Saturday, February 4, 2012

queen control?

orang luar lebih nampak apa yg berlaku dalam rumah tangga seseorang berbanding orang dalam rumah tu sendiri..

bila suami jenis malas keluar rumah, baginya lebih baik baca komik kat internet atau main game yg baru download sampai sanggup tak tidur..orang kata
ha, tu bini tak bagi keluarlah tu

bila suami cakap nak keluar melepak, dia dah siap2..pastu berenti jap depan tv sebelum keluar..alih, daripada tercegat depan tv terus duduk kat kerusi malas sampai bini tanya.."aik tadi kata nak lepak dgn si abu, si ali, dia jawab, "tak jadilah" orang kata
ha, tu tak dapat green light la tu

bila suami cakap nak siapkan keje kat sekolah nak buat data smm..sambil2 tu tanya problem2 yg berkaitan data kat bini yg pernah pegang data smm kat sekolahnya selama 4 tahun ..alih2 bukak laptop terus buat kat umah sambil2 tanya kat bini problem solving berkaitan itu itu..orang kata
ha, tu kena jaga anak la tu

mulut terlalu lancar menuturkan kata2 yang boleh membikin hati orang menjadi panas..
tanggungjawab suami isteri zaman kini dan dahulu banyak berubah selaras dgn persekitaran..dahulu hanya suami sahaja yg memikul tanggungjawab mencari nafkah..kini rata2 isteri pun turut sama meringankan beban suami..beban tugas di tempat kerja adalah sama sahaja..

kerjasama maksudnya di sini adalah seperti kalau sorang memasak, sorang kena jaga anak..tapi bagi aku plak..memang amirr tak berapa pandai buat kerja rumah..boleh buat tu adalah..tapi lambat..dan selalunya akulah basuh pinggan, akulah memasak..dia mop lantai suka..sebab tu dia lagi suka jaga anak berbanding buat kerja2 rumah..itu KERJASAMA namanya..

dan adakah kerana itu aku layak digelar queen control?

Monday, January 30, 2012

pembuka selera

jemput makan, hidangan tak seberapa..
tapi cukup utk memenuhi isi perut seisi keluarga..
yang menambat selera semestinya sambal tempoyaknya,
musim raja segala buah bakal melabuhkan tirainya,
musim tempoyak pula menghiasi menu masakannya
baunya pasti menguasai segenap isi dalam peti aisnya
apa boleh buat, pasrah sahaja dengan makanan kegemaran sejak dari zaman kecilnya

usah kau lihat pada rupa pucatnya
baik kau rasa, pasti kerongkong kau bergelora
ikan patin juga sesuai dijodohkan bersama
labuhkan sahaja kamu berdua pasti menjadi hidangan istimewa

Sunday, January 29, 2012

budak demok ni kan...

ini budak demok kan, sudah 6 bulan, kiranya 1/2 tahun.
budak demok ni kan dah pandai nangis2 mintak org dukung
budak demok ni kan dah mula makan..tapi bapak payohnya nak makan..siap nangis2
budak demok ni kan kuat minum susu..time malam ada 3 round minum susu
budak demok ni kan dah kenal muka mama, ayah dan abam
budak demok ni kan, suka gelak2 dan senyum2 bikin org geram, mulalah org nak cium2 dia
budak demok ni kan suka mengomel2 dalam bahasa german



hai, sayalah budak demok.

sekian,
mama demok

Saturday, January 28, 2012

restoran mualaf

dulu masa masih berkawan, kami pernah makan di sini bersama kawan2 yang lain..selepas itu, terus jatuh cinta pada restoran ini..kemudian kami bercinta dan seterusnya bertunang, pernah membawa keluarga masing2 makan di sini..kemuadian berkahwin, dan bila meraikan hari2 istimewa, tempat ini pasti termasuk dalam list kami dan bukan shj termasuk dalam list, malah kebiasaannya ia terpilih utk kami meraikan hari2 special kami :)

menu2 wajib kami ketika di sini jika tidak memilih steam boat, antaranya, siput (kupang) sos istimewa, tauhu besi panas, tomyam yg super duper umphhh, kerabu mangga..memang memuaskan..

