aku bukan pegi urut muka ye..aku g urut perut..tapi inilah gambar tersopan yg aku dapat..yg lain..errr mcm tak sesuai..So, memandangkan aku kena tunggu sehingga habis blood test selama 3 bulan, dari Jan hingga Mac, aku cuba juga ikhtiar sampingan. Pada bulan Feb, 2009, again aku mendapatkan khidmat urut melalui seorang tukang urut perempuan yg tinggal di Lanchang. Aku bersama rakan aku yg turut sama berusaha mendapatkan anak bersama suami masing2, dibawa oleh anak saudara wanita tersebut yg merupakan seorang guru Jqaf di sekolahku.
Namun persasaan sangsi akibat pernah ditipu, aku letakkan ke tepi. Tak tau kenapa kali ni aku menjadi lembut hati. Mungkin kerana Kak Na(guru Jqaf tersebut). Takkan la dia nak suggest aku kat tempat tukang urut yg bukan2 kan. Lagipun, dia cakap mak sedaranya hanya menggunakan doa2 dan urut2 sahaja.
Tapi, ketika melalui proses urutan tersebut, dia mengatakan bahawa saluran peranakan belah kanan mungkin(aku tak tau apa bahagian dalaman yg berkaitan dgn perempuan) bengkak. Kemudian rahim aku sedikit ke bawah. Dia meminta aku jgn bimbang. Hmm bagi aku itu nasihat yg tipikal. Hahaha..very the was was and boring kan aku. Ye lah aku dgr nasihat tu almost everyday since aku kawen.
Abis aje urut, kami suami isteri diberi makan sireh yg telah dibacakan doa..jgn tanya doa apa..aku tak tau.
Pastu, kami pun baliklah.
Tapi terus terang aku cakap, aku mmg tak menaruh harapan yg tinggi ketika itu.
tapi sebenarnya, result tak semestinya dapat dan dan tu je. kekadang urut ni hasilnya akan dapat 3, 4, 5 atau setahun selepas itu. cuma aku je mental tak positif
dan bulan feb tu, period aku datang seperti biasa. namun disebabkan awal2 lagi aku dah mind set tak positif hasilnya..maka aku tak rasa pape..maksudnya tak frust menonggeng sgtlah..
tapi ada gak 3,4 org kawan aku yg pregnant selepas berurut..org cakap, serasi ngn badan..wallahualam..
No comments:
Post a Comment