haih, masuk hari ni dah 3 hari bentong dilanda gangguan bekalan air..bila dah takde air ni mcm2 lah kerja/urusan tergendala..mmg susah dibuatnya
bila takde air ni, banyak urusan harian aku terganggu. contohnya
1. mandi tak puas dan kena jimat cermat
2. tak boleh masak, sebab air yg keluar terlalu halus dan putus2
3. aktiviti membasuh kain baju tak dapat dijalankan walaupun hari cantik utk sidai baju
membakullah lagi baju..baju amsyar aku kena basuh selalu sebab baby kan banyak tukar2 baju. kejap kebocoranlah, peluhlah, muaklah, tumpah susulah..mcm2lah lagi
4. pinggan pun menimbun..semak mata aku tgk..nanti mulalah ada sikit2 bau sebab pinggan yg ada sisa2 makanan tak dicuci
5.tandas pun..euwwwww..lama2 air tangki akan kurang so takut nanti tandas pun tak leh dipam setelah diguanakan
6.minum air pun catu2..sebab nanti air habis dan kalau minum banyak nak ke tandas pulak..air lagi..huhhhhhh
kenapalah ambik masa berhari kot2lah ada kerja penyelenggaraan pun..dan lori JBA dgr citer tak pergi ke semua tempat..
sungai/jeram/tempat rekreasi pun penuh sebab org bentong terpaksa mandi sungai tuk jimatkan air di rumah..
harap2 air akan adalah menjelang petang nanti..aku nak masak wehhhhh..laparrrrr
No comments:
Post a Comment