Monday, February 23, 2015

assalamualaikum dunia..

alamak, lamanya tak update blog..hew hew..nasib baik tak glemer..2012 last update. lamanya lah hai. biasalah kebizian melampau. tambah2 tak ingat plak id n pswrd..haru betul. banyak kali try n error dalam setahun lebih, akhirnya dapat jugak.

apa cerita 3 tahun ni?huih banyak..bertambah lagi sorang geng bas sekolah pada tahun 2013. ni ha budaknya. bongsu lagi buat masa ini. harap2 dlm 2 tahun la bongsunya..kui kui kui. nama si bongsu ni ayesya batrisya. nama pilihan ayahnya. orangnya lemah lembut, so ayahnya pilih namanya lemah gemalai kalau disebut.


yang ini pun perlu diperkenalkan jugak. sebab dah 3 tahun kan. memang banyak perubahan fizikal dan tingkah laku. amsyar bisyari dan adelia balqis

so, itu ajelah perkenalan buat tahun 2015 after 3 years. tengoklah kalau rajin mungkin update lagi. kalau tak tunggulah lagi 3 tahun. kakakaka

Saturday, June 9, 2012

Hotel Antarabangsa KL(nama yang dimelayukan)

Nama gah tak semestinya tempatnya pun begitu. don't judge the book by it's cover babeh.
semalam telah mencatat sejarah kami check in hotel dan keluar after 2 hours..kuang kuang kuang..
alkisahnya suami ada meeting di hotel berkenaan. teman sebiliknya tak dapat dtg bermalam di hotel atas sebab tugasan di Melaka. maka beliau telah mencadangkan agar suami membawa anak2 dan isteri bermalam di hotel.

So berdesup la bersiap walau dalam hati rasa, kalau tak pegi pun tak kisah. Kalau duk kat rumah mcm2 kerja boleh buat sementelah suami bukannya bawak pergi bercuti. Nanti dia ber'meeting'2an, aku plak berperang jaga anak2 dalam bilik. stuck kat satu tempat je.

so pergilah ke sana. TQ en papago kerana memudahkan kelancaran perjalanan kami dgn menunjukkan jalan termudah utk ke sana. 

Masuk aje dalam bilik hotel, aku terkesima. bukan disebabkan betapa terpegunnya aku dgn keindahan biliknya..tapiiii..er er..

aku membayangkan TV plasma, tapi yg disediakan tv sony yang besar gabak, tempat cover segala button dah tercabut. dan menambahkan lagi "kekaguman" aku dan suami adalah, skrin nya menayangkan cerita hitam putih tanpa suara. (ada ke patut TV rosak yang layak dihumban dalam lombong dah).

dinding comot-momot siap ada kesan conteng lagi. tandas takde paip. maksudnya kena aim betul2 sebab air tu keluar dari dalam mangkuk tandas untuk anda bersuci (jadi adalah susah sgttttt kalau buatnya anak2 aku berak)

lampu kat kepala katil dah koyak rabak dia punya cover (amboi takkan cleaner tak nampak kot)

anak2 aku plak dah start meragam akibat lambat sgt dapat kunci bilik, maka aku dan suami decide utk balik, so suami skip taklimat mlm tu, maka esok pagi2 buta suami gerak dari rumah pukul 6.30 pagi.

Kesimpulannya, hotel ini tidak di rekemen, sekian..hehehe

Tuesday, June 5, 2012

bubur nasi

bubur nasi adelia, suka baca blog dr halina aka wife astronaut tu..blog dia banyak memberi inspirasi dalam penghasilan baby food. sebelum ni aku hanya masak nasi yang bertukar2 lauknya sahaja. kadang2 letak ayam, kadang2 letak ikan. sayur pulak kadang2 letak brokoli, kadang2 carot.kadang2 bayam. kadang tambah sikit kentang. tapi melalui blog beliau mcm2 jenis bahan lain yang boleh dijadikan baby food ni. sebenarnya sblm ni aku tahu tapi malas nak buat sebab rasa leceh. tapi sebenarnya kadar "leceh"nya tu adalah sama spt baby food yang aku buat utk adelia.