amsyar yg sudah datang ke sini beberapa kali sejak berada dlm perut mama lagi..

kepekatan tomyam yg menyelerakan

mak yg pasti tidak menolak jika diajak ke sini

walaupun perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit, namun amat berbaloi..restoran ini dimiliki oleh mualaf cina..turut ada beberapa cawangan di daerah lain..

Restoran Mualaf, pilihan kami seisi keluarga

p/s:agak2 owner dia baca tak utk jadikan aku duta..boleh makan free?hehehe *dasarmukatakmalu*

Thursday, January 26, 2012

YEAY..AMSYAR DAH 2 TAHUN LA!

12/01/2012..genaplah amsyar bisyari berusia 2 tahun..yeye..2 tahun dah anak mama..kejap je berlalu masa..baru aje terasa pregnantkan dia..setelah 3 tahun menanti akhirnya amsyar lahir ke dunia..

amsyar sekarang semakin aktif..(kekadang terasa mcm hyper), banyak dah suku kata yg pandai disebut dan ikut apa yg kita cakap..kadang2 ada pelat sikit..kekadang buat kita rasa terhibur, kekadang buat kita rasa nak jadi mak lampir

dah ada adik ni, sikit2 terserlah sifat "ABAM"(abang) dalam dirinya..tahu nak pujuk adik bila nangis, "diam..diam" pujuk amsyar..tapi last2 dia jerit "DIAM"..tapi adik memang berhenti menangis..bila dgr suara abang..tak kira abang tgh mengomel2 ke..ada berdekatan ke..mmg adik akan tertoleh2 cari abam nya..

apa pun mama doakan agar apa yg terbaik dan terhebat menjadi milik amsyar..mama pasti ayah pun doakan yg terbaik buat abam :)





Saturday, October 1, 2011

beraya di rumah baru dan baby baru

alhamdulillah, tahun ini kami diberikan rezeki untuk beraya bersama baby baru dan rumah baru...tapi walaupun rumah baru, tiadalah make over yg dibuat memandangkan kos masuk rumah baru pun boleh membuatkan kami berdua laki bini berguling2 akibat tak percaya air pun tak dapat menandingi betapa derasnya duit kami mengalir keluar dari bank dan poket masing2 T___T

gambar di atas sekadar hiasan..family dan sedara mara datang beraya dgn menikmati mihun soto yg sambal kicap bisa membuatkan mereka menangis kepedasan, barulah KAWWW..

sekali lagi redha memiliki anak yg mempersembahkan aksi akrobatik serta gulingan2 di hadapan para tetamu..bagus, tak payah mama upah jamal abdillah utk menyanyi malam tu!

Thursday, September 15, 2011

sarapan di luar

salam 1 malaysia..sempena cuti ni kan, walaupun aku tak merasai kemeriahan bercuti sebab aku masih lagi dlm cuti, kami breakfast di luar..kali ni g jauh sikit kat mcd genting sempah nun..

amsyar tgh addict menembak guna pistol mainan..tiap kali lori lalu abis ditembaknya, siap kembang2 lagi lobang idung

family pic..adelia pun ok menunjukkan prestasi tingkah laku yg membanggakan mamanya..takde aksi soprano yg cuba dilakukan

amsyar yg tak pernah main gelongsor. so takut2 aje main..ayahnya punya psl la..takde cita2 nak membawa anak bermain2 di taman permainan..baik dia nganga2 tido kat umah

amsyar yg susah dikawal..gitulah kalau memiliki anak bujang..redha ajelah dgn aksi2 yg membikin hati panas senantiasa

ok, sudah mau pulang, mak lang tolong tangkapkan gambar adelia ngn mama