Saturday, May 17, 2008

bahasa melayu vs bahasa malaysia

ups..ini bukan politik site yekk..aku cuma nak cerita sket mengenai seseorang yang boleh kita gunakan simpulan bahasa "sombong bodoh"..mcm kasar aje bunyinya..tp itulah..puas aku memerah otak nak cari persamaan dgn org yg aku nk cerita ni..

baru2 ni aku kena wat in house training mengenai PLBS kat skolah aku..wat dlm bilik mesorat skolah aku..masa aku mengahdiri kursus dan taklimat PLBS peringkat daerah ni..sudah timbul isu Bahasa melayu or bahasa malaysia ini..ini kerana pihak yg memberi taklimat kpd kami asyik menyebut bahasa melayu sehingga beliau ditegur oleh salah seorang guru yg mengikuti taklimat tersebut..dari segi penampilan dan gayanya terserlah orgnya bukan calang2 guru..berpengalaman dan superb...so pegawai tu pun minta maaf dan menggunakan istilah bahasa malaysia..oklah aku rewind balik

area Jun 2007, kabinet yg dipengerusikan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersepakat mengubah penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia..so terterala di mana-mana akhbar arus perdana mengenai keputusan ini yg telah berkuatkuasa ketika itu juga..walaupun ia menimbulkan pelbagai spekulasi kerana Bahasa Melayu itu sendiri ditukarkan daripada Bahasa Malaysia oleh Anwar Ibrahim masa zamannya dgn kerajaan dulu..oklah itu put at the other side..

so buku teks di sekolah rendah tahun 1 hingga 5 yg telah dibuat 2 atau 3 tahun sebelum ini masih lagi tertera perkataan bahasa melayu..tetapi buku teks tahun 6 yg baru dicetak tahun 2007 telah menggunakan istilah bahasa malaysia yg menunjukkan penggunaannya telah berkuatkuasa di sekolah rendah..

so apa main pointnya aku nak cerita kat sini?..hehe..tgh2 aku bercakap adalah sorang guru yg duduk di hadapan aku ni angkat tangan..dia pun bertanya.."er..bahasa melayu ke bahasa malaysia?" aku pun cakap kat dia "bahasa malaysia".. dia pun angguk..tetiba mencelah plak org disebelahnya..

dia : eh..bahasa melayu la
aku : er kak..masa saya g taklimat ari tu, dia cakap bahasa malaysia
dia : itu utk kursus..utk belajar di dalam kelas guna bahasa melayu..awk tak caya awk tgk buku teks darjah satu..dia tulis bahasa melayu..
aku : saya tau..tp skrg kita guna bahasa malaysia..dah berkuatkuasa..
dia : tak..tak..tak..(sambil jari telunjuk bergerak2 mcm wiper keta) awk tak caya awk g tgk buku teks darjah satu tu
owh susahnya bercakap dgn org yg nak menang je ni..last2 aku ckp
aku : oklah kak naty saya semak semula..
tetiba menyampuk plak org di belakangnya dan bercakap kepada dia..
org blkg : eh kak..skrg guna bahasa malaysia la..kan ada kuar dlm paper..
aku tgk muka dia mcm tk puas hati je..haihhh lantak ekau ler..aku pun sambung semula taklimat aku yg telah dipotong nipis2 oleh guru berkenaan tadi

tak kisahlah apa pun istilahnya..bahasa melayu ke..bahasa malaysia ke kerana pengisiannya adalah sama sahaja.. aku sebenarnya bukannya apa..aku nampak ke arah mana dia nak pergi tadi..hehe..aku hanya tersenyum dan tersengih sahaja la..aku yg muda, belia, setahun jagung ini memberi taklimat dan memberi tugas itu dan ini kpd cikgu2 yg jauh lebih berpengalaman dr aku..so paham2 je la..yg lain ok..cuma dr riak wajahnya, tutur katanya..terzahir dgn begitu jelas sekali..kalau sekadar utk menegur..tak perlulah suara mu itu dikuatkan UMPAMA TEKAKMU ITU TERTELAN SPEAKER!!!!!

2 comments:

  1. akakaka...sape plak yg ko marah ni jijah oi!jap nak fikir...kalo suara yang tertelan speker tu macam kukenal..mungkinkah ianya kak M..sape ek? yang pasti bukan ai ..sebab suara ai merdu!ahahahahaha( jgn mare)

    ReplyDelete
  2. no no no..bukan kak M..ada lagi..huhu..dan yg plg pasti bukan sore cik scarlet sbb suara mu itu merdu umpama tercekik speaker..kah kah kah..

    ReplyDelete