contohnya seperti di bawah :

ayam memang aku siap2 potong kiub dan letakkan dalam bekas dadih. buat stok utk seminggu. sehari satu bekas. bila nak masak just keluarkan sahaja.

carot pun potong dadu
tambah sikit bawah putih dan daun sup utk aroma

pastu kesemua bahan tu aku labuhkan bersama beras. dari usia 6 bulan sehingga 10 bulan aku memang tak menggunakan minyak. sekarang baru aku gunakan sedikit. bahan2 tu aku tumiskan dengan olive oil.

disebabkan aku tak mampu utk bangun pagi2 nak buat bubur adelia, jadi aku telah menggunakan khidmat slow cooker. letak malam, esok subuh, bubur dah masak dan ready utk di blend.

disebabkan baby food dalam blog dr halina telah memberikan inspirasi buat aku, jadi lepas ni aku semakin bersemangat nak buat mcm2 jenis puri utk adelia. eh, dah lebih 10 bulan puri lagi? ya, sebab adelia masih belum ada bayang nak tumbuh gigi!

Friday, April 27, 2012

family time

 masa2 cuti mmg seronok n berbaloi2 berkumpul bersama family..lunch treat at my house. mama buat ayam masak lemak cili api, ikan bawal asam pedas, kangkung goreng belacan, ikan terubuk masin goreng. wan amsyar pulak buat sambal kelapa yg super duper sedap, budu, ulam jantung pisang, pucuk ubi, pegaga. memang hancus diet hari tu. tapi rasa mcm tak kisah lah :)

 meja sarat dgn makanan. aki amsyar mmg makan dulu. dah tak tunggu dah. tapi dia makan sikit je. mmg my sis cakap abah mmg catu makan lately lepas keluar hospital. dekat ofis pun makan sikit je

 bila mama letak gambar ni dalam fb, ada student mama cakap, banyaknya makanan, mesti tak habis.
u wrong dear. memang habis!hahaha.

 tgk si kecik tu, dia tak makan tapi nak jugak duk kat org tgh makan. depan dia harus clear. kalau tak habis ditepuk2nya nanti.

only boss sit here. dia nak makan menghadap tv. biarlah asalkan tak kacau org lain. tapi hadap ajelah kalau hemah makanan sepah sana sini. nasi kalau melekat kat lantai, bukan setakat kena sapu, malah kena mop jugak..berganda punya kerja.

majlis bersurai pada pukul 2 petang. kul 3 semua org tido. tapi mama bangun awal. area pukul 4.30, terasa macam kepala pening2, tapi tak rasa berdenyut pulak. eh, suspen jugaklah mama, kejut ayah yg tgh tido atas tilam kat lantai, dia cepat2 duduk atas sofa lepas mama cakap rumah mcm bergegar. then ayah tunjuk lampu rumah. memang lampu rumah bergoyang2. mama dah suspect mesti ada gempa di mana2. yes, betul. time tu gempa di acheh. 

sekarang ni takde yg mustahil. masa ambil paper geog masa SPM dulu, cikgu mama cakap, tsunami takkan berlaku di Malaysia disebabkan kita tiada gunung berapi dan gunung berapi tu sgt jauh. tapi tsunami dah pun berlaku di Malaysia. semoga kita dilindungi sentiasa olehNya. amin.

