada dua sahaja kemungkinan..

yang pertama, mungkin akan tiba masanya keluar bendera merah

yang kedua, walaupun sukar, tapi aku nak letak juga sebagai salah satu kemungkinan yg berlaku iaitu...mungkin aku mengandung!

walaupun tarikh sepatutnya aku period pada hari rabu, namun, rasanya aku sudah tidak sabar lagi utk memastikan bahawa adakah aku benar2 mengandung?

naluri aku kuat mengatakan sedemikian! tanpa berlengah masa, pada pagi isnin, aku terus ke toilet utk melakukan apa yg sepatutnya...................................+ve.....alhamdulillah

akhirnya aku disahkan mengandung oleh doktor..syukur tak terhingga..

p/s:nanti aku postkan pula apa yg aku dan suami usahakan..insyaallah semoga ianya boleh dijadikan panduan dan penguat semangat buat kawan semua..

No comments:

Post a Comment