Saturday, January 28, 2012

restoran mualaf

dulu masa masih berkawan, kami pernah makan di sini bersama kawan2 yang lain..selepas itu, terus jatuh cinta pada restoran ini..kemudian kami bercinta dan seterusnya bertunang, pernah membawa keluarga masing2 makan di sini..kemuadian berkahwin, dan bila meraikan hari2 istimewa, tempat ini pasti termasuk dalam list kami dan bukan shj termasuk dalam list, malah kebiasaannya ia terpilih utk kami meraikan hari2 special kami :)

menu2 wajib kami ketika di sini jika tidak memilih steam boat, antaranya, siput (kupang) sos istimewa, tauhu besi panas, tomyam yg super duper umphhh, kerabu mangga..memang memuaskan..

amsyar yg sudah datang ke sini beberapa kali sejak berada dlm perut mama lagi..

kepekatan tomyam yg menyelerakan

mak yg pasti tidak menolak jika diajak ke sini

walaupun perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit, namun amat berbaloi..restoran ini dimiliki oleh mualaf cina..turut ada beberapa cawangan di daerah lain..

Restoran Mualaf, pilihan kami seisi keluarga

p/s:agak2 owner dia baca tak utk jadikan aku duta..boleh makan free?hehehe *dasarmukatakmalu*

No comments:

Post a Comment