Thursday, April 26, 2012

6 dec 2012

salam, dah hampir 1 tahun 5 bulan sejak kami pindah ke sini. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami dapat kunci tepat 6 dec 2010. ketika itu mama baru sahaja pregnant kan si adel. cepatnya masa berlalu.

 baru pasang kipas masa ni. banyak benda perlu buat dan banyak jugak kos nak pindah rumah ni..melayang2 duit terbang

 sblm bwk masuk brg2 mmg terasa luas..tapi bila dah pindah masuk brg2, mmg cukup2 je ruang utk satu set sofa n meja makan.walauapa pun syukur, sebab rumah sendiri.

 lampu kegemaran, semua lampu n kipas beli di KEDAI LAMPU FANCY di selayang. di suggest oleh aki amsyar n adel.

 mula2 pindah tv diletakkan di sini. sekarang sudah di alih lepas buat kabinet bawah tangga, maka tv pun di letakkan di situ. rumah mmg bersepah sgt masa ni. mama mmg tak larat sebab tgh pening2 lagi masa ni. so kemas barang pun makan masa.

 tgklah amsyar pun masa ni baby lagi..tak pandai jalan pun lagi. sekarang, buka setakat berjalan, melompat dari tempat tinggi la, siap samasop berpusing la.

 ini KC masa mula2 siap di pasang..totally duit KWSP mama..hehehe

 langsir tu sampai sekarang pun masih digunakan lagi..tapi sekarang sudah kasi potong sikit la..time ni labuh sikit.


rumah kami memang menghadap banjaran titiwangsa..berbalam2 gunung-ganang dan bukit bukau depan rumah ni..dapat tgk genting dgn jelas terutama hotel one world tu.

dan masa kami pindah tu bentong memanglah hujan 24/7. wet wet wet. dan dalam kami sibuk nak pindah randah tu, dengan mama mabuk2, aki amsyar pulak dimasukkan ke HOSHAS..memang dugaan betul, tiap kali on the way balik dari temerloh, asyik nangis aje. ayah pulak bimbang akan jejaskan kandungan kalau mama tak boleh kontrol emosi. haih..tapi sekarang alhamdulillah, abah pun dah sihat dan bekerja seperti biasa, adel pun dah lahir dan sekarang dah 9 bulan. syukur

mama's corner

mama corner..items yg tak boleh disimpan sebab hari2 guna. jadi mmg tak pernah la kabinet ni kosong dan terang mata memandang. segala sos, kicap, garam, kunyit, lada hitam, minyak masak, asam keping semuanya bersebelahan dgn tempat masak..pastu blender, slow cooker, cerek, fluks, susu2, air masak, milo, oat ada kat atas ni sebab hari2 guna
 
masa mula2 pindah, hanya ada sinki biasa aje yg disediakan.kepala paip pulak betul2 di sudut kat tempat rak pinggan tu. so mama rasa mmg payah la kalau masak hanya ada satu mangkuk singki dengan kepala paip kat susut tu. mama memang selesa kalau dapur masak sehampir mungkin dengan singki..pas guna mangkuk ke sudu ke senduk ke waima kuali pas masak pun mama terus basuh. habit agaknya. lagi satu rimas.

kenapalah mama tunjuk gambar dapur ni?hehehe, sebab kat sini org tak nampak, mama nak tulis anything berkaitan dgn rumah n life kat sini. sebagai kenangan. lagi 5 tahun nanti dah tak rupa ini dah rasanya. jadi sementara tgh tegap ni, mama simpanlah kat sini.

Monday, April 23, 2012

littletinymama

salam
mencuba sesuatu yg baru
peralihan ke fasa ibu2 insan yg amat berharga buat diri mama..
Amsyar Bisyari yg makin menghiburkan
Adelia Balqis yg makin bucukkkkkk....

