Tuesday, June 5, 2012

bubur nasi

bubur nasi adelia, suka baca blog dr halina aka wife astronaut tu..blog dia banyak memberi inspirasi dalam penghasilan baby food. sebelum ni aku hanya masak nasi yang bertukar2 lauknya sahaja. kadang2 letak ayam, kadang2 letak ikan. sayur pulak kadang2 letak brokoli, kadang2 carot.kadang2 bayam. kadang tambah sikit kentang. tapi melalui blog beliau mcm2 jenis bahan lain yang boleh dijadikan baby food ni. sebenarnya sblm ni aku tahu tapi malas nak buat sebab rasa leceh. tapi sebenarnya kadar "leceh"nya tu adalah sama spt baby food yang aku buat utk adelia.

contohnya seperti di bawah :

ayam memang aku siap2 potong kiub dan letakkan dalam bekas dadih. buat stok utk seminggu. sehari satu bekas. bila nak masak just keluarkan sahaja.

carot pun potong dadu
tambah sikit bawah putih dan daun sup utk aroma

pastu kesemua bahan tu aku labuhkan bersama beras. dari usia 6 bulan sehingga 10 bulan aku memang tak menggunakan minyak. sekarang baru aku gunakan sedikit. bahan2 tu aku tumiskan dengan olive oil.

disebabkan aku tak mampu utk bangun pagi2 nak buat bubur adelia, jadi aku telah menggunakan khidmat slow cooker. letak malam, esok subuh, bubur dah masak dan ready utk di blend.

disebabkan baby food dalam blog dr halina telah memberikan inspirasi buat aku, jadi lepas ni aku semakin bersemangat nak buat mcm2 jenis puri utk adelia. eh, dah lebih 10 bulan puri lagi? ya, sebab adelia masih belum ada bayang nak tumbuh gigi!

No comments:

Post a Comment