Sunday, November 15, 2009

jangan pandang orang sebelah mata!

baru2 ni aku ada add request seorang mamat yg aku kenalinya sebagai pen pall di zaman persekolahan. mamat ni dari utara semenanjung. kami dikenalkan oleh rakan aku yg bertukar sekolah ke sana.

itu pengenalannya..dia sering menulis surat kepada aku. biasalah zaman2 remaja dan org menulis, aku membalasnya. isi surat kami pula sering berkisarkan hal2 sekolah, pelajaran maklumlah time tu nak SPM dan ada jugakla terselit kisah2 peribadi masing2. namun satu aja sikapnya yang aku kurang senangi ialah cakap besar atau berlagak atau menunjuk2 atau menganggap dirinya terlalu hebat dan sama la perkataan yg sewaktu dengannya..contohnya, dia mengatakan bahawa subjek SPM yang diambilnya tersangatlah tough berbanding apa lah sangat subjek prinsip akaun yang aku ambil..tapi takpelah pilihan masing2..

utusan surat kami ni bersambung bila aku masuk matrik dan dia belajar kat kolej apa tah kat melaka..nak jadi pilot katanya..namun seperti biasa, isi kandungan suratnya yg bagi aku time tu semakin lama semakin up..up and away la..aku pun lama2 jadi boring nak melayannya..so, aku stop membalas surat2nya.

sehinggalah dua, tiga hari pas aku add request as friend dari dia..mula2 tak perasan, lama2 aku ingat balik..owh mamat ni.dan semalam, iaitu pagi sabtu dia msg aku tru FB..mula2 ok la isi kandungan yg diborakkan sampailah masuk isu aku pregnant

him: owh tak lama lagi nak dapat baby la ye..
me:hmm..insyaallah, alhamdulillah
him:dah berapa tahun kawen?
me:bulan 1 thn depan genaplah 3 tahun.
him:owh lama tu baru ada baby
me:awak pulak dah ada baby ke?
him:belum lagi
me:dah baper tahun kawen?
him:dah 4 tahun. tapi kami 2-2 doc cakap normal, so tunggu ajelah.
(abis tu ko tau sgt ke aku laki bini normal ke tak?)

pastu masuk isu kerja pulak..
him:keje apa skg ni?
me:cikgu kat sekolah rendah. awak keje kat mana?
him: mas
me: pilot ke
him:tak. saya engineer
me:owh
him:hsuband kerja apa?
me:cikgu jugak kat sekolah rendah di sini.
him:ajar subjek apa?
me:matematik
him:kalau saya ajar maths, tak payah study pun takpe.ajar sambil pejam mata je!

perlukah kau bercakap begitu sekali wahai insan..maknanya, keje2 mengajar ni bagi ko satu perkerjaan yg entenglah ye..mari kita bertukar kasut sekarang..aku nak tengok, mesti ko cepat2 isi borang resign mtk tukar keje lain..ceh jgn pandang org sebelah mata ye..kau tau tak betapa ramainya cikgu2 skolah rendah kini yg memiliki master, apatah lagi sekolah menengah!!!dan sila bukak silibus sekolah rendah sekarang mesti kau akan cakap.."eh, ini aku belajar masa nak amik PMR/SPM dulu.budak sekarang dah ambik dah!"

please..jangan pandang orang sebelah mata melainkan ko buta!dan aku telah mendeletekan namanya dr FB aku..terima kasih!

2 comments:

  1. erk!
    jgn sembg dengn die lagi la
    buat skit hati kite je.
    :)

    ReplyDelete
  2. memang malas melayannya..lama2 kita pun akan cakap..ek elehhh dia ni..

    ReplyDelete