Saturday, February 4, 2012

queen control?

orang luar lebih nampak apa yg berlaku dalam rumah tangga seseorang berbanding orang dalam rumah tu sendiri..

bila suami jenis malas keluar rumah, baginya lebih baik baca komik kat internet atau main game yg baru download sampai sanggup tak tidur..orang kata
ha, tu bini tak bagi keluarlah tu

bila suami cakap nak keluar melepak, dia dah siap2..pastu berenti jap depan tv sebelum keluar..alih, daripada tercegat depan tv terus duduk kat kerusi malas sampai bini tanya.."aik tadi kata nak lepak dgn si abu, si ali, dia jawab, "tak jadilah" orang kata
ha, tu tak dapat green light la tu

bila suami cakap nak siapkan keje kat sekolah nak buat data smm..sambil2 tu tanya problem2 yg berkaitan data kat bini yg pernah pegang data smm kat sekolahnya selama 4 tahun ..alih2 bukak laptop terus buat kat umah sambil2 tanya kat bini problem solving berkaitan itu itu..orang kata
ha, tu kena jaga anak la tu

mulut terlalu lancar menuturkan kata2 yang boleh membikin hati orang menjadi panas..
tanggungjawab suami isteri zaman kini dan dahulu banyak berubah selaras dgn persekitaran..dahulu hanya suami sahaja yg memikul tanggungjawab mencari nafkah..kini rata2 isteri pun turut sama meringankan beban suami..beban tugas di tempat kerja adalah sama sahaja..

kerjasama maksudnya di sini adalah seperti kalau sorang memasak, sorang kena jaga anak..tapi bagi aku plak..memang amirr tak berapa pandai buat kerja rumah..boleh buat tu adalah..tapi lambat..dan selalunya akulah basuh pinggan, akulah memasak..dia mop lantai suka..sebab tu dia lagi suka jaga anak berbanding buat kerja2 rumah..itu KERJASAMA namanya..

dan adakah kerana itu aku layak digelar queen control?

Monday, January 30, 2012

pembuka selera

jemput makan, hidangan tak seberapa..
tapi cukup utk memenuhi isi perut seisi keluarga..
yang menambat selera semestinya sambal tempoyaknya,
musim raja segala buah bakal melabuhkan tirainya,
musim tempoyak pula menghiasi menu masakannya
baunya pasti menguasai segenap isi dalam peti aisnya
apa boleh buat, pasrah sahaja dengan makanan kegemaran sejak dari zaman kecilnya

usah kau lihat pada rupa pucatnya
baik kau rasa, pasti kerongkong kau bergelora
ikan patin juga sesuai dijodohkan bersama
labuhkan sahaja kamu berdua pasti menjadi hidangan istimewa

Sunday, January 29, 2012

budak demok ni kan...

ini budak demok kan, sudah 6 bulan, kiranya 1/2 tahun.
budak demok ni kan dah pandai nangis2 mintak org dukung
budak demok ni kan dah mula makan..tapi bapak payohnya nak makan..siap nangis2
budak demok ni kan kuat minum susu..time malam ada 3 round minum susu
budak demok ni kan dah kenal muka mama, ayah dan abam
budak demok ni kan, suka gelak2 dan senyum2 bikin org geram, mulalah org nak cium2 dia
budak demok ni kan suka mengomel2 dalam bahasa german



hai, sayalah budak demok.

sekian,
mama demok

Saturday, January 28, 2012

restoran mualaf

dulu masa masih berkawan, kami pernah makan di sini bersama kawan2 yang lain..selepas itu, terus jatuh cinta pada restoran ini..kemudian kami bercinta dan seterusnya bertunang, pernah membawa keluarga masing2 makan di sini..kemuadian berkahwin, dan bila meraikan hari2 istimewa, tempat ini pasti termasuk dalam list kami dan bukan shj termasuk dalam list, malah kebiasaannya ia terpilih utk kami meraikan hari2 special kami :)

menu2 wajib kami ketika di sini jika tidak memilih steam boat, antaranya, siput (kupang) sos istimewa, tauhu besi panas, tomyam yg super duper umphhh, kerabu mangga..memang memuaskan..

amsyar yg sudah datang ke sini beberapa kali sejak berada dlm perut mama lagi..

kepekatan tomyam yg menyelerakan

mak yg pasti tidak menolak jika diajak ke sini

walaupun perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit, namun amat berbaloi..restoran ini dimiliki oleh mualaf cina..turut ada beberapa cawangan di daerah lain..

Restoran Mualaf, pilihan kami seisi keluarga

p/s:agak2 owner dia baca tak utk jadikan aku duta..boleh makan free?hehehe *dasarmukatakmalu*

Thursday, January 26, 2012

YEAY..AMSYAR DAH 2 TAHUN LA!

12/01/2012..genaplah amsyar bisyari berusia 2 tahun..yeye..2 tahun dah anak mama..kejap je berlalu masa..baru aje terasa pregnantkan dia..setelah 3 tahun menanti akhirnya amsyar lahir ke dunia..

amsyar sekarang semakin aktif..(kekadang terasa mcm hyper), banyak dah suku kata yg pandai disebut dan ikut apa yg kita cakap..kadang2 ada pelat sikit..kekadang buat kita rasa terhibur, kekadang buat kita rasa nak jadi mak lampir

dah ada adik ni, sikit2 terserlah sifat "ABAM"(abang) dalam dirinya..tahu nak pujuk adik bila nangis, "diam..diam" pujuk amsyar..tapi last2 dia jerit "DIAM"..tapi adik memang berhenti menangis..bila dgr suara abang..tak kira abang tgh mengomel2 ke..ada berdekatan ke..mmg adik akan tertoleh2 cari abam nya..

apa pun mama doakan agar apa yg terbaik dan terhebat menjadi milik amsyar..mama pasti ayah pun doakan yg terbaik buat abam :)





Saturday, October 1, 2011

beraya di rumah baru dan baby baru

alhamdulillah, tahun ini kami diberikan rezeki untuk beraya bersama baby baru dan rumah baru...tapi walaupun rumah baru, tiadalah make over yg dibuat memandangkan kos masuk rumah baru pun boleh membuatkan kami berdua laki bini berguling2 akibat tak percaya air pun tak dapat menandingi betapa derasnya duit kami mengalir keluar dari bank dan poket masing2 T___T

gambar di atas sekadar hiasan..family dan sedara mara datang beraya dgn menikmati mihun soto yg sambal kicap bisa membuatkan mereka menangis kepedasan, barulah KAWWW..

sekali lagi redha memiliki anak yg mempersembahkan aksi akrobatik serta gulingan2 di hadapan para tetamu..bagus, tak payah mama upah jamal abdillah utk menyanyi malam tu!

Thursday, September 15, 2011

sarapan di luar

salam 1 malaysia..sempena cuti ni kan, walaupun aku tak merasai kemeriahan bercuti sebab aku masih lagi dlm cuti, kami breakfast di luar..kali ni g jauh sikit kat mcd genting sempah nun..

amsyar tgh addict menembak guna pistol mainan..tiap kali lori lalu abis ditembaknya, siap kembang2 lagi lobang idung

family pic..adelia pun ok menunjukkan prestasi tingkah laku yg membanggakan mamanya..takde aksi soprano yg cuba dilakukan

amsyar yg tak pernah main gelongsor. so takut2 aje main..ayahnya punya psl la..takde cita2 nak membawa anak bermain2 di taman permainan..baik dia nganga2 tido kat umah

amsyar yg susah dikawal..gitulah kalau memiliki anak bujang..redha ajelah dgn aksi2 yg membikin hati panas senantiasa

ok, sudah mau pulang, mak lang tolong tangkapkan gambar adelia ngn mama

Wednesday, September 14, 2011

hari raya kedua

seperti biasa, hari raya kedua setiap tahun balik kampung bapak gue..di mana tu?dah bapak aku org bentong, mestilah lokasinya area bentong jugak..nama kampung dirahsiakan..motif?saja je!

setiap tahun, sedara mara belah ayah aku ada buat kenduri kecil utk org balik dr menziarah kubur..aku bertolak ke kampung area kul 10.30pagi..family aku semua dah ada kat situ

adelia dgn aki..beruntung aku, mak2 serta bapak2 sedara aku adalah secara sukarela memegang adelia, jadi aku ada free hand..ditambah sorang mak sedara aku adalah nurse, wad kanak2 lagi, maka dia lah yg menjaga adelia..siap tidokan, mandikan, best. aku?makan, makan, makan

sepupu sepapat aku..sbnrnya aku, kakak n abg aku ni jarak umur adalah jauh dgn sepupu2 aku yg lain..maksudnya, kami adalah antara cucu2 terawal..kakak aku pulak cucu pertama..jadi ramailah sepupu aku terdiri dr kalangan bebudak lagi..adik beradik ayah aku 12 org..aku sempatlah menyaksikan perkahwinan mak pak diaorg ni

kami melepak di dalam rumah sebab bwh khemah terlalu ramai org..ada plak tu ada muka yg aku tak pernah jumpa..jadi aku wonder itu sedara ke atau tetamu..hahaha..bukannya nak g kenal2an..penat weh, panas lagi

slps semua org balik, kami plak menjamu selera :)

Tuesday, September 13, 2011

kelam kelibut di pagi raya

sbnrnya masa hari raya, aku still lagi dlm pantang..so semua kerja2 pembersihan rumah dibuat oleh suami ku dan dibantu oleh amsyar..(bantu menghanginkan lagi bapaknya)..

tapi, wpun dlm pantang, sempatlah jugak aku berpuasa selama 14 hari..so kena ganti 15 hari kot..nanti aku kira balik..tapi berbuka masih lagi lauk pantang..sup2 dan bakar2 aje..

ini menu last iftar kat umah parents aku..tiap2 tahun mlm raya mak aku akan buat sup tulang+tetel..perghhhh best

esoknya, mmg kelam kelibut..wpun dah bangun awal, sblm subuh lagi..siap itu ini..dgn anak meragam, menangis..haihhh rasa nak lari dr umah perasaannya..bertolak ke umah mentua (well kali ni turn umah parents amirr) pukul 10.30 jugak..sampai2 tgk dah ada family adik ipar yg sampai..

so makan2..makan pun main jolok2 je ke anak tekak, sebab pas amsyar, adelia pula merengek..
dah selesai makan wpun tak puas, sesi salam2 n bagi duit raya

adelia pun dapat duit raya wpun tak mengerti apa2..minah baru 42 hari time tu..

gambar family, yg bapaknya spoil sebab lupa nak pakai songkok..bwk je bukan nak pakai..yg amsyar ni plak, time2 raya la ko nak jadi chong wei..dia punya amukan tu bila berpisah ngn raket mmg menguji kesabaran makbapaknya..

tgklah tu, nak bagi duit mengalahkan nak suh berperang..raket tu jugak yg untung masuk gambar

gambar cebik..bukannya kena marah pun, tetiba plak dia yg shahdu mcm beraya kat perantauan, raket tu jugak yg untung....

area kul 11, family aku dtg berkunjung ke rumah in law..pas area tgh hari, gerak beraya kat gemeti pulak..gitulah setiap tahun..pas tgh hari tukar lokasi..maklumlah kampung dekat2 aje..

menu umah mak aku spt biasalah selain lemang, ketupat, rendang, kuah kacang..mak aku buat laksa..pastu kitaorg terbungkang sampai ptg..kalau tak si shafida yg dtg..mau lajak sampai senja

mlm kitaorg di rumah sendiri, maklumlah ada baby..mlm2 duk umah aje kitaorg..tunggu 60 hari baru kitaorg try balik bwk keluar mlm2

p/s: walaupun beraya sakan aku still tak boleh makan mcm2 mcm lemang sbb pulut kan nanti bisa2 badan, air gas, ais, mi rebus yg kakak aku buat sbb kuah guna keledek..hmmm sabar je la tunggu baby besar skit dan abis pantang