masa2 cuti mmg seronok n berbaloi2 berkumpul bersama family..lunch treat at my house. mama buat ayam masak lemak cili api, ikan bawal asam pedas, kangkung goreng belacan, ikan terubuk masin goreng. wan amsyar pulak buat sambal kelapa yg super duper sedap, budu, ulam jantung pisang, pucuk ubi, pegaga. memang hancus diet hari tu. tapi rasa mcm tak kisah lah :)
meja sarat dgn makanan. aki amsyar mmg makan dulu. dah tak tunggu dah. tapi dia makan sikit je. mmg my sis cakap abah mmg catu makan lately lepas keluar hospital. dekat ofis pun makan sikit je
bila mama letak gambar ni dalam fb, ada student mama cakap, banyaknya makanan, mesti tak habis.
u wrong dear. memang habis!hahaha.
tgk si kecik tu, dia tak makan tapi nak jugak duk kat org tgh makan. depan dia harus clear. kalau tak habis ditepuk2nya nanti.
only boss sit here. dia nak makan menghadap tv. biarlah asalkan tak kacau org lain. tapi hadap ajelah kalau hemah makanan sepah sana sini. nasi kalau melekat kat lantai, bukan setakat kena sapu, malah kena mop jugak..berganda punya kerja.
majlis bersurai pada pukul 2 petang. kul 3 semua org tido. tapi mama bangun awal. area pukul 4.30, terasa macam kepala pening2, tapi tak rasa berdenyut pulak. eh, suspen jugaklah mama, kejut ayah yg tgh tido atas tilam kat lantai, dia cepat2 duduk atas sofa lepas mama cakap rumah mcm bergegar. then ayah tunjuk lampu rumah. memang lampu rumah bergoyang2. mama dah suspect mesti ada gempa di mana2. yes, betul. time tu gempa di acheh.
sekarang ni takde yg mustahil. masa ambil paper geog masa SPM dulu, cikgu mama cakap, tsunami takkan berlaku di Malaysia disebabkan kita tiada gunung berapi dan gunung berapi tu sgt jauh. tapi tsunami dah pun berlaku di Malaysia. semoga kita dilindungi sentiasa olehNya. amin.
No comments:
Post a